Isnin, 08-05-2023 – Sekitar 33 orang warga Palestin cedera pada petang Khamis dalam serbuan oleh tentera rejim zionis (IOF) di selatan Tebing Barat, kota Nablus.
Pertelingkahan dilaporkan berlaku antara para pemuda Palestin dan tentera IOF setelah tentera Israel menyerang majlis pengebumian syahid Iman Ouda di bandar Huwara.
Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin melaporkan 29 orang warga Palestin cedera dalam pertelingkahan itu, dan menambah bahawa seorang kanak-kanak Palestin dipindahkan ke Hospital Ibn Sina kerana sukar bernafas.
sumber : https://english.palinfo.com penterjemah : Nor idawati
Isnin, 08-05-2023 – Pasukan pendudukan Israel (IOF) telah menculik 10 rakyat Palestin, termasuk seorang penggubal undang-undang semasa serbuan di kawasan Tebing Barat yang berbeza pada subuh Khamis lalu.
Menurut sumber tempatan, IOF turut menculik Ahli Parlimen Ahmed Atwan seorang buangan dari Baitulmaqdis di rumahnya di Bethlehem City. IOF menculik dua pemuda di rumah mereka di kem pelarian Deheisha dan Aida di bandar Bethlehem.
Malah IOF juga dilaporkan menculik seorang pemuda dari bandar Tulkarem dan dan seorang lagi dari kem pelarian Nur Shams.
Empat orang telah ditawan semasa serbuan IOF di rumah di bandar Jenin manakala seorang lagi pemuda diculik dari rumahnya di Ramallah.
Dalam kejadian berasingan, sembilan pemuda cedera parah ekoran terkena peluru hidup dan berpuluh-puluh lagi terdedah kepada gas pemedih mata semasa pertempuran ganas dengan tentera Israel di bandar Nabi Saleh dan Beit Rima di barat laut Ramallah.
sumber : https://english.palinfo.com penterjemah : Moses
Jumaat, 05-05-2023 – Gerakan Hamas menekankan pada petang Selasa yang keganasan Israel ke atas Gaza tidak akan menghalang perjuangan warga Palestin daripada menjalankan tanggungjawab kebangsaan bagi mempertahankan rakyatnya.
Jurucakap Hamas Hazem Qasem menyelar serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza sebagai susulan daripada pembunuhan tahanan Palestin Khader Adnan.
Qasem memuji pejuang kebebasan Palestin kerana melindungi rakyat dalam menghadapi keganasan berterusan Israel.
sumber : https://english.palinfo.com penterjemah : Nor idawati
Jumaat, 05-05-2023 – Pasukan pendudukan Israel (IOF) telah menculik bekas Menteri Hal Ehwal Baitulmaqdis, Khaled Abu Arafah yang juga merupakan seorang pegawai kanan Hamas dari kediaman sementaranya di Ramallah pada subuh Selasa yang lalu.
Abu Arafah pernah dibuang negeri dari Baitulmaqdis dan kemudian dibebaskan pada tahun 2014 juga pernah dipenjarakan oleh IOF beberapa kali sebelum ini. Dia dibebaskan kira-kira setahun lalu selepas menghabiskan masa selama 15 bulan dalam tahanan.
Kementerian Dalam Negeri Israel juga pernah memutuskan untuk menarik balik ID Baitulmaqdisnya pada Mei 2006 dan pada 1 Jun 2010 keputusan telah dikeluarkan untuk menghantar beliau dan pegawai Hamas lain keluar dari Baitulmaqdis.
Namun begitu, beliau dilaporkan mengambil bahagian dalam beberapa penggubalan undang-undang ketika dalam buangan dan terlibat dalam satu perbincangan yang berlangsung selama 19 bulan di ibu pejabat Palang Merah di Baitulmaqdis.
Ekoran itu, penyertaan Abu Arafah sebagai penggubal undang-undang ketika dalam buangan berakhir dengan penahanannya pada Januari 2012 dan kemudiannya dia dibebaskan pada Januari 2014 dengan syarat diusir ke Jenin dan kemudian ke Ramallah, tempat tinggal sekarang.
sumber : https://english.palinfo.com penterjemah : Moses
Rabu, 03-05-2023 – Seorang pemuda Palestin cedera ketika pertelingkahan yang tercetus di kem pelarian Al-Arroub utara al-Khalil, pada petang Isnin.
Pertelingkahan tercetus apabila tentera rejim zionis (IOF) menyerbu kem pelarian di tengah-tengah kebakaran. Seorang pemuda cedera akibat tembakan di kakinya ketika pertelingkahan.
Manakala IOF mengepung kota Jericho di Tebing Harat untuk hari ke 10 berturut-turut, dan mengetatkan kawalan ketenteraan serta menyekat pergerakan warga Palestin dari kedua-dua arah.
sumber : https://english.palinfo.com penterjemah : Nor idawati
Rabu, 03-05-2023 – Tentera Israel mengarahan penghentian kerja-kerja terhadap beberapa bangunan di Palestin dan di sebidang tanah dalam kawasan perkampungan Bardala dan Kardala di utara Lembah Jordan dengan alasan pembinaan itu tidak berlesen, semalam.
Menurut sumber tempatan, penduduk tempatan di kampung Bardala menerima arahan penghentian kerja-kerja tentera Israel terhadap struktur pertanian, sebidang tanah dan rumah tiga tingkat di kampung Bardala. Seorang lagi penduduk di kampung Kardala turut menerima arahan yang sama kerana membina sebuah rumah.
Tentera Israel mendakwa bahawa sebarang aktiviti pembinaan di Kawasan C, Tebing Barat Palestin yang berada di bawah kawalan Israel adalah dilarang sama sekali.
sumber : https://english.palinfo.com penterjemah : Moses
Rabu, 03-05-2023 –Regim Zionis Israel pada pagi Isnin pag memusnahkan desa Badwi Palestin yang tidak diiktiraf, al-Araqib, di gurun Naqab, selatan Palestin yang diduduki tahun 1948, untuk yang ke-216 kalinya sejak tahun 2010.
Menurut sumber-sumber tempatan, jentolak Israel menghancurkan khemah-khemah dan binaan-binaan di desa al-Araqib setelah polis Israel mengepung desa tersebut, menyerang warga Badwi dan memaksa mereka untuk meninggalkan rumah-rumah mereka.
Sementara itu, Mahmoud Ghayyad, jurucakap masyarakat Baduwi di Semenanjung Gaza, mengutuk pembongkaran desa tersebut, yang merupakan sebahagian dari rencana Israel untuk mengusir warga Palestin dari daerah tersebut.
sumber : https://english.palinfo.com penterjemah : Norshuhada Samudin
Rabu, 03-05-2023 – Jamal Amr, ahli sejarah Al-Quds dan Masjid Al-Aqsha, memperingatkan tentang usaha terus-menerus penjajah Zionis Israel untuk mengubah musolah Bab al-Rahmah menjadi sinagog Yahudi. Ini kerana kedudukannya yang dekat dengan Kubah Shakhrah (Dome of the Rock) dan ia sebagai satu-satunya pintu yang tidak perlu melalui jalan ke pasar atau kota tua.
Jamal Amr menyatakan bahawa Bab Al-Rahmah sedang menghadapi keadaan bahaya yang sangat serius. Sejak 2019 ketika penduduk Al-Quds berjaya menguasai massa di Bab Al-Rahmah, mereka secara paksa membuka pintu dan memutuskan rantai yang menghalangnya sehingga penjajah Zionis berkeyakinan bahawa dengan berlalunya masa umat Islam akan melupakan musolah tersebut dan pihaknya akan mengosongkannya nanti.
Beliau menyatakan bahawa dalam beberapa tahun terakhir, penjajah Zionis Israel sengaja mengosongkan Masjid Al-Aqsha dan mencegah pegawai wakaf untuk bekerja di dalamnya dan mengubahsuai di dalamnya. Kemudian penjajah Israel membawa penduduk pendatang Yahudi untuk berkumpul di dalamnya. Mereka mengatakan bahwa Bab al-Rahmah adalah pintu terdekat dengan apa yang mereka sebut “tempat paling suci”, iaitu Kubah Shakhrah.
sumber : https://melayu.palinfo.com penterjemah : Osman
Selasa, 02-05-2023 – Ahli Biro Politik Hamas, Musa Abu Marzouk telah mengesahkan Hari Peringatan Tahanan melambangkan kesengsaraan tahanan dalam penjara Israel yang memberi kesan terhadap setiap kediaman .
Isu ini membabitkan setiap mukim dan keluarga, setiap keluarga Palestin sedar akan kesengsaraan dan penderitaan tahanan, setiap penahanan dan bagaiman rupa keadaan tahanan kata AbuMarzouk dalam satu kenyataan akhbar pada hari Isnin lepas.
“Setiap kediaman Palestin sekurang-kurang seorang ahli keluarga menjadi tahanan dan setiap keluraga pasti terdapat saudara mara yang telah dipenjarakan untuk beberapa tahun “ menurut ahli Hamas tersebut.
sumber : https://english.palinfo.com penterjemah : Hairul
Selasa, 02-05-2023 – Sekurang-kurangnya lapan warga Palestin cedera manakala tiga lagi diculik oleh rejim Zionis Israel di kem pelarian Jenin pada petang Selasa.
Menurut laporan Kementerian Kesihatan Palestin, tujuh warga mengalami kecederaan kecil akibat tembakan dan salah seorang pekerja kecemasan telah cedera akibat serpihan peluru.
Sumber tempatan berkata pertempuran antara pejuang kemerdekaan dan rejim Zionis Israel di kem, dimana beberapa kenderaan, kedai dan beberapa buah kediaman mengalami kemusnahan pelbagai peringkat akibat tindakan kejam rejimZionis Israel.
sumber : https://english.palinfo.com penterjemah : Hairul
Selasa, 02-05-2023 – Gerakan Islamic Jihad mendakwa rejim zionis bertanggungjawab sepenuhnya terhadap segala bahaya yang menimpa Sheikh Khader Adnan, seorang daripada pemimpin kanannya, dan mengancam akan kesan yang timbul jika beliau meninggal dunia.
Dalam kenyataan akhbar pada Selasa, pegawai kanan Islamic Jihad Khaled al-Batsh menyeru pihak yang berusaha menyelamatkan nyawa Adnan agar terus menekan kerajaan rejim bagi menamatkan penderitaannya sebelum terlambat.
Batsh memberi amaran tentang usaha Israel untuk mengeluarkan keputusan mahkamah ke atas Adnan melalui dakwaan yang direka-reka bagi menjauhkan beliau daripada keluarga dan pengikutnya.
sumber : https://english.palinfo.com penterjemah : Nor idawati
Selasa, 02-05-2023 – Pasukan pendudukan Israel (IOF) telah menculik beberapa orang warga Palestin semasa serbuan di Tebing Barat di pelbagai kawasan yang berbeza pada subuh Selasa yang lalu.
Menurut sumber tempatan, IOF telah menculik tiga orang pemuda termasuk seorang kanak-kanak, selepas memecah masuk dan menggeledah sebuah rumah di bandar Beit Ummar.
Beberapa pemuda juga turut dilaporkan diserang dengan gas pemedih mata semasa pertempuran dengan IOF di Beit Ummar.
Manakala di Bethlehem, IOF menyerbu sebuah rumah bandar Za’tara dan menahan seorang penduduk sebelum membebaskannya.
Di Jericho pula, tentera Israel dilaporkan telah menyerang Abdul-Qader Masharqa, 41, selepas memintas kenderaannya di pusat pemeriksaan tentera berhampiran bandar itu ketika mangsa sedang dalam perjalanan ke tempat kerjanya.
Sumber tempatan juga turut melaporkan bahawa tentera Israel telah memukul Masharqa dengan kejam dan kemudian membawanya ke pangkalan tentera Huwara di Nablus, di mana dia ditahan selama beberapa jam sebelum membebaskannya. Media tempatan juga berkata Masharqa telah ke hospital untuk mendapatkan bantuan perubatan selepas dibebaskan.
sumber : https://english.palinfo.com penterjemah : Moses
Khamis, 20-04-2023 – Gerakan Islamic Jihad mendakwa rejim zionis bertanggungjawab sepenuhnya terhadap segala bahaya yang menimpa Sheikh Khader Adnan, seorang daripada pemimpin kanannya, dan mengancam akan kesan yang timbul jika beliau meninggal dunia.
Dalam kenyataan akhbar pada Selasa, pegawai kanan Islamic Jihad Khaled al-Batsh menyeru pihak yang berusaha menyelamatkan nyawa Adnan agar terus menekan kerajaan rejim bagi menamatkan penderitaannya sebelum terlambat.
Batsh memberi amaran tentang usaha Israel untuk mengeluarkan keputusan mahkamah ke atas Adnan melalui dakwaan yang direka-reka bagi menjauhkan beliau daripada keluarga dan pengikutnya.
sumber : https://english.palinfo.com penterjemah : Nor idawati
Khamis, 20-04-2023 – Pasukan pendudukan Israel (IOF) telah menculik beberapa orang warga Palestin semasa serbuan di Tebing Barat di pelbagai kawasan yang berbeza pada subuh Selasa yang lalu.
Menurut sumber tempatan, IOF telah menculik tiga orang pemuda termasuk seorang kanak-kanak, selepas memecah masuk dan menggeledah sebuah rumah di bandar Beit Ummar.
Beberapa pemuda juga turut dilaporkan diserang dengan gas pemedih mata semasa pertempuran dengan IOF di Beit Ummar.
Manakala di Bethlehem, IOF menyerbu sebuah rumah bandar Za’tara dan menahan seorang penduduk sebelum membebaskannya.
Di Jericho pula, tentera Israel dilaporkan telah menyerang Abdul-Qader Masharqa, 41, selepas memintas kenderaannya di pusat pemeriksaan tentera berhampiran bandar itu ketika mangsa sedang dalam perjalanan ke tempat kerjanya.
Sumber tempatan juga turut melaporkan bahawa tentera Israel telah memukul Masharqa dengan kejam dan kemudian membawanya ke pangkalan tentera Huwara di Nablus, di mana dia ditahan selama beberapa jam sebelum membebaskannya. Media tempatan juga berkata Masharqa telah ke hospital untuk mendapatkan bantuan perubatan selepas dibebaskan.
sumber : https://english.palinfo.com penterjemah : Moses
Rabu, 19-04-2023 – Seorang gadis Palestin cedera teruk pada petang Isnin setelah dikatakan melakukan operasi tikaman di selatan Tebing Barat kota Bethlehem.
Sumber media melaporkan yang gadis Palestin itu cedera teruk setelah ditembak dengan peluru hidup oleh tentera rejim zionis (IOF) dekat pos pemeriksaan Etzion.
Manakala, seorang tentera IOF cedera ringan dalam cubaan ditikam dekat Bethlehem, demikian menurut organisasi Israel, Rescuers without Borders.
sumber : https://english.palinfo.com penterjemah : Nor idawati