Categories
Berita Semasa

Sudah dibunuh , rumah pula mahu diroboh.

Rabu, 02-11-2016 – Pasukan Penjajah Polis Israel menyerbu pada waktu subuh Selasa rumah rakyat Palestin Musbah Abu Sbeih yang dibunuh di bandar al-Ram, utara Baitulmuqaddis.

Sumber tempatan mengesahkan bahawa polis Israel menyerbu dan mengambil gambar rumah sebagai permulaan hukuman untuk merobohkannya. Abu Sbeih telah ditembak dan dibunuh dua minggu lalu selepas menjalankan serangan anti-penjajahan di Baitulmuqaddis.

Sejak itu, keluarganya telah tertakluk kepada langkah-langkah hukuman sistematik termasuk ancaman dan tangkapan sebagai sebahagian daripada dasar hukuman kolektif Israel terhadap rakyat Palestin.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ameen

Categories
Berita Semasa

Zon perikanan diperluaskan pada bulan November.

Rabu, 02-11-2016 – Rejim Israel telah bersetuju untuk mengembangkan zon perikanan di luar pantai Semenanjung Gaza dari 6 kepada 9 batu nautika pada November depan.

Mohamed al-Maqadma, jurucakap pihak berkuasa hal-ehwal umum Palestin, memberitahu Pusat Maklumat Palestin (PIC) yang IOA akan meluaskan kawasan perikanan. Maqadma menambah yang para nelayan akan boleh belayar sejauh 9 batu nautika mulai 1 November.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Wakil Hamas dan Turki Bertemu Di Lubnan

Rabu, 02-11-2016 – Wakil Hamas di Lubnan, Ali Baraka bertemu duta Turki ke Lubnan, Çağatay Erciyes di Kedutaan Turki di Beirut.

Kedua-dua pihak yang membincangkan isu semasa Palestin dan keadaan isu kemanusiaan pelarian Palestin di Lubnan, selain isu Israel meningkatkan pencerobohan di Masjid al-Aqsa. Baraka melahirkan perasaan gembira beliau dan mengucapkan selamat sempena Hari Kebangsaan Turki, dengan memuji sokongan berterusan Turki terhadap rakyat Palestin dan perjuangan mereka.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Syed Ahmad Muhsin

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis rampas basikal seorang kanak-kanak dan menahan 2 rakyat Palestin

Rabu, 02-11-2016 – Rejim Zionis telah merampas basikal seorang kanak-kanak Palestin di kem pelarian Aida, utara Bethlehem.

Sumber tempatan mengesahkan bahawa tentera Israel menahan kanak-kanak Palestin tersebut berhampiran pintu masuk timur ke kem pelarian semasa kanak-kanak itu sedang bermain di kawasan itu sebelum merampas basikalnya. Sementara itu, tentera Israel turut menahan dua remaja lelaki yang sedang dalam perjalanan ke tanah pertanian mereka untuk menuai buah zaitun di bandar Kafer Qaddum, timur Qalqilia.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nurul

Categories
Berita Semasa

Hamas: Kami mengharapkan Mesir kembali memberikan sokongan

Rabu, 02-11-2016 – Pergerakan Hamas pada petang Ahad menyatakan penghargaan kepada pihak berkuasa Mesir yang telah membuka pintu sempadan di Rafah sepanjang minggu lalu.

Jurucakap Gerakan Sami Abu Zuhri menyampaikan harapan kumpulannya agar Mesir akan kembali kepada pendirian menyokong hak dan ketabahan rakyat Palestin. Gabungan Ahli Parlimen Palestin dan Pergerakan Fatah sebelum ini telah menggesa pelajar Palestin yang ingin belajar di luar negara, untuk mendaftarkan nama mereka selepas pihak berkuasa Mesir berikrar untuk memudahkan perjalanan mereka.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Zaina Dinn

Categories
Berita Semasa

Pendatang Yahudi Dirikan Khemah Dalam Kawasan Al-Khalil

Rabu, 02-11-2016 – Sekumpulan pendatang Israel menyerbu bandar Beit Anun, timur laut al-Khalil yang terletak di selatan Tebing Barat dan mendirikan khemah.

Menurut wartawan PIC, 30 pendatang Israel menyerbu bandar dan membina beberapa khemah dan rumah-rumah mudah alih sebelum melakukan ritual Talmud sebagai provokasi kepada penduduk tempatan. Pencerobohan Israel kian meningkat terutamanya di Tebing Barat dan BaitulMaqdis pada hari cuti penganut Yahudi.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Syed Ahmad Muhsin

Categories
Berita Semasa

Lagi kes serang ke atas warga Palestin.

Rabu, 26-10-2016 – Tentera rejim Israel menyerang seorang warga Palestin yang sedang melalui jalan di kawasan Buwaira dekat penempatan Kiryat Arba di al-Khalil.

Para saksi memberitahu Pusat Maklumat Palestin (PIC) yang tentera menghalang kereta Hasan Abu Husnaina di Buwaira dan memaksa beliau keluar dari kereta sebelum menggeledahnya. Mereka menambah yang tentera-tentera tersebut merosakkan tempat duduk kereta ketika menggeledah manakala yang lain memukul Abu Asnaina.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nur idawati

Categories
Berita Semasa

Tentera Israel serbu kediaman keluarga mangsa yang mati ditembak anggotanya.

Rabu, 26-10-2016 – Tentera rejim Israel masuk dan mengelidah kediaman milik keluarga Muad Jabarin di bandar Sair, timur al-Khalil yang mati ditembak anggotanya sebelum ini.

Menurut kata saksi kepada wartawan PIC, semasa operasi itu dijalankan, pasukan tentera rejim telah masuk mengelidah rumah keluarga mangsa dengan kasarnya. Tambah saksi itu lagi, dalam serbuan itu kenderaan milik keluarga tersebut turut dirampas tanpa diberitahu sebabnya.

Muad Jabarin mati ditembak tentera rejim Israel pada Januari lalu berdekatan pos kawalan, di timur al-Khalil kerana disyaki cuba menyerang tenteranya mengguna senjata tajam.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainuddin

Categories
Berita Semasa

Emir Qatar bertemu Mishaal, Haneyya di Doha

Selasa, 25-10-2016 – Emir Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al-Thani telah bertemu dengan Ketua Biro Politik Hamas Khaled Mishaal dan timbalannya Ismail Haneyya di Diwan Office Emiriah pada hari Isnin.

Pada permulaan mesyuarat itu, Mishaal dan Haneyya menyatakan rasa terima kasih dan penghargaan kepada Emir terhadap sokongan tidak henti-henti yang diberikan oleh pemimpin Qatar tersebut kepada rakyat Palestin, serta memuji pendirian tegas dan berterusan kerajaan dan rakyat Qatar untuk menyokong Palestin.

Sementara itu, Emir Qatar mengulangi pendirian tegas negara itu untuk menyokong perjuangan rakyat Palestin sehingga mencapai hak-hak mereka, serta menyokong Terusan Gaza supaya bersabar terhadap pendudukan Israel.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Zainahalimah Mohd Kamarudin

Categories
Berita Semasa

Hamas: Intifada al-Quds adalah penting untuk mencapai matlamat kebangsaan.

Selasa, 25-10-2016 – Gerakan Hamas menekankan tentang keperluan menyokong intifada (kebangkitan) al-Quds dan mengukuhnya menerusi aktiviti penentangan. Ia disifatkan sebagai salah satu langkah mencapai aspirasi kebangsaan Palestin.

Hal ini dinyatakan ketika simposium intifada al-Quds yang diadakan oleh Perhimpunan Pemikiran dan Budaya Kebangsaan pada petang Isnin di Khan Younis. Dalam ucapannya pada mesyuarat tersebut, jurucakap Hamas, Hammad al-Raqab menyatakan yang rentetan peristiwa yang berlaku sejak awal Oktober 2015 merupakan intifada yang berterusan, dan bukannya sementara.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Kamal Khatib: Isreal dijangka tingkatkan rancangannya.

Selasa, 25-10-2016 – Ketua Jawatankuasa Awam bagi Pembebasan Palestin, Kamal Khatib mendedahkan tindakan rejim Israel giat menyerang Masjidil al-Aqsa berlaku selepas UNESCO membuat keputusan menafikan masjid suci itu mempunyai hubungkait dengan kaum Yahudi.

Beliau mengingatkan bahawa pihak Yahudi Israel akan mengambil peluang ke atas keputusan UNESCO itu dengan meningkatkan lagi rancangan jahat mereka.

Beliau menganggap keputusan agensi PBB itu sebagai “Satu langkah tepat” dan berpendapat tindakan rejim seolah-olah seperti cuba mengisytiharkan perang serta membalas dendam di atas keputusan badan dunia itu.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

UNRWA: Israel sekeras-kerasnya menghalang pembangunan semula Gaza

Selasa, 25-10-2016 – Pengarah Operasi UNRWA(DUO) di Gaza, Bo Schack, memberi amaran bahawa pihak berkuasa Israel dengan sekeras-kerasnya menghalang pembangunan semula Gaza.

Dalam sidang akhbar yang diadakan di Gaza, Schack berkata bahawa UNRWA telah membuat permintaan kepada Israel untuk pembinaan semula 400 buah rumah di Semenanjung Gaza; namun permohonan itu masih belum diluluskan. UNRWA sedang berusaha untuk menyelesaikan masalah ini dan menambah bahawa keadaan kemanusiaan sangat kritikal di Semenanjung Gaza. Beliau juga memberi amaran mengenai implikasi serius sekatan Israel yang berterusan ke atas Semenanjung Gaza.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nurul Husna

Categories
Berita Semasa

Pemuda Palestin Diculik Tentera Zionis

Selasa, 25-10-2016 – Tentera Israel (IOF) pada Isnin menculik seorang pemuda Palestin dari BaitulMaqdis serta memasang kamera pengawasan di sekitar bandar. Seorang wartawan berita PIC berkata, IOF memasang banyak kamera pengawasan di Jalan Salah al-Din di Baitulmuqaddis sebagai langkah untuk menangkap penunjuk perasaan anti-Israel. Pemuda Palestin, Ahmad Darwish telah diculik oleh tentera Zionis selepas dibelasah teruk berhampiran pintu masuk barat ke bandar al-Issawiya , BaitulMaqdis.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Syed Ahmad Muhsin

Categories
Berita Semasa

Penunjuk perasaan anti-penjajahan melontarkan koktel Molotov ke arah Tentera Israel

Selasa, 25-10-2016 – Penunjuk perasaan anti-penjajahan Palestin telah melempar batu ke arah sebuah bas Israel dan melontar bom Molotov ke arah pasukan tentera Israel di Baitul Lahem.

Menurut laman berita 0404, penunjuk perasaan Palestin telah melempar batu ke arah bas penduduk Israel berhampiran Baitul Lahem bandar Husan, memecahkan cermin hadapan bas itu. Tiada kecederaan dilaporkan dalam serangan itu.

Para penunjuk perasaan anti-penjajahan juga telah melemparkan koktel Molotov ke arah tentera Israel berhampiran bandar Marah Rabah, di selatan Baitul Lahem.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Norshuhada Samudin

Categories
Berita Semasa

Resolusi Baru UNESCO Mengesahkan Masjidil Aqsa Milik Mutlak Umat Islam

Selasa, 18-10-2016 – Negara anggota UNESCO akan mengundi cadangan resolusi yang menafikan sebarang kaitan Yahudi dengan perkarangan Masjid Aqsa dan Tembok Barat (al-Buraq Wall) serta kawasan sekitarnya. Cadangan itu dikemukakan oleh rakyat Palestin, bersama-sama dengan Mesir, Algeria, Morocco, Lubnan, Oman, Qatar dan Sudan, yang turut mengutuk Israel dalam beberapa isu yang berkaitan dengan

BaitulMaqdis dan tempat suci itu. Menurut akhbar Haaretz, cadangan tersebut mengakui bahawa kota BaitulMaqdis merupakan kota suci buat penganut Islam, Kristian dan Yahudi, tetapi Masjid Aqsa dan al-Buraq Wall adalah milik umat Islam.

Dalam pada itu, Israel dilaporkan telah berusaha secara diplomatik untuk menyekat resolusi tersebut dengan melobi anggota negara lain. Lembaga Eksekutif UNESCO telah mengeluarkan resolusi yang sama pada April lepas dengan sokongan beberapa negara Eropah, yang diketuai oleh Perancis.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Syed Ahmad Muhsin