Categories
Berita Semasa

Menteri: Akibat Serangan Israel, Jumlah Kerugian Gaza Mencapai USD479 Juta

Khamis, 15-07-2021 – Wakil menteri pekerjaan umum dan perumahan, Naji Sarhan mengatakan, jumlah kerugian akibat serangan Israel baru-baru terhadap Gaza mencapai USD479 juta.

Dalam keterangan akhbarnya, Sarhan menambahkan, jawatankuasa khas telah membuat penilaian semua kerugian tersebut, mengikut prosedur dan standard bank dunia.Penilaian kerugian terbahagi kepada 3 perkara utama: kerosakan langsung, kerugian langsung dan kerugian tidak langsung.

Jumlah kerugian dan kerosakan mencapai USD479 juta USD, terbagi kepada tiga sektor utama: sektor perumahan dan fasiliti awam mencapai 61% dari jumlah kerugian, ujar Sarhan.Sementara kerugian di sektor pembangunan ekonomi menapai 33%, dan sektor pembangunan sosial mencapai 7%.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Lebih 60 penceroboh mencemari masjid al-Aqsa

Khamis, 15-07-2021 – Segerombolan pelampau penceroboh Yahudi pada pagi hari Isnin menodai Masjidil Aqsa di Baitulmuqaddis yang diduduki.

Menurut sumber tempatan, 63 orang penceroboh memasuki masjid itu dalam satu kumpulan melalui pintu al-Maghariba dan melawat halamannya dengan diiringi pihak polis. Sebahagian penceroboh dilihat menunaikan sembahyang mengikut ajaran Yahudi di bahagian timur tapak suci Islam itu.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Amrul Azmi Mizan

Categories
Berita Semasa

Kepungan Israel Bakal Mencetus Konflik Lain:

Khamis, 15-07-2021 – Pusat Hak Asasi Manusia Al-Mezan memberi amaran, tindakan Israel menutup laluan dan sekatan ketat terhadap pergerakan barangan keperluan dan individu bakal mengundang kesan serius terhadap situasi ekonomi dan kemanusiaan di Jalur Gaza.

Dalam kenyataan sama, kemerosotan situasi kemanusiaan yang semakin cepat dan berbahaya ini akan memicu kitaran baru konfrontasi ganas dengan Israel, menggambarkan situasi semasa di Gaza sebagai ‘tidak tertahan’.

Al-Mezan menekankan perlunya masyarakat antarabangsa segera menangani situasi di Gaza sebelum ia menjadi beban sekaligus sukar untuk ditangani jika konflik lain tercetus.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Huzaifah Abd Jamil

Categories
Berita Semasa

Tentera Israel Musnahkan Lima Struktur Komersial di Barat Salfit

Khamis, 15-07-2021 – Tentera Israel telah merobohkan lima kemudahan komersial di perkampungan Hares, sebelah barat Salfit di Tebing Barat pada hari Isnin, atas alasan pembinaan berkenaan mempunyai berlesen.

Ketua majlis kampung Omar Samara berkata jentolak Israel memusnahkan dua bengkel pertukangan kayu dan pertukangan logam serta tiga struktur yang digunakan sebagai garaj pembaikan kenderaan, mencuci kereta dan kedai sayur di persimpangan barat Hares.

Samara menambah ini adalah kali keempat tentera Israel merobohkan kemudahan tersebut, dan menegaskan bahawa pemusnahan itu dilakukan tanpa pemberitahuan terlebih dahulu.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Neina Mukhtar

Categories
Berita Semasa

Pertempuran Zionis : 51 warga Palestine cedera di selatan Nablus.

Khamis, 15-07-2021 – Sekurang- kurangnya seramai 51 orang warga Palestine cedera semasa pertempuran dengan tentera Zionis (IOF) di Bandar Beita dan Qusra yang teletak di selatan Nablus pada malam Sabtu yang lalu.

Ahmed Jibril Pegawai Bulan Sabit Merah mengatakan bahawa 42 orang menyedut gas pemedih mata dan tujuh yang lain mengalami kecederaan akibat tergekincir fan jatuh semasa pertempuran berlaku di bandar Beita.

Menurutnya lagi, dua daripadanya terdedah secara langsung ketika gas pemedih mata dilemparkan semasa pertempuran dengan pihak Zionis di bandar Qusra.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Shuhada Sayuti

Categories
Berita Semasa

Warga Palestin dari Gaza ditahan setelah merentasi pagar sempadan

Selasa, 13-07-2021 – Tentera rejim zionis (IOF) pada pagi Sabtu menahan seorang warga Palestin setelah beliau cuba merentas pagar sempadan menuju Israel.

Jurucakap tentera Israel mendakwa para tentera mengepung warga Palestin itu setelah beliau merentasi kawasan sempadan Israel di selatan Semenanjung Gaza.

Jurucakap itu menambah bahawa tahanan itu disoal siasat setelah diperiksa dan tiada senjata didapati bersama beliau. Pada tahun-tahun kebelakangan ini, ramai warga Palestin ditahan ketika percubaan untuk memasuki Israel melalui pagar sempadan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Tentera Israel Arahkan Penduduk Kampung Lembah Jordan Runtuhkan Pagar Dusun

Selasa, 13-07-2021 – Tentera rejim Zionis pada hari Sabtu lalu telah memerintahkan sebuah keluarga Palestin untuk meruntuhkan pagar di sekitar sebidang tanah milik mereka di dusun Khirbet al-Hemma di utara Lembah Jordan.

Menurut sumber tempatan, pasukan Israel menyerbu dusun berkenaan dan memberi notis lisan kepada keluarga Faqha mengenai keputusan ketenteraan yang memerintahkan mereka untuk meruntuhkan pagar yang mengelilingi tanah mereka.

Tanah berkenaan dimiliki oleh penduduk tempatan dari keluarga yang bernama Mahyoub Faqha.

Pada tahun 2016, sekumpulan peneroka haram Yahudi telah merampas sebidang tanah berhampiran dusun tempat mereka membina sebuah pos, dan sejak itu mereka telah mengganggu penduduk tempatan dan menghalang mereka untuk pergi atau mengerjakan tanah mereka di kawasan itu dengan kerjasama tentera Israel.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Ezatul

Categories
Berita Semasa

Abbas berbincang perkembangan terbaru dengan Erdogan.

Selasa, 13-07-2021 – Presiden Pihak Berkuasa Palestin, Mahmoud Abbas pada hari Sabtu bertermu dengan rakan sejawatnya , Reccep Tayyip Erdogan di Istanbul. Agensi Berita Anadolu melaporkan perbincangan tertutup telah dijalankan di Istana Wahided-Din dan berlangsung selama satu jam sebelum mesyuarat delegasi bermula.

Presiden Abbas memaklumkan rakan sejawatnya tentang perkembangan terbaru berkaitan dengan perjuangan Palestin, kesan dari pencerobohan rejim Zionis Israel ke atas Gaza, serangan Israel berterusan di kawasan penaklukan Jerusalem dan pengusiran warga Palestin serta isu isu semasa yang melibatkan kepentingan bersama.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Hairul Ahmad

Categories
Berita Semasa

Pelampau penceroboh serang rumah di bandar Huwara

Selasa, 13-07-2021 – Rakyat Palestin pada petang hari Sabtu menangkis pelampau penceroboh Yahudi semasa mereka menyerang rumah-rumah di bandar Huwara, selatan Nablus di Tebing Barat yang diduduki.

Menurut sumber tempatan, sekumpulan peneroka membaling rumah di bandar dengan batu sebelum pemuda tempatan berdepan dengan mereka dan memaksa mereka melarikan diri dari kawasan itu. Tingkap beberapa rumah mengalami kerosakan di dalam serangan tersebut.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Amrul Azmi Mizan

Categories
Berita Semasa

Tiga Penduduk Gaza Ditahan Selepas Cubaan Rentas Pagar Sempadan

Selasa, 13-07-2021 – Rejim Zionis telah menangkap tiga warga Palestin dari Semenanjung Gaza pada petang Sabtu setelah mereka cuba merentas pagar sempadan menuju ke Palestin.

Media Hebrew memetik bahawa ketiga-tiga penduduk Palestin itu ditangkap di pagar sempadan Israel di tenggara Gaza. Mereka mendakwa tahanan itu memiliki pisau dan dipindahkan ke pusat siasatan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Neina Mukhtar

Categories
Berita Semasa

IOA meratakan bangunan sekolah di bandar Anata

Isnin, 12-07-2021 – Rejim zionis (IOA) pada pagi Selasa memusnahkan bangunan sekolah Palestin yang sedang dalam proses pembinaan di pinggir bandar Anata, timur laut Baitulmuqaddis.

Menurut sumber tempatan, jentolak-jentolak yang diiringi sekumpulan besar polis rejim menyerbu kawasan itu dan memulakan pemusnahan bangunan sekolah.

IOA mendakwa tindakan itu dilakukan atas alasan sekolah itu dibina tanpa kebenaran.  Alasan sama digunakan secara tersusun oleh Israel untuk menjalankan perobohan dan pengusiran keluarga-keluarga Palestin di Baitulmuqaddis.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Warga Palestin Diculik di Tebing Barat

Isnin, 12-07-2021 – Rejim Zionis telah menculik beberapa orang warga Palestin, termasuk seorang wanita, di beberapa kawasan berlainan di Tebing Barat malam tadi dan pada waktu subuh hari Rabu.

Menurut sumber setempat, rejim itu menyerang dan menculik seorang bekas tahanan bernama Muntaser Shadeed dari rumahnya di bandar Dura di barat al-Khalil.

Seorang bekas tahanan yang dikenali sebagai Munder Abu Atwan juga diculik dari rumahnya di kawasan al-Tabaka di bandar Dura.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Neina Mukhtar

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis sambung penahanan pentadbiran Khaled Abu Arafa

Isnin, 12-07-2021 – Rejim Zionis pada hari Selasa telah melanjutkan penahanan pentadbiran bekas menteri hal ehwal Jerusalem Khaled Abu Arafa selama empat bulan lagi. Pada Mac lepas, mahkamah tentera Israel telah memperbaharui bagi tempoh kali kedua berturut-turut, penahanan pentadbiran Abu Arafa selama empat bulan.

Beliau telah diculik pada 11 November 2020 selepas dipanggil pihak risikan Israel untuk soal siasat di penjara Ofer berdekatan Ramallah.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Amrul Azmi Mizan

Categories
Berita Semasa

Zionis Serbu Kediaman Pegawai Kanan Hamas di Jenin

Isnin, 12-07-2021 – Pasukan rejim Zionis pada subuh hari Rabu lalu telah menyerbu kediaman pegawai kanan Hamas, Khaled al-Hajj di Bandar Jenin beberapa minggu setelah membebaskannya dari penjara Israel.

Menurut sumber tempatan, Rejim Zionis telah meletupkan pintu masuk rumah, menyoal siasat Sheikh Hajj dan mengugutnya tentang pendirian beliau mengenai keadaan semasa di Tebing Barat.

Rejim Zionis juga menyerbu dan menggeledah rumah anggota parlimen Khaled Suleiman di bandar tersebut dan turut menyoal siasat beliau.

Sementara itu, sumber tempatan telah memberitahu seorang wartawan Pusat Maklumat Palestin (PIC) bahawa puak penentang telah berbalas tembakan dengan askar Israel semasa kempen Rejim Zionis di Bandar Jenin.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Ezatul

Categories
Berita Semasa

Rejim zionis tangkap rakyat Palestine, saman kanak-kanak

Khamis, 08-07-2021 – Rejim Zionis menahan 6 orang warga Palestine di Tebing Barat dan memanggil kanak-kanak di Jerusalem pada hari Ahad lalu.

Menurut sumber tempatan, rejim zionis telah menyerbu bandar Beita di selatan Nablus dan menangkap Nawras Diab serta Farouk Hamaye. Kediaman mereka turut diserbu oleh tentera Israel. Tentera Israel turt menangkap Syeikh Taha Al-Sharqawi, Wael Ereidi dari Jenin dan Bara ‘Adwan dari Tulkarem.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Shuhada Sayuti