
Khamis , 11-10-2018 – Tentera Israel mengetatkan kawalan ketenteraan di dalam dan sekitar wilayah Tulkarem, di utara Tepi Barat, dan menghalang pergerakan rakyat Palestin di dalam dan luar.
Bercakap dengan PIC, sumber-sumber tempatan melaporkan tentera Israel yang ditempatkan di pusat pemeriksaan tentera Anab, barat Tulkarem, bergerak di kawasan penduduk Palestin dan memeriksa kenderaan yang melalui kawasan itu.
Tentera Israel turut menutup pintu masuk al-Kurk 623 di Deir al-Ghousoun, utara Tulkarem, dan Gate 609, barat bandar Ateil. Para petani Palestin telah dihalang daripada memasuki kebun mereka untuk memetik buah zaitun.
sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Syed Ahmad Muhsin


Khamis , 11-10-2018 – Tahanan Palestin Mus’ab Akef Ashtiyeh berhenti mengambil ubat untuk 4 minggu berturut-turut sebagai bantahan ke atas tempoh penahanannya yang diperbaharui. Bapa Ashtiyeh menyatakan kerisauan beliau terhadap situasi kesihatan anaknya yang menderita akibat hyperthyroid dan tekanan darah tinggi. Ashtiyeh, 26, telah berhenti mengambil ubat sejak 13 September setelah dipindahkan ke pusat siasatan Petah Tikva.








