
Selasa, 06-09-2016 – Penyelaras Kemanusiaan PBB, Robert Piper, menyifatkan keadaan kemanusiaan di Semenanjung Gaza sebagai “menyedihkan” berikutan sekatan 10 tahun oleh rejim Israel. Piper membuat kenyataan tersebut ketika lawatannya ke Universiti Islam di Semenanjung Gaza pada hari Rabu. Israel telah mengenakan sekatan ke atas Semenanjung Gaza sejak Hamas memenangi pilihan raya Parlimen pada Januari 2006.
Keadaan bertambah buruk apabila Israel terus-menerus melakukan sekatan dan serangan kerana mereka melihat Semenanjung Gaza adalah musuh mereka. Rejim Zionis telah memotong semua bekalan tenaga termasuk bahan api dan elektrik, serta menyekat laluan keluar masuk ke semenanjung bergolak itu termasuk juga para pesakit yang memerlukan rawatan di luar. Lebih 80% penduduk Gaza hanya mengharapkan bantuan kemanusiaan untuk meneruskan kehidupan yang bertambah buruk selepas 3 kali perang yang dilancarkan regim Israel.
sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : syed ahmad muhsin













