Isnin , 24-08-2020 – Rejim zionis Israel menahan 12 warga Palestin dari Tebing Barat dan Baitulmaqdis termasuk ibu dan saudara lelaki seorang pemuda Palestin yang ditembak mati polis rejim malam Isnin lalu.
Sumber tempatan berkata, anggota polis rejim telah menahan seramai 12 orang dari Baitulmaqdis, Nablus, Qalqilya, Bethlehem, Jenin dan Tubas.
Antara yang ditahan adalah ibu dan dua saudara lelaki almarhum Ashraf Halsa, 30 tahun yang terkorban ditembak polis rejim pada malam Isnin berdekatan Masjidil al-Aqsa.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : zainudin
Isnin , 24-08-2020 – Tokoh Hamas Dr. Musa Abu Marzuq mengatakan, Hamas bersama semua pihak Palestin menolak keras kesepakatan damai Israel–Emirat, yang akan banyak membahayakan Palestin dan mengabsahkan Israel melanjutkan kejahatannya terhadap bangsa Palestin dan tempat suci umat Islam.
Dalam pernyataannya kepada Pusat Informasi Palestina, Abu Marzuq menegaskan bahawa normalisasi merupakan pengkhianatan terhadap pengorbanan bangsa Palestin, dunia Arab dan Islam serta pengkhianatan terhadap sejarah negara dan bangsa Emirat yang menjadikan isu Palestin sebagai prioriti mereka. kesepakatan ini tidak akan mengubah hakikat konflik dan hanya imbuhan percuma kepada penjajah Israel yang akan mendorong mereka makin berani melanjutkan kejahatannya terhadap hak bangsa Palestin.
Abu Marzuq menolak dalih bahawa hubungan Israel–Emirat merupakan sokongan kepada bangsa Palestin. Alasan seperti ini sangat lemah, “kami tidak menerima alasan menghentikan kejahatan aneksasi wilayah dengan membiarkan kejahatan lainnya dalam aksi normalisasi dengan Israel, alasan ini sangat tidak benar” katanya.
Tambahan pula Netanyahu terus mendeklarasikan pasca kesepakatan normalisasi dengan Emirat, bahawa rancangan aneksasi Tebing Barat masih berjalan dan kesepakatan ini tidak mengubah rancangan yang telah diatur dan dia mengulangi kenyataan tersebut di kesempatan lain, kerana aneksasi merupakan tindakan politik Israel yang tetap, mungkin menundanya untuk sementara waktu, untuk melanjutkannya di masa mendatang.
sumber : https://melayu.palinfo.com/ penterjemah : osman
Rabu , 19-08-2020 – Seorang warga Palestin berusia 60 tahun telah ditembak oleh tentera rejim lalu cedera pada Isnin di pos pemeriksaan Qalandiya, satu laluan yang sibuk di antara Baitulmuqaddis dan utara Tebing Barat, beberapa jam setelah kejadian tembakan berasingan di Baitulmuqaddis.
Menurut laporan berita Israel, warga emas itu menuju pos pemeriksaan dengan berjalan kaki di lorong yang dikhususkan untuk kenderaan. Tentera rejim menembaknya di bahagian bawah bawah badan apabila dia tidak membalas panggilan agar berhenti. Mereka kemudian menyedari yang warga emas itu kurang upaya dan tidak boleh mendengar atau berkomunikasi.
Beliau dibawa ke hospital berdekatan untuk bantuan perubatan dan keadaannya dilaporkan sederhana.
Rabu , 19-08-2020 – Seorang pemuda Palestin cedera ditembak tentera rejim Israel manakala lainnya ramai yang ditangkap tentera rejim di beberapa lokasi di Tebing Barat, pagi Isnin kelmarin.
Seorang pemuda Palestin cedera ditembak tentera rejim Israel manakala lainnya ramai yang ditangkap tentera rejim di beberapa lokasi di Tebing Barat, pagi Isnin kelmarin.
Menurut sumber tempatan, pemuda berumur 18 tahun itu cedera di kaki kanan selepas anggota tentera rejim melepaskan tembakan dari menara pemerhati berdekatan Masjid Bilal bin-Rabah, laluan masuk sebelah utara, bandar Bethlehem, malam Ahad. Mangsa telah segera dikejarkan ke hospital bandar tersebut.
Selain itu, anggota tentera Israel berpakaian biasa menahan seorang lelaki 28 tahun di Saddam Dar alHajj berdekatan Stadium Antarabangsa al-Khader di selatan Bethlehem.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : zainudin
Rabu, 18-8-2020 – Delegasi keselamatan Mesir tiba di Semenanjung Gaza pada Isnin petang lalu melalui persimpangan Beit Hanoun (Erez).
Rombongan berkenaan akan bertemu dengan wakil Hamas dan puak-puak Palestin yang lain untuk perbincangan tergempar.
Kunjungan tersebut menyusuli ketegangan yang telah berlangsung selama seminggu di beberapa kawasan di Semenanjung Gaza, termasuk serangan udara Israel setiap hari.
Tentera Israel mendakwa serangan ini adalah sebagai tindak balas terhadap belon api yang dilancarkan dari kawasan terkepung tersebut yang mensasar penempatan Israel berdekatan.
Selasa , 18-08-2020 – Ketua Majlis Tertinggi Islam Baitulmaqdis, Sheikh Ekrima Sabri memberi amaran bahawa sebarang langkah diambil negara-negara Arab untuk menormalkan hubungan mereka dengan Israel akan hanya mengalakkan negara haram itu untuk melaksanakan rancangan dan melakukan keganasan berterusan terhadap rakyat Palestin.
“Kami tidak terkejut dengan perjanjian UAE dan Israel itu setelah hubungan dan saluran normalisasi telah pun berjalan selama 50 tahun,” kata beliau dalam satu persidangan secara atas talian yang diadakan di Palestin, Sabtu lepas.
Tegasnya lagi, Palestin perlu terus kekal dengan pendirian yang ada dan rakyat Palestin tidak membenarkan sesiapa pun untuk mengkhianatinya.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : zainudin
Selasa , 18-08-2020 – Tentera rejim Israel pada pagi Ahad menutup zon perikanan perairan Semenanjung Gaza berikutan pertelingkahan dan serangan udara merentasi sempadan bersama pemuda tempatan.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pejabat penyelaras aktiviti kerajaan, menteri perang Israel Benny Gantz mengarahkan penutupan lautan Gaza sehingga keadaan tenang di selatan.Tentera rejim telah menutup sempadan Gaza dan melancarkan gelombang serangan udara di perairan akhir-akhir ini sebagai tindak balas kepada serangan belon berapi di kawasan Israel.
Selasa , 18-08-2020 – Terjadi 28 titik kebakaran di kawasan penempatan Zionis, akibat belon api yang diterbangkan dari sempadan Gaza dalam rangka aksi kepulangan.
Surat khabar Ibrani “Haaretz” melaporkan, kebakaran terjadi di kawasan terpisah dari “serambi Gaza”.
Menteri Pertahanan Israel, Benny Gantz melanjutkan ancamannya atas tuduhan melepaskan belon api dari Gaza, dengan mengatakan, “Tentera Israel akan membalas dengan kekerasan sehingga ketenangan kembali ke selatan. Ia pura-pura tidak tahu bahawa sebab para pemuda Palestin melepaskan belon api ini kerana penundaan hasil kesefahaman Israel berkait sekatan yang mengepung Gaza.
Pada Mei 2018, pemuda Palestin mula menggunakan cara melepaskan belon api sebagai salah satu alat perlawanan yang menyertai aksi Return Marches (aksi kepulangan) yang dimulakan pada bulan Mac 2018 untuk menentang sekatan Israel.
Pelepasan belon ini dihentikan pada akhir Mac 2019 dengan tercapainya kesefahaman kemanusiaan oleh Mesir, PBB dan Qatar untuk meredakan pengepungan di Semenanjung Gaza, dengan imbalan menghentikan penggunaan alat-alat perang.
sumber : https://melayu.palinfo.com/ penterjemah : osman
Selasa, 18-8-2020 – Polis Israel pada hari Ahad lalu telah menyerang serta menahan secara kejam seorang pemuda Palestin di Kota Baitulmaqdis.
Sumber tempatan mengatakan bahawa tahanan berkenaan dipukul berulang kali sebelum diseret ke pusat soal siasat Israel di Kota Baitulmaqdis.
Tidak ada maklumat lebih lanjut mengenai identiti tahanan atau alasan di sebalik penangkapannya.
Pencerobohoan Israel terhadap penduduk Palestin di Baitulmaqdis semakin menjadi-jadi sejak akhir-akhir ini, termasuk penangkapan, larangan dari masuk ke kota, perobohan rumah, dan cukai yang tinggi.
Warga Palestin percaya bahawa mereka adalah sebahagian daripada dasar sistematik oleh Israel yang bertujuan memaksa mereka keluar dari Baitulmaqdis untuk mempertingkat usaha untuk mengyahudikan kota suci berkenaan.
Selasa , 18-08-2020 – Puluhan peneroka Yahudi, yang dipimpin oleh ekstremis Yehuda Glick, telah memecah masuk Masjid al-Aqsa di bawah pengawalan polis Israel.
Sumber tempatan mengatakan bahawa Glick memimpin kira-kira 100 peneroka Israel ketika mereka menyerbu masuk Masjid al-Aqsa dan mengotori halamannya pada pagi hari.
Pegawai polis Israel yang bersenjata berat menemani para peneroka semasa lawatan provokatif mereka itu di perkarangan masjid di mana mereka diberikan penerangan menganai “Temple Mount” di situ.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : nurul
Isnin , 17-08-2020 – Pesawat perang Israel pada subuh Khamis melancarkan serangan udara terbaru di Semenanjung Gaza, mengakibatkan kerosakan harta benda di sebuah sekolah dan rumah-rumah.
Menurut sumber tempatan, serangan udara menyasarkan kawasan pejuang di kota Gaza dan tanah yang disediakan untuk pertanian di Beit Hanoun, utara Semenanjung.
Satu pesawat perang turut mengebom tanah di kawasan Sufa, timur laut Gaza.
Isnin , 17-08-2020 – Pasukan penjajah Zionis (IOF) pada hari Khamis menyerahkan perintah berhenti kerja dan perobohan rumah Palestin yang sedang dibina di kampung Nabi Ilyas, di timur Qalqilya.
Pegawai tempatan Mohamed Abul-Sheikh mengatakan bahawa dua warganegara menerima ultimatum perobohan terhadap kediaman yang sedang dibina milik mereka di kampung itu, tanpa menyatakan jumlah rumah yang belum selesai ini.
Abul-Sheikh menuduh pihak penjajah Israel di Tebing Barat menggunakan segala cara untuk merampas hak Palestin untuk membangun dan tinggal di tanah mereka.
Dalam kejadian berasingan, IOF pada hari yang sama meratakan tanah Palestin di timur Tulkarem untuk membina jalan bagi peneroka Yahudi.
Datuk Bandar Kafr al-Labad, Ihab Ghazalah, mengatakan bahawa IOF meratakan tanah di kawasan Ras al-Maseed berhampiran bandar dan kawasan-kawasan lain yang berdekatan dan membina jalan sepanjang 10 kilometer yang merangkumi penempatan haram Avnei Hefetz.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : ameen
Isnin , 17-08-2020 – Pesawat dan kereta kebal Israel melancarkan serangan pada Jumaat pagi ke beberapa lokasi berbeza di Semenanjung Gaza.Wartawan Pusat Informasi Palestin menyatakan, pesawat tempur Israel menggempur sebuah lokasi milik pejuang Palestin di kawasan timur Absan, Khanyunis timur dan sebuah lokasi di Gaza timur, menggunakan beberapa roket.
Serangan dilancarkan pesawat tempur Israel ke sebuah lokasi para pejuang menjaga perbatasan di Rafah timur, Gaza selatan.
Sementara itu kereta kebal tempur Israel menyerang kawasan latihan milik pejuang Palestin di kota Fakhori timur, daerah Khanyunis.
Sejak tahun 2006 penjajah Israel terus menyekat Gaza sama ada di darat, laut dan udara dan hanya membuka sebahagian pintu masuk untuk urusan keluar masuk barang.
Sejak itu penjajah Israel berulangkali melancarkan serangan ketenteraan ke Gaza, yang menyebabkan kematian ribuan orang dan puluhan ribu cedera serta hancurnya ribuan rumah dan infrastruktur lainnya.
Serangan Israel mendapat respon sengit dari para pejuang perlawanan Palestin di Gaza, Brigade Al-Qassam bersama kekuatan militan faksi-faksi Palestin lainnya bahu-membahu melawan serangan Israel.
sumber : https://melayu.palinfo.com/ penterjemah : osman
Isnin , 17-08-2020 – Sekumpulan peneroka haram Yahudi pelampau pada subuh hari Khamis telah menoreh tayar tiga kereta milik warga Palestin di perkampungan Yasuf, timur Salfit di Tebing Barat yang diduduki.
Menurut sumber tempatan, para peneroka haram telah menyusup masuk ke Yasuf pada waktu subuh dan mengelar tayar kereta milik tiga penduduk tempatan.
Seperti kawasan Tebing Barat yang lain, kampung-kampung Palestin di Salfit terdedah kepada serangan berulang oleh peneroka haram Yahudi dan tentera Israel, terutama pada musim penuaian zaitun.
Isnin , 17-08-2020 – Kementerian Kesihatan Palestin melaporkan satu kematian baru yang berkaitan dengan COVID-19 (coronavirus), 432 ujian positif baru, dan 1022 dalam proses pemulihan di kawasan Palestin dalam tempoh 24 jam.
Dalam satu siaran akhbar, menteri kesihatan, Mai Al-Kaila mengatakan mangsa baru, yang meninggal dunia akibat coronavirus pada hari Rabu malam, adalah seorang kanak-kanak berusia lapan tahun dari bandar Idhna di wilayah al-Khalil.
22 pesakit yang sedang kritikal juga telah dimasukkan ke unit rawatan intensif, dan empat daripadanya telah ditempatkan di ventilator, menurut menteri itu.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : nurul