Categories
Berita Semasa

Dua drone berjaya melintasi sempadan Israel, kembali semula ke Gaza.

Khamis , 15-08-2019 – Tentera rejim Israel mendakwa bahawa pihaknya telah mengesan dua buah drone atau pesawat kecil tanpa pemandu terbang melintasi sempadan di bahagian selatan Semenanjung Gaza.

Menurut laman web Yedioth Ahronoth, pihak pertahanan Israel mengesan drone tersebut terbang memasuki ruang udara sempadannya tetapi tidak lama dan kemudian kembali semula ke Gaza.

Sementara itu, laman web berbahasa Yahudi yang lainnya pula melaporkan berita tentang kejadian pemuda Palestin membaling batu ke arah anggota tentera Israel dari arah pagar keselamatan dan kemudiannya mereka melarikan diri dari kawasan itu. Kejadian berlaku di utara Gaza.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin


Categories
Berita Semasa

Qabha rayu Bassam Sayeh segera dibebaskan dari penjara.

Rabu , 14-08-2019 – Bekas Menteri Hal Ehwal Tahanan Palestin, Wasfi Qabha merayu agar seorang tahanan warga Palestin, Bassam as-Sayeh dibebaskan dengan segera dan menjelaskan bahawa tahanan itu sedang menghidap penyakit kanser tahap 3 serta dalam keadaan koma.

Menerusi kenyataan medianya, beliau mengesa komuniti ahli diplomatik, Pesuruhjaya bagi Hal Ehwal Tahanan dan Bekas Tahanan dan Pertubuhan Tahanan Palestin serta semua pihak-pihak yang berkenaan supaya campur tangan dan melibatkan diri bagi pembebasan segera tahanan tersebut dari penjara sebelum terlambat.

Bekas menteri itu berkata bahawa Sayeh sepatutnya telah mendapat perintah pembebasan lebih awal dari mahkamah Israel beberapa bulan yang lepas tetapi pihak rejim telah menangguhkan perkara tersebut.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin

Categories
Berita Semasa

Polis rejim Israel bertindak ganas, tahan pegawal keselamatan Masjidil Aqsa.

Jumaat , 09-08-2019 – Polis rejim zionis Israel bertindak ganas, menangkap seorang anggota pengawal keselamatan di luar ruang solat Bab al-Rahmah, Masjidil al-Aqsa, Baitulmuqaddis.

Menurut saksi kejadian, pegawai polis rejim menahan seorang anggota keselamatan masjid, Muhamad Idrees. Selepas dipukul dia telah dibawa ke balài polis berdekatan masjid dengan tangan bergari. Sebelum itu, polis rejim menangkap seorang aktivis pro-Aqsa, Nidham Abu Rumouz di ruang solat yang sama dan membawanya untuk disoal siasat.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin


Categories
Berita Semasa

Mahkamah Israel melanjutkan pengesanan elektronik ke atas Sheikh Salah

Jumaat , 09-08-2019 – Mahkamah Tinggi Israel pada Selasa meluluskan permintaan pendakwa untuk melanjutkan tempoh pemantauan Sheikh Ra’ed Saleh, ketua Gerakan Islami, dengan menggunakan pengesan elektronik di pergelangan kaki (GPS dan alat pencuri dengar).

Oleh itu, alat pengesan akan berada di kaki Sheikh Salah untuk tempoh lagi tiga bulan.

Peguam Khaled Zabarqa, yang mewakili Sheikh Salah, berkata yang Sheikh telah ditaha di rumah dan dipantau secara elektronik sejak 6 Julai 2018 setelah beliau diasingkan selama 11 bulan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

8 Rakyat Palestin DiCulik Zionis

Jumaat , 09-08-2019 – Tentera Zionis Israel (IOF) pada Subuh Rabu, telah menculik lapan rakyat Palestin sekitar kawasan Tebing Barat. Di Betlehem pula, IOF menangkap dua lelaki muda yang dikenal pasti sebagai Mohamed Roumi dan Suleiman al-Dabs dari rumah mereka di kem pelarian Aida.

IOF juga memecah masuk dan menggeledah beberapa rumah di kawasan lain sekitar Tebing Barat dan menculik tujuh lagi penduduk.

Mereka juga menahan seorang bekas tahanan, Ra’ed Abu Za’nouna untuk disoal siasat di Shin Bet setelah menyerang rumahnya di at-Tabaqa, barat al-Khalil.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : syed ahmad muhsin

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis Musnahkan Saluran Air Perkampungan Palestin

Jumaat , 09-08-2019 – Rejim Zionis pada hari Rabu memusnahkan saluran air dan merampas rangkaian pengairan yang meliputi penduduk Palestin di kampung Ein al-Bida di lembah Jordan utara.

Aktivis Mu’taz Bsharat mengatakan bahawa rejim zionis memusnahkan saliran air sepanjang 150 meter yang dimiliki  Wael Fuqaha warga Palestin .

Bsharat menambah bahawa rejim zionis terus merampas rangkaian pengairan 50-dunum yang dimiliki oleh  adik Wael, Nahel Fuqaha.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ameen

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis Serbu Rumah Syuhada Palestin, Timbulkan Kacau Bilau

Jumaat , 09-08-2019 – Rejim Zionis pada hari Rabu telah memecah masuk rumah keluarga syuhada Palestin Mohammed Obeid di pekan al-Isawiya, Baitulmuqaddis.

Sumber tempatan melaporkan bahawa tentera Rejim Zionis yang telah menyerbu dan menggeladah rumah berkenaan dengan penuh keganasan, sedang mencari Ahmad, abang kepada Mohammed, untuk menahan beliau, namun Ahmad tidak berada di rumah semasa serangan tersebut. 

Mohammed Obeid, 21, telah ditembak mati oleh askar Israel pada 27 Jun yang lalu ketika suatu demonstrasi oleh masyarakat Palestin di al-Isawiya.
Semenjak kejadian, hampir setiap hari pekan berkenaan menyaksikan pertelingkahan ganas antara belia Palestin dan Rejim Zionis.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ezatul

Categories
Berita Semasa

Sekumpulan Peneroka Israel Membanjiri Masjid al-Aqsa

Jumaat , 09-08-2019 – Puluhan rakyat Israel telah memasuki Masjid al-Aqsa sesuka hati di Baitulmaqdis sambil diiringi oleh sepasukan polis.

Jurucakap Awqaf Islami, Feras al-Dibs berkata seramai 154 Yahudi memecah masuk Masjid al-Aqsa pada awal pagi di bawah kawalan keselamatan yang ketat.

Al-Dibs mengatakan bahawa semasa mereka menyerbu masuk ke masjid al-Aqsa, rejim Zionis turut mengancam pengawal keselamatan al-Aqsa, Muhannad Idrees dengan kejam berdekatan dengan kawasan Bab al-Rahma serta menahan seorang rakyat Palestin yang sedang beribadat di tempat yang sama.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nurul

Categories
Berita Semasa

Hamas kutuk serangan bom di Kaherah, berkabung untuk mangsa.

Khamis , 08-08-2019 – Pertubuhan Pergerakan Hamas mengutuk kejadian serangan bom di Kaherah yang berlaku pada hari Isnin kelmarin dan mengirim ucapan takziah kepada keluarga mangsa.

Jurucakap Hamas, Hazem Qasem melalui akaun Twitter menzahirkan rasa penuh simpati kepada Mesir dan rakyatnya serta berharap semoga mangsa yang cedera cepat sembuh.

Sekurang-kurangnya 20 mangsa terbunuh manakala 47 cedera di mana sebilangannya kritikal dalam kejadian letupan bom yang berlaku pada malam Isnin dan terjadi di luar sebuah hospital yang terletak di kawasan perumahan di Kaherah itu.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin

Categories
Berita Semasa

Hanna : Kecekalan penduduk Issawiya akan gagalkan rancangan Israel.

Khamis , 08-08-2019 – Paderi Atallah Hanna telah menyatakan keyakinan beliau bahawa kecekalan warga Palestin di daerah Issawiya di Baitulmuqaddis akan menggagalkan rancangan rejim Israel untuk memindahkan mereka dari kampung halaman mereka dan mematikan semangat nasionalisme anak-anak mereka.

Semasa lawatan beliau ke Issawiya pada hari Isnin lepas, Hanna menyatakan solidaritinya dengan masyarakat setempat. Beliau juga melahirkan keyakinan bahawa tindakan rejim Israel ke atas kawasan Baitulmuqaddis berkenaan tidak akan berjaya melunturkan semangat warga Palestin.

“Lebih banyak penindasan, ketidak adilan dan kekejaman yang dihadapi oleh masyarakat Palestin, lebih tinggi semangat mereka untuk melindungi hak mereka dan kesetiaan mereka kepada tanah suci ini,” tegas Ketua Biskop Gereja Ortodoks di Baitulmuqaddis itu.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ezatul

Categories
Berita Semasa

Kerajaan Israel akan menghargai rabbi pelampau yang menyeru agar membunuh bukan Yahudi

Khamis , 08-08-2019 – Rejim Israel ingin menghargai seorang rabbi pelampau yang menyokong pembunuhan bukan Yahudi, terutamanya Muslim dan warga Palestin,

Menurut akhbar Haaretz, menteri pendidikan Rabbi Rafi Peretz dan menteri pengangkutan Bezalel Smotrich akan menghargai rabbi Yitzchak Ginsburgh, yang memuji pembunuhan beramai-ramai pada tahun 1994 di bandar al-Khalil dan sebelum ini didakwa atas kesalahan mencetuskan perkauman.

Para menteri itu akan berucap di acara pada hari Khamis yang akan menyaksikan penganugerahan kepada Ginsburgh.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Tentera Israel Musnahkan Bangunan Palestin

Khamis , 08-08-2019 – Tentera Zionis pada pagi Selasa telah menghancurkan beberapa bangunan di wilayah Palestin sekitar pekan Beit Jala, barat Bethlehem, atas alasan pembinaan tersebut tidak berlesen.

Jurucakap pegawai tempatan, Hasan Brijiyeh melaporkan bahawa, Zionis menyerang kejiranan Beit Aouneh di Beit Jala dan memusnahkan beberapa asas rumah yang sedang dibangunkan.

Zionis mempertahankan tindakan mereka atas alas, pembinaan di Kawasan C sekitar Tebing Barat yang dikawal oleh Israel tidak mendapat sebarang lesen.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : syed ahmad muhsin

Categories
Berita Semasa

Israel akan bina 2,430 unit penempatan di Tebing Barat Baitulmuqaddis

Rabu , 07-08-2019 – Jawatankuasa Pembinaan dan Perancangan Israel telah mengemukakan perancangan baru untuk membina di Tebing Barat dan Baitulmuqaddis.

Menurut Jerusalem Post, empat pos yang mana sebahagiannya telah dipindahkan, akan dibina semula. Akhbar Israel itu tidak menyebutkan maklumat lanjut.

Jerusalem Post menyatakan yang Kabinet Keselamatan Israel beberapa hari lalu mengambil keputusan untuk membina 700 unit kediaman di Kawasan C, yang ditadbir secara ekslusif oleh Israel. 

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nur idawati

Categories
Berita Semasa

Hanna: Kristian Bersatu untuk Israel “mencurigakan, golongan bukan Kristian”.

Rabu , 07-08-2019 – Paderi Atallah Hanna memberi amaran terhadap apa yang dipanggil sebagai kumpulan “Kristian Bersatu untuk Israel” di Amerika, menyelar golongan itu sebagai sebuah pertubuhan yang “memainkan peranan politik saling mencurigai yang bertentangan dengan keadilan, menyokong penjajah Israel serta mengamalkan dasar dan tindakan yang memerangi rakyat Palestin.”

Hanna, Ketua Paderi Gereja Ortodok Palestin di Baitulmuqaddis menjelaskan bahawa organisasi Amerika itu mendapat sokongan dari pihak pentadbiran Amerika Syarikat masa kini dan dari sesetengah golongan penganut Kristian.yang sesat.

Beliau berkata bahawa “kumpulan itu melakukan sesuatu yang bukan dari ajaran Kristian dan ahlinya adalah Zionis yang mentafsir kitab Bible mengikut kehendak mereka.”

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin

Categories
Berita Semasa

Samidoun gesa PLO bawa isu tahanan ke peringkat antarabangsa

Rabu , 07-08-2019 – Rangkaian Solidariti Tahanan Palestin (Samidoun) menggesa Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) untuk melaksanakan tanggungjawab mereka terhadap tahanan Palestin dengan menengahkan isu berkenaan ke Majlis Keselamatan dan Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Agensi yang bertapak di Brussel itu telah menggesa PLO mengusahakan supaya Majlis Keselamatan dan Perhimpuan Agung mengadakan sesi khas untuk membincangkan isu tahanan Palestin di pusat-pusat tahanan Israel. 

Samidoun menegaskan betapa pentingnya pihak-pihak antarabangsa untuk mengutuk tindakan kejam dan terancang oleh pihak Israel ke atas warga Palestin di pusat-pusat tahanan Israel. 

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ezatul