Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis culik 14 penduduk Palestin di Tebing Barat, Palestin.

Isnin , 13-05-2019 – Pada hari selasa yang lepas, Rejim Zionis telah menahan 14 orang penduduk Palestin didalam serbuan di beberapa kawasan di Tebing Barat.  Persatuan Banduan Palestin telah mengesahkan seramai 4 orang ditahan semasa serbuan rumah ke rumah di Tulkarem.

Penahanan di kawasan yang lain adalah termasuk di Ramallah, al-Khalil dan Baitulmaqdis, mengikut laporan tempatan. Rejim Zionis melaporkan bahawa mereka telah menahan seramai 14 orang penduduk Palestin di Tebing Barat pada hari Isnin lepas diatas kesalahan menyasarkan serangan terhadap rakyat negara haram Israel. 

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : hanafi

Categories
Berita Semasa

Israel Izinkan Kembali Kemasukan Bahan Bakar Ke Semenanjung Gaza


Jumaat , 10-05-2019 - Pihak Otoriti penjajah Israel hari Selasa (7/5/2019) memutuskan untuk mengizinkan kembali kemasukan bahan bakar ke Semenanjung Gaza setelah beberapa hari yang lalu, selama serangan Israel terbaru ke Semenanjung Gaza, melarang kemasukan bahan bakar ke Semenanjung Gaza.

Radio Israel melaporkan bahawa pihak Otoriti penjajah Israel telah memutuskan untuk mengizinkan kemasukan semula bahan bakar ke Semenanjung Gaza melalui pintu masuk Kerem Abu Salem yang terletak di tenggara Semenanjung Gaza, walaupun pintu masuk ini tetap ditutup sehingga hari Ahad depan.

Tentara penjajah Israel telah mengumumkan kelmarin, mengenai tindakan penutupan wilayah Palestin dimulai hari Isnin lalu hingga Ahad datang. Keputusan ini dilakukan dengan alasan adanya perayaan hari "Kemerdekaan Israel" atau ulang tahun Nakba (peristiwa pengusiran) Palestin tahun 1948.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : osman
Categories
Berita Semasa

Gaza: 830 rumah musnah, rosak dalam serangan terbaharu rejim Israel.

Jumaat , 10-05-2019 – Sekurang-kurangnya 830 buah rumah musnah sàma sekali atau rosak teruk dalam pencerobohan terbaharu rejim zionis Israel ke atas Semenanjung Gaza, demikian laporan awal yang dikeluarkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerja Raya, Gaza.

Menurut laporan tersebut, terdapat 130 buah rumah runtuh terus manakala 700 buah yang lainnya rosak sebahagian.

Bagaimana pun, kakitangan pihak kementerian yang berada di lapangan masih giat mengumpul maklumat kemungkinan terdapat lebih banyak lagi rumah yang musnah atau rosak sepenuhnya sebelum angka sebenar dapat dikeluarkan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin

Categories
Berita Semasa

QB: Unit roket kami Berjaya mengatasi Iron Dome

Jumaat , 10-05-2019 – Briged Al-Qassam, unit bersenjata Hamas, berkata, unit roketnya berjaya mengelirukan dan mengatasi Iron Dome ketika pertempuran baru-baru ini.

Dalam kenyataan di Telegram, jurucakap Briged Abu Obeida mengesahkan yang Briged al-Qassam Berjaya mengatasi system anti roket bergelar Iron Dome dengan menggunakan taktik melepaskan tembakan puluhan roket pada masa sama.

Sebagai tindakbalas terhadap serangan Israel ke atas Gaza, pejuang Palestin menjalankan serangan roket besar-besaran ke arah sasaran ketenteraan dan penempatan sejak dua hari lepas.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Angka korban capai 27: Dua mayat ditemui di Utara Gaza.

Rabu , 08-05-2019 – Kakitangan perubatan Palestin membawa keluar dua mayat yang terbunuh akibat serangan udara rejim zionis Israel di bandar Beit Lahia , utara Semenanjung Gaza.

Kementerian Kesihatan Gaza berkata, mayat pasangan suami isteri Talal Abu al-Jedian dan Raghda Abu al-Jedian ditemui di bawah runtuhan apartmen yang musnah dibom pesawat udara Israel Ahad kelmarin.
Penemuan itu menjadikan angka korban serangan ke atas Gaza meningkat kepada 27 orang, termasuk dua wanita hamil dan tiga bayi sementara sekurang-kurangnya 170 orang awam cedera.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin

Categories
Berita Semasa

Komandan Lapangan Al-Qassam Gugur Syahid


Rabu , 08-05-2019 - Brigade Izzuddin al-Qassam, sayap ketenteraan gerakan perjuang Islam Hamas, Isnin petang (6/5) mengumumkan syahidnya komandan Al-Qassam Hamid Ahmed al-Khudari yang terbunuh semalam akibat dihujani roket Zionis.

Al-Khudari gugur syahid akibat serangan pesawat tempur Zionis semalam dalam rangkaian serangan tentera Israel yang mensasarkan para pemimpin pejuang termasuk Al-Qossam di Kota Gaza. Beliau gugur syahid ketika berada dalam kenderaannya di sebuah jalan di Gaza.

Israel mendakwa al-Khudari (34 tahun) bertanggungjawab dalam membawa dana kepada Hamas dan Jihad Islam dari Iran. Dalam tempoh dua hari terakhir, 27 warga Palestin, termasuk empat wanita, dua anak-anak serta satu bayi terbunuh syahid dalam agresi Israel ke Jalur Gaza.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : osman
Categories
Berita Semasa

Dua warga Palestin terbunuh dalam serangan udara israel ke atas Gaza.

Rabu , 08-05-2019 – Dua warga Palestin telah dibunuh pada petang Ahad dalam serangan udara terbaru oleh Israel yang menimpa kawasan timur bandar Gaza. Kementerian Kesihatan Gaza berkata dalam kenyataan ringkas yang para syuhada itu ialah Belal al-Banna dan Abdullah Abu al-Ata.

Saksi mata menyatakan yang pesawat perang israel melepaskan tembakan peluru berpandu ke arah sekumpulan pemuda Palestin di timur kejiranan Shuja’iyya timur kota Gaza, sekaligus membunuh dua orang daripada mereka.

Jumlah orang awam Palestin yang dibunuh sejak kekejaman Israel yang bermula pada Sabtu itu meningkat kepada 9 orang. Sekurang-kurangnya 50 orang telah cedera.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Israel lancarkan 150 serangan ke atas Gaza

Rabu , 08-05-2019 – Tentera rejim israel (IOF) melancarkan 150 serangan di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam, membunuh tujuh warga Palestin termasuk seorang wanita hamil dan bayinya serta mencederakan 50 yang lain, seterusnya mengakibatkan kemusnahan besar.

Pejabat media kerajaan Palestin berkata dalam kenyataannya pada Ahad yang IOF melancarkan serangan udara dan melepaskan tembakan yang memusnahkan 200 fasiliti dan infrastruktur orang awam.Kenyataan itu menjelaskan yang tujuh bangunan telah musnah manakala empat yang lain ditembak peluru berpandu. Ratusan rumah yang lain pula mengalami kerosakan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati


Categories
Berita Semasa

Hamas menyelar serangan Zionis terhadap pejabat media Gaza.

Selasa , 07-05-2019 – Ketua Hamas, Raafat Murra pada ahad lalu mendakwa bahawa askar penceroboh dari negara haram Israel telah mensasarkan serangan keatas pejabat-pejabat media didalam pencerobohan di semenanjung Gaza. 

Murra telah mengutuk serangan askar negara haram Israel terhadap pejabat agensi Anadolu dan menegaskan bahawa serangan tersebut adalah keganasan dan disengajakan.

Beliau juga menegaskan bahawa Hamas menyokong sepenuhnya kesemua media berita Palestin, negara-negara Arab dan media antarabangsa yang sentiasa melaporkan kejadian yang berlaku di Palestin secara objektif dan profesional. 

Pesawat perang dari negara haram Israel telah melakukan pengeboman menggunakan peluru berpandu terhadap pejabat agensi media Anadolu dan pejabat media tahanan Palestin semasa serangan udara besar-besaran terhadap Gaza pada hari sabtu yang lepas. 

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : hanafi

Categories
Berita Semasa

Angka korban di Gaza meningkat 25 orang.

Selasa , 07-05-2019 – Kementerian Kesihatan Gaza mengumumkan, 25 orang penduduk awam Palestin terbunuh dan lebih 1500 lagi cedera berikutan serangan ganas berterusan tentera rejim zionis Israel ke atas bumi Gaza yang terkepung itu.

Pesawat tempur dan bot perang Israel menyerang beberapa sasaran dan kediaman di Semenanjung Gaza pada hari Ahad kelmarin. Sementara itu, pihak penjuang Islam Palestin menyerang balas dengan menembak berpuluh peluru roket ke arah petempatan haram Yahudi di seberang tembok sempadan kawasan Israel.

Menurut Kementerian Kesihatan Gaza, warga yang terkorban termasuk dua wanita mengandung dan tiga bayi.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin

Categories
Berita Semasa

Penduduk Palestin diburu kerana kes baling batu.

Selasa , 07-05-2019 – Pada Khamis yang lalu, Rejim Zionis telah melancarkan pencarian terhadap seorang pemuda Palestin di atas kesalahan membaling batu kepada puak pemisah sehingga menyebabkan kecederaan kepada salah seorang dari mereka di bandar Nablus, selatan semenanjung Gaza. 

Saksi kejadian melaporkan, mereka melihat seorang pemuda Palestin telah membaling batu kearah kereta puak pemisah tersebut di jalan utama berdekatan kawasan pusat bandar Huwara, utara Nablus. 

Mereka juga berkata, pemuda tersebut membawa sebilah pisau tetapi tidak menggunakannya dan beliau telah meninggalkan kawasan tersebut sejurus selepas ketibaan askar negara haram Israel. 

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : hanafi

Categories
Berita Semasa

Penjara Ashkelon diserbu rejim Zionis.

Selasa , 07-05-2019 – Suruhanjaya Hal Ehwal Tahanan dan Bekas Tahanan Palestin pada Isnin lalu berkata, penguatkuasa penjara negara haram Israel telah menyerbu beberapa penjara dan tahanan di dalamnya pada waktu tengahari ni penjara Ashkelon.

Suruhanjaya tersebut menambah, penjaga penjara tersebut telah memaksa beberapa tahanan Palestin untuk keluar dari bilik penjara mereka dan menyerang mereka tanpa belas kasihan. Serbuan berkenaan berlangsung selama beberapa jam semasa penguatkuasa negara haram Israel membuat kekecohan keatas barangan peribadi tahanan tersebut. 

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : hanafi

Categories
Berita Semasa

Tentera rejim lancarkan serangan ke atas para petani di Gaza.

Isnin , 06-05-2019 – Tentera rejim pada pagi Rabu menyerang Gaza dan meratakan tanah-tanah warga Palestin. Wartawan PIC menyatakan yang 8 jentolak Israel meratakan kawasan seluas ratusan meter di Juhor ad Dik, timur kota Gaza dan memusnahkan kawasan pertanian sepanjang sempadan.

Sumber tempatan menyatakan yang operasi itu disertai tembakan peluru hidup dan gas pemedih mata ke arah para petani. Tiada kecederaan dilaporkan.

Categories
Berita Semasa

Mahathir: Israel “punca penyebab ketidakstabilan dunia.”

Isnin , 06-05-2019 – Perdana Menteri Mahathir Mohamed menjelaskan bahawa Israel sebuah adalah negara pengganas dan menjadi punca ketidakstabilan dunia hari ini.

Berucap di hadapan golongan belia di Persidangan Tahunan Al Sharq 2019 di Kuala Lumpur, pemimpin Malaysia itu menegaskan bahawa masanya telah tiba untuk masyarakat antarabangsa bersatu dan menamatkan segera penjajahan rejim zionis Israel di Palestin.

“Aparteid, penghapusan kaum, jenayah kemanusiaan, pencerobohan dan segala kejahatan terhadap umat manusia lainnya kini sedang berlaku di Palestin- ia hasil perbuatan tidak berperikemanusiaan, angkuh dan negara pengganas bernama Israel.”

sumber : http://english.palinfo.co
penterjemah : zainudin

Categories
Berita Semasa

Serangan udara waktu subuh menyasarkan pos rintangan di Gaza

Isnin , 06-05-2019 – Pesawat tempur Israel pada waktu subuh hari Khamis melancarkan serangan udara ke atas pos rintangan di utara Semenanjung Gaza.

Seorang wartawan Pusat Maklumat Palestin (PIC) berkata sekurang-kurangnya lima peluru berpandu udara ke permukaan dilepaskan oleh pesawat tempur di sebuah tapak milik Briged al-Qassam Hamas di utara Gaza.

Mujurlah tiada yang terluka dalam serangan udara, yang menyebabkan panik di kalangan penduduk di kawasan itu.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor syuhada