Categories
Berita Semasa

Israel akan menambah pondok polis, kamera keselamatan di timur Baitulmuqaddis

Isnin, 15-08-2016 – Tentera rejim Israel mengambil keputusan meningkatkan jumlah balainya dan kamera keselamatan di timur Baitulmuqaddis. Menurut pengumuman rasmi Israel, 5 balai polis baru akan dibuka di timur Baitulmuqaddis sebagai sebahagian rancangan pembangunan bagi meningkatkan keselamatan di kejiranan Arab serta menekankan ketuanan Israel di bandar suci itu. “Sejak bertahun-tahun, terdapat jurang yang besar di antara bahagian timur dan barat bandar itu dari aspek polis, oleh itu kami melakukan ini,” menteri keselamatan awam Gilad Erdan menyatakan pada Rabu.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

13 ditangkap, lainnya cedera selepas tentera Israel masuki Tebing Barat.

Isnin, 15-08-2016 – Beberapa penduduk awam Palestin cedera sementara 13 lagi ditangkap dalam serbuan besar-besaran yang dilancarkan tentera rejim Israel di wilayah Tebing Barat pada awal pagi, hari Rabu kelmarin.

Tentera rejim dengan sengaja mencetuskan kekacauan di kawasan penempatan awam dengan menyerang mereka secara ganas dihadapan anak-anak mereka. Menurut sumber berita dari Tebing Barat, 5 dari mereka yang ditangkap berasal dari bandar al-Khalil, 6 dari Ramallah dan bahagian timur, Baitulmuqaddis sementara 2 lagi dari Tulkarem.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainuddin

Categories
Berita Semasa

Hamas: Kami bersedia adakan pilihan raya pada tarikh yang ditetapkan

Isnin, 15-08-2016 – Gerakan Hamas bersedia untuk menjalankan proses pilihan raya pada tarikh yang telah ditetapkan iaitu 8 Oktober. Jurucakap Hamas, Hazem Kasem berkata dalam satu kenyataan eksklusif kepada PIC, tiada pihak yang boleh melanggar hak rakyat Palestin untuk menjalankan pilihan raya mereka sendiri.

Beliau mengulas dengan tegas “Kami menyeru kepada semua rakyat Palestin, termasuk institusi awam, dan badan hak asasi manusia untuk bertanggungjawab membantu serta menghalang sebarang cubaan oleh Pihak Berkuasa Palestin yang diketuai Mahmoud Abbas yang mungkin akan memanipulasi proses pilihan raya tersebut,” kata Kasem. Sebelum ini, ada laporan mengatakan Pihak Berkuasa Palestin dan Pergerakan Fatah berkemungkinan menangguhkan pilihan raya atas alasan masih ada beberapa urusan yang belum selesai.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor syuhada

Categories
Berita Semasa

Israel tentera culik seorang pemuda di Ramallah

Isnin, 15-08-2016 – Askar Israel menyamar dan menyerbu bandar Ramallah, serta menculik seorang pemuda Palestin yang dikehendaki dari rumahnya semalam. Menurut sumber tempatan, tentera penjajah Israel menemui Khaled Mutair berusia 26 tahun yang merupakan seorang penduduk kem pelarian Qalandiya, selepas lapan bulan mengejarnya. Pasukan pendudukan Israel telah beberapa kali menyerbu rumah Mutair dalam usaha untuk menangkapnya. Punca dia ditangkap belum dikenal pasti.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Annasuhana Sulaiman

Categories
Berita Semasa

Penduduk Yahudi Serbu Al Aqsa

Khamis, 11-08-2016 – Jumlah penduduk Yahudi yang menyerbu masjid al-Aqsa sejak Rabu (10/8) meningkat hingga lebih dari 100 orang selain terdapat kumpulan “otoriti arkeologi” Zionis. Mereka menyerbu masjid al-Aqsa di bawah perlindungan tentera yang disediakan oleh pihak keselamatan dan pasukan khusus Zionis.

Dasar penjajah Zionis menutup pintu barat “al-Magharibah” (satu-satunya pintu yang digunakan para penduduk Yahudi untuk menyerbu masjid al-Aqsa, kerana pintu ini dibawa pentadbiran penuh pasukan penjajah Zionis), setelah sekitar 101 penduduk Yahudi menyerbu masjid al-Aqsa ketika suara takbir bergema daripada para jamaah yang berada dan bersiap siaga di masjid al-Aqsa.

Selain itu terdapat 13 pegawai dari pihak “otoriti arkeologi” Zionis yang menyerbu masjid al-Aqsa dan berjalan-jalan di perkarangan masjid dengan perlindungan anggota polis dan pasukan khas yang berlegar di penjuru masjid al-Aqsa.

sumber : COMES
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Bayi sesak nafas terkena semburan lada polis Israel.

Khamis, 11-08-2016 – Seorang bayi perempuan berusia 8 bulan, sesak nafas terkena semburan serbuk lada semasa pihak polis Israel menyerbu rumah mangsa yang terletak di daerah Silwan bahagian timur Baitulmuqaddis. Kejadian berlaku pada hari Isnin, kelmarin.

Menurut kata saksi, pada hari kejadian, anggota polis rejim Israel sedang mengadakan operasi menyerbu beberapa buah rumah berdekatan kejiranan Batten al-Hawa di daerah Silwan, sebelah selatan Masjidil al-Aqsa.

Tambah saksi itu lagi, pihak polis menyembur serbuk lada semasa memecah masuk untuk mengeledah kediaman, Jaddallah al-Rajabi dan bayi tersebut, Asya al-Rajabi yang berada di dalam rumah sesak nafas akibat terkena semburan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainuddin

Categories
Berita Semasa

Wartawan Pro-Palestin dari Algeria, Amal Mourabiti meninggal dunia

Khamis, 11-08-2016 – Wartawan Pro-Palestin dari Algeria, Amal Mourabiti meninggal dunia di hospital Frantz Fanon selepas mengalami kemalangan jalan raya di wilayah Blida, di utara Algeria. Mourabiti meninggal dunia akibat cedera parah dalam kemalangan maut itu yang berlaku di bandar Blida pada Khamis. Mourabiti terkenal dengan penulisan tentang perjuangan rakyat Palestin dan isu tahanan Palestin selama lebih sepuluh tahun. Sebelum ini, beliau dilaporkan bakal menerbitkan sebuah buku mengenai tahanan Palestin. Pemergian beliau turut dirasai para sahabat, rakan sekerja, dan ahli keluarga.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Syed Ahmad Muhsin

Categories
Berita Semasa

Hamas: Tiada lagi perkembangan positif

Rabu, 10-08-2016 – Juru cakap Gerakan Hamas, Sami Abu Zuhri berkata bahawa masih belum menerima maklum balas positif berkaitan cadangan senarai pilihan raya gabungan yang dicadangkan gerakan tersebut pada Sabtu lalu.

Abu Zuhri juga telah menyatakan keperluan untuk memutuskan seluruh perancangan dan menggunakan segala peluang untuk mengadakan pilihanraya tempatan dalam keadaan yang terbaik.

Pada masa yang sama, wakil Hamas di al Khalil turut menyeru rakyat Palestin untuk menyertai pungutan suara tersebut dan menunaikan undian bagi memilih calon yang sesuai untuk memperjuangkan rakyat Palestin.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : fauzan

Categories
Berita Semasa

Ramai penduduk terkandas akibat penutupan laluan Nablus-Salfit

Rabu, 10-08-2016 – Ramai warga Palestin yang terkandas akibat tindakan pihak tentera rejim penjajah Israel menutup laluan jalan Nablus-Salfit menuju pusat pemeriksaan tentera Zaatara tanpa sebarang notis pemberitahuan terlebih dahulu. Kejadian itu, berlaku pada hari Ahad, kelmarin.

Menurut wartawan PIC yang memetik saksi kejadian sebagai berkata bahawa mereka sangat terkejut seolah-olah telah terperangkap di antara longgokan pasir dan sekatan jalan yang dipenuhi anggota tentera rejim Israel di laluan jalan yang menghubungkan wilayah Nablus dan Salfit.

Penutupan laluan secara mengejut itu telah menyebabkan ramai warga Palestin yang tersekat untuk ke tempat kerja sementara yang lainnya tidak dapat pulang ke rumah dan para pemerhati berpendapat ia merupakan tindakan melampau pihak tentera rejim terhadap kehidupan seharian warga Palestin di wilayah yang didudukinya.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

Pertubuhan Pekerja Palestin Kecam Usaha Normalisasi Dengan Zionis

Rabu, 10-08-2016 – Pertubuhan Umum Pekerja Palestin mengecam apa yang dilakukan pemerintah sivil dengan mengadakan Persidangan yang didanai oleh Pertubuhan Buruh Zionis “Histadrut” kepada sejumlah pekerja Palestin tanpa memperhatikan konsekuensi dan dampak dari masalah berbahaya ini dan proses normalisasi tingkat tinggi dengan entiti penjajah Zionis.

Dalam pernyataan akhbarnya, Pertubuhan Umum Pekerja Palestin mengatakan bahawa persidangan tersebut dijalankan ketika pelanggaran penjajah Zionis yang berulang kali dilakukan di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza. Selain juga sedang berlanjutnya tekanan dan sekatan terhadap Semenanjung Gaza, pencegahan masuk bahan keperluan untuk pembinaan semula pasca perang di mana penjajah Zionis menghancurkan semua peringkat kehidupan di Semenanjung Gaza.

Selain itu, pertemuan ini berlaku ketika berlanjutnya operasi pos-pos militan Zionis di Tebing Barat dan perluasan penempatan Yahudi yang mencapai puncaknya dibandingkan dengan tahun-tahun sebelumnya, juga projek Yahudinisasi yang terus berlanjut terhadap al-Quds dan masjid al-Aqsa serta larangan terhadap pekerja Palestin untuk mendapatkan hak-hak mereka di dalam wilayah pendudukan.

sumber : COMES
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Kecederaan dilaporkan dalam kejadian serbuan oleh Rejim Zionis di al-Khalil

Isnin, 08-08-2016 – Seorang pemuda Palestin telah dimasukkan ke hospital kerana cedera akibat peluru manakala yang lain sesak nafas akibat gas pemedih mata ketika pertelingkahan dengan IOF pada petang Khamis di kampung Beit Ummar, utara al-Khalil.

Tentera rejim IOF menyerbu dan melepaskan tembakan gas pemedih mata serta peluru getah dan hidup. Seorang pemuda berusia 19 tahun cedera. Sumber tempatan melaporkan yang sejumlah besar IOF menyerbu bandar itu sejak subuh dan berada di situ selama 8 jam. Banyak kediaman telah diserbu mereka.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nur idawati

Categories
Berita Semasa

Tentera Israel roboh kediaman keluarga pemuda yang menentangnya.

Isnin, 08-08-2016 – Tentera rejim Israel memulakan kerja-kerja meroboh rumah kediaman dua tahanan bersaudara Khalid dan Muhammad Makhamreh yang terletak di bandar Yatta, selatan al-Khalil di awal pagi Khamis, kelmarin.

Semasa tentera rejim membuat kawalan di sekitar rumah kedua-dua mangsa, penduduk tempatan warga Palestin datang dan berlaku pertempuran dengan pihak tentera.

Bagaimana pun, jentolak milik tentera Israel terus merobohkan rumah tersebut dan dalam sekelip mata rumah itu runtuh tinggal sisi dan selepas itu mereka pergi ke rumah sepupunya, Muhammad dan meletupkan rumah tersebut dengan bom yang dipasang di dalam rumah.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

Persediaan kumpulan pelampau Yahudi mengadakan program anti-Aqsa

Jumaat, 05-08-2016 – Kumpulan pelampau Yahudi telah memulakan persiapan dan mengadakan mesyuarat untuk menghasut pengikut-pengikut mereka mengambil bahagian dalam acara-acara di Yerusalam serta perarakan besar-besaran ke Masjid Aqsa yang akan dianjurkan sepanjang bulan Ogos sempena memperingati apa yang mereka dakwa sebagai hari kemusnahan kuil pertama dan kedua.

Menurut laman web berita Qpress, persediaan ini termasuk mengadakan simposium, persidangan, ceramah, protes damai, dan pelbagai aktiviti anti-Aqsa yang akan diadakan di Baitulmuqaddis dan bandar-bandar utama lain. Persediaan tersebut bertujuan untuk menyiapkan rakyat Yahudi dan menggalakkan mereka untuk berarak beramai-ramai ke Masjid Aqsa, yang mereka dakwa sebagai Temple Mount.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zaina

Categories
Berita Semasa

Arij: Israel mengeluarkan tender baru walaupun dunia Arab menyeru menghentikan pembinaan penempatan

Jumaat, 05-08-2016 – Institut Penyelidikan Gunaan – Arij menyatakan yang rejim Israel mengabaikan seruan dunia Arab agar menghentikan aktiviti penempatan pendatang dan mengeluarkan 4 tender pembinaan 323 unit kediaman baru bagi pendatang di Baitulmuqaddis.

Tender-tender tersebut adalah untuk pembinaan 89 unit rumah tambahan di Gilo, 36 unit di Neve Ya’akov, 68 di Pisgat Ze’ev, dan 130 di Har Homa. Tender baru di Gilo dikeluarkan kurang daripada seminggu setelah pengumuman Israel untuk membina 770 unit kediaman di penempatan pendatang.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Israel keluarkan perintah hadir siasatan kepada kakitangan Masjidil Aqsa.

Jumaat, 05-08-2016 – Polis rejim penjajah Israel, mengeluarkan surat perintah untuk hadir bagi memberi keterangan terhadap Ketua Media dan Perhubungan Awam, Jabatan Wakaf serta Pegawai Keselamatan, Masjidil al-Aqsa.

Kedua-dua mereka, Firas al-Debs dari Jabatan Wakaf, Baitulmuqaddis dan Arafat Najeeb, Penyelia Keselamatan, Masjidil al-Aqsa telah diberi surat tersebut untuk hadir ke pejabat bahagian siasatan Qishleh di Kota Lama Baitulmuqaddis

Sebelum itu, pada hari Rabu lalu, pihak tentera rejim Israel, menahan Hamza al-Deisi dan Hamza Nebali, pengawal keselamatan di Masjidil al-Aqsa serta Raed Zgheir, salah seorang staf bagi kerja-kerja pembinaan semula, Masjidil al-Aqsa atas dakwaan terlibat dalam pergaduhan dengan puak pelampau Yahudi yang cuba mematahkan dahan pokok Zaiton dan mencuri batu Arkeologi di masjid tersebut. Ketiga-tiga mereka telah ditahan di Pusat Tahanan Qishleh.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainuddin