Categories
Berita Semasa

PRC melancarkan filem Balfour Road

Jumaat, 3-11-2017 – Pusat Kepulangan Palestin mengumumkan pada Isnin tentang pelancaran penayangan filem “Balfour Road” yang memaparkan peristiwa tragik rentetan Perjanjian Balfour yang berlaku 100 tahun lalu.

“Balfour Road” boleh didapati dalam 17 bahasa: Inggeris, Arab, Sepanyol, Denmark, Belanda, Sweden, Poland, Itali, Turki, Hindi, Urdu, Farsi, China, Russia dan Indonesia.

Filem tersebut menayangkan peristiwa kejatuhan tragis ketika Perjanjian Balfour, di mana Setiausaha Luar Arthur Balfour membenarkan penubuhan Negara Yahudi di Palestin.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Tahanan Wanita Serang Pengawal di Penjara Israel “Hasharon”

Selasa, 31-10-2017 – Sumber berita Zionis menyebutkan bahawa seorang tahanan wanita Palestin menyerang pengawal penjara Zionis dengan kipas angin di penjara “Hasharon”.Menurut sumber media Zionis, seorang tahanan wanita Palestin menyerang seorang pengawal penjara Zionis dengan kipas angin, kemudian berusaha menyerang para pengawal lain pula dengan alat tajam.

Sumber militan Zionis menambah, tidak ada kecederaan dalam kalangan pengawal Zionis. Tahanan tersebut kemudiannya diikat dikatil di dalam sebuah sel asing di penjara Hasharon. Tidak ada penjelasan lanjut berkenaan identiti detail tahanan wanita yang melakukan serangan tersebut.

Sementara itu belum ada penegasan atau bantahan dari pihak-pihak Palestin yang menangani masalah tahanan di penjara Zionis.Difahamkan bahawa penjajah Zionis menahan seramai 56 tahanan wanita Palestin di penjara Hasharon dan Damon di antaranya ada yang berusia di bawah 18 tahun.

sumber : COMES
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Perwakilan Eropah muncul di Semenanjung Gaza

Selasa, 31-10-2017 – Satu delegasi Eropah yang terdiri daripada 12 orang ahli tiba pada Rabu di Semenanjung Gaza melalui Erez (Beit Hanoun) untuk memeriksa sempadan Rafah yang diuruskan oleh Mesir. Jurucakap Jabatan Sempadan dan Laluan Hesham Udan memberitahu PIC yang lawatan itu bertujuan bagi memeriksa situasi di terminal tersebut.

Sempadan Rafah merupakan pintu keluar utama bagi 2 juta populasi Gaza. Mesir membuka sempadan itu untuk beberapa hari setiap 3 atau 4 bulan, menyebabkan proses perjalanan bagi warga Gaza hampir mustahil.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Pendatang Yahudi bongkar kubur tentera Iraq di Jenin.

Selasa, 31-10-2017 – Pendatang haram Yahudi dengan diiringi anggota tentera rejim Israel yang ramai, bertindak memusnahkan perkuburan tentera Iraq yang terletak di daerah selatan Jenin, utara Tebing Barat.

Menurut wakil pemberita Palestinian Information Centre, pada sebelah petangnya, tentera rejim Israel telah mengepung Dataran al-Shuhadaa dan Berkin, menutup kawasan tersebut dengan mendirikan pondok kawalan tentera dan mengambil gambar rumah serta bangunan milik penduduk Palestin berdekatan.

Pendatang Yahudi itu juga turut berada di situ dan menceroboh sama tanah perkuburan yang diguna untuk mengubur anggota tentera Iraq yang terkorban dalam perang Arab-Israel tahun 1948.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

Delegasi kerajaan tiba di Gaza untuk menyempurnakan proses ambil alih

Rabu, 25-10-2017 – Dua menteri dari pihak berkuasa Palestin (PA) tiba di Semenanjung Gaza pada Ahad melalui Beit Hanoun (Erez) untuk menyempurnakan perlaksanaan syarat-syarat perjanjian damai. Wartawan PIC melaporkan yang dua perwakilan itu diketuai oleh Menteri Tempatan PA, Husein al-A’raj, dan Menteri Pengangkutan, Samih Tbeila, tiba di Gaza pada petang Ahad.

Beliau menambah yang pada hari yang sama, ahli Jawatankuasa Pusat Fatah, Mejar Jeneral Ismail Jaber, memasuki Semenanjung Gaza menerusi laluan yang sama.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Israel keluar tawaran bida kerja membina penempatan di Jabal al-Mukaber.

Rabu, 25-10-2017 – Saluran berita Israel berbahasa Yahudi menjelaskan bahawa pihak Israel berhasrat mahu membina ratusan unit kediaman berhampiran kawasan perumahan di Jabal al-Mukaber, Baitulmuqaddis dan menjadi yang pertama setelah 20 tahun tidak berbuat demikian.

Menurut siaran berita Channel 2, tawaran tender itu adalah untuk membina 176 unit kediaman dan bidaan perlu dihantar kepada pihak Jawatankuasa Perancangan dan Pembinaan Israel di Baitulmuqaddis untuk diteliti.

Rancangan itu dilihat sebagai suatu usaha pihak rejim untuk memperluaskan lagi petempatan haram Yahudi Nov Tsyion sedia ada dan akan dibina di atas tanah milik warga Palestin.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

Tentera Rejim Zionis menamatkan sekatan di bandar Dura

Rabu, 25-10-2017 – Tentera Israel menamatkan sekatan yang dikenakan terhadap bandar Dura, Selatan Al-Khalil pada petang Ahad lepas. Jurucakap Badan Pengurusan Awam; Walid Whedan mengesahkan bahawa usaha berterusan telah dilakukan bagi membuka pintu besi yang diletakkan di pintu masuk bandar Dura. Pintu besi tersebut ditutup lebih kurang dua bulan, memisahkan bahagian utara dan selatan bandar tersebut.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : wea

Categories
Berita Semasa

Setelah Diprotes Filem “Issue 23” Dibatalkan Penayangannya

Rabu, 25-10-2017 – Pemerintah Bandar Ramallah pada Ahad (22/10) membatalkan penayangan filem “Issue 23” bawah pengarahan sutradara warga Lebanon, Ziad Al-Duwairi di Festival Sinema di Ramallah. Gabenor.

Ramallah, Musa Abu Hadid mengatakan, pihaknya memutuskan untuk membatalkan penayangan filem “Issue 23” dalam rangka menghalang kemasukan beberapa tokoh dan pemerhati sosial di Ramallah yang bertujuan melarang penayangan filem di festival Sinema Ramallah.

Abu Hadid menjelaskan, banyak siri protes terhadap filem tersebut sehingga pemerintah bertindak membatalkan penayangan filem dengan mengeluarkan satu peraturan daerah. Aktivis dan kalangan intelektual Palestin melancarkan kempen berskala besar di laman sosial dengan nama “Tidak” untuk persembahan Budaya Palestin di Ramallah yang sebelumnya mengumumkan cadangan untuk menyangkan filem “Issue No. 23” .

Filem tersebut menampilkan adegan kisah Palestin yang diduduki sejak 1948 serta sejarah Lebanon ketika terjadinya perang sivil yang mencederakan penduduk warga Palestin dan Lebanon. Filem ini menyoroti perselisihan antara seorang ekstremis Kristian dan seorang pelarian Palestin yang tinggal di sebuah kem di Lebanon, hingga terjadinya sebuah konfrontasi besar-besaran di wilayah tersebut. Masalah individu yang berkembang menjadi isu nasional seterusnya menyebabkan perang saudara dan kontroversi di wilayah tersebut, disamping ada beberapa pihak yang mendorong diadakan usaha normalisasi dengan pihak Israel.

sumber : COMES
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Haneyya Perjelaskan Keadaan Semasa Penyatuan Palestin Kepada Presiden Sudan

Isnin, 23-10-2017 – Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haneyya, pada hari Ahad memberi penerangan kepada presiden Sudan, Omar al-Bashir, tentang perkembangan terbaru kerjasama politik di Palestin. Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pejabatnya, Haneyya memuji usaha Sudan dalam mencapai perpaduan nasional yang sedang berlangsung sejak Perjanjian Khartoum pada tahun 1990an, dan mengucapkan penghargaan kepada al-Bashir atas keputusan AS untuk mengangkat sekatan ekonomi di Sudan.

Bagi pihak presiden al-Bashir, beliau mengalu-alukan perjanjian perdamaian itu dan menegaskan bahawa negaranya akan terus menyokong rakyat Palestin, menekankan bahawa isu Palestin adalah isu utama bagi dunia Arab. Pergerakan Hamas dan Fatah pada hari Khamis menandatangani perjanjian perdamaian yang ditaja oleh Mesir di Kaherah yang membenarkan kerajaan Pihak Berkuasa Palestin bertanggungjawab sepenuhnya di Semenanjung Gaza.

Dalam tempoh dua hari yang lalu, Haneyya telah memanggil beberapa pemimpin Arab, Muslim dan antarabangsa untuk memberi penjelasan mengenai kesepakatan perjanjian Kaherah.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Syed Ahmad Muhsin

Categories
Berita Semasa

Tentera laut Israel menculik 4 nelayan Gaza di utara pantai.

Isnin, 23-10-2017 – Tentera laut Israel pada pagi Ahad menculik 4 nelayan, termasuk 2 saudara setelah memintas bot mereka di utara selatan pantai Semenanjung Gaza.

Ketua nelayan Nizar Ayyash memberitahu Pusat Maklumat Palestin (PIC) yang 4 orang nelayan sedang bekerja di kawasan al-Sudaniya, selatan Gaza apabila bot Israel melepaskan tembakan ke arah mereka serta mengepung mereka.

Para nelayan yang ditahan ialah Fouad dan Mohamed al-Sultan (adik-beradik), Mohamed Zayed dan Tareq Abdul-Bari. Kesemua mereka di bawa ke pelabuhan Ashkelon untuk disoal siasat.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Bapa minta dibenar lawat anak sedang hidap kanser dalam tahanan.

Isnin, 23-10-2017 – Rajab al-Tahan, bapa kepada seorang tahanan Palestin merayu pertubuhan hak asasi tempatan dan antarabangsa supaya menekan pihak rejim Israel agar beliau dibenarkan melawat anaknya yang sedang berada dalam keadaan kritikal.

Menurut beliau, anaknya, Majd al-Tahan menghidap penyakit Leukemia dan keadaannya semakin parah setelah rawatan pemindahan sum-sum tulang, gagal. Tambah beliau lagi, pada masa ini anaknya berada dalam keadaan sangat kritikal dan hanya terbaring di unit rawatan rapi di sebuah hospital Palestin di Baitulmuqaddis.

Beliau menjelaskan bahawa anaknya itu telah ditahan semula untuk menjalani hukuman penjara seumur hidup di penjara Nafha selepas menawarkan diri bagi menggantikan hukuman tahanan lain, Wafa al-Ahrar. Beliau merasa amat sedih kerana bimbang tidak berpeluang untuk menatap wajah anaknya yang mungkin akan mati pada bila-bila masa sahaja.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

Polis Israel menahan 3 pemuda Palestin di Jerusalem

Isnin, 23-10-2017 – Polis Israel bertindak menahan tiga remaja Palestin pada petang Ahad lepas di kawasan Bab al-Sahira dan turut bertindak menyerbu perkampungan al-Isawiya.

Saksi melaporkan bahawa tiga remaja berkenaan ditahan dan dibawa ke pusat tahanan Polis Sempadan di kawasan berkenaan. Sementara itu, ketegangan dilaporkan berlaku di antara Polis Israel dan remaja Palestin di bandar al-Isawiya tengah Jerusalem di mana bom bunyi dan gas pemedih mata dilepaskan kearah kumpulan remaja Palestin berkenaan.

Sebelum itu, Polis Israel telah meletakkan kawalan ketenteraan di pintu masuk barat ke bandar al-Isawiya dan bertindak menggeledah kenderaan penduduk Palestin yang menyebabkan kesesakan lalulintas yang teruk.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : wea

Categories
Berita Semasa

Tentera Rejim Zionis menahan warga Palestin di Salfit

Isnin, 16-10-2017 – Tentera Israel menahan seorang pemuda Palestin Selasa lepas di bandar Marda, utara Salfit, di wilayah Tebing Barat.

Sumber tempatan menyatakan bahawa pemuda yang ditahan adalah Mohamed Ayash, 20. Turut dirampas adalah komputer riba dan telefon bimbit beliau. Pada hari yang sama, tentera Israel turut mengadakan sekatan di pintu masuk Zabouba, barat Jenin. Beberapa kenderaan disekat dan digeledah selainpemandunya disoal-siasat.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : wea

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis Larang Azan di Masjid Al-Khalil

Isnin, 16-10-2017 – Pihak Berkuasa Pendudukan Israel (IOA) mengharamkan penggunaan pembesar suara untuk panggilan umat Islam kepada azan di masjid Tawaneh di bandar Musafer Yatta, di selatan al-Khalil.

Aktivis tempatan, Rateb Jabour mengesahkan bahawa pasukan Israel menyerbu bandar itu dan memaklumkan penduduk tempatan bahawa panggilan untuk solat melalui pembesar suara dilarang di bawah “undang-undang pencemaran bunyi Israel.” Tentera Israel mengancam untuk memusnahkan pembesar masjid sekiranya mereka melanggar arahan itu.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Syed Ahmad Muhsin

Categories
Berita Semasa

Lebih 20,000 pendatang mengerjakan ritual Talmud di Masjid Ibrahimi

Isnin, 16-10-2017 – Lebih 20,000 pendatang mengerjakan ibadah Talmud dan ritual keagamaan di Masjid Ibrahimi di al-Khalil pada Selasa atas alasan sempena Cuti Yahudi “Sukkot”.

Tentera rejim Israel (IOF) menukarkan kota lama al-Khalil kepada berek tentera dan mengenakan perintah berkurung ke atas warga Palestin untuk melindungi kemasukan para pendatang ke kawasan suci itu. IOF menutup pintu-pintu pagar ke Masjid Al-Ibrahimi selama 2 hari bagi para pengunjung Muslim bagi membenarkan para pendatang Yahudi menyambut Sukkot.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati