Categories
Berita Semasa

Israel halang 12 warga Palestin dari keluar melalui pintu sempadan Karama.

Selasa, 22-05-2018 – Rejim Israel menghalang 12 warga Palestin dari meneruskan perjalanan mereka ke Jordan melalui pintu sempadan Karama (Raja Hussein) tanpa diterangkan sebabnya kecuali atas alasan keselamatan.

Menurut polis Palestin (PA), sepanjang dua minggu lepas, lebih 32,000 rakyat Palestin dan warga asing dibenarkan meneruskan perjalanan mereka.

Bagaimanpun dalam tempoh yang sama, 48 orang yang mahu melaluinya atau baru tiba di situ telah ditahan oleh polis PA atas kesalahan melanggar undang-undang kerana cuba meninggalkan negara.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis menahan seorang kanak-kanak Palestin yang cedera

Selasa, 22-05-2018 – Pada Ahad, Tentera rejim Zionis (IOF) menculik seorang kanak-kanak Palestin yang cedera dari Kampung Nabi Salah, utara Ramallah. Mohammed Tamimi, 15, telah ditahan di kemasukan kampung itu dan segera dibawa ke balai polis di Pusat Tahanan Benyamin di Tebing Barat. Tamimi sebelum ini ditahan selama 3 bulan kerana menyertai protes anti penjajahan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Israel Serang Pos Penentangan Palestin

Isnin, 21-05-2018 – Artileri Israel pada petang Rabu telah mengebom pos penentangan Palestin di timur Semenanjung Gaza. Wartawan PIC melaporkan bahawa dua pos telah diserang oleh beberapa artileri di timur Jabalia dan kejiranan al-Shuja’iyya.

Serangan Israel itu juga menyebabkan kerosakan teruk pada tanah ladang di sekitarnya. Tentera Israel mendakwa bahawa serangan itu dilakukan sebagai tindak balas terhadap serangan tembakan yang dilancarkan dari Semenanjung Gaza.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Syed Ahmad Muhsin

Categories
Berita Semasa

Jet Israel menyasarkan kawasan pejuang di Semenanjung Gaza

Isnin, 21-05-2018 – Kapal terbang perang Israel melakukan beberapa serangan udara ke atas sejumlah kawasan pejuang di Semenanjung Gaza. Menurut wartawan PIC, 3 peluru berpandu Israel menyasarkan Eshkelon yang merupakan milik Briged al-Qassam, sayap ketenteraan Hamas, menyebabkan kerosakan teruk di rumah-rumah berdekatan.

2 lagi peluru berpandu ditembak ke arah kawasan al-Safina yang terletak di barat Semenanjung Gaza. Kementerian Kesihatan Palestin mengesahkan yang seorang pemuda cedera kakinya ketika serangan itu.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Ramai cedera dalam pertempuran di Ramallah.

Isnin, 21-05-2018 – Sejumlah penduduk Palestin cedera selepas tentera rejim Zionis Israel bertindak menyuraikan satu demonstrasi aman yang diadakan berdekatan Ramallah.

Menurut kata saksi, pertempuran berlaku di jalan menuju bandar al-Bireh, utara Ramallah selepas tentera rejim cuba menyuraikan demonstrasi yang dianjurkan bagi memprotes langkah Amerika Syarikat memindahkan kedutaannya ke bandar Baitulmuqaddis dan perbuatan jenayah rejim Israel di Gaza.

Pihak rejim bertindak menyerang peserta demonstrasi dengan menembak peluru hidup bersalut getah, bom bunyi dan gas pemedih mata menyebabkan beberapa peserta mengalami sesak nafas, demikian kata saksi itu lagi.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

Sinwar: Israel menarik diri daripada perjanjian pertukaran banduan

Isnin, 21-05-2018 – Pemimpin Gerakan Hamas Yahya Sinwar pada Rabu mengatakan bahawa kumpulannya telah mencapai persetujuan dengan Mesir untuk mencegah protes di sempadan kawasan pantai dengan Israel dari meningkat hingga konflik baru dengan Israel, tetapi memberi amaran tidak akan menolak kemungkinan pertengkaran bersenjata di masa depan.

Dalam satu wawancara dengan Al-Jazeera, Sinwar berkata Hamas telah mengejar “perlawanan damai” semasa perhimpunan mingguan Mac Great of Return di sempadan Gaza, yang berakhir pada hari Isnin ketika AS melantik kedutaannya di Yerusalem yang dijajah. “Itu tidak bermakna kita tidak akan menggunakan rintangan bersenjata. Sekiranya Israel pergi ke laut dan menumpahkan banyak darah, kami terpaksa bertindak balas sewajarnya, “kata Sinwar.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Norshuhada Samudin

Categories
Berita Semasa

55 Penduduk Palestin Syahid, 2700 Cedera di Gaza

Khamis, 17-05-2018 – 55 orang Palestin telah dibunuh oleh tentera Israel dan lebih daripada 2,700 yang lain cedera di sempadan timur Jalur Gaza semasa demonstrasi pada hari Isnin. Tujuh orang penduduk Palestin terbunuh adalah kanak-kanak bawah umur 18 tahun, termasuk seorang gadis. Sekurang-kurangnya 203 orang cedera adalah kanak-kanak dan 79 wanita.

Menurut laporan, 918 rakyat Palestin cedera dengan peluru hidup, 746 kes gas pemedih mata, 98 kecederaan akibar terkena serpihan, dan lima cedera terkena peluru getah. Dua jurumedik dan empat pasukan keselamatan juga termasuk para syuhada, manakala empat medik dan 12 wartawan cedera.

Berpuluh ribu warga Palestina berkumpul di perbatasan Gaza sejak pagi menyeru demonstrasi untuk membantah pembukaan kedutaan Amerika di BaitulMaqdis dan sebagai menyambut ulang tahun ke-70 Nakba Palestin.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Syed Ahmad Muhsin

Categories
Berita Semasa

Amnesty International desak tamatkan segera keganasan Israel di Gaza.

Khamis, 17-05-2018 – Pertubuhan kemanusiaan antarbangsa, Amnesty International menyelar tindakan ganas rejim Zionis Israel membunuh penduduk awam Palestin di Semenanjung Gaza.

Amnesty menyatakan bahawa pencabulan secara nyata terhadap undang-undang kemanusian antrabangsa telah berlaku di wilayah yang terkepung dengan pantai itu dan meminta supaya keganasan rejim Israel dapat ditamatkan dengan segera.

Seterusnya, pertubuhan bebas itu meminta agar apa yang boleh dikatakan sebagai “sangat menakutkan” berikutan serangan rejim Israel itu segera ditamatkan dan menjelaskan bahawa kebanyakan kecederaan yang dialami oleh mangsa adalah akibat ditembak di bahagian atas tubuh. Ini menunjukkan unit penembak tepat tentera rejim sengaja mensasarkan penduduk Palestin untuk dibunuh.

Menurut kementerian kesihatan Gaza, serangan pada Isnin kelmarin telah menyebabkan sekurang-kurangnya 55 penduduk Gaza terkorban, dua daripadanya adalah kanak-kanak dan dua lagi golongan tidak berupaya sementara 2,200 lagi cedera.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

Polis Israel serang wanita lakukan protes di Kota Baitulmuqaddis.

Selasa, 15-05-2018 – Polis rejim Zionis Israel bertindak menyerang sekumpulan wanita Palestin yang memprotes dan mahu menghalang satu demonstrasi oleh pendatang haram Yahudi di Kota Baitulmuqaddis.

Sumber tempatan memberitahu media, polis rejim telah menutup beberapa jalan di ibu kota suci itu yang bakal dilalui penunjuk perasaan Yahudi tersebut dengan menempatkan ramai anggota keselamatan terutamanya di sekitar Bab al-Amud.

Tambah sumber itu lagi, unit khas polis Israel bertindak menyerang kumpulan wanita Palestin yang cuba menghalang pendatang Yahudi dari meneruskan perarakan “mengibar bendera Israel” dan menghalau kumpulan wanita itu dari tempat tersebut.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

Bendera AS, Israel diletakkan di Tembok Baitulmuqaddis

Selasa, 15-05-2018 – Perbandaran Baitulmuqaddis pada Selasa meletakkan bendera AS dan Israel pada tembok kota lama itu beberapa jam sebelum Kedutaan AS berpindah ke bandar itu.

Akhbar Hebrew Maariv menyatakan yang perbuatan itu bagi menunjukkan penghargaan kepada pengiktirafan Presiden Donal Trump terhadap kota itu sebagai ibu negara Israel. Perasmian Kedutaan AS di Baitulmuqaddis itu akan diadakan pada Isnin yang sama dengan ulangtahun ke 70 Nakba Palestin.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Cavusoglu Kecam Pendirian Arab Mengenai BaitulMaqdis

Selasa, 15-05-2018 – Menteri Luar Turki, Mevlut Cavusoglu sekali lagi mengulangi pendirian tegas negara berkenaan mengenai isu Palestin, dan tidak teragak-agak mengecam Liga Arab yang kelihatan teragak-agak dalam keputusan AS ‘menjajah’ BaitulMaqdis, dan menganggap ia sebagai satu “kesilapan”, lapor Anadolu Agency.

Berucap di Forum Wartawan Arab di Istanbul, Cavusoglu sekali lagi menentang keputusan AS untuk memindahkan kedutaannya di Israel ke BaitulMaqdis. “Keputusan AS ini salah,” kata Cavusoglu seperti dipetik Anadolu. “Kita perlu mengambil pendirian yang sama terhadap keputusan yang salah ini. Kami melihat sedikit keraguan dalam Liga Arab baru-baru ini, dan ia merupakan satu kesilapan.”

Menteri itu turut menegaskan pendirian tegas negaranya terhadap persoalan Palestin, dan menyeru agar negara-negara lain tidak berdiam diri terhadap langkah serius oleh pentadbiran AS. “Turki akan terus mempertahankan isu Baitulmuqaddis untuk Palestin,” katanya, sambil menambah bahawa Ankara “tidak akan berdiam diri” mengenai perkara itu.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Syed Ahmad Muhsin

Categories
Berita Semasa

Parlimen Israel lulus serahan hasil cukai kepada PA dipotong.

Isnin, 14-05-2018 – Dewan parlimen Israel, Knesset meluluskan satu rang undang-undang dengan undian 55 menyokong manakala 14 menentang untuk memotong wang hasil kutipan cukai bulanan yang diserah kepada pihak Berkuasa Palestin (PA) sekiranya didapati ia disalurkan kepada warganya yang masih berada di penjara.

Bagaimanapun, rang undang-undang tersebut perlu lulus pada bacaan kali kedua dan ketiga. Jika rang undang-undang itu diluluskan maka sebelum jumlah kesemua hasil cukai yang dikutip setiap bulan diserahkan kepada PA, pihak rejim dibenar menolaknya dengan jumlah wang yang diberi kepada tahanan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis musnahkan gudang simpanan hasil tanaman.

Selasa, 08-05-2018 – Tentera rejim Zionis Israel bertindak meroboh gudang dan memusnahkan hasil tanaman yang disimpan serta segala yang ada di dalamnya. Kejadian berlaku di bandar Beit Umar, utara al-Khalil, Tebing Barat.

Menurut kata aktivis tempatan, gudang milik petani Ramzi Abu Ayyash, dibina beberapa tahun lalu, di atas tapak tanah berkeluasan 250 meter persegi dan tambah beliau lagi, kerugian atas tindakan memusnah segala yang ada di dalamnya, kesemuanya dianggarkan bernilai 20,000 shekels.

Alasan tentera rejim meroboh bangunan itu adalah kerana pemilik tidak mempunyai lesen membina dari pihak Israel biarpun ia dibina di atas tanah miliknya sendiri.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

Parlimen Israel beri kuasa kepada Netanyahu dan Lieberman isytihar perang.

Jumaat, 04-05-2018 – Dewan parlimen Israel, Knesset telah mengadakan undian di mana keputusannya telah memihak kepada Perdana Menteri Benjamin Netanyahu untuk mengisytihar perang dengan hanya mendapat persetujuan Menteri Pertahanan, Avigdor Lieberman.

Undian itu dijalankan bagi meminda undang-undang sebelum ini yang memerlukan semua anggota kabinet mengundi untuk mengambil keputusan yang sedemikian kepada hanya perlu keputusan Netanyahu dan Lieberman sahaja.

Dewan Knesset meluluskan pindaan itu dengan undi 61 menyokong berbanding 41 bagi membenarkan kedua-dua pemimpin rejim Zionis itu mengisytiharkan perang ketika “keadaan sangat mendesak.”

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

Jumlah Penganggur 364,000 di Palestin Tahun 2017

Jumaat, 04-05-2018 – Bilangan rakyat Palestin yang menganggur mencapai 364.000, untuk tahun 2017, termasuk 218000 di kawasan Gaza yang dikepung, lapor Biro Pusat Statistik Palestin.

Kadar keseluruhan pengangguran di Palestin, pada tahun 2017, adalah 27.7%, sementara kadar pengangguran antara Tebing Barat dan Semenanjung Gaza kekal tinggi, dengan 43.9% di Gaza dan 17.9% di Tebing Barat.

Biro itu menegaskan, dalam satu kenyataan yang mengkaji keadaan buruh di Palestin pada tahun 2017, pada malam 1 Mei menandakan Hari Buruh Dunia, kenaikan kadar pengangguran bagi wanita berbanding lelaki, dengan peningkatan dalam jurang sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Kadar lelaki berada pada kedudukan 22.5% pada tahun 2017, manakala kadar pengangguran bagi wanita menduduki 47.8%, pada tahun yang sama.

Bilangan pekerja yang diambil bekerja dianggarkan berjumlah 666,000, 333,000 di Tebing Barat, 221,000 di Semenanjung Gaza, 92.000 di wilayah yang dijajah tahun 1948. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, krisis ekonomi yang sukar telah menghantui wilayah Palestin yang diduduki dan Jalur Gaza yang dihalangi akibat penindasan Israel dan penutupan sempadan sempadan Israel.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ameen