Rabu, 08-12-2021 – Tahanan warga Palestin, Hisham Abu Hawash, 40, memasuki hari ke-111 mogok laparnya di tengah-tengah kebimbangan yang meningkat berkenaan tahap kesihatannya.
Badan Abu Hawash kurus kering, kerap kehilangan kesedaran, kekurangan kalium yang teruk, sakit teruk di hati dan jantung, muntah berterusan, serta gagal tidur dan berjalan.
Beliau melakukan mogok lapar sebagai membantah penahanan pentadbirannya yang dilakukan tanpa perbicaraan atau pertuduhan.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Amrul Azmi Mizan
Isnin, 06-12-2021 – Gerakan Hamas mengesahkan yang segala usaha untuk memadamkan kesedaran Arab, mengubah fakta dan memasukkan rejim Israel ke dalam wilayah Arab akan dihentikan, serta menyifatkan rejim sebagai musuh ketat rakyat Palestin dan dunia Islam.
“Tiada tempat untuk orang asing di mana-mana dalam Palestin,” Hamas menyatakan dalam kenyataan khbar yang dikeluarkan pada Hari Kesatuan Antarabangsa dengan Rakyat Palestin.
“Penentangan menyeluruh adalah hak sah kami yang termaktub di dalam resolusi dan undang-undang antarabangsa – di samping penentangan bersenjaya ke atas musuh zionis yang merampas tanah kami,” Hamas menjelaskan.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Nor idawati
Isnin, 06-12-2021 – Rejim Zionis pada waktu subuh hari Rabu telah menculik lapan orang rakyat Palestin semasa gerakan di Tebing Barat dan Baitulmuqaddis.
Menurut sumber tempatan, rejim Zionis menculik dua orang awam dikenali sebagai Nizar Abul-Hajja dan Thaer Abu Qattna dari kem pelarian Jenin dan seorang lagi orang awam dikenali sebagai Talal Abu Asba dari perkampungan Rafat di Salfit. Dua orang awam ditahan rejim Zionis semasa gerakan di perkampungan Beit Sira di barat Ramallah dan bandar Beit Furik di timur Nablus. Mereka dikenal pasti sebagai Ibrahim Abu Safiya dan Uday Hanani.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Amrul Azmi Mizan
Khamis, 02-12-2021 – Puluhan peneroka Yahudi yang dikawal oleh pasukan polis menyerbu Masjid Al-Aqsa di Jerusalem pada hari Isnin. Sumber setempat mengesahkan bahawa mereka melakukan ritual Talmud di kawasan timur kompleks masjid itu.
Minggu lalu, Knesset Israel telah mengeluarkan syor kepada kementerian pendidikan untuk memasukkan pengajaran tentang sejarah Yahudi di dalam kurikulum sekolah semasa lawatan ke tapak suci Islam di Kota Lama Jerusalem.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Neina Mukhtar
Khamis, 02-12-2021 – Tentera rejim zionis (IOF) pada petang Ahad menculik dua warga Palestin setelah melepaskan tembakan ke arah salah seorang daripada mereka dalam operasi ketenteraan di beberapa kawasan di Bethlehem.
Menurut sumber tempatan, IOF menculik seorang pemuda Palestin setelah melepaskan tembakan ke arahnya di pusat bandar kota Bethlehem City. Tiada maklumat sama ada beliau cedera atau tidak.Pemuda itu dikenali sebagai Ali al-Battat, seorang bekas tahanan di kota Bethlehem.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Nor idawati
Khamis, 02-12-2021 – Raafat Murra, pegawai kanan Hamas, menegaskan pada hari Ahad akan kepentingan Hari Perpaduan Antarabangsa dengan Rakyat Palestin.
Dalam satu kenyataan berkenaan Hari Perpaduan Antarabangsa dengan Rakyat Palestin, Murra berkata bahawa hari tersebut telah membantu untuk mengantarabangsakan perjuangan rakyat Palestin dan mempertahankan hak rakyat Palestin untuk menolak penjajahan.
Walaubagaimanapun beliau berkata tindakan Pertubuhan Pembebasan Palestin mengiktiraf negara haram Israel telah menggagalkan kepentingan hari tersebut.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Amrul Azmi Mizan
Khamis, 02-12-2021 – Pusat Kajian Tahanan Palestin meminta masyarakat antarbangsa mengambil tindakan segera demi menghentikan segala bentuk penghinaan, penyeksaan dan pelanggaran hak tahanan wanita Palestin dan segera membebaskan mereka serta memberikan perhatian terhadap penderitaan yang berlanjutan.
Pusat Kajian Palestin mengatakan dalam pernyataan akhbarnya bahawa walaupun komuniti antarabangsa mengakui adanya larangan penyeksaan dan kekerasan terhadap perempuan dan penetapan 25 November setiap tahun sebagai Hari Antarabangsa Menentang Kekerasan terhadap mereka, otoriti penjajah Israel mempraktikkan segala bentuk penyeksaan dan kekerasan terhadap tahanan perempuan Palestin di penjara-penjara yang tidak diawasi.
Pusat Palestin mendakwa badan-badan antarabangsa bersikap munafik terhadap politik penjajah Israel dan menutup mata terhadap pelanggaran dan kejahatannya terhadap tahanan wanita Palestin. Situasi ini mendorong Israel meneruskan tindakan tidak manusiawi ini terhadap tahanan wanita Palestin dan berterusan melanggar Undang-Undang Antarabangsa
sumber : https://melayu.palinfo.com/ penterjemah : Osman
Khamis, 02-12-2021 – Pada Jumaat malam, tentera laut Israel memintas satu bot Palestin yang membawa lima orang nelayan di perairan Gaza dan menahan dua orangndaripada mereka.
Sindiket nelayan Gaza mengesahkan bahawa tentera laut rejim merampas bot dan menahan mereka berlima yang semuanya daripada keluarga al-Hissi.
Tiga daripadanya dibebaskan kemudian, manakala dua lagi ditangkap.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Nor idawati
Selasa, 30-11-2021 – Dalam dua insiden berasingan, Rejim Zionis pada pagi Ahad telah melepaskan tembakan ke arah kawasan tanah dan bot nelayan yang diusahakan di timur dan barat Semenanjung Gaza yang dikepung.
Menurut sumber setempat, rejim itu melepaskan tembakan mesingan di kawasan pertanian di timur bandar al-Fakhari di timur Khan Yunis, selatan Gaza. Tiada kecederaan dilaporkan dalam serangan tembakan itu.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Neina Mukhtar
Selasa, 30-11-2021 – Ketua biro politik Hamas Ismail Haneyya telah menegaskan sekali lagi bahawa empat orang askar Israel yang ditawan di Semenanjung Gaza tidak akan melihat hari siang tanpa tahanan Palestin menikmati apa yang disebutnya “matahari kebebasan.”
Haneyya membuat kenyataannya pada hari Sabtu semasa berucap dalam talian di forum Arab untuk menyokong tahanan di penjara Israel.
Pemimpin Hamas itu menegaskan bahawa isu tahanan Palestin di penjara Israel akan tetap menjadi keutamaan bagi gerakannya, yang menyokong perjuangan tahanan di belakang jeriji besi dan berusaha untuk mendapatkan kebebasan mereka.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Amrul Azmi Mizan
Isnin, 29-11-2021 – Rejim Zionis pada awal pagi Rabu lalu telah menculik sejumlah warga Palestin, termasuk seorang wanita, semasa kempen serangan di Tebing Barat dan Baitulmaqdis.
Menurut sumber tempatan, rejim Zionis menculik seorang ibu berusia 50 tahun bernama Nabila Abul-Sabri dan anaknya Bilal dari rumah mereka di kem pelarian al-Jalazon di utara Ramallah.
Rejim Zionis juga menculik seorang bekas tahanan dikenali sebagai Thaer Samad’ah dan mengeluarkan saman daripada Shin Bet kepada seorang lagi belia bernama Mohamed Abul-Sabri untuk disoal siasat, semasa kempennya di kem al-Jalazon.
Rejim Zionis juga menyerbu rumah tahanan Abdullah al-Barghouthi di bandar Beit Rima, barat laut Ramallah dan menculik anaknya Osama.
Di Tulkarem, rejim Zionis menculik dua belia yang dikenali sebagai Khaled Abul-Izz dan Amr Teem dari rumah mereka di bandar Zeita.
Di Nablus, rejim Zionis menyerbu beberapa rumah di kampung Deir Sharaf dan Lubban ash-Sharqiya, termasuk rumah MP Jamal at-Tirawi.
Di timur Baitulmaqdis, pasukan polis Israel menculik seorang pemuda bernama Anas Qanbar selepas menggeledah rumahnya di kawasan kejiranan Jabel Mukaber.
Dalam kejadian berasingan, tiga pekerja Palestin dari bandar Bir Nabala di timur Baitulmaqdis cedera apabila rejim Zionis menyerang kereta yang mereka naiki berhampiran kem al-Jalazon di Ramallah.
Sumber tempatan memberitahu, seorang daripada pekerja itu mengalami kecederaan akibat peluru getah dan yang lain cedera akibat kesan terhidu gas pemedih mata.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Ezatul
Isnin, 29-11-2021 – Malaysia telah menolak untuk membenarkan pasukan Israel yang ingin menyertai Kejohanan Squash Dunia daripada memasuki negara itu.
Oleh yang demikian, Persatuan Squash Israel menyeru Persekutuan Squash Dunia agar mewajibkan Malaysia membenarkan kemasukannya bagi menyertai kejohanan yang akan diadakan selama dua minggu di Kuala Lumpur. Namun, permintaan itu ditolak.
Persatuan Squash Israel turut mengugut untuk menyaman Persekutuan Squash Dunia jika tidak memastikan penyertaan Israel di kejohanan dunia.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Nor idawati
Isnin, 29-11-2021 – Pemerintah penjajah Israel akan mengumumkan rancangan pembangunan kluster baharu penempatan Zionis, terdiri dari ribuan unit rumah di kota Al-Quds terjajah.
Menurut penganalisa urusan Al-Quds, Fakhiri Abu Diyab, rancangan pembangunan kluster penempatan yang hendak diumumkan Israel dalam waktu dekat ini mencakupi pembangunan 3 ribu unit rumah dan membangunkan penempatan baharu di kota Al-Quds.
Projek penempatan Zionis akan difokuskan di kawasan Atharat Al-Quds utara, kemudian di penempatan Javat, penempatan Ma’aleh Adumim, Timur kota E1, Hamamtus di Al-Quds selatan dan kawasan-kawasan lain yang akan ditentukan kemudian.
Disebutkan bahawa pemerintah Israel akan mengeluarkan dana besar untuk membina penempatan baharu tersebut yang membolehkan jawatankuasa perancangan dan pembangunan memulakan projek ini.
Abu Diyab menyebutkan, penempatan baharu akan dibina di kawasan Atharat setelah mendapat persetujuan dari pemerintah Israel.
Semua potensi yang ada digunakan untuk mengukuhkan dan mengintensifkan penempatan Zionis di Al-Quds, kemudian mendatangkan warga Yahudi untuk mengubah peta demografi wilayah, walaupun pihak Amerika secara malu-malu meminta dihentikan aktiviti penempatan di wilayah Palestin terjajah.
sumber : https://melayu.palinfo.com/ penterjemah : Osman
Isnin, 29-11-2021 – Dua orang tahanan warga Palestin meneruskan mogok lapar mereka selama berminggu-minggu lamanya sebagai bantahan ke atas penahanan pentadbiran mereka, tanpa tuduhan atau perbicaraan.
Menurut Persatuan Tahanan Palestin, Hisham Abu Hawwash yang berusia 39 tahun, dari bandar Dura di al-Khalil telah melakukan mogok lapar selama seratus hari.
Hawwash ditahan di rumah sakit penjara dan kadangkala dipindahkan ke hospital apabila dia mengalami masalah kesihatan.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Amrul Azmi Mizan
Khamis, 25-11-2021 – Gerakan Hamas memuji operasi tembakan di Baitulmuqaddis dan menyatakan peristiwa itu mengesahkan rakyat Palestin tidak akan membenarkan rejim zionis terus menjajah di kota suci itu.
Dalam kenyataan akhbar, jurucakap Hamas Mohamed Hamada berkata, operasi tembakan dan tikaman yang dilakukan oleh Omar Abu Asab beberapa hari lalu di Baitulmuqaddis membuktikan kesungguhan rakyat Palestin untuk menentang.
Hamada menyifatkan peristiwa itu sebagai satu mesej kepada Israel, dan mengesahkan operasi sedemikian akan terus berlaku sebagai tindak balas terhadap usaha rejim untuk memecahkan Masjid Aqsa.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Nor idawati