Categories
Berita Semasa

Hasan al-Awiwi henti mogok lapar hari ke 69.

Rabu , 12-06-2019 – Tahanan Palestin, Hasan al-Awiwi berhenti dari mogok lapar hari yang dimulakan sejak 69 hari lalu kerana membantah hukuman tahanan tanpa bicara setelah pihak Israel berjanji akan membebaskannya beberapa bulan lagi.

Menurut Suruhanjaya Hal Ehwal Tahanan dan Bekas Tahanan Palestin, pihak penjara dan perisikan rejim Israel mengesahkan telah berunding dengan seorang tahanan yang melakukan mogok lapar bernama Hasan al-Awiwi. Pihak penjara bersetuju untuk membebaskan tahanan tersebut pada hujung tahun ini sekiranya beliau menghentikan mogok laparnya, demikian kata pihak Suruhanjaya itu lagi.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin

Categories
Berita Semasa

Petugas Paramedik Syahid Diserang Tentera Zionis


Rabu , 12-06-2019 - Seorang ahli petugas paramedik Palestin, Isnin (10/6) gugur syahid akibat kecederaan yang dideritanya setelah ditembak tentera Zionis ketika menjalankan tugas kemanusian dalam menyelamatkan para mangsa demonstrasi di Semenanjung Gaza timur.

Pihak Bulan Sabit Merah Palestin (PRCS) mengumumkan seorang petugas ambulans Mohammed Subhi al-Jadily (36 tahun) gugur sebagai syuhada akibat cedera ditembak ketika melaksanakan tugas kemanusiaannya pada 3/5/2019 dalam demonstrasi kepulangan di Gaza utara.

Ia mengalami cedera ditembak peluru Zionis logam berlapis yang menyebabkan patah tulang tengkorak kepalanya oleh tentera Israel ketika melaksanakan tugas kemanusiaan. As-Syahid Jadily adalah petugas medik keempat yang menjadi syuhada oleh tentara Israel ketika menjalankan tugasnya mengangkut para korban demonstrasi kepulangan sejak 30 Mac 2018 lalu, sementara itu, lebih dari 685 paramedik yang tercedera.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : osman
Categories
Berita Semasa

Rayuan pembebasan Alaa Basheer dikemukakan oleh keluarga

Selasa , 11-06-2019 – Keluarga seorang tahanan politik , Alaa Basheer telah mengemukakan rayuan kepada pihak berkuasa Palestin bagi pembebasan beliau dari penjara di Tebing Barat bertujuan untuk meraikan Aidilfitri bersama keluarga beliau. 

Ibu kepada Basheer berkata, anak beliau menderita didera dipenjara tersebut dan merayu untuk pembebasan beliau kerana Aidilfitri yang semakin hampir. 

Alaa Basheer yang di culik baru-baru ini oleh pihak berkuasa Palestin kerana telah menyebabkan kekacauan yang boleh menimbulkan ketegangan. Pihak keselamatan berkuasa Palestin kebiasaannya akan menahan rakyat biasa kebanyakkannya dari Hamas dan Jihad Islamiah dan menggunakan alasan menyebabkan kekacauan untuk mengukuhkan bukti bagi penahanan mereka. 

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : hanafi

Categories
Berita Semasa

Polis rejim menahan tiga kanak-kanak Palestin di Masjid Aqsa

Selasa , 11-06-2019 – Polis rejim Israel pada pagi Rabu menahan seorang wanita Palestin di bandar Abu Dis dan tiga kanak-kanak di Masjid al-Aqsa Mosque.

Sumber tempatan menyatakan yang polis Israel menculik Rajaa Omar dari rumahnya di Abu Dis dan memindahkan beliau ke pusat tahanan al-Maskoubiya untuk disoal siasat.

Manakala polis rejim di Masjid al-Aqsa Mosque menahan tiga kanak-kanak atas alasan dikaakan mereka masuk ke Baitulmuqaddis tanpa kebenaran.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Tentera rejim mengenakan sekatan baru di perairan Gaza

Jumaat , 31-05-2019 – Tentera rejim israel mengumumkan pada Rabu yang kawasan perikanan di perairan Gaza dikurangkan kepada maksimum 10 batu nautika daripada 15, dengan alasan ia merupakan tindak balas kepada pelancaran belon-belon beserta bom ke arah kawasan israel.

Tindakan itu diambil hanya beberapa hari setelah tentera rejim mengembalikan had perikanan kepada 15 batu nautika maksimum selepas pengurangan sebelum itu.

Keputusan rejim yang terdahulu untuk menambah kawasan perikanan merupakan langkah pertama dalam melaksanakan perjanjian untuk mengelakkan konflik baru di antara israel dan kumpulan-kumpulan pejuang Palestin.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Seorang demi seorang rakyat Palestin ditahan.

Jumaat , 31-05-2019 – Polis rejim zionis telah menahan seorang wanita Palestin di bandar Abu Dis dan tiga kanak-kanak di Masjid al-Aqsa. Sumber tempatan melaporkan bahawa polis Israel menculik Rajaa Omar dari rumahnya di Abu Dis dan memindahkannya ke pusat tahanan al-Maskoubiya untuk disoal siasat.

Sementara itu, pasukan polis di Masjid al-Aqsa menahan tiga kanak-kanak kerana didakwa memasuki BaitulMaqdis tanpa izin.

Terdahulu pada hari Rabu, rejim Israel menyerbu rumah penduduk Palestin di al-Khalil, Baitulmuqaddis, dan Bethlehem.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : syed ahmad muhsin

Categories
Berita Semasa

Iftar tahunan ke 5 PFB meriah.

Jumaat , 31-05-2019 – Forum Palestin di Britain (PFB) menganjurkan Iftar tahunan ke-5 di dewan Byron, pusat rekreasi Harrow di North West London. Para tetamu termasuk aktivis yang terkenal seperti aktivis Palestin, Ahed Tamimi dan juga pengarah eksekutif Bantuan Perubatan untuk Palestin (MAP), Aimee Shalan, Ketua Kesatuan dan Pengerusi Kempen Perpaduan Palestin Barat London, Hugh Lanning, Colin Monehen dari parti Buruh, yang dengan berani dan pendirian terbuka menyokong rakyat Palestin, Shamiul Joarder dari Friends of Al-Aqsa (FOA), Ketua Palestin terkemuka Attallah Sayed, Ghada Hamaad dan Dr. Fuad Haddad yang semuanya dianugerahkan lencana kehormatan oleh PFB.

Jurucakap PFB, Adnan Hamidan menyatakan bahawa “perhimpunan ini melebihi apa-apa tradisi Ramadan iftar kerana ini telah menjadi satu persidangan untuk Palestin dan rakan-rakan Palestin untuk memperbaharui perpaduan mereka atas nama Palestin”. Pengerusi PFB, Dr. Hafiz Al Karmi menyatakan bahawa “Perhimpunan ini adalah tindak balas kepada siapa saja yang menganggap hak mereka sebagai orang Palestin di tanah mereka memandangkan ramai peserta yang berminat untuk mengekalkan identiti dan hubungan mereka dengan sejarah dan budaya mereka”.

Acara itu dihiburkan juga dengan pelbagai ucapan revolusi artis Palestin, Kefah Zreeqy. Selain itu, dianjurkan juga pot Maqblooba terbesar yang ditayangkan oleh pelakon Palestin, Basil Elhaj. Hidangan maqblooba memberi makna yang besar untuk rakyat Palestin dengan sejarahnya dan rasa yang hebat.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Syed Ahmad Muhsin




Categories
Berita Semasa

PA memuji keputusan Czech untuk tidak memindahkan kedutaan ke Baitulmuqaddis

Khamis , 30-05-2019 – Pihak berkuasa Palestin (PA) pada Isnin mengalu-alukan keputusan Republic Czech untuk menarik balik keputusannya memindahkan kedutaan dari Tel Aviv ke Baitulmuqaddis yang dijajah.

Kementerian Luar PA, dalam kenyataan rasminya memuji kepatuhan republic itu terhadap undang-undang dan perjanjian antarabangsa serta pendirian Kesatuan Eropah tentang status kota Baitulmuqaddis.

Pada Sabtu, Perdana Menteri Republik Czech Andrej Babiš mengesahkan yang negaranya  tidak merancang untuk memindahkan kedutaannya di Israel ke Baitulmuqaddis.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Kerugian Akibat Seranagn Israel sepanjang Mei dianggarkan sebanyak USD 9.5 juta


Rabu , 29-05-2019 - Wakil Menteri Pekerjaan Umum dan Perumahan di Gaza Naji Sarhan mengatakan bahawa jumlah kerugian di pelbagai sektor sepanjang serangan terakhir penjajah Israel di Semenanjung Gaza pada awal Mei 2019 lalu adalah sebanyak USD 9.5 juta yang meliputi sektor pertanian, ekonomi, kesihatan, pendidikan dan infrastruktur.

Sarhan mengatakan bahawa kementeriannya telah menyelesaikan masukan maklumat bekaitan kesan serangan penjajah "Israel" dalam sistem elektronik terbaru untuk pengiraan dan dokumentasi kerosakan, dan semua data siap untuk dibahagikan kepada pihak-pihak yang aktif di bidang pembinaan semula Semenanjung Gaza.

Pihaknya telah berhubung dengan sejumlah badan dan organisasi dan mengkoordinasikan pencairan dana bantuan USD 2000 kepada pemilik rumah yang hancur total dan USD 1000 untuk mereka yang rumahnya mengalami kerusakan sebagian namun tidak dapat dihuni, serta wang sewa selama 6 bulan bagi mereka yang rumahnya hancur total sebesar USD 1,200 per keluarga tanpa yang tidak memiliki tempat tinggal alternatif. Mereka yang memiliki rumah yang tidak memadai untuk tinggal diberikan sebanyak USD 750.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : osman
Categories
Berita Semasa

Polis Israel membenarkan pendatang dan pelancong mencemarkan Masjid Aqsa

Rabu , 29-05-2019 – Polis rejim Israel pada pagi Isnin mengelilingi bangunan ibadah al-Qibli di Masjid Aqsa dan menghalang para pengunjung Palestin daripada meninggalkannya ketika pendatang dan pelancong Yahudi melawat kawasan suci itu.

Tanpa mengambil kira bulan Ramadhan, polis rejim membuka pintu al-Maghariba di Masjid Aqsa dan membenarkan para pendatang dan pelancong melawat kawasan tersebut, demikian menurut Pihak Berkuasa Waqaf.

Sebahagian polis turut mengawal para pendatang dan pelancong ketika lawatan tersebut, manakala yang lainnya berdiri di luar bangunan al-Qibli dan menghalang para pengunjung Muslim meninggalkannya.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor syuhada

Categories
Berita Semasa

Negara Haram Isreal telah memperluaskan kawasan aktiviti nelayan di Gaza.

Rabu , 29-05-2019 – Pihak berkuasa negara haram Israel pada ahad lalu telah memperluaskan semula kawasan aktiviti penangkapan nelayan di semenanjung Gaza kepada 15 batu nautika selepas ia dikurangkan untuk beberapa hari. 


Ketua Persatuan Nelayan di Gaza, Niza Ayyash berkata, pihak berkuasa negara haram Israel telah memperluaskan kawasan bagi aktiviti nelayan kepada 15 batu nautika untuk pertama kalinya sejak tahun 2006 tetapi bot nelayan yang bersaiz kecil hanya dibenarkan untuk berlayar sejauh 12 batu nautika sahaja.


Keputusan tersebut adalah hasil campur tangan Mesir didalam perjanjian diantara negara haram Israel dan Palestin di semenanjung Gaza. 
Pada hari Khamis yang lepas, tentera laut negara haram Israel telah menembak rambang ke arah nelayan-nelayan dari Palestin sebelum mengepung mereka dan membuat pengumuman melalui pembesar suara tentang mereka akan mengecilkan kawan aktiviti nelayan kepada 5 batu nautika. 


Tentera laut negara haram Isreal telah mengejar nelayan dari Gaza, menembak, menahan atau menyita alat dan bot mereka hampir setiap hari. 

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : hanafi


Categories
Berita Semasa

Terdapat usaha untuk tidak membenarkan azan dikumandangkan di Lod

Isnin , 27-05-2019 – Para penduduk Palestin di Bandar Lod, di tenggar Tel Aviv, menghadapi usaha dari polis rejim untuk tidak membenarkan azan dikumandangkan pada bulan Ramadan atas permintaan sekumpulan pendatang pelampau di Bandar itu.

Puluhan penduduk Lod menyertai bantahan sambil duduk bagi menyatakan rasa tidak setuju dengan tindakan rejim Israel itu yang melanggar hak keagamaan warga Palestin.

Beberapa penduduk menekankan yang mereka tidak akan membenarkan sesiapa menggugat ibadah agama Islam di Bandar itu dan sekeras-kerasnya mempertahankan hak mereka. 

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Tiga hospital disambungkan ke saluran kuasa kekal

Isnin , 23-05-2019 – Syarikat pembekal elektrik di Gaza baru-baru ini berjaya menyambungkan tiga hospital kepada saluran elektrik kekal. Hasilnya, mereka akan dibekalkan dengan tenaga elektrik 24 jam setiap hari.

Menurut syarikat itu, hospital-hospital yang terlibat ialah al-Shifa di kota Gaza, Shuhada al-Aqsa di Deir al-Balah, dan Hamad di utara Gaza.

Projek-projek serupa turut akan dijalankan dalam masa terdekat untuk hospital-hospital lain.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Tentera Israel menembak nelayan Palestin di Gaza


Isnin , 23-05-2019 - Seorang nelayan Palestin ditembak oleh Tentera Zionis Israel sambil berlayar di pantai Gaza Strip di pagi Rabu.
Ketua Persatuan Nelayan Nelayan di Gaza Zakaria Baker memberitahu PIC bahawa Murad al-Hissi, 22, cedera oleh peluru logam berlapis getah yang dipecat oleh tentera Israel, dan kemudian dibawa ke hospital untuk rawatan di kota Gaza.
Baker menegaskan perlunya perlindungan antarabangsa kepada nelayan Palestin di Gaza yang sentiasa menjadi sasaran tembakan, serangan, penangkapan, rampasan kapal nelayan dan peralatan mereka.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor syuhada
Categories
Berita Semasa

Seluruh Wilayah Palestin Bersolidariti Memperingati Nakbah Zionis ke 71



Isnin , 23-05-2019 - 71 tahun diskriminasi terhadap bangsa Palestin masih berjalan. Sementara penderitaan di semua sendi kehidupan masih dirasakan di seluruh wilayah Palestin sama ada di Semenanjung Gaza mahupun di Tebing Barat juga di wilayah Al-Quds dan pelarian Palestin lainya. Pada hari Rabu (15 Mei) bangsa Palestin mengadakan acara peringatan ulang tahun Nakba Palestin yang ke 71 tahun, di semua wilayah Palestin dengan pelbagai acara dan konfrontasi dengan penduduk di tempat-tempat tertentu.

Siren berkabung dibunyikan di semua daerah tanah Palestin selama 71 saat, sebanyak jumlah tahun Nakba yang sudah mencapai 71 tahun lamanya. Di Semenanjung Gaza, sejumlah warga awam Palestin tercedera oleh peluru ganas Zionis dan ratusan orang lainnya sesak nafas akibat terkena tembakan dan bom gas pemedih mata oleh militan Israel.

Menurut saksi kejadian, tentera Israel yang ditempatkan di belakang bukit pasir dan di dalam kenderaan militan di sepanjang pagar pemisah melepaskan tembakan gas pemedih mata terhadap ratusan warga yang datang untuk bersolidariti memperingati Peristiwa Nakba.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : osman