Categories
Berita Semasa

Turki kecam niat Israel untuk membina beratus2 penempatan.

Isnin, 11-11-2019 – Kementerian Luar Turki pada hari Rabu mengutuk keputusan Israel untuk membina lebih 2,000 unit rumah baru di petempatan di kawasan terjajah di Tebing Barat, dan menyifatkan ianya sebagai suatu tindakan haram.

Kelulusan yang diberikan oleh pihak berkuasa Israel bulan lalu untuk pembinaan sebanyak 2,342 unit rumah baru yang melibatkan pelbagai peringkat perancangan di Tebing Barat adalah satu contoh yang baru dan jelas mengenai dasar kejuruteraan demografi negara, menurut agensi berita Anadolu sebagai memetik kementerian berkenaan.

“Kami menentang keputusan tidak sah Israel ini, yang membelakangi undang-undang antarabangsa dan melanggar hak asasi rakyat Palestin dan menyeru semua anggota masyarakat antarabangsa untuk memenuhi tanggungjawab mereka untuk menentang penindasan dan pendudukan rakyat Palestin,” kata kementerian itu.

Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam resolusi yang diterima pakai pada 23 Disember 2016 menyatakan bahawa kegiatan pendudukan Israel merupakan “pelanggaran terang-terangan” undang-undang antarabangsa dan “tidak mempunyai kesahihan undang-undang”. Resolusi 2334 telah menggesa Israel untuk menghentikan kegiatan tersebut dan memenuhi kewajipannya sebagai kuasa yang menduduki.

Kesatuan Eropah pada hari Isnin lalu telah menyatakan bahawa semua aktiviti penempatan di tanah terjajah adalah haram dan “menghakis daya maju” penubuhan negara Palestin.

Israel telah melancarkan pelan untuk lebih 8,300 rumah penempatan di Tebing Barat tahun ini, yang bersamaan dengan lima peratus peningkatan keseluruhan berbanding tahun 2018, menurut kumpulan pemerhati anti-petempatan Peace Now.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ezatul

Categories
Berita Semasa

Jordan Larang Warga Israel Masuk Kawasan Baqurah Dan Ghamar

Isnin, 11-11-2019 – Jordan memaklumkan kepada pihak penjajah Israel, bahawa pihak mereka melarang warga Israel memasuki kawasan Baqurah dan Ghamar yang menjadi sebahagian wilayah Jordan mulai Ahad depan, hal itu sesuai dengan berakhirnya kesepakatan penyewaan tanah antara Israel dan kerajaan Jordan.

Media Israel menyebutkan bahawa pihak Jordan dalam beberapa minggu terakhir menolak usul Israel untuk memasukkan syarat pembebasan dua tawanan Jordan; Heba Labdi dan Abdul Rahman Mari dalam perjanjian wilayah Baqurah dan Ghamar atau memberi tempoh waktu kepada para petani Israel sehingga mereka mendapatkan tanah pertanian baru.

Laman sesawang 124 Israel menyatakan, para pegawai tinggi Jordan ketika melakukan rundingan dengan delegasi Israel memperingatkan tentang kesan negatif jika Israel terus melakukan pelanggaran dalam masalah ini terutama terhadap hubungan diplomatik antara Jordan dan Israel.

Kesepakatan yang dicapai antara Jordan dan Israel menyebutkan bahawa wilayah Baqurah dan Ghamar disewakan kepada Israel selama 25 tahun, kemudian dikembalikan kepada Jordan apabila perjanjian berakhir.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Hamas: Israel punca tercetusnya keganasan di wilayah yang didudukinya.

Jumaat, 08-11-2019 – Pertubuhan Pergerakan Islam Hamas menuduh rejim zionis Israel dan pasukan keselamatannya menjadi punca tercetusnya keganasan di kalangan masyarakat Palestin di wilayah yang didudukinya.

Melalui satu kenyataan media yang dikeluarkan Selasa lalu, jurucakap Hamas Fawzi Barhoum berkata bahawa rejim Israel cenderung untuk memutuskan ikatan persaudaraan dan memusnahkan reputasi penduduk Palestin dengan menjadi punca kepada perselisihan di kalangan warga Palestin di wilayah yang dikuasainya.

Beliau juga menuduh pihak rejim sentiasa mencari peluang bagi mengalihkan tumpuan rakyat Palestin dari isu utama dan perjuangan menuntut hak mereka.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin

Categories
Berita Semasa

Nazzal menyelar Twitter dan Facebook kerana mengalah dengan Israel

Jumaat, 08-11-2019 – Ahli biro politik Hamas Mohamed Nazzal telah sekeras-kerasnya menyelar Twitter dan Facebook kerana menyekat laman Palestin.

Dalam kenyataan akhbar kepada Quds Press pada Selasa, Nazzal berkata Twitter baru-baru ini menyekat puluhan laman tokoh-tokoh Palestin kerana sokongan mereka terhadap perjuangan Palestin.

Beliau menambah yang tindakan serupa telah diambil oleh pentadbir Facebook, dan mengkritik para mogul media sosial kerana dipergunakan oleh Israel.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Mahkamah Israel Benarkan Israel Usir Pengarah HRW

Jumaat, 08-11-2019 – Mahkamah Tinggi Israel pada hari Selasa meluluskan keputusan kerajaan untuk mengusir pengarah tempatan Human Rights Watch (HRW) kerana didakwa menyokong pergerakan boikot Israel yang dikenali sebagai BDS.

Omar Shaker, seorang warganegara Amerika Syarikat, diberikan 20 hari untuk meninggalkan Israel dan wilayah Palestin atau dia akan menghadapi pengusiran, kata peguamnya.

Shaker menulis di Twitter bahawa jika dia diusir, Israel akan menyertai barisan Iran, Korea Utara dan Mesir dalam menghalang akses kepada kakitangan Human Rights Watch. “Kami tidak akan berhenti. Dan kita tidak akan menjadi yang terakhir, “katanya.

HRW menyeru percubaan pemerintah Israel untuk mengusir Shaker, yang telah berlangsung lebih dari setahun, sebuah tanda bahawa Israel sedang berusaha untuk menyekat kritikan terhadap mereka.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ameen

Categories
Berita Semasa

Yahudinisasi dan Israelisasi al-Quds Meningkat Pada Oktober Lalu

Jumaat, 08-11-2019 – Sepanjang bulan Oktober lalu, pasukan penjajah Zionis Israel meningkatkan serangan dan pelanggarannya di kota suci al-Quds atau Jerusalem.

Sebuah badan bebas yang cakna isu hak asasi manusia, Euro-Mediterranean Human Right Monitor (Euromed Monitor) menjelaskan peningkatan jumlah pelanggaran dan serangan yang dilakukan penjajah Israel di kota al-Quds, yang mencapai 474 pelanggaran pada bulan Oktober lalu, dibandingkan dengan bulan September sebanyak 376 pelanggaran.

Pelanggaran dan serangan ini meningkat sepanjang hari-hari besar Yahudi, ketika usaha untuk memaksa pembahagian Masjid Al-Aqsha berdasarkan waktu dan peristiwa Yahudinisasi kota al-Quds.

Menurut Euromed Monitor, serangan terhadap Masjid Al-Aqsha masih menjadi isu utama dan pelanggaran yang dilakukan penjajah Israel sepanjang bulan Oktober.

Antara contoh serangan dan pelanggaran yang paling menonjol dilakukan penjajah Israel sepanjang bulan Oktober lalu adalah 

Sekurang-kurangnya 5744 penduduk pendatang Israel menyerbu Masjid Al-Aqsha, sebanyak 3690 di antaranya menyerbu Masjid al-Aqsha selama seminggu perayaan hari raya Sokot atau Hari Raya Pondok Daun yang berlangsung selama 8 hari selepas perayaan Yom Kippur.

Sebanyak 17 insiden serangan dan tembakan dilakukan pasukan penjajah Israel di perkampungan al-Quds. Dalam peristiwa ini sekurang-kurangnya 4 warga Palestin tercedera, salah seorang adalah kanak-kanak.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis culik 6 warga Palestin di Tebing Barat , Baitul Maqdis

Jumaat, 08-11-2019 – Rejim Zionis  telah menahan beberapa rakyat Palestin awal pagi Rabu lalu, termasuk seorang kanak-kanak, semasa serbuan besar-besaran di kediaman-kediaman di Tebing Barat dan Baitulmaqdis.

Sumber tempatan memberitahu bahawa Rejim Zionis telah menculik empat rakyat Palestin setelah menyerang dan menggeledah kediaman mereka di beberapa kampung yang terletak di wilayah Tebing Barat di Bethlehem.

Rejim Zionis juga telah menahan dua rakyat Palestin, termasuk seorang kanak-kanak lelaki berusia 15 tahun, semasa kempen di perkampungan al-Isawiya timur Baitulmaqdis.

Penduduk tempatan mengatakan bahawa pertempuran ganas berlaku antara belia Palestin dan askar Zionis yang telah menyerbu pekan Birzeit di utara Ramallah. Tiada kecederaan yang dilaporkan.

Kira-kira 5,700 tawanan Palestin kini ditahan di penjara Israel, termasuk 230 kanak-kanak, 48 tahanan wanita, 500 tahanan pentadbiran, dan 1,800 tahanan dengan masalah kesihatan yang serius, termasuk 700 daripadanya yang memerlukan perhatian perubatan yang segera.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ezatul

Categories
Berita Semasa

Israel rampas tanah untuk luaskan penempatan haram Yahudi.

Khamis, 07-11-2019 – Rejim Israel mengaku telah membuat keputusan untuk merampas sebidang tanah yang luas milik penduduk Palestin di bandar Hizma, timur Baitulmuqaddis.

Datuk Bandar Hizma, Musallam Abu Helou berkata bahawa pihak rejim telah menghantar sepucuk surat ke pejabatnya melalui bahagian perhubungan awam satu keputusan bertulis bagi memaklumkan hasrat pihak rejim untuk mengambil tanah berkeluasan 500 dunum (ekar) di kawasan bersebelahan petempatan haram Adam.

Tambah beliau lagi, tanah yang diwartakan untuk diambil itu akan digunakan bagi tujuan meluaskan penempatan haram Yahudi.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin

Categories
Berita Semasa

Mahkamah Israel lanjutkan tempoh penahanan ahli Parlimen Khalida Jarrar

Khamis, 07-11-2019 – Ahad lalu mahkamah Israel telah memutuskan untuk melanjutkan penahanan Ahli Parlimen Khalida Jarrar, seorang pemimpin Barisan Pembebasan Popular Palestin.

Khamis lalu Rejim Zionis telah menculik Jarrar dari rumahnya di Ramallah, lapan bulan selepas beliau dibebaskan dari penjara Israel.

Jarrar telah ditahan secara  tahanan pentadbiran pada tahun 2015 dan 2017 untuk tempoh yang berbeza-beza, tanpa sebarang pendakwaan mahupun perbicaraan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ezatul

Categories
Berita Semasa

Tentera Zionis (IOF) Rampas Tanah Palestin Luas Penempatan Haram di Tubas

Khamis, 07-11-2019 – IOF pada hari Ahad merampas tanah Palestin di Tubas di utara Tebing Barat untuk perluasan penempatan haram. Aktivis Palestin Mu’taz Bsharat mengatakan bahawa tentera Israel merampas 36 dunums milik tanah Palestin milik pribadinya di Tubas.

Bsharat berkata langkah itu memihak kepada rancangan untuk memperluaskan penempatan Meskiot, yang dibina secara haram di tanah Palestin.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ameen

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis Menembak dan Mencederakan Rakyat Palestin berhampiran Jenin

Khamis, 07-11-2019 – Seorang pemuda Palestin cedera selepas dia ditembak oleh Rejim Zionis (IOF) di sebuah pusat pemeriksaan di kawasan Palestin yang terletak berhampiran dinding pemisah Israel barat Jenin.

Sumber-sumber tempatan mengatakan bahawa IOF menembak Mohammed Jaradat, 32, di kaki ketika beliau cuba memasuki wilayah Palestin yang diduduki sejak tahun 1948.

Mereka menambah bahawa Jaradat ditahan dan dipindahkan ke kem tentera Salem untuk disoal siasat sebelum diserahkan kepada
Persatuan Bulan Sabit Merah Palestina.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nurul

Categories
Berita Semasa

Polis Israel tangkap pegawal masjid Aqsa.

Isnin, 04-11-2019 – Polis rejim Israel menangkap seorang pengawal keselamatan yang bertugas di Masjidil al-Aqsa tanpa menyatakan sebab dia ditahan.

Menurut kata saksi, pengawal yang dikenali sebagai Samer Qabbani itu telah ditahan oleh pegawai polis rejim di pintu Gate Hitta ketika beliau memasuki masjid itu untuk menjalankan tugas hariannya seperti biasa.

Sejak akhir-akhir ini, polis rejim meningkatkan tekanan terhadap pekerja Wakaf Islam, pengawal masjid dan orang Islam yang menunaikan solat sebaliknya memberi kawalan pada pendatang haram Yahudi yang setiap hari secara beramai-ramai menceroboh masuk masjid tersebut.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin


Categories
Berita Semasa

Israel akan menarik kembali kewarganegaraan Israel seorang pemuda Palestin

Isnin, 04-11-2019 – Pihak rejim israel telah memulakan langkah-langkah bagi menarik kembali kewarganegaraan Israel Amjad Jabarin, seorang pemuda Palestin dari bandar Umm al-Fahm.

Mahkamah israel di Haifa menjatuhkan hukuman penjara bermula Oktober hingga tempoh 16 tahun dan mengenakan denda sebanyak 516,000 shekel ke atas Jabarin setelah beliau didapati bersalah membantu empat pemuda dari keluarganya ketika kejadian tembakan di Masjid Aqsa pada 14 Jun 2017.

Empat pemuda itu terbunuh setelah ditembak mati oleh dua polis rejim di masjid itu.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Kumpulan Palestin Menang Kes Mahkamah Terhadap Usaha Rampas Tanah

Isnin, 04-11-2019 – Usaha melalui mahkamah telah berjaya mengecewakan percubaan Israel untuk menyesuaikan luas tanah milik Palestin yang luas di wilayah Salfit untuk tujuan perluasan penempatan haram.

Waleed Assaf, Ketua Anti Penjajahan dan Suruhanjaya Penentangan Tembok, berkata pada hari Khamis bahawa kru undang-undang menggagalkan percubaan Israel untuk merampas 37 dunum tanah di kawasan Khelat Hassan di bandar Biddya, barat Salfit.

Terdapat lebih daripada 25 penempatan dan pos haram di Salfit, dan pihak berkuasa pendudukan Israel sentiasa merancang untuk memperluas melalui pengambilan lebih banyak tanah.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ameen

Categories
Berita Semasa

Ahli Parlimen Khaleda Jarrar antara lain yang diculik oleh rejim Zionis di Ramallah

Isnin, 04-11-2019 – Rejim Zionis Israel (IOF) malam tadi dan pada waktu subuh hari Khamis menculik lapan rakyat Palestin, termasuk ahli parlimen Khaleda Jarrar, dari rumah mereka di kawasan berbeza di Tebing Barat.

Jarrar, seorang pegawai kanan Barisan Popular untuk Pembebasan Palestin, telah dibebaskan pada bulan Mac oleh IOF setelah menjalani hukuman penjara selama 20 bulan.

Dalam satu kejadian yang berasingan, IOF menyerbu dan menggeledah rumah tahanan Samer al-Arbeed dari kejiranan Battn al-Hawa di Ramallah.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor syuhada