Categories
Berita Semasa

Abu Zuhri: Hamas berkeras untuk adakan pilihan raya tepat pada masa

Isnin, 22-08-2016 – Jurucakap Hamas, Sami Abu Zuhri pada Selasa menegaskan bahawa gerakan itu akan memastikan pilihanraya diadakan tepat pada masa yang ditetapkan. Beliau menafikan dakwaan bahawa Hamas akan menarik diri daripada menjalankan proses pilihanraya tempatan yang dijadualkan pada 8 Oktober. Beliau turut menggesa media massa merujuk kepada sumber rasmi yang sah dan tidak menyebarkan laporan palsu tersebut.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : syed ahmad muhsin

Categories
Berita Semasa

Kesihatan 4 orang pemogok lapar di penjara Israel semakin teruk

Isnin, 22-08-2016 – Persatuan Tahanan Palestin (PPS) pada Rabu menyatakan kerisauan tentang kesihatan 4 orang pemogok lapar Palestin yang ditahan di penjara Ofer Israel.

Peguam PPS berkata, kesihatan Muhammad al-Balboul, Malek al-Kadhi, Iyad al-Hreimi dan Omar Nazal ditahan di seksyen 20 penjara Ofer semakin teruk. 31 tahanan Palestin juga sedang mogok lapar sebagai tanda sokongan kepada seorang pemogok lapar, Bilal Kayed yang mogok selama 69 hari dalam tahanan Israel.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : syed ahmad muhsin

Categories
Berita Semasa

Ahli parlimen Israel desak lucut keanggotan Ghattas kerana galak boikot negaranya.

Isnin, 22-08-2016 – Anggota Knesset Parlimen Israel mendesak supaya ahlinya, Basel Ghattas dari parti Joint List dilucutkan keanggotaannya kerana mencadangkan supaya negaranya, Israel diboikot semasa berada dalam satu persidangan di Montreal.

Salah seorang anggota Knesset, Yisrael Beiteinu dari parti Oded Forer meminta supaya Basel Ghattas dihukuman kerana mencadangkan negaranya, Israel diboikot.

Menurut parti Oded Forer, ” Drama yang tidak masuk akal ini akan berterusan sehingga parti Joint List membuktikan bahawa ahlinya itu tidak lagi menjadi anggota Knesset, ” dan tambah parti itu lagi, ” Seseorang ahli parlimen yang mengelar negaranya sebagai rasis dan meminta supaya diboikot serta dihukum, itu belum pernah didengar dari mana-mana negara yang waras di dunia ini. Ia bukan sahaja satu delusi, ia seperti menentang undang-undang. ”

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainuddin

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis meruntuhkan rumah rakyat Palestin di Nablus

Isnin, 22-08-2016 – Pasukan Penjajahan Israel (IOF) memusnahkan beberapa buah rumah rakyat Palestin dan lapangan stok di bandar Doma dan Qusra di selatan Nablus pada awal pagi Rabu dan merampas sebuah rumah di bandar Huwara.

Saksi memberitahu wartawan PIC bahawa tentera Israel diiringi oleh kenderaan tentera menyerbu bandar Doma dan Qusra selepas tengah malam Selasa dan mula meruntuhkan rumah Palestin dengan alasan kekurangan permit pembinaan. Wartawan PIC mendedahkan bahawa tentera IOF menyerahkan notis kepada Jamal al-Tawil untuk merampas empat dunum tanah dusun beliau di al-Marajem di selatan Nablus. Wartawan PIC turut memaklumkan bahawa tentera Israel telah memusnahkan rumah Jamal empat bulan yang lalu.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zaina

Categories
Berita Semasa

Di atas Runtuhan Masjid Al-Aqsa: Persiapan Pembangunan Kuil Yahudi di atas Al-Aqsa

Isnin, 22-08-2016 – Laporan televisyen Israel yang ditayangkan dalam tempoh seminggu terakhir bersamaan dengan majlis peringatan yang dilakukan oleh warga Yahudi “atas runtuhnya kuil”, sejumlah pertubuhan Yahudi telah menyiapkan diri di lapangan untuk pembangunan mitos Kuil yang mereka dakwa di atas runtuhan masjid Al-Aqsa dan hanya tinggal menunggu keputusan politik secara rasmi.

Badan-badan pembangunan kuil Yahudi tersebut mendapatkan respon baik daripada masyarakat mahupun dokongan politik yang luas setelah sebelumnya kelompok ini dianggap sebagai kelompok kecil masyarakat Israel dan tidak memiliki pengaruh politik. Sebahagian pihak yang ikutserta terlibat dalam persiapan pembangunan kuil ini menyatakan bahawa peralatan dan keperluan serta fasiliti yang diperlukan untuk pembangunan kuil ini sudah siap diletakkan di tempatnya yang sesuai dengan mengorbankan Masjid Al-Aqsa atau lebih tepat di Kubah Sakrah. Mereka menegaskan, masa pembangunan untuk kuil ini tidak lebih dari 3 tahun seperti yang dirancang.

sumber : COMES
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Pemuda anti penjajah Israel membatalkan tindakan meletupkan bas.

Isnin, 22-08-2016 – Pelajar Universiti Palestin Ali Abu Hasan, 20, memberitahu penyiasat bahawa dia tidak meletupkan bom di dalam sebuah bas Israel selepas melihat kanak-kanak di dalam bas tersebut.

Abu Hasan menyatakan bahawa selepas dia ternampak anak-anak Israel tersebut, beliau menukar sasaran dan berpindah ke restoran yang berdekatan, di mana dia ditahan oleh seorang pegawai penjajah Israel.
Abu Hasan berkata beliau merancang serangan tersebut akibat daripada pencerobohan Israel yang tidak henti-henti terhadap Masjid suci al-Aqsa.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zaina

Categories
Berita Semasa

Kemenangan tahanan Hamas terhadap Perkhidmatan Penjara Israel

Isnin, 22-08-2016 – Pejabat Media Tahanan di Gaza mendedahkan artikel berkenaan perjanjian antara tahanan Hamas dan Perkhidmatan Penjara Israel (IPS) untuk menghentikan mogok lapar.

Dalam satu kenyataan akhbar pada hari Sabtu, pejabat tersebut mengumumkan bahawa perjanjian itu menetapkan untuk menghentikan segala bentuk pemeriksaan-badan yang memalukan termasuk pemeriksaan-badan yang memerlukan tahanan untuk menanggalkan pakaian. Ia juga menyatakan untuk memperbaiki keadaan tahanan di penjara Nafha dan menghantar semula ketua tertinggi jawatankuasa kepimpinan banduan Hamas, Mohammad Erman dari penjara Hadarim ke Nafha dalam tempoh selewat-lewatnya tiga bulan. Ia juga menetapkan untuk menghantar semula tahanan yang telah dipindahkan, kembali ke bahagian mereka dan membenarkan kemasukan buku ke dalam penjara semasa lawatan keluarga dan juga membolehkan tambahan saluran berita TV.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zaina

Categories
Berita Semasa

Hamas menafikan tuduhan Israel berkenaan kebocoran kewangan UNDP

Isnin, 22-08-2016 – Pergerakan Penentangan Islam, Hamas, menegaskan bahawa tuduhan Israel ke atas kebocoran kewangan daripada UNDP untuk kepentingan Hamas adalah “tidak berasas, dakwaan tidak sah”.

Jurucakap Hamas, Sami Abu Zuhri berkata dalam satu kenyataan akhbar pada hari Selasa bahawa dakwaan itu “datang selaras dengan rancangan Israel untuk mengetatkan sekatan ke atas Semenanjung Gaza dengan mensasarkan institusi kebajikan dan menghalang kerja-kerja mereka.” Abu Zuhri memberi amaran jika polisi itu diteruskan dan menyeru masyarakat antarabangsa untuk menanggung kesannya dalam menghadapi tindakan agresif Israel, yang mempunyai akibat yang serius, katanya.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zaina

Categories
Berita Semasa

Pertembungan mazhab dan kesan terhadap Palestin.

Rantau Arab telah diuji dengan pelbagai bentuk pergolakan, dan yang paling ketara adalah dari sudut agama, puak dan bangsa serta geopolitik. Sebahagian daripada pergolakan ini sudah berlanjutan selama beberapa generasi dan ada antaranya sudah lama padam, namun kembali bertiup kencang sejak akhir-akhir ini. Malah ada sebahagiannya hanya menunggu masa yang sesuai untuk meletus.

Malangnya, pergolakan yang masih belum reda ini telah merebak dengan pantas dan terpecah kepada masalah lebih rumit. Sebagai contoh, pergolakan di Syria yang bermula dengan perbalahan politik, kemudiannya merebak kepada masalah lain dan menjadi lebih kompleks.
Antara pergolakan yang sedang melanda negara tersebut kini ialah perbalahan mazhab antara puak Syiah-diketuai Iran yang mana pembentukannya terdiri daripada campur tangan beberapa negara, pertubuhan dan kumpulan militan yang majoritinya pengikut fahaman syiah, sementara puak Sunni yang dikepalai kerajaan Arab Saudi dan dianggotai beberapa negara serta
pertubuhan. Di antara pergolakan kedua-dua puak ini, terdapat pihak lain yang masih dalam kebingungan.

Sejarah pergolakan

Segelintar pihak merujuk punca perbalahan mazhab yang berlaku sekarang berlatarbelakangkan kepada sejarah beberapa dekad (atau kurun) lampau. Namun, perlu dijelaskan dalam konteks ini bahawa turun naiknya perbalahan ini adalah berbeza dari satu tempoh ke tempoh yang lain,sebagaimana catatan kejayaan umat sepanjang zaman.

Meskipun berlakunya keadaan yang buruk pada masa lalu, namun gelombang pergolakan yang pahit pada waktu ini mula menunjukkan bahawa ia salah satu daripada keadaan paling buruk dan teruk, malah diumpamakan sebagai peperangan secara menyeluruh. Ia adalah peperangan semua melawan semua, selepas terjadinya pergolakan antara tokoh (perseorangan) menentang tokoh
lain.

Pergolakan mazhab pada masa lalu berlaku antara negara dengan negara yang lain; seperti yang berlaku antara empayar Uthmaniyah dan wangsa Safawiyah. Begitu juga apa yang terjadi antara khulafah Fathimiyah dan dinasti Ayubiyah.

Semakin seriusnya pergolakan ini juga seiring dengan perluasan kawasan geografi berlakunya konfrontasi, di mana pertembungan berlaku di seluruh tempat di seluruh dunia Islam pada banyak peringkat dalam bentuk yang berbeza.

Pada kurun ke-20 menyaksikan keadaan tenang secara relatif perhubungan antara puak Sunni-Syiah, namun berselang seli secara tidak menentu dengan pertempuran; seperti yang berlaku antara Iran-Iraq. Keadaan ini mungkin disebabkan kesinambungan arus sekularisme yang mewarnai landskap politik di rantau Arab. Tambahan pula, dari suatu sudut adanya pengaruh hubungan yang baik antara aliran-aliran utama fahaman Syiah dan Sunni telah memberi kesan yang besar serta mengurangkan pertelingkahan, malah banyak membuka pintu-pintu dialog dan persefahaman.

Sementara yang menjadi mangsa perbalahan dan pertelingkahan mazhab di rantau Arab adalah isu Palestin. Tidak dinafikan kemudaratan ini memberi kesan terhadap setiap negara rantau Arab, namun artikel ini memfokuskan kepada kesan kelompok mazhab terhadap isu Palestin secara khususnya. Isu yang dihadapi Palestin, ditambah pula dengan kegetiran penjajahan Zionis secara berterusan mewujudkan cabaran baharu antaranya:

Pertama: Kemerosotan kepentingan isu Palestin terhadap sensitiviti pihak-pihak berautoriti sama ada di peringkat antarabangsa, serantau mahupun tempatan. Kuasa-kuasa besar pula disibukkan dengan isu-isu ‘yang lebih rumit’ seperti pergolakan di Syria yang menyebabkan jutaan rakyatnya terpaksa mendapatkan perlindungan dari negara-negara di Eropah. Sementara negara-negara berkenaan pula disibukkan dengan dilema terorisme yang kian meningkat kesan daripada Arab-Spring, sekali gus menyebabkan masyarakat Eropah umpama bom jangka yang hanya menunggu masa untuk meletus.

Keadaan tersebut juga menjadikan teori bahawa ‘penyelesaian isu Palestin yang dicapai akan memberikan kestabilan kepada negara tersebut’ adalah tidak logik kerana terdapat banyak pihak yang terlibat; maka negara tersebut tidak akan memperolehi kestabilan tanpa mengambil kira tragedi yang berlaku di Palestin!

Manakala kuasa-kuasa besar serantau seperti Iran dan Turki sebagai contoh, penglibatan mereka secara langsung dalam pergolakan yang berlaku di negara tersebut (Syria), menyebabkan mereka beralih arah daripada memberi tumpuan utama terhadap isu Palestin. Ia bukan sahaja berlaku pada badan-badan rasmi bahkan tindak balas serta reaksi masyarakat awam terhadap tragedi yang berlaku di Palestin juga semakin berkurangan.

Kedua: Sebahagian kuasa-kuasa dan negara-negara mendapat bantuan daripada kesatuan Zionis dan mengadakan hubungan dua hala yang bertujuan untuk mendapatkan sokongan dalam pertempuran dengan pihak-pihak lain. Malah terdapat sebahagian negara Arab yang mula
memuji Israel-secara terang mahupun tersembunyi-terhadap apa yang dilakukan oleh Iran ketika peperangan melawan Iraq, yang dikenali sebagai Iran-contra.

Kesimpulannya, selagi mana berlakunya pertembungan mazhab dan semakin parah, maka kecenderungan mana-mana pihak untuk mengadakan hubungan dengan entiti Zinonis juga semakin besar.

Apa boleh dilakukan masyarakat Palestin?

Senario yang rumit ini menjadikan tanggungjawab semua pihak semakin berganda bagi mengurangkan pertembungan mazhab, sekali gus memadamkan api perbalahan. Perkara yang perlu dilakukan pihak autoriti Palestin ialah menjauhi daripada tergelincir dalam pergolakan yang sedang berlaku dengan menyatakan sokongan kepada pihak-pihak tertentu sama ada secara langsung atau tidak. Tindakan yang paling selamat secara diplomatik adalah ‘berkata perkara yang baik ataupun diam’. Walau apa terjadi, kecenderungan pihak berautoriti Palestin terhadap

mana-mana pihak tidak akan mengubah senario tersebut. Pergolakan tersebut merupakan dimensi antarabangsa dan serantau di mana kuasa-kuasa besar juga tidak mampu menamatkannya! Maka bukanlah satu tindakan yang bijak dengan menyertai peperangan yang merugikan!

Apa yang boleh dilakukan pihak berautoriti Palestin ialah mengumpulkan barisan umat untuk melakukan penentangan terhadap pihak penjajah Israel dengan cara mengumpulkan anak-anak muda – atau sebahagian daripada mereka – untuk menghadapi musuh luar yang bersekutu.

Semoga cara tersebut menjauhkan mereka daripada terjebak dengan peperangan dalaman yang tidak akan dimenangi oleh sesiapa pun!
Namun keadaan ini tidak akan bertahan lama memandangkan perubahan yang berlaku di daerah tersebut setelah pencerobohan Amerika terhadap Iraq. Iraq menyaksikan kemasukan pelbagai pihak yang bergelut dalam tragedi Iraq selepas kejatuhan Saddam Husin, antaranya Iran dan sekutunya, Al-Qaeda serta pecahannya. Tahun 2005-2006 menyaksikan pergolakan mazhab yang paling teruk di rantau tersebut sejak berkurun lamanya.

Punca pergolakan

Faktor pertama membawa kepada peningkatan pergolakan tersebut ialah berlakunya penyebaran dan peningkatan wacana serta dialog agama yang keterlaluan, sekali gus menggalakkan pengumpulan beribu remaja dan masyarakat awam untuk menyertai medan pertempuran.
Walaupun wacana-wacana seperti ini telah wujud sejak dahulu, namun kewujudan teknologi maklumat menyebabkan penyebarannya semakin kuat.

Kedua, disebabkan pertempuran yang berterusan serta pertumpahan darah dalam pelbagai situasi.Manakala mangsa korban terhadap kewujudan Iran di Iraq dan Syria serta mangsa kejadian bunuh diri yang banyak akan terus menjadi bahan bakar kepada api pergolakan-pergolakan baharu pada masa akan datang.

Ketiga, ialah pertambahan penggunaan propaganda media oleh pelbagai pihak daripada pihak-pihak berkuasa dan banyak negara untuk mendapatkan keuntungan tertentu.

Kesimpulan

Senario serantau yang begitu rumit menyebabkan penganalisis meramalkan bahawa pergolakan di tanah Arab sedang menuju ke arah yang semakin parah. Kemasukan Rusia dalam barisan Syiah serta pengunduran separa oleh Amerika Syarikat dari negara tersebut di mana ia adalah kuasa autoriti yang menjadi tempat bergantung oleh kebanyakan pimpinan Sunni, menyebabkan pergolakan di Syria dijangka berterusan dan satu perkara yang tidak dapat dielakkan.

Lebih merumitkan lagi adalah kebarangkalian tercetusnya perbalahan baharu seperti Bahrain dan negara-negara teluk yang lain. Melihat kepada arus pergolakan ini dan natijah daripada perbalahan antara mazhab dan kumpulan, jelas menunjukkan bahawa masa depan di Tanah Arab akan menjadi lebih buruk.

 

sumber :
MUSLIM IMRAN
PENGERUSI PERTUBUHAN KEBUDAYAAN PALESTIN MALAYSIA (PCOM)

Categories
Berita Semasa

Isu Visa Delegasi Israel : Malaysia Dilucutkan Hak Hos Kongres FIFA 2017

Khamis, 18-08-2016 – FIFA melucutkan hak Malaysia sebagai hos Kongres FIFA 2017 selepas negara itu enggan memberi visa kepada perwakilan Israel. “Lebih baik Malaysia tidak menjadi hos Kongres FIFA pada bulan Mei, memandangkan risiko membenarkan negara tertentu daripada menyertainya,” kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi. Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri, turut menegaskan Malaysia masih enggan memberi jaminan untuk mengeluarkan visa bagi delegasi Israel kerana membabitkan polisi tiada hubungan politik dengan negara haram itu.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Syed Ahmad Muhsin Al-Idrus

Categories
Berita Semasa

Kanak-kanak di Salfit alami kesukaran akibat krisis air.

Khamis, 18-08-2016 – Penduduk tempatan warga Palestin di Salfit, lancar usaha rayu bantuan selepas rejim Israel dengan sengaja melakukan tindakan yang menyebabkan berlakunya krisis bekalan air di situ.

Tindakan pihak berkuasa penjajah Israel memotong bekalan air ke bandar Salfit menjadikan krisis air di bandar itu semakin memuncak serta menyebabkan berlakunya kemusnahan yang dahsyat ke atas hidupan dan tumbuh-tumbuhan di kawasan tersebut.

Kekurangan bekalan air berlaku selepas syarikat bekalan air milik Israel, Mekorot hanya menyalurkan satu paip air sahaja dan tindakan itu menyukarkan warga Palestin yang tinggal di kawasan-kawasan kampung di mana ramai kanak-kanak berhadapan dengan masalah dehidrasi.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainuddin

Categories
Berita Semasa

Yousef: 24 aktivis wanita belayar ke Gaza bulan depan

Isnin, 15-08-2016 – Ketua konvoi bantuan Miles of Smiles menjangkakan lebih kurang 24 orang aktivis wanita akan menyertai. “Amal dan Zaytouna” dijangka belayar ke Semenanjung Gaza bulan hadapan. Dalam kenyataan akhbarnya pada Ahad, Yousef menyeru sokongan penyertaan aktivis wanita di bawah slogan “Hentikan kepungan Gaza dengan tangan anda.” Beliau turut menyeru memperbaharui usaha untuk menghentikan kepungan itu dari aspek kewangan, spiritual dan politik.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nur idawati

Categories
Berita Semasa

Israel akan menambah pondok polis, kamera keselamatan di timur Baitulmuqaddis

Isnin, 15-08-2016 – Tentera rejim Israel mengambil keputusan meningkatkan jumlah balainya dan kamera keselamatan di timur Baitulmuqaddis. Menurut pengumuman rasmi Israel, 5 balai polis baru akan dibuka di timur Baitulmuqaddis sebagai sebahagian rancangan pembangunan bagi meningkatkan keselamatan di kejiranan Arab serta menekankan ketuanan Israel di bandar suci itu. “Sejak bertahun-tahun, terdapat jurang yang besar di antara bahagian timur dan barat bandar itu dari aspek polis, oleh itu kami melakukan ini,” menteri keselamatan awam Gilad Erdan menyatakan pada Rabu.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

13 ditangkap, lainnya cedera selepas tentera Israel masuki Tebing Barat.

Isnin, 15-08-2016 – Beberapa penduduk awam Palestin cedera sementara 13 lagi ditangkap dalam serbuan besar-besaran yang dilancarkan tentera rejim Israel di wilayah Tebing Barat pada awal pagi, hari Rabu kelmarin.

Tentera rejim dengan sengaja mencetuskan kekacauan di kawasan penempatan awam dengan menyerang mereka secara ganas dihadapan anak-anak mereka. Menurut sumber berita dari Tebing Barat, 5 dari mereka yang ditangkap berasal dari bandar al-Khalil, 6 dari Ramallah dan bahagian timur, Baitulmuqaddis sementara 2 lagi dari Tulkarem.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainuddin

Categories
Berita Semasa

Hamas: Kami bersedia adakan pilihan raya pada tarikh yang ditetapkan

Isnin, 15-08-2016 – Gerakan Hamas bersedia untuk menjalankan proses pilihan raya pada tarikh yang telah ditetapkan iaitu 8 Oktober. Jurucakap Hamas, Hazem Kasem berkata dalam satu kenyataan eksklusif kepada PIC, tiada pihak yang boleh melanggar hak rakyat Palestin untuk menjalankan pilihan raya mereka sendiri.

Beliau mengulas dengan tegas “Kami menyeru kepada semua rakyat Palestin, termasuk institusi awam, dan badan hak asasi manusia untuk bertanggungjawab membantu serta menghalang sebarang cubaan oleh Pihak Berkuasa Palestin yang diketuai Mahmoud Abbas yang mungkin akan memanipulasi proses pilihan raya tersebut,” kata Kasem. Sebelum ini, ada laporan mengatakan Pihak Berkuasa Palestin dan Pergerakan Fatah berkemungkinan menangguhkan pilihan raya atas alasan masih ada beberapa urusan yang belum selesai.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor syuhada