Categories
Berita Semasa

Projek paip Israel-Mesir ?

Selasa, 26-10-2021 – Pejabat berita Reuters melaporkan bahawa penjajah Israel sedang dalam perundingan dengan pihak Mesir mengenai projek paip gas darat yang baharu.

Menurut laporan tersebut, seperti disiarkan surat khabar Maariv, paip baharu tersebut akan menghubungkan Israel dan Mesir melalui Sinai Utara dan akan siap dalam tempoh 24 bulan.

Menurut sumber industri yang mengetahui detailnya; biaya projek ini mencapai USD200 juta. Projek tersebut termasuk dalam rancangan membangunkan jaringan paip bawah laut ke Mesir dalam beberapa tahun, diharapkan dapat memperkuat posisi penjajah Israel sebagai pusat tenaga di Timur Tengah dan membangun hubungan diplomatik dengan negara lain.

Tahun lalu, Kementerian Tenaga Israel membuat pengumuman memulakan aliran gas asli dari Israel ke Mesir dan menganggapnya sebagai perkembangan penting yang memenuhi kepentingan ekonomi kedua belah pihak.

Langkah ini memungkinkan entiti penjajah Israel untuk mengeksport sebahagian gas aslinya ke Eropah melalui fasiliti pencairan gas di Mesir dan meningkatkan posisi Mesir sebagai pusat gas regional.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Turki menangkap 15 anggota perisik Mossad

Selasa, 26-10-2021 – Seramai 15 orang anggota pengintip Mossad telah ditangkap oleh Pertubuhan Perisikan Nasional Turki (MIT) pada Khamis. Pendedahan ini telah dinyatakan dalam Sabah, akhbar harian Turki.

Laporan berkenaan turut  memaklumkan bahawa suspek berkenaan telah dibahagikan kepada 5 sel yang menempatkan seramai 3 orang bagi setiap sel. Kesemua mereka ditangkap dalam satu operasi rahsia pada 7 Oktober yang lalu.

Menurut akhbar berkenaan, ruangan sel tersebut  berfungsi untuk menahan aktivis anti-Israel di Turki disamping ianya dapat menambah maklumat mengenai perisik yang terlibat.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Shuhada Sayuti

Categories
Berita Semasa

Pendatang Yahudi menyerang kawasan purba Sebastia di bawah pengawasan tentera

Selasa, 26-10-2021 – Puluhan pendatang Yahudi pada pagi Rabu menyerbu kota Sebastia, utara Nablus di Tebing Barat, dengan dalih mengunjungi dan melakukan ritual di lokasi arkeologi.

Datuk Bandar Sebastia, Mohamed Azem mengatakan bahawa sejumlah pendatang menyerbu, di bawah perlindungan ketenteraan, kawasan kuno bandar itu.

Azem menambah bahawa IOF menutup kawasan dan melarang penduduk tempatan menggunakan jalan menuju ke sana.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nor syuhada

Categories
Berita Semasa

Perjanjian pertukaran seterusnya bakal membebaskan lebih ramai tahanan

Selasa, 26-10-2021 – Wakil pemimpin Hamas, Mousa Abu Marzouk menegaskan bahawa kumpulannya sedang berusaha untuk mencapai kesepakatan pertukaran “terhormat” yang akan membebaskan sebilangan besar tahanan Palestin.

Itu adalah kenyataan Abu Marzouk di dalam wawancara bersama saluran TV al-Mayadeen yang berpusat di Lebanon pada petang Rabu.

Pegawai kanan Hamas menyatakan harapan bahawa akan ada hasil yang cepat kerana “setiap hari yang dilalui para tahanan, tanpa mengira fahaman politik mereka, hanya akan meningkatkan tekad kita untuk membebaskan mereka.”

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Dr Nurul

Categories
Berita Semasa

Penceroboh Yahudi musnahkan beratus pokok di kebun di Tebing Barat

Selasa, 26-10-2021 – Penceroboh Yahudi pada pagi hari Khamis menyebabkan kekacauan di kebun zaitun di utara bandar Ramallah di Tebing Barat yang diduduki.

Menurut sumber tempatan, pekebun tempatan dilaporkan melihat kemusnahan besar-besaran di kebun mereka di bandar al-Mazra’a al-Gharbiya, utara Ramallah. Lebih 300 pokok zaitun dicabut dan dimusnahkan oleh penceroboh di kebun tersebut, kata mereka.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Amrul Azmi Mizan

Categories
Berita Semasa

Tentera Israel Ratakan Kebun Zaitun di Perkampungan Tebing Barat

Jumaat, 22-10-2021 – Tentera rejim Zionis pada pagi Rabu lalu telah meratakan sejumlah besar tanah yang telah diusahakan milik warganegara Palestin berhampiran perkampungan Wadi Rahhal di selatan Bethlehem.

Pegawai tempatan Hasan Bureijiya mengatakan bahawa jentolak Israel yang dikawal oleh askar merobohkan sekitar 10 dunum tanah yang ditanam dengan anak pokok zaitun, sambil menambah bahawa tanah itu milik penduduk tempatan bernama Ibrahim Abiyat.

Dalam kejadian berasingan, pasukan rejim Zionis pada malam Selasa telah menyerahkan notis pemberhentian dan perobohan kepada warga Palestin terhadap dua bangunan di Beit Surik, barat laut Baitulmaqdis.

Menurut sumber tempatan, tentera Zionis memberitahu warga di situ tentang niat mereka untuk merobohkan sebuah bangunan yang sedang dibina milik sebuah persatuan wanita dan sebuah rumah milik penduduk tempatan dari Beit Surik.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Ezatul

Categories
Berita Semasa

Polis Israel menahan pegawai Palestin di Baitulmuqaddis

Jumaat, 22-10-2021 – Pada pagi Selasa, polis rejim menahan Mustafa Abu Zahra, ketua Jawatankuasa Tanah Perkuburan Islam di Baitulmuqaddis.

Sumber tempatan mengesahkan yang Abu Zahra ditahan untuk siasatan.

Polis rejim turut menyerbu kejiranan Abu Tayeh di bandar Silwan, Baitulmuqaddis dan membuang bendera dan sepanduk Palestin yang dinaikkan di kejiranan itu.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Organisasi Masyarakat Kutuk Serangan Israel Ketika Sambutan Maulid Rasul Di Al Quds

Jumaat, 22-10-2021 – Organisasi Islam-Kristian pembela Al-Quds dan tempat suci mengutuk kejahatan brutal dan tidak bermoral, Rabu (20/10) yang dilakukan pihak polis Israel, terhadap ratusan warga Al-Quds yang sedang merayakan peringatan Maulid Nabi Mulia.

Dalam pernyataannya, Organisasi Masyarakat Islam-Kristian menegaskan bahawa kejahatan terhadap warga sivil, terutama kanak-kanak dan wanita, memukul dan menembak mereka menggunakan peluru getah, gas pemedih mata dan air kotoran secara sengaja, merupakan bentuk terorisme negara yang dilakukan pemerintah zionis terhadap warga Al-Quds.

Pasukan Israel berubah menjadi kekuatan fasis yang menggunakan semua bentuk kekerasan dan keganasan untuk membalas dendam terhadap warga Al-Quds atas sikap mereka menentang tindakan menekan penjajah. Organisasi masyarakat menuding pihak Israel dengan semua sayapnya sebagai pihak yang bertanggungjawab atas pelanggaran tidak berperikemanusiaan terhadap warga Al-Quds.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Kerajaan Israel merancang untuk meningkatkan jumlah peneroka di Lembah Jordan

Jumaat, 22-10-2021 – Laporan akhbar Israel Harom telah mendedahkan rancangan Israel untuk menggandakan jumlah peneroka Yahudi di seberang Lembah Jordan di bahagian timur Tebing Barat.

Menurut akhbar tersebut, pemerintah Israel berhasrat untuk menggandakan jumlah keluarga peneroka sekitar 3,000 buah keluarga  dalam tempoh masa empat tahun mendatang dan akan memperuntukkan 90 juta shakel ($ 28 Juta) untuk tujuan berkenaan.

“Kementerian pembinaan dan perumahan sedang menyusun resolusi bagi tujuan penambahan jumlah penduduk Israel di lembah Jordan” katanya.  

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Shuhada Sayuti

Categories
Berita Semasa

Al-Hayya: Pembebasan Palestin boleh berlaku dengan kesatuan rakyat

Jumaat, 22-10-2021 – Seorang delegasi tertinggi Hamas pada hari Selasa menghadiri Persidangan Kesatuan Islam Antarabangsa ke-35 yang berlangsung di ibu negara Iran, Tehran dengan tema “Kesatuan Islam, Keamanan dan Pencegahan Perpecahan dan Konflik di Dunia Islam”.

Diketuai timbalan ketua biro politik wilayah Hamas di Palestin, Khalil al-Hayya, delegasi termasuk Osama Hamdan, Abu Ahmed Jamal dan wakil Hamas di Iran, Dr. khaled Qaddoumi.

Dalam ucapan pembukaannya, al-Hayya meluahkan rasa kesal di atas perpecahan dalam dunia Islam dengan menekankan bahawa kestabilan wilayah dicapai sebagai hasil penyatuan di kalangan umat Islam.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Amrul Azmi Mizan

Categories
Berita Semasa

Tentera Israel Roboh Rumah, Usir Pengetua Sekolah

Khamis, 21-10-2021 – Tentera penjajah Israel (IOF) pada petang Isnin merobohkan sebuah rumah warga Palestin di kawasan Farsh al-Hawa di sebelah barat Kota al-Khalil dengan alasan pembinaan tanpa kebenaran.

Menurut sumber tempatan, IOF menyerbu Farsh al-Hawa dengan jentolak dan merobohkan sebuah rumah dua tingkat milik peguam Iyyad Amro.

IOF juga merobohkan dinding di sekitar rumah dan telaga air.

Dalam kejadian yang berasingan, tentera Israel mengusir pengetua Sekolah al-Malih di Lembah Jordan utara dari sekolahnya selama beberapa hari.

Pegawai tempatan Moataz Bisharat mengatakan bahawa tentera Israel memaksa Jaafar Faqha, guru besar sekolah, untuk menandatangani janji bertulis untuk tidak hadir ke sekolah selama 10 hari setelah dia dipanggil dan diinterogasi selama kira-kira lima jam.

Tentera Israel telah menyatakan niatnya untuk merobohkan sekolah itu beberapa kali pada tahun 2020 dan pada tahun semasa.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Ameen

Categories
Berita Semasa

Puluhan pendatang Yahudi mencemarkan Masjid Aqsa

Khamis, 21-10-2021 – Puluhan pendatang Yahudi memecah masuk Masjid Aqsa pada Isnin dengan dikawal ketat oleh polis rejim.

Saksi mata menyatakan, para pendatang yang dikawal polis rejim memecah masuk menerusi pintu Al-Magharba Gate, barat daya masjid, dan berkeliaran di dataran.

Mahkamah Israel telah menyatakan bahawa tindakan ibadat Yahudi di Masjid Al-Aqsa bukan satu jenayah.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati



Categories
Berita Semasa

Pelepasan Tentera Israel Bergantung Kepada Kebebasan Tahanan Palestin

Khamis, 21-10-2021 – Gerakan penentang Palestin, Hamas, berkata dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada hari Isnin bahawa mereka tidak akan berusaha untuk membebaskan tahanan Palestin di penjara Israel.

Kenyataan itu menandakan ulang tahun kesepuluh perjanjian pertukaran tahanan Wafa Al-Ahrar. Kumpulan itu menganggap pembebasan tahanan Palestin sebagai tugas agama, negara, dan kemanusiaan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Neina Mukhtar

Categories
Berita Semasa

Israel Tangkap Ketua Jawatankuasa Pemeliharaan Pemakaman Islam Al Quds

Khamis, 21-10-2021 – Pasukan penjajah Israel, Selasa (19/10) menangkap Mushtafa Abu Zahrah, ketua Jawatankuasa pemeliharaan pemakaman Islam di kota Al-Quds terjajah dan menggeledah beberapa rumah di kota Silwan serta memaksa sebahagian peniaga menutup kedai mereka.

Menurut sumber di Al-Quds, pasukan perisikan Israel menangkap Abu Zahrah dari kawasan Al-Mashrara dan membawanya ke salah satu pusat penyiasatan.

Pasukan Israel menyerbu kawasan kota Silwan, menurunkan bendera Palestin dan panji-panji faksi Palestin yang terpasang di kawasan tersebut.

Selain itu, kedai milik warga Palestin di situ diarah ditutup dengan cara paksa.

Kejahatan dan pelanggaran terus meningkat dilakukan oleh pasukan Israel dan kelompok Yahudi di sejumlah kawasan kota Al-Quds akhir-akhir ini. Ia selari dengan tindakan penggalian di kawasan pemakaman Yusufiyah serta meningkatnya pencerobohan terhadap Masjid al Aqsa oleh kelompok esktrimis Yahudi.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Polis Israel culik gadis Palestin, serang kanak-kanak

Khamis, 21-10-2021 – Polis Israel pada tengah hari hari Isnin telah menculik seorang gadis warganegara Palestin atas tuduhan berniat untuk melaksanakan operasi menikam dengan pisau berdekatan penempatan haram di utara Baitulmuqaddis.

Polis Israel mendakwa gadis Palestin itu menghampiri pintu masuk utama ke penempatan Har Adar dan mengacukan pisau sebelum pihak tentera menjatuhkan dan menahannya.

Sumber Palestin mengatakan bahawa tentera Israel menahan seorang gadis yang tidak dikenal pasti selepas melepaskan tembakan ke arahnya, namun dia tidak cedera.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Amrul Azmi Mizan