Selasa, 11-01-2022 – Rejim Israel pada malam tadi dan waktu subuh hari Ahad telah menculik sejumlah orang awam Palestin di Baitullaham dan Baitulmuqaddis.
Menurut sumber tempatan, rejim Zionis menculik Amer Taqateqa, 17 tahun dan Mohamed Taqateqa, 22 tahun dari rumah mereka di bandar Beit Fajjar.
Di Nablus, rejim Zionis memecah masuk dan menyelongkar sebuah rumah milik Faleh Awa’yes di bandar Burqa, dan bertempur dengan sekumpulan pemuda di kem pelarian Aqabat Jabr di Jericho.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Amrul Azmi Mizan
Isnin, 10-01-2022 – Tentera Israel pada hari Khamis memaklumkan keluarga tahanan Palestin yang dituduh membunuh seorang peneroka Yahudi tentang tindakan mereka untuk merobohkan rumahnya di Jenin sebagai tindakan hukuman.
Jurucakap tentera Israel berkata keluarga tahanan Mahmoud Jaradat di Jenin telah dimaklumkan mengenai keputusan tentera yang mengarahkan pemusnahan rumahnya.
Pemuda itu dan yang lain telah dituduh melakukan operasi menembak baru-baru ini yang mengorbankan seorang peneroka dan mencederakan dua lagi daripada kumpulan pelampau Hilltop Youth berhampiran tapak pemindahan Homesh pada 16 Disember 2021.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Neina Mukhtar
Isnin, 10-01-2022 – Anggota biro politik Hamas, Husam Badran telah menegaskan bahawa pihak penentang Palestin itu tidak akan terus berdiam diri dalam isu sekatan Israel di Semenanjung Gaza.
Dalam kenyataan akhbar kepada agensi berita Anadolu pada hari Rabu, Badran berkata bahawa hari-hari mendatang akan membuktikan kepada semua orang bahawa pihak penentang itu tidak akan mengecewakan rakyatnya, sambil menambah bahawa “kepimpinan penentang menghantar mesej jelas bahawa Pedang Baitulmaqdis masih terhunus.”
Beliau menegaskan bahawa semua percubaan Israel untuk mengelak persefahaman terakhir mengenai gencatan senjata ke atas Gaza tidak akan berhasil, sambil menambah bahawa Hamas sentiasa berhubung dengan Mesir dan beberapa orang tengah untuk meredakan sekatan ke atas Gaza.
Bagaimanapun, beliau berkata bahawa hubungan Pergerakannya dengan pengantara masih belum membuahkan sebarang kemajuan ketara atau jelas yang boleh dirasai oleh penduduk Gaza, terutamanya berkaitan usaha pembinaan semula.
Pegawai Hamas itu mengulangi penolakan pergerakan tersebut terhadap sebarang prasyarat Israel untuk menyelesaikan krisis kemanusiaan di Gaza atau mengadakan perjanjian pertukaran tahanan.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Ezatul
Isnin, 10-01-2022 – Seorang pemuda Palestin telah terbunuh pada subuh Khamis apabila seorang pendtaang Yahudi yang memandu laju melanggarnya ketika beliau berjalan ke tempat kerja.
Mangsa dikenali sebagai Mustafa Filna, 25 tahun, bapa seorang bayi berusia 16 bulan dari Kampung Safa, barat kota Ramallah.
Salah seorang saudaranya menyatakan, pada pukul 6 pagi, Mustafa sedang menyeberangi jalan apabila sebuah kereta yang dibawa laju oleh pendatang melanggarnya dan menyebabkan beliau cedera seterusnya maut.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Nor idawati
Isnin, 10-01-2022 – Berpuluh pemuda warga Palestin menderita akibat pendedahan kepada gas pemedih mata pada petang hari Rabu semasa pertempuran dengan tentera rejim Israel dan puak pelampau penceroboh Yahudi di perkampungan Qaryut, selatan Nablus.
Menurut sumber tempatan, sekumpulan penceroboh Yahudi menyerang mata air perkampungan tersebut dan projek pertaniannya; dan menyebabkan kemusnahan pada pintu dan pagarnya.
Aktivis tempatan Bashar Qaryuti berkata penduduk tempatan bersegera ke mata air tersebut untuk melindunginya dan menghalau penceroboh sebelum tentera rejim Israel masuk campur untuk melindungi penceroboh dan mula melepaskan bom gas pemedih mata ke arah penduduk kampung.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Amrul Azmi Mizan
Jumaat, 07-01-2022 – Persatuan Tahanan Palestin (PPS) berkata, kesihatan tahanan yang merupakan pesakit kanser Nasser Abu Hamid semakin teruk pada Selasa.
Menurut PPS, Abu Hamid telah diberi bantuan alat pernafasan dan berada dalam keadaan kritikal di Hospital Barzilai, di mana beliau dimasukkan empat hari lalu. Beliau menderita demam teruk beberapa hari lalu dan dipindahkan segera ke hospital.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Nor idawati
Jumaat, 07-01-2022 – Peneroka Yahudi memusnahkan puluhan pokok zaitun di utara bandar Kafr ad-Dik, barat Salfit, di utara Tebing Barat pada malam Selasa.
Sumber setempat mengesahkan bahawa sekumpulan peneroka dari penempatan haram Aley Zahav telah mencabut 50 pokok zaitun milik petani tempatan Saleh Al-Shannar. Insiden itu berlaku selepas tentera Israel memusnahkan kawasan tanah Kafr al-Dik, sebagai sebahagian daripada rancangan pembesaran penempatan Aley Zahav.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Neina Mukhtar
Jumaat, 07-01-2022 – Rejim Zionis pada pagi Rabu lalu telah menculik sekurang-kurangnya 11 warga Palestin di Tebing Barat dan Baitulmaqdis.
Menurut Persatuan Tahanan Palestin di Tulkarem, Rejim Zionis menculik enam warganegara semasa serbuan ke atas rumah di beberapa kawasan berbeza di Tulkarem.
Rejim Zionis turut menculik tiga warganegara dikenali sebagai Ghassan Saif, Isam Ayman dan Khuzam Daghlas dari bandar Burqa di utara Nablus dan seorang lagi yang dikenali sebagai Nabil Diyab dari bandar Beita di selatan.
Di al-Khalil, rejim Zionis menceroboh dan menggeledah rumah ahli parlimen Palestin Mohamed at-Tal di bandar al-Dhahiriya, tanpa membuat sebarang tangkapan.
Di timur Baitulmaqdis, seorang warganegara dikenali sebagai Ahmed Adel telah ditahan semasa serbuan polis di rumahnya di bandar Abu Dis.
Dalam kejadian berasingan, rejim Zionis telah membuat serbuan di waktu subuh di beberapa jalan berhampiran ibu pejabat Pihak Berkuasa Palestin (PA) di Bandar Ramallah di Tebing Barat tengah.
Menurut sumber tempatan, tentera Israel yang menaiki kenderaan tentera menyerbu jalan al-Irssal di bandar itu dan jalan-jalan lain berhampiran ibu pejabat PA dan melepaskan tembakan gas pemedih mata dan bom tangan.
Tindakan rejim Zionis itu mencetuskan pergaduhan dengan belia tempatan di kawasan itu, menurut sumber tersebut.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Ezatul
Jumaat, 07-01-2022 – Berpuluh penceroboh Yahudi pada pagi hari Rabu menyerbu bandar Sebastia, utara Nablus di Tebing Barat yang diduduki, dengan alasan melawat dan melakukan ritual di tapak arkeologi tersebut.
Datuk bandar Mohamed Azem berkata bahawa ramai penceroboh menyerbu kawasan bersejarah di bandar tersebut di bawah perlindungan tentera.
Azem menambah bahawa tentera rejim Israel mengepung kawasan sekeliling tapak tersebut dan menghalang penduduk tempatan daripada menggunakan laluan dan jalan menuju ke situ.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Amrul Azmi Mizan
Khamis, 06-01-2022 – Sumber tempatan menyatakan yang jentolak Israel dengan kawalan polis rejim, menyerbu bandar Jabal Mukaber di tenggara Baitulmuqaddis dan memusnahkan Pusat Perubatan Abdullah Al-Sheikh.
Rejim turut memusnahkan sebuah rumah dua tingkat yang dimiliki oleh keluarga Al-Rajabi di Beit Hanina.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Nor idawati
Khamis, 06-01-2022 – Polis rejim Zionis pada hari Isnin lalu telah menculik beberapa orang pemuda dari Baitulmaqdis dan menyerahkan saman kepada beberapa orang lain untuk disoal siasat.
Menurut sumber tempatan, pasukan polis menyerbu bandar al-Ram di timur laut Baitulmaqdis dan menculik empat belia selepas menyerbu sebuah bangunan pangsapuri berhampiran ibu pejabat Dar al-Ifta.
Polis turut menyerahkan saman kepada beberapa pemuda Baitulmaqdis dari daerah Issawiya dan mengarahkan mereka untuk pergi ke pusat tahanan di jalan Salahuddin untuk disoal siasat.
Sementara itu, mahkamah Israel menjatuhkan hukuman penjara sembilan bulan terhadap seorang pemuda Baitulmaqdis bernama Barakat al-Zaatari, seorang penduduk kejiranan Wadi al-Joz.
Polis juga melanjutkan penahanan seorang lagi pemuda dari Baitulmaqdis bernama Khattab ash-Sharbati sehingga Khamis depan selepas menculiknya pada waktu pagi dari rumahnya.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Ezatul
Khamis, 06-01-2022 – Ahli Kongres Amerika Syarikat Rashida Tlaib menganggap kerajaan Israel bertanggungjawab sepenuhnya ke atas kesihatan dan keselamatan tahanan mogok Palestin Hisham Abu Hawash.
Hisham Abu Hawash – suami dan bapa kepada 5 orang anak, ditahan tanpa bukti, perbicaraan atau perbicaraan mahkamah (pelanggaran undang-undang antarabangsa) sejak Oktober 2020. Beliau melancarkan mogok lapar selama lebih 140 hari. Hanya Kerajaan Israel sahaja yang bertanggungjawab untuk situasi ini termasuk bagi kesihatan dan keselamatannya, Tlaib menulis di Twitter pada hari Selasa.
Doktor mengatakan bahawa Abu Hawash berisiko menghadapi kematian mengejut atau darah beku pada bila-bila masa.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Neina Mukhtar
Khamis, 06-01-2022 – Rejim Israel pada hari Selasa telah merobohkan sejumlah kemudahan milik warga Palestin di Khirbet Ibziq, utara Tubas.
Aktivis hak asasi manusia Aref Daraghmeh berkata rejim Israel merobohkan empat buah khemah dan kemudahan pertanian serta memusnahkan sepuluh tan makanan ternakan.
Minggu lepas, pejabat PBB untuk Koordinasi Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA) mengeluarkan sebuah laporan mendokumenkan pencabulan hak asasi manusia oleh rejim Israel dan menyatakan bahawa sejumlah rumah dan bangunan milik warga Palestin telah dimusnahkan atau dirampas, dan penduduk yang kehilangan tempat tinggal pada 2021 menunjukkan pertambahan masing-masing 21 dan 28 peratus, berbanding angka yang setara pada 2020.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Amrul Azmi Mizan
Rabu, 05-01-2022 – Suruhanjaya Hal Ehwal Tahanan dan Bekas Tahanan Palestin telah memberi amaran kepada tahanan Palestin Hisham Abu Hawash, yang mogok lapar sejak lima bulan lalu, berisiko untuk meninggal secara tiba-tiba.
Menurut suruhanjaya itu, Abu Hawash telah memasuki fasa bahaya dan mula mengalami koma akibat mogok lapar berpanjangan.
Suruhanjaya turut memberi amaran yang Abu Hawash mungkin akan diberi makan secara paksa oleh doctor Israel, terutamanya setelah isteri beliau dilarang berada di sampingnya.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Nor idawati
Rabu, 05-01-2022 – “Hamas sedang berhadapan pertempuran yang rumit dengan penceroboh Israel”, ketua biro politik Hamas Ismail Haneyya berkata, menambah setiap pusingan perlawanan melalui penilaian teliti.
Dalam satu temu bual dengan saluran satelit al-Jazeera pada lewat petang hari Ahad, Haneyya mengesahkan bahawa penentang Palestin mencapai kejayaan ke atas strategi pencegahan penceroboh Israel dan telah menyebabkan kerosakan yang teruk ke atas ekonominya semasa pertempuran Pedang Baitulmuqaddis.
Sebagai keputusan pertempuran pada Mei lalu, Haneyya menyambung, penentang Palestin di Gaza menetapkan peraturan baru penglibatan dan membuktikan yang ia tidak akan dipisahkan daripada pembangunan besar di arena Palestin terutamanya yang melibatkan Baitulmuqaddis, tahanan warga Palestin, peluasan penempatan dan pelarian warga Palestin.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Amrul Azmi Mizan