Categories
Berita Semasa

Israel mengusir penduduk Kampung Araqib di Negev untuk kali ke 165

Jumaat, 01-11-2019 – Rejim Israel pada petang Selasa memusnahkan semua struktur di kampung Badwi Araqib Palestin untuk kali ke 165 berturut-turut, menyebabkan pengusiran penduduknya.

Menurut sumber tempatan, polis rejim dan pekerja dari pihak berkuasa pembangunan Badwi yang bertanggungjawab ke atas kemusnahan tersebut, menyerbu kampung dan mengeluarkan penduduk secara paksa dari rumah mereka serta merosakkan segala-galanya.

Polis rejim menahan Sheikh Sayyah Attouri, ketua kampung itu. Beliau telah ditahan lebih daripada sekali berikutan siri pemusnahan serupa.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati


Categories
Berita Semasa

Israel Membuka Kawasan Perkuburan Bawah Tanah Pertama di al-Quds

Jumaat, 01-11-2019 – Pihak Otoriti penjajah Israel pada Rabu (30/10/2019) malam, membuka sebuah kawasan perkuburan bawah tanah dunia di al-Quds atau Jerusalem yang diduduki penjajah Israel. Demikian menurut laman sesawang berbahasa Ibrani “Kibah”.

 Laman sesawang ini menyebutkan bahawa perkuburan tersebut didirikan di pinggiran al-Quds. 

Pembukaan perkuburan bawah tanah pertama di al-Quds ini dihadiri oleh datuk bandar penjajah Israel di kota suci tersebut, para pemuka rabi negara penjajah Yahudi, dan tokoh-tokoh terkenal. Demikian dipetik oleh pejabat berita Arab “Quds Press”.

Quds Press menjelaskan bahawa projek pembangunan perkuburan ini mencakupi pembinaan sekitar 24 ribu liang kubur pada kedalaman 50 meter di bawah tanah.”

Disebutkan, “Pada fasa pertama, sekitar 8000 kubur akan disediakan. Diharapkan kubur ini boleh digunakan  pada akhir tahun ini (2019).”

Selain itu Quds Press menyiarkan berita berkaitan penggalian terowong dengan panjang 1600 meter, lebar sekitar 16 meter.Nilai pelaburan projek ini sekitar 300 juta shekel (sekitar USD84,510 000. 

Perlu disebutkan bahawa kota suci al-Quds yang diduduki penjajah Israel menjadi sasaran kempen Yahudinisasi dan pemalsuan sejarah oleh institisi penjajah Israel, terutama di Masjid Al-Aqsha dan Tembok Al-Buraq. 

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Emadi dan Mladenov bertemu di Baitulmuqaddis.

Khamis, 31-10-2019 – Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Qatar bagi Pembangunan Semula Gaza, Mohamed al-Emadi telah mengadakan pertemuan dengan Nickolay Mladenov, Kordinator Khas PBB bagi Proses Perdamaian Timur Tengah di ibu pejabat pertubuhan dunia itu yang terletak di Baitulmuqaddis.

Menurut satu kenyataan media yang dikeluarkan  pihak jawatankuasa itu, Emadi menyorot usaha Qatar dalam mengurangkan penderitaan penduduk Gaza dan keputusan Amir Qatar menyokong rakyat Palestin dengan menyalurkan bantuan sebanyak $480 juta termasuk $180 juta untuk Gaza.

Kedua-dua pihak membincangkan situasi kemanusiaan di Gaza dan usaha bersama untuk memperbaikinya terutama yang berkait elektrik, projek-projek bantuan dan pekerjaan serta menegaskan pentingnya memberi bantu kepada Gaza secara berterusan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin

Categories
Berita Semasa

Para pendatang menyerang pekebun zaitun di Qalqilya

Khamis, 31-10-2019 – Sekumpulan pendatang Yahudi bersenjata pada petang Isnin menyerang pekebun-pekebun zaitun di Kafr Qaddum, timur bandar Qalqilya di Tebing Barat dan mengusir mereka.

Sumber tempatan memberitahu wartawan Pusat Maklumat Palestin (PIC), para pendatang itu bekerja yang sebagai pengawal keselamatan di penempatan haram Kedumim menyerang para pekebun Palestin itu ketika mereka mengumpulkan buah zaitun dan memaksa mereka untuk meninggalkan kawasan itu.Sumber itu turut menambah yang para pendatang itu juga mengarahkan para pekebun agar tidak memasuki kawasan pertanian tersebut atas alasan ia terletak dekat penempatan haram. 

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Israel paksa warga Palestin musnahkan kediaman di Baitul Maqdis.

Khamis, 31-10-2019 – Selasa lalu pihak berkuasa tempatan Israel di Baitulmaqdis telah mengarahkan rakyat Palestin Luay Obeid untuk meruntuhkan rumahnya sendiri di perkampungan al-Isawiya, timur laut Baitulmaqdis.

Bapa kepada Obeid mengatakan bahawa pekerja-pekerja majlis perbandaran Israel menyerbu kampung tersebut pada awal pagi dan memerintahkan beliau untuk meruntuhkan rumahnya. Jika beliau tidak mematuhi arahan berkenaan, pihak majlis perbandaran akan tetap melaksanakan kerja-kerja meroboh berkenaan dan memaksa beliau untuk membayar denda yang tinggi.

Beliau menambah bahawa kediaman tersebut, yang dibina di atas kawasan seluas 130 meter persegi, masih dalam pembinaan.

Dia mengatakan bahawa pihak rejim Zionis telah berulangkali menghubungi anaknya untuk mendesaknya untuk merobohkan rumah tersebut, dan menerangkan bahawa anaknya telah mengupah seorang peguam untuk merayu terhadap perintah perobohan tersebut, sebuah tindakan yang telah pun ditolak oleh mahkamah Israel.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ezatul

Categories
Berita Semasa

Jet Israel Tembak Drone Gaza yang Terbang Mendekati Sempadan

Khamis, 31-10-2019 – Militan penjajah Israel pada Selasa (29/10/2019) malam mengumumkan bahawa jet tempurnya telah menembak jatuh sebuah pesawat tak juruterbang (drone) yang terbang rendah berhampiran pagar keselamatan yang memisahkan Semenanjung Gaza dengan wilayah Palestin yang diduduki penjajah Israel sejak tahun 1948.

Saluran televisyen Israel “chanel 12″ menyiarkan berita berkaitan sebuah drone kelihatan terbang rendah berdekatan dengan pagar sempadan. Pesawat tanpa juruterbang tersebut terbang pada ketinggian 4 km, ketinggian yang digambarkan oleh militan penjajah Israel sebagai “tidak normal”.

Sementara itu, tentera  penjajah Israel mendakwa bahawa drone tersebut tidak menimbulkan ancaman kepada pasukan atau warga Israel.

Militan penjajah Israel tidak menyebutkan pihak yang bertanggung jawab atas penerbangan  drone di sempadan tersebut. Sememangnya diketahui bahawa dua sayap militan di Palestin, Brigade Al-Qassam daripada gerakan Hamas dan Brigade Al-Quds dari Jihad Islam, kedua-duanya memiliki drone dengan pelbagai fungsi.

Media penjajah Israel melaporkan kejadian ini dengan penuh kekhuatiran dan keprihatinan. Mereka melaporkan bahawa sistem militan Israel berjaya mengesan drone Palestin yang terbang di ruang udara Semenanjung Gaza berdekatan pagar sempadan pada ketinggian “sangat tinggi” lebih dari 10.000 kaki.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Tentera Israel serbu Isawiya, paksa peniaga tutup kedai.

Rabu, 30-10-2019 – Tentera rejim Israel menyerbu bandar al-Isawiya, Baitulmuqadis pada waktu petang dan memaksa peniaga warga Palestin menutup kedai mereka.

Kata penduduk tempatan, pihak rejim menghantar  ramai anggota tentera untuk mengeledah bandar itu, memaksa pemilik menutup kedai mereka dan memeriksa pejalan kaki.

Sebelum itu, tentera rejim telah menangkap 9 pemuda Palestin tempatan di rumah mereka.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin

Categories
Berita Semasa

Israel akan musnahkan lima struktur kediaman di Yatta

Rabu, 30-10-2019 – Tentera rejim Israel pada petang Ahad mengarahkan pengosongan lima kediaman warga Palestin di bandar Yatta, selatan al-Khalil, sebagai persediaan untuk dimusnahkan.

Aktivis Rateb al-Jabour berkata, tentera rejim menyerbu Yatta dan mengarahkan warga Palestin Shehada Salama, anak-anak lelakinya bersama keluarga masing-masing agar mengosongkan rumah mereka.

Al-Jabour mengesahkan yang keputusan itu tidak berasas dan tiada makluman awal diberikan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Tentera Israel menembak dan menahan belia Palestin di Baitul Maqdis

Rabu, 30-10-2019 – Isnin lalu seorang belia Palestin cedera selepas ditembak oleh rejim Zionis di Kota Lama Baitulmaqdis kerana kononnya cuba menyerang dengan cara menikam.

Saksi mendakwa bahawa tentera Israel melepaskan tembakan ke atas seorang belia Palestin di Kota Lama tersebut, menyebabkan beliau cedera di lengan, sebelum mereka menahannya.

Sumber media Israel pula mendakwa bahawa belia tersebut cuba melakukan serangan dengan cara menikam berhampiran Pintu al-Sahera, iaitu salah satu pintu masuk utama ke Masjid al-Aqsa, namun tiada kecederaan dilaporkan.

Tentera Israel kemudian menutup Pintu al-Sahera, dan telah menyerang rakyat Palestin yang juga berada di kawasan berkenaan dan menyembur mereka dengan penyembur lada.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ezatul

Categories
Berita Semasa

Penduduk Palestin Ditangkap Serbuan di Tebing Barat

Rabu, 30-10-2019 – Tentera Zionis (IOF) pada awal hari Isnin menangkap beberapa rakyat Palestin semasa kempen berskala besar di Tebing Barat.

Sumber-sumber tempatan mengatakan bahawa IOF menangkap 13 belia Palestin di berbagai kawasan di al-Khalil.

Tiga rakyat Palestin telah diperintahkan untuk hadir di hadapan Perkhidmatan Perisikan Israel untuk soal siasat.

Para saksi menyatakan bahawa IOF menyerbu beberapa rumah Palestin dan merampas wang.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ameen

Categories
Berita Semasa

Haneya: Pihaknya Tetap Pilih Pilihan Raya Yang Komprehensif

Rabu, 30-10-2019 – Ketua biro politik gerakan pejuang Islam Hamas, Ismael Haneya menegaskan bahawa pihaknya tetap berpegang teguh pada pilihan raya menyeluruh mencakupi pemilihan Presiden, Parlimen dan Dewan Nasional.

Pernyataan ini dinyatakan oleh Haneya dalam persidangan bersama Hanna Nasser, Ketua Jawatankuasa Pemilihan Umum Pusat yang  mengunjungi Gaza dan di hadapan para pemimpin faksi-faksi Palestin yang lain.

Haniyeh menambah, “Kami di Hamas sejak awal bersedia menjalankan pemilihan umum dan  menghormati semua keputusan pemilihan  dengan syarat ianya dilakukan dengan semangat integriti dan transparensi. Kami juga sedia bertarung di kotak undi. Kami tidak ada sebarang kekhawatiran untuk menyertai proses pemilihan yang komprehensif.”

Beliau menambah, “Kami tidak memiliki kekhawatiran atau keraguan untuk menyertai proses pemilihan umum yang komprehensif, selagi prinsip-prinsip serta komitmen untuk memulihkan persatuan dan kesatuan tercapai dengan perubahan nasional. 

Hamas sedia menerima penuhnya fleksibiliti tersebut demi mencapai pemulihan persatuan”, ungkapnya. 

Beliau menunjukkan ada perbincangan berpusat dan rasmi untuk mengadakan pemilihan presiden dan legislatif pada tahap ini.

Beliau mengatakan, “Saya meyakinkan rakyat Palestin bahwa posisi nasional hari ini yang diungkapkan oleh para pemimpin adalah sikap positif dengan persiapan yang bertanggungjawab atas apa yang seharusnya menjadi pilihan.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Puluhan Warga Israel Membanjiri Masjid al-Aqsa

Rabu, 30-10-2019 – Puluhan Yahudi telah mencemari Masjid al-Aqsa di Baitulmaqdis sambil dikawan ketak oleh pengawal keselamatan.

Jabatan Awam Islam Baitulmuqaddis berkata bahawa 62 rakyat Israel berkeliaran di halaman Masjid al-Aqsa pada waktu awal pagi
sambil diberikan penerangan mengenai Gunung Kuil.

Mereka terus melakukan aktiviti keagamaan Talmud di daerah timur Masjid, sementara sekatan yang ketat dikenakan pada rakyat
Palestin yang memasuki lokasi tersebut.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nurul


Categories
Berita Semasa

Tahanan bermogok lapar dipindah ke hospital

Selasa, 29-10-2019 – Rejim Zionis  Israel pada hari Khamis lalu telah memindahkan tahanan Jordan Heba al-Labadi ke hospital berikutan keadaan kesihatannya yang makin merosot, setelah hampir sebulan beliau melancarkan mogok lapar tanpa penghujung sebagai bantahan terhadap penahanan pentadbiran beliau, kata Kementerian Luar Negera Jordan.

Jurucakap kementerian, Sufyan Qudah berkata dalam satu kenyataan akhbar bahawa Heba dipindahkan ke hospital pada hari Khamis lalu dan telah memberikan rawatan yang diperlukan sebelum dia dikembalikan ke penjara pada hari yang sama.

“Keadaan kesihatan Heba kini stabil,” Qudah mengesahkan.

Bapa Heba, Ahmad al-Labadi, berkata dalam sebuah kenyataan kepada akhbar Quds bahawa anak perempuannya, yang telah mogok lapar selama 31 hari, mengalami keletihan, pening dan komplikasi yang berkaitan dengan jantung.

Heba al-Labadi ditangkap oleh rejim Zionis Israel pada 20 Ogos lalu ketika beliau tiba bersama ibunya di persimpangan al-Karama untuk menghadiri majlis perkahwinan di Nablus di Tebing Barat.

Dalam minggu-minggu pertama penahanannya, Heba telah disoal siasat dan diseksa dengan teruk dan telah dihalang daripada berjumpa dengan keluarga. Kira-kira 33 hari selepas ditahan, mahkamah Israel telah mengeluarkan perintah tahanan pentadbiran selama lima bulan terhadapnya dan dia dipindahkan ke penjara Damon, walaupun tiada pertuduhan yang telah dibuat terhadapnya.

Israel sedang menahan 22 warga Jordan dalam penjara mereka. Paling terkini adalah Heba al-Labadi dan Abdulrahman Mar’i yang sedang menderita sakit kanser dan memerlukan rawatan perubatan segera.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ezatul

Categories
Berita Semasa

Tentera rejim Israel halang keluarga dari Tebing Barat lawat saudara di penjara Negev.

Jumaat, 25-10-2019 – Tentera rejim Israel bertindak menghalang ahli keluarga Qassam dan Adham Jabbarin, tahanan adik beradik yang berasal kem pelarian Jenin dari  melawat saudara mereka di penjara Negev.

Keluarga itu menyatakan bahawa tentera rejim yang bertugas di pos pemerikasaan al-Jalama menyekat  mereka dari meneruskan perjalanan ke penjara Negev untuk melawat saudaranya walau pun mereka mempunyai permit lawatan daripada Pertubuhan Palang Merah.

Keluarga itu juga tetap tidak dibenarkan bertemu Qassam Jabbarin yang ditahan di penjara Gilboa atas alasan langkah keselamatan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin

Categories
Berita Semasa

Musim Memetik Zaitun, 3 Serangan Sehari daripada Pendatang Yahudi Terhadap Petani

Jumaat, 25-10-2019 – Sekumpulan penduduk pendatang Yahudi pada Rabu (23/10/2019) menyerang para petani yang memetik zaitun di kota Ya’bad, Tening Barat, sebelah barat Jenin. Ini merupakan serangan ketiga yang dilakukan para pemukim pendatang Yahudi terhadap petani zaitun dalam tempoh sehari.

Menurut sumber tempatan, pendatang Yahudi menyerang warga dari keluarga Atatra ketika mereka memetik zaitun di tanah mereka di kawasan desa Zohr al-Abed di daerah Khirbet Mas’ud. Penududuk Palestin menyebutkan bahawa pendatang Yahudi telah merebut bukit di daerah tersebut dan membiarkan ternakan mereka bekeliaran di kawasan tersebut serta berusaha merebut tanah di situ,

Selain itu, pendatang Yahudi telah mencuri peralatan yang digunakan oleh para petani untuk memetik zaitun dari tanah mereka. Sekumpulan pendatang Yahudi dari penempatan Yahudi ilegal “Mapodotan” yang berdiri di tanah Ya’bad, juga menyerang petani yang memetik buah zaitun dari keluarga Abu Bakar. Sebelumnya pada hari yang sama,pendatang Yahudi menyerang para petani Palestin di tanah mereka di kampung Ummu Safa, barat laut Ramallah

. Ketua Dewan Penduduk Perkampungan Ummu Safa, Marwan Sabah, mengatakan, “Sepuluh pendatang Yahudi dari penempatan Yahudi ilegal “Halmish”, dengan dijaga dan dilindungi pasukan penjajah Israel menyerang para petani di “Ghabt” di sebelah barat kampung dan melarang para petani untuk terus tinggal di kawasan tersebut.

sumber : https://melayu.palinfo.com
penterjemah : Osman