Categories
Berita Semasa

Tahanan sakit di hospital Ramla berisiko mati perlahan.

Isnin, 14-10-2019 – Suruhanjaya bagi Hal Ehwal Tahanan Dan Bekas Tahanan Palestin berkata bahawa tahanan yang berada di hospital penjara Ramla sedang berhadapan dengan risiko mati secara perlahan-lahan setiap hari kerana mereka telah dinafikan dari mendapat rawatan perubatan.

Menurut Suruhanjaya itu, keadaan kesihatan 10 tahanan di hospital tersebut sangat teruk dan ramai yang tidak boleh bergerak kecuali berkerusi roda. Begitu juga tentang tahanan lainnya bila bercakap tentang kesukaran mereka untuk mandi, tukar pakaian, makan minum dan lainya.

Tambah Suruhanjaya itu lagi, tiga tahanan yang mengadakan mogok lapar di hospital tersebut telah diasingkan dan keadaan kesihatan mereka sangat teruk dan terganggu akibat mogok lapar dalam tempoh lama.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin

Categories
Berita Semasa

Buruh warga Palestin cedera ditembak tentera Israel.

Isnin, 14-10-2019 – Seorang buruh warga Palestin cedera terkena peluru selepas tentera rejim Israel melepaskan tembakkan ke arahnya. Kejadian berlaku berhampiran tembok pemisah di utara Tulkarem.

Menurut kata saksi kepada pemberita Palestinian Information Center (PIC), seorang pemuda yang dikenali sebagai Abdul Salam Khalil, berkerja sebagai buruh dan berasal dari perkampungan an-Nazla al-Gharbiya yang terletak di utara Tulkarem telah cedera akibat ditembak tentera rejim ketika cuba menyeberang masuk ke Israel dengan memanjat pintu tembok pemisah sempadan di bandar Zeita.

Tambah sumber itu lagi, tentera Israel bertindak pantas menutup kejadian itu dengan mengangkat mangsa ke dalam ambulan dan meningkatkan kehadiran lebih ramai anggota tenteranya di sekitar kawasan tersebut.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin

Categories
Berita Semasa

Kementerian Dalam Israel mengenakan larangan perjalanan ke atas 4 orang aktivis

Khamis, 10-10-2019 – Kementerian Dalam Israel pada Isnin mengeluarkan larangan perjalanan ke atas 4 aktivis termasuk 2 wanita untuk tempoh sebulan.

Keputusan Israel itu dikeluarkan ke atas para aktivis pro-Aqsa: Mohamed al-Shalabi, Ameen al-Shuweiki, Khadija Khuwais dan Hinadi al-Halawani.

Menurut keputusan bertulis itu, kementerian dalam mendakwa yang perjalanan 4 orang aktivis itu boleh mengancam keselamatan Israel.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis Menangkap 10 Orang Warga Palestin di Tebing Barat

Khamis, 10-10-2019 – Rejim Zionis (IOF) telah menculik 10 rakyat Palestin di waktu Subuh selepas menyerang rumah mereka di Tebing Barat dan Baitulmaqdis.

Sumber tempatan melaporkan bahawa 10 warga Palestin tersebut ditangkap di Ramallah, al-Khalil, Qalqilya dan Baitulmaqdis.

Mereka menambah bahawa seorang pemuda Palestin kurang upaya adalah antara yang ditahan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nurul


Categories
Berita Semasa

Israel sekat perjalanan 16 warga Palestin dari Tebing Barat

Khamis, 10-10-2019 – Rejim Zionis pada hari Isnin telah menyekat perjalanan 16 warga Palestin dari Tebing Barat melalui sempadan al-Karama dengan Jordan.

Pihak Pentadbiran Am bagi Urusan Sempadan dan Pintu Sempadan Palestin menyatakan bahawa 6,283 penumpang berjaya menyeberangi sempadan di kedua-dua arah melalui sempadan al-Karama pada hari Isnin.

Pada hari yang sama 16 orang warga Palestin diperintahkan untuk berpatah balik atas “alasan keselamatan”.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ezatul

Categories
Berita Semasa

Rejim Israel tahan dua warga Palestin di pintu sempadan Karama.

Rabu, 09-10-2019 – Rejim Zionis Israel menahan dua pemuda warga Palestin di pintu masuk sempadan antara Tebing Barat dan Jordan.

Menurut kata saksi kepada PIC, pihak rejim menahan Islam Fayad dan Naim Jaradat ketika mereka dalam perjalanan balik ke bandar Jenin, Tebing Barat dari Jordan. Selepas ditahan, kedua-dua mereka telah dibawa ke tempat lain.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin

Categories
Berita Semasa

Kementerian Waqaf menyelar keputusan rejim Israel untuk menutup Masjid Ibrahimi

Rabu, 09-10-2019 – Kementerian Wakaf dan Hal Ehwal Agama mengutuk sekeras-kerasnya keputusan rejim Israel untuk menutup Masjid Ibrahimi di bandar al-Khalil pada Ahad dan Rabu hadapan bagi membenarkan para pendatang Yahudi untuk mengadakan sambutan di dalamnya.

Dalam satu kenyataan, Kementerian itu turut menyatakan rejim berniat untuk menyerbu masjid itu pada Selasa dari pukul 2.00 petang hingga 10.00 malam.

Timbalan Menteri Hal Ehwal Agama Husam Abul-Rab menekankan keperluan untuk segera bertindak bagi menyelamatkan Masjid Ibrahimi dan menamatkan segala pencemaran Israel ke atasnya.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis culik 10 warga Palestin di Tebing Barat

Rabu, 09-10-2019 – Rejim Zionis pada awal pagi hari Isnin telah menahan 10 warga Palestin ketika serbuan di kediaman-kediaman di beberapa kawasan Tebing Barat yang berbeza.

Menurut sumber tempatan, Rejim Zionis menahan 10 warga Palestin di Ramallah, Bethlehem, Jenin, Salfit dan al-Khalil.

Puluhan askar IOF menyerang sebuah pusat kebudayaan di perkampungan Kifl Hares, ke barat Bandar Salfit, dan menimbulkan kekacauan di sana.

Pada malam Ahad rejim Zionis disertai dengan anjing polis, menyerbu sebuah hospital Palestin di Gunung Zaitun di Baitulmaqdis, menyerbu beberapa bilik di bahagian rawatan kanser, dan mengasari pesakit-pesakit di sana atas alasan kononnya untuk mencari senjata.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ezatul

Categories
Berita Semasa

Pertembungan Tercetus Ketika Warga Israel Memecah Masuk ke Makam Yusuf

Rabu, 09-10-2019 – Rejim Zionis telah menyerbu kawasan timur, Bandar Nablus untuk mengiringi rakyat Israel yang ingin masuk ke Makam Yusuf.

Para saksi menyatakan bahawa beberapa jip tentera Israel mengelilingi tapak dan kawasan kejiranan itu untuk memberi laluan kepada serangan pengganas.

Rempuhan kuat berlaku setelah rejim Zionis melepaskan tembakan gas pemedih mata dan peluru logam bersalut getah ke arah penduduk Palestin yang berdepan dengan serangan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nurul

Categories
Berita Semasa

Keadaan kesihatan Tahanan Wanita Jordan Semakin Teruk

Rabu, 09-10-2019 – Ayah tahanan wanita Jordan, Heba al-Labadi di dalam penjara Zionis menyebutkan, keadaan kesihatan anaknya semakin teruk selepas tindakan mogok lapar  yang dilakukan sejak dua minggu lalu untuk memprotes tindakan pemerintah Zionis yang menahannya tanpa sebab. Dia menambah, “Keadaan kesihatan puteri saya sangat sukar dan semakin teruk kerana mogok lapar sejak 14 hari yang lalu.

Beliau berharap anaknya segera dibebaskan segera.Heba al-Labadi didakwa ditangkap di persimpangan Karama dalam perjalanannya menuju ke Tebing Barat  untuk menghadiri majlis pernikahan saudaranya.

Kementerian Luar Negeri Jordan telah memanggil duta besarnya di Israel pada 10 September lalu untuk turut serta dalam tuntutan rakyat membebaskan Heba al-Labadi dari tahanan.

Juru cakap  Kementerian luar negeri Jordan, Sufian al-Qudah mengatakan dalam sebuah pernyataan akhbar bahawa pihaknya telah mempertegaskan permintaannya kepada Israel untuk segera membebaskan Hiba Abdel-Baqi dan Abdel-Rahman Merhi yang sehingga kini masih ditahan pemerintahan Israel. Beliau meminta keduanya di perlakukan menurut piawai hak asasi manusia antarabangsa serta meminta pihak otoriti Israel bertanggungjawab atas keselamatan keduanya. 

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Rafat Murroh Seru Bela Al-Aqsha Dengan Semua Hal Yang Memungkinkan

Selasa, 08-10-2019 – Ketua Jabatan Media Hamas di luar Palestin, Rafat Murroh menyeru untuk membela Masjidil Aqsha melawan tindakan dan kejahatan Israel.

Dalam keterangan akhbar, Khamis (3/10) Murroh menegaskan pentingnya membela Masjidil Aqsha dengan semua hal yang memungkinkan untuk menghadapi penjajah zionis dan kelompok teroris Yahudi.

Murroh mengingatkan tentang rancangan Israel untuk melakukan serbuan dan kejahatan baru dalam tempoh beberapa hari dan minggu mendatang. Mereka mensasarkan identiti Masjidil Aqsha dan karakter keagamaan dan peradabannya.

Menurut Murroh, Israel memanfaatkan peristiwa dan perkembangan semasa untuk meningkatkan ancaman dan kejahatannya terutama berkaitan meluasnya perselisihan dalaman pasca pilihan raya umum Israel  dan meningkatnya keperluan suara dan sokongan kelompok Yahudi untuk membangun pemerintahan serta meluasnya koloni zionis.

Perkara tersebut kelihatan dalam sokongan politik zionis dan pihak keselamatan untuk melakukan keganasan dan kejahatan terhadap Masjidil Aqsha dan para jamaah yang menunaikan solat serta penangkapan terhadap pihak yang membela Masjidil Aqsha.

 Murroh menegaskan bahawa Masjidil Aqsha memiliki peranan penting sebagai simbol keagamaan dan peradaban yang mulia dan kedudukannya bagi rakyat Palestin dan umat Islam.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Matjila: PBB tidak pernah sekali pun laksanakan resolusi untuk Palestin.

Selasa, 08-10-2019 – Duta Afrika Selatan ke PBB, Jerry Matjila mengkritik tindakan badan dunia itu yang tidak pernah sama sekali melaksanakan salah satu dari 72 resolusi yang diputuskan untuk Palestin sejak tahun 1948.

Matjila yang merupakan presiden Majlis Keselamatan PBB untuk bulan Oktober semasa membuat kenyataan kepada akhbar al-Quds al-Arabi menyatakan tentang kegagalan masyarakat antarabangsa dalam membantu penduduk Palestin mencapai hasrat mereka untuk mengecap kebebasan dan kemerdekaan.

Mewakili negaranya, beliau menjelaskan peranan Afrika Selatan dalam permasalahan di Palestin dan menyatakan sokongannya terhadap rakyat negara itu serta hak mereka dari segi perundangan sebagai “sedia diketahui umum dan tidak perlu dipersoal.”

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin

Categories
Berita Semasa

Tahanan Ahmed Ghannam mogok lapar 82 hari.

 

Selasa, 08-10-2019 – Ahli keluarga tahanan Ahmed Ghannam telah menyuarakan kebimbangan terhadap nyawa beliau yang terancam disebabkan mogok lapar yang berpanjangan.

Menurut sumber dari kalangan ahli keluarga, keadaan kesihatan Ghannam telah merosot dengan teruknya disebabkan mogok lapar selama 82 hari dan juga kerana keperluan perubatan yang terabai.

Ghannam melancarkan mogok lapar untuk menyuarakan bantahan terhadap penahanan pentadbiran beliau, tanpa pendakwaan mahupun perbicaraan.

Enam tahanan lain juga turut bermogok lapar sebagai desakan untuk mengakhiri penahanan pentadbiran mereka, termasuk tahanan wanita Hiba al-Labadi.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ezatul


Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis serbu kawasan Tebing Barat, bertelingkah dengan penduduk

Selasa, 08-10-2019 – Tentera rejim Israel (IOF) pada subuh Rabu menyerbu pelbagai kawasan di Tebing Barat.

Sumber tempatan menyatakan satu kebakaran tercetus di sebuah kedai warga Palestin setelah IOF menyerbu kem pelarian Ain Sultan dekat utara bandar Jericho ketika tembakan bom gas pemedih mata dilepaskan secara besar-besaran.

Puluhan pemuda Palestin membaling batu ke arah tentera IOF ketika mereka keluar dari kawasan tersebut.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Qabha: Pilihan raya perlukan keadaan dalam negara dan persekitaran yang sihat.

Jumaat, 04-10-2019 –Pemimpin kanan Hamas, Wasfi Qabha mengingatkan bahawa mengadakan pilihan raya tanpa wujudnya persefahaman dalam negara hanya akan mengekalkan perpecahan di kalangan rakyat Palestin.

Melalui satu kenyataan medianya, Qabha menegaskan bahawa Pihak Berkuasa Palestin dan Fatah perlu mempastikan keadaan dalam negara dan persekitaran yang sihat terlebih dahulu sebelum mahu mengadakan pilihan raya supaya rakyat dapat menyuarakan pendapat mereka secara bebas, tanpa berlakunya sebarang bentuk penindasan, keganasan dan penangkapan.

Beliau mengecam sikap sesetengah pemimpin Fatah yang bercakap soal demokrasi tetapi pertubuhan yang diwakilinya disekat untuk bertanding di Tebing Barat malah mereka ditangkap.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin