Categories
Berita Semasa

Israel Hancurkan Rumah Warga Beit Hanina Di al-Quds

Jumaat, 22-11-2019 – Pada Selasa (19/11/2019) petang, jentolak pemerintah penjajah Israel menghancurkan sebuah rumah warga Palestin di kampung al-Asyqariyya di Beit Hanina, di wilayah utara al-Quds yang diduduki penjajah Israel.

Sepanjang perobohan rumah, pasukan  penjajah Israel menyerang keluarga Alloun dengan menolak dan memukul mereka sehingga mencederakan anak pemilik rumah Mohammed Alloun. 

Pemilik rumah, Majdi Alloun, mengatakan bahawa pegawai pemerintah kota Israel di al-Quds hanya memberinya masa 15 minit untuk menyediakan wang sejumlah 25.000 shekel bagi menghentikan keputusan merobohkan rumahnya.

Setelah itu, mereka terus menghancurkan rumah tersebut.

Beliau menambah bahawa para pekerja dari pemerintah kota penjajah Israel mengeluarkan sebagian barang dan perabot dari dalam rumah. Mereka hanya memberi masa lima minit kepada pemilik rumah untuk mengambil barang-barangnya. Setelah itu mereka merobohkan rumah dan semua isinya yang ada di dalam.

Beliau menjelaskan bahawa pemerintah kota penjajah Israel memaksanya untuk membayar denda pelanggaran bangunan pada tahun 2016 berjumlah 40 ribu shekel.

Luas rumah ini 120 meter persegi. Alloun membina rumah tersebut pada tahun 2011. Dia tinggal di rumah tersebut bersama isteri dan anak-anaknya.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Rejim Israel tangkap lima warga Palestin dari Baitulmuqaddis dan Tebing Barat.

Rabu, 20-11-2019 – Tentera rejim zionis Israel menangkap lima warga Palestin termasuk seorang perempuan dalam operasi yang dilakukan sejak awal pagi, hari Ahad di wilayah Baitulmuqaddis dan Tebing Barat.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan tentera rejim, pihaknya menahan empat warga Palestin yang dikehendaki mereka dalam satu operasi yang dijalankan pada waktu lewat malam.

Sumber tempatan di Tebing Barat pula berkata, anggota tentera Israel menyerbu bandar Silwad, utara Ramallah dan menahan dua warga tempatan bernama Ahmed Fulaih dan Jawad Hamed.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin

Categories
Berita Semasa

Mesir jadi orang tengah rundingan gencatan senjata di Gaza.

Isnin, 18-11-2019 – Satu perjanjian gencatan senjata atas tajaan kerajaan Mesir dilaporkan telah dipersetujui antara pejuang Palestin dengan rejim Israel dan ia berkuatkuasa bermula pada 5.30 pagi, hari Khamis, 14 November kelmarin.

Sumber tidak rasmi mengesahkan berita tersebut tetapi saluran berita satelite al-Jazeera memetik sumber yang tidak mahu dinamakan sebagai berkata bahawa Pergerakan Jihad Islam dan Israel sepakat menerima permintaan Mesir untuk gencatan itu tetapi ia bermula pada pagi ini (Jumaat).

Berita perjanjian itu hadir kira-kira empat jam selepas Israel melancarkan serangan udara ke wilayah tengah Gaza yang mengorbankan enam sekeluarga dan mencederakan 12 lainnya.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin

Categories
Berita Semasa

Liga Arab mengutuk serangan Israel ke atas Gaza

Isnin, 18-11-2019 – Pada Rabu, Liga Arab mengutuk sekeras-kerasnya serangan berterusan oleh Israel ke atas Semenanjung Gaza.

Setiausaha Agung Liga Arab dalam kenyataan rasminya menyatakan kerajaan rejim Israel mesti bertanggungjawab ke atas apa yang berlaku.

Liga Arab turut menyatakan yang serangan Israel bertujuan menambahkan kemusnahan terhadap Semenanjung Gaza dan menyebabkan ia terperangkap dalam keganasan yang berterusan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Amman kecam kekerasan Israel di Gaza

Jumaat, 15-11-2019 – Jordan pada hari Selasa telah mengutuk serangan Israel yang berterusan di Semenanjung Gaza yang telah membunuh 10 warga Palestin dan mencederakan berpuluh-puluh yang lain.

Jurucakap Kementerian Luar Negeri Jordan Daifallah Al-Fayez berkata bahawa “pencerobohan Israel di Semenanjung Gaza dan pembunuhan orang awam hanya akan meningkatkan ketegangan dan keganasan di rantau ini.”

Al-Fayez mempertanggungjawabkan Israel atas semua kesan-kesan pencerobohan tersebut dan menyeru komuniti antarabangsa untuk bertindak segera bagi menghentikan serangan dan memberi perlindungan kepada rakyat Palestin di Gaza.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ezatul

Categories
Berita Semasa

Sekolah dan laluan ditutup di Gaza rentetan keganasan Israel

Jumaat, 15-11-2019 – Kementerian Pendidikan Palestin mengumumkan yang semua sekolah ditutup pada pagi Selasa di Semenanjung Gaza kerana keganasan tentera rejim yang semakin meningkat.

Tentera rejim Israel pada Selasa melancarkan serangan udara ke atas Gaza, menyebabkan kematian seorang komander Jihad Islami dan isterinya.

Setelah itu, tentera rejim mengumumkan penutupan semua laluan ke Gaza dan penambahan sekatan zon perikanan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Serangan Israel, 10 Orang Meninggal Dunia, 45 cedera

Jumaat, 15-11-2019 – Jumlah warga Palestin yang meninggal dunia akibat serangan berkelanjutan yang dilancarkan penjajah Israel di Semenanjung Gaza sejak Selasa (12/11/2019) pagi mencapai 10 orang. Sebelumnya tiga warga dinyatakan meninggal dunia akibat serangan yang dilakukan penjajah Israel mensasar wilayah Beit Lahia di Semenanjung Gaza utara.

Dalam sebuah pernyataan singkat yang diterima wartawan Pusat Informasi Palestina di Semenanjung Gaza pada Selasa malam pukul 21:40 waktu al-Quds, jenazah tiga mangsa tiba di hospital, setelah serangan yang dilancarkan penjajah Israel di utara Semenanjung Gaza.

Sementara itu jumlah mangsa yang cedera mencapai 45 orang menurut Jabatan Kesihatan Palestin.

Pejabat media pemerintah juga mengatakan telah maklum lebih dari 20 serangan udara dan 10 serangan artileri yang dilancarkan penjajah Israel ke Semenanjung Gaza.

Sasaran serangan penjajah Israel ini meliputi tanah pertanian, ladang sayuran, penternakan, kawasan perumahan, tempat istirahat dan pos-pos pejuang Palestin di banyak daerah di Jalur Gaza.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Serangan Udara Israel Membunuh 7 Warga Palestin di Gaza

Jumaat, 15-11-2019 – Tujuh rakyat Palestin terbunuh dan 30 yang lain cedera dalam beberapa serangan udara yang dilakukan oleh Israel di Semenanjung Gaza.

Kementerian Kesihatan Palestin mengatakan bahawa tujuh orang Palestin terbunuh, termasuk pemimpin Jihad Islam, ketika pesawat perang Israel
mengebom beberapa kawasan di Semenanjung Gaza.

Sewaktu subuh, pesawat milik Israel mengebom rumah pemimpin Jihad Islam, Bahaa Abu Al-Ata di Gaza yang membunuh beliau dan isterinya.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nurul

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis menahan warga Palestin di sempadan Gaza

Rabu, 13-11-2019 – Tentera rejim Israel (IOF) pada Sabtu menahan seorang warga Palestin di timur sempadan Semenanjung Gaza.

IOF mendakwa yang beliau ditahan ketika cuba memasuki kawasan Palestin yang dijajah sejak 1948.IOF hanya menyatakan yang beliau ditahan untuk soal siasat. 

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nur idawati


Categories
Berita Semasa

Israel tangkap 9 warga Palestin di Tebing Barat.

Rabu, 13-11-2019 – Tentera rejim Israel menangkap sejumlah warga Palestin dalam satu serbuan awal pagi hari Ahad di beberapa kawasan berbeza di Baitulmuqaddis dan Tebing Barat.

Sumber tempatan berkata, tentera rejim telah menahan 9 penduduk Palestin dalam kempen tangkapan terbaru yang mensasarkan Bethlehem, al-Khalil dan Baitulmuqaddis. 

Pada malamnya, sekurang-kurangnya 15 rakyat Palestin cedera selepas pihak rejim melancarkan serangan di kawasan perumahan al-Shahid Obeid di Baitulmuqaddis dengan menembak gas pemedih mata ke arah rumah dan melakukan kekasaran ke atas penghuninya.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin

Categories
Berita Semasa

Penduduk Palestin cedera dalam serangan IOF ke kawasan kejiranan Jerusalem

Rabu, 13-11-2019 – Beberapa penduduk Palestin cedera pada petang Sabtu ketika Regim Zionis Israel (IOF) menyerang bandar al-Isawiya di Yerusalem.

Sumber-sumber tempatan mengatakan bahawa IOF menyerang kejiranan al-Shahid Obeid di bandar itu, sejumlah besar gas pemedih mata telah digunakan di kawasan penduduk Palestin, dan menyerang sebahagian dari mereka secara fizikal.

Ramai rakyat Palestin mengalami sesak nafas akibat gas pemedih mata dan mengalami lebam dan luka dalam serangan itu.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor syuhada

Categories
Berita Semasa

Faksi-faksi Palestin Sepakat Adakan Dialog Nasional Sebelum Pilihanraya Umum

Rabu, 13-11-2019 – Pertemuan pimpinan Hamas bersama faksi-faksi kerja nasional dan Islam di Gaza berakhir dalam suasana positif dan dapat penegasan peripentingnya mengadakan dialog nasional untuk menjayakan pilihanraya umum Palestin.Selesai pertemua, faksi-faksi Palestin menyatakan bahawa pertemuan dengan pimpinan Hamas sangat positif dan penting untuk menghilangkan halangan bagi kejayaan pilihanraya Palestin.

Tokoh Front Demokratik, Samir Abu Mudlilah menyebutkan bahawa pertemuan sangat penting sebagai penyempurna dialog sebelumnya berkait langkah menjayakan pilihanraya umum.

Abu Mudlilah menjelaskan, pertemuan tersebut membincangkan beberapa langkah untuk menjayakan pilihanraya akan datang dan isu-isu berkaitan.

Dialog nasional menjadi penting sebelum pilihanraya untuk menjamin kebebasan dan pengawasan serta mendapat kesepakatan visi politik bagi pilihanraya Palestin.

Menurut Abu Mudlilah, kita harus memberikan visi politik bagi bangsa Palestin, agar pilihanraya ini menjadi mukadimah menamatkan perpecahan dan bukan memperdalam krisis.

Tokoh Front Rakyat, Luay Qaryuti menyatakan bahawa pertemuan sangat penting untuk menjamin kelangsungan dialog dan musyawarah antara faksi dan membahas pemikiran baru untuk ketenangan bangsa. Pilihanraya merupakan langkah pertama untuk merealisasikan persatuan nasional.

sumber : https://melayu.palinfo.com
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis halang petani Palestin daripada menuai hasil tanaman Zaitun.

Rabu, 13-11-2019 – Rejim Zionis Ahad lalu telah memaksa beberapa petani Palestin untuk keluar dari kebun mereka di bandar Sebastia barat laut Nablus dan menghalang mereka daripada mengumpul buah zaitun.

Ketua majlis perbandaran Sebastia Mohammed Azem berkata bahawa tentera Zionis telah menyerang kebun Palestin berhampiran perkampungan Shavei Shomron dan mengusir petani-petani Palestin yang datang untuk menuai zaitun.

Para petani demikian juga menambah bahawa peneroka haram Israel telah berulang kali membuang bangkai haiwan serta mengepam kumbahan ke tanah pertanian mereka.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ezatul

Categories
Berita Semasa

Tiga warga Palestin disekat dari teruskan perjalanan di pintu sempadan Allenby.

Isnin, 11-11-2019 – Rejim Israel menyekat perjalanan tiga warga Palestin di pintu pemeriksaan Alenby (King Hussein) yang menjadi laluan keluar ke Jordan.

Kata polis Palestin, mereka bertiga dilarang dari meneruskan perjalanan oleh pihak rejim atas alasan keselamatan tanpa penjelasan lanjut.

Pintu sempadan Allenby yang juga dikenali sebagai al-Karama terletak di atas jambatan yang merentasi Sungai Jordan dan menghubungkan Tebing Barat dengan Jordan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis culik dua remaja, cederakan salah seorang daripada mereka di al-Khalil

Isnin, 11-11-2019 – Tentera rejim Israel (IOF) pada Rabu menculik dua remaja Palestin dan mencederakan salah seorang daripada mereka setelah melepaskan tembakan kepadanya di al-Khalil, Tebing Barat.

menurut sumber tempatan, tentera rejim mengepung Amr Za’akik. 17 tahun setelah menembaknya  ketika dia berada dekat penempatan haram, Karmei Tzur. Tiada sebarang maklumat tentang keadaan kesihatan beliau.

Karmei Tzur dibina atas tanah tambahan daripada bandar Beit Ummar, utara al-Khalil.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati