Categories
Berita Semasa

Sejumlah pendatang dan pegawai polis mencemarkan Masjid Aqsa

Selasa , 23-04-2019 – Puluhan pendatang dan polis Yahudi ada Ahad mencemarkan dataran Masjid Aqsa pada hari kedua cuti Passover di kota lama Baitulmuqaddis.

Sumber tempatan menyatakan yang polis rejim mengenakan sekatan ke atas umat Islam yang ingin memasuki masjid ketika puluhan pendatang melawat datarannya.

Pihak berkuasa wakaf Islami di Baitulmuqaddis berkata yang sekurang-kurangnya 98 orang pendatang yang diketuai oleh polis rejim memasuki masjid menerusi pintu al-Maghariba Gate dengan kawalan ketat pihak keselamatan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Hayyah: Ada Kesepakatan Rehabilitasi Kawasan Industri di Gaza


Selasa , 23-04-2019 - Anggota Biro Politik Gerakan Pejuang Islam Hamas, Khalil Hayyah, mengatakan bahawa kesefahaman yang disepakati dengan penjajah Israel melalui mediasi Arab dan antarabangsa sedang berlangsung dan dokumennya dipantau oleh pihak teknikal sehingga dilaksanakan sepenuhnya.

Dalam wawancara eksklusif dengan Pusat Informasi Palestina, Hayyah mengatakan bahawa "jika penjajah Israel tidak mematuhi kesefahaman yang telah disepakati, iaitu Mesir, Qatar dan PBB sebagai mediator, maka demonstrasi dan tekanan pada penjajah Israel terus berlanjutan."

Dia menyatakan adanya kesepakatan untuk rehabilitasi (membantu dan membaikpulih) kawasan industri di Semenanjung Gaza. Beliau menambah, "Kesefahaman sudah dilaksanakan sebahagiannya, dan sebahagian lainnya sedang dalam penyusunan, seperti yang perkara berkaitan dengan memperluas kawasan penangkapan ikan sehingga 15 mil di utara dan selatan laut Gaza. Di samping terdapat juga kerja projek-projek pembangunan tertangguh dan sedikit masalah elektrik.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : osman
Categories
Berita Semasa

Tentera rejim israel memaksa warga Palestin memusnahkan kediamannya

Isnin , 22-04-2019 – Pada Isnin, rejim israel memaksa seorang warga Palestin agar memusnahkan rumahnya di bandar Silwan.

Pusat Maklumat Wadi Hilweh menyatakan yang Awad al-Abbasi telah memusnahkan rumah beliau yang sedang dalam pembinaan, di kejiranan Sweih, Silwan.

Pusat itu berkata yang al-Abbasi telah menerima notis dari perbandaran Baitulmuqaddis yang dikuasai israel, mengarahkan beliau memusnahkan rumahnya atas alasan tidak berlesen.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Israel roboh rumah di perkampungan Araqib buat kali ke 142.

Isnin , 22-04-2019 – Pihak rejim zionis Israel bertindak meroboh seluruh rumah yang terdapat di perkampungan masyarakat Badwi, Araqib yang terletak di gurun Negev buat kali ke 142, berturut-turut.

Jentolak dengan diiringi polis rejim memasuki dan menolak semua pondok juga khemah yang terdapat di perkampungan itu atas kesalahan tidak berlesen, demikian kata aktivis Aziz al-Touri.  Berpuluh masyarakat Badwi termasuk kanak-kanak hilang tempat berlindung dan terpaksa berhadapan cuaca gurun melampau sehingga tempat tinggal yang baru siap dibina semula.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin

Categories
Berita Semasa

Kesepakatan yang dipersetujui Bukan Bermaksud Mengalihkan Gaza Daripada Konflik Dengan Israel


Isnin , 22-04-2019 - Anggota Biro Politik Gerakan Pejuang Islam Hamas, Khalil Hayyah mengatakan bahawa kesefahaman yang ditandatangani dengan penjajah Israel yang mana Mesir bertindak sebagai mediator tidak dapat mengalihkan Gaza dari konflik dengan penjajah Israel. Dalam wawancara dengan televisyen al-Aqsa pada Rabu malam (17/4/2019), Hayyah mengatakan bahawa tidak ada harga politik untuk kesepakatan tersebut.

Kesepakatan tersebut ditandatangani dengan persetujuan menghentikan tindaan kasar terhadap orang ramai dan pembebasan sekatan. Hayyah mengatakan, “Bahawa masalah tawanan dan Masjid Al-Aqsa ditetapkan dalam meja perundingan. Kami katakan kepada para mediator bahawa tidak ada kesefahaman yang dapat menghentikan kami untuk membela masalah nasional kami. Beliau memperingatkan semua pihak, "Gaza tidak dapat menerima untuk terus hidup dalam kepahitan ini. Semua pihak tidak boleh bertaruh pada kesabaran rakyat Palestin untuk menderita.

Kami akan terus melakukan tindakan dengan segala cara. Kami akan mengetuk semua pintu untuk pembebasan sekatan, tidak peduli berapa pun harganya.” Beliau menegaskan bahawa yang menjamin agar penjajah komitmen dengan kesefahaman-kesefahaman ini adalah kegigihan rakyat Palestin dan tetap dalam perjuangannya.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : osman
Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis telah menculik 10 rakyat Palestin di beberapa kem pelarian dan bandar di Tebing Barat, Gaza.

Rejim Zionis telah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka telah mengumpul 10 rakyat Palestin semsa membanteras aktiviti anti pendudukan. Wartawan PIC berkata, tentera rejim Zionis telah menahan 2 rakyat palestin di kem pelarian Jenin. Salah seorang dari meraka adalah anak kepada seorang banduan yang sedang menjalankan hukuman penjara seumur hidup di penjara Israel.

Sumber tempatan di Tulkarem melaporkan kepada wartawan PIC bahawa tentera rejim Zionis telah memecah masuk rumah ahli parlimen Fatehi al-Qarawi di kem pelarian Nur Shams dan menahan anak beliau, Yazan selepas menimbulkan kekocohan di dalam rumah tersebut. 
Didalam serbuan yang sama, kedua-dua abang Yazan telah dipukul selepas melakukan serbuan di rumah mereka. 

Sumber tempatan di Qalqilia melaporkan kepada wartawan PIC di bandar tersebut bahawa tentera Israel telah memecah masuk sebuah rumah yang diduduki 2 orang muda sebelum menahan mereka di rumah tersebut. 
Konfrontasi berskala besar berlaku selepas tentera Israel menembak gas pemedih mata kearah peserta. Menyebabkan kebanyakkan dari mereka sesak nafas. 

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : hanafi

Categories
Berita Semasa

Nelayan cedera akibat tembakan Israel di selatan Gaza

Khamis , 18-04-2019 – Seorang nelayan Palestin pada pagi Ahad cedera ditembak apabila tentera laut rejim israel melepaskan tembakan ke arah bot-bot nelayan di utara perairan Semenanjung Gaza.

Seorang wartawan Pusat Maklumat Palestin (PIC) berkata, tentera  rejim mengejar dan melepaskan tembakan ke arah sejumlah bot nelayan di pantai utara Gaza.

Beliau menambah yang seorang nelayan cedera dalam serangan tembakan itu. Walaupun rejim israel telah mengambil keputusan meluaskan kawasan perikanan di sepanjang pantai Gaza, tentera lautnya masih menyerang para nelayan Palestin. 

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati


Categories
Berita Semasa

Berpuluh rumah penduduk Palestin di Silwan akan diroboh pihak Israel.

Khamis , 18-04-2019 – Mahkamah daerah di Baitulmuqaddis yang dikuasai Israel mengeluarkan keputusan yang membenarkan majlis perbandaran di bandar itu merobohkan berpuluh-puluh rumah kediaman milik penduduk Palestin di kawasan perumahan Wadi Yasul, daerah Silwan.

Akhbar Haaretz melaporkan bahawa mahkamah telah menerima petisyen yang difailkan oleh pihak perbandaran dan memberi kebenaran muktamad kepadanya untuk meroboh rumah kepunyaan penduduk Wadi Yasul yang dibina di atas kawasan rezab alam semulajadi (Hutan Simpan) tanpa kebenaran.

Bagaimanapun, petisyen yang diluluskan itu termasuk meroboh rumah pendatang haram Yahudi yang terdapat di kawasan sama.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin


Categories
Berita Semasa

Gerakan Tawanan Palestin Umumkan Kemenanganya di Penjara

Khamis , 18-04-2019 -  Gerakan Tawanan Nasional Palestin (PNA) mengumumkan, mereka telah mencapai kesepakatan dengan pihak pengurusan penjara Israel. Dalam kenyataan akhbar yang diadakan di pusat bandar Gaza, gerakan tawanan menyebutkan bahawa para tahanan di penjara Zionis telah mencapai apa yang mereka perjuangkan, iaitu dibuang alat perakam suara. 

Selain itu, untuk pertama kalinya dalam sejarah tahanan, penjara memasang telefon umum di semua penjara yang ada. Menurut pernyataan itu, para tahanan memutuskan untuk mengembalikan keadaan yang lebih baik di semua bahagian penjara dari masa ke semasa sejak 16/02/2019, iaitu, sebelum dimulainya peristiwa pemasangan jammers karsinogenik serta tindakan menentangnya.

Para tahanan, mengklarifikasi bahawa perjanjian tersebut juga telah mencapai sejumlah tuntutan kemanusiaan yang menyentuh kehidupan para tawanan, terutama kepada mereka yang diasingkan sel. Gerakan ini sangat menghargai kedudukan Gaza, penduduk dan para pemimpinnya, hingga muncul kekuatan yang dapat menekan Zionis untuk segera menamatkan tindakan terhadap para tawanan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor syuhada

Categories
Berita Semasa

Mogok lapar besar-besaran di penjara Israel terus berlangsung selama tujuh hari

Khamis , 18-04-2019 – Sejumlah beberapa tahanan di Palestin di penjara Israel telah memasuki hari 7 mogok lapar terbuka, yang digelar “al-Karama (martabat)” 2. “

Lebih banyak banduan menyertai mogok lapar pada 10 April, yang membawa kepada jumlah pemogok lapar kepada 400 orang.

Tahanan lain dijangka turut menyertai mogok lapar pada hari-hari akan datang, terutama pada 17 April.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor syuhada

Categories
Berita Semasa

Puluhan rumah penduduk Palestin akan dibinasakan di Silwan


Khamis , 18-04-2019 - Mahkamah Daerah Israel di Jajahan Yerusalem mengeluarkan keputusan yang membenarkan penguasa Regim Zionis Israel di bandar itu untuk menghancurkan puluhan rumah Palestin di kejiranan Wadi Yasoul di distrik Silwan.

Akhbar Haaretz mengatakan bahawa mahkamah membenarkan petisyen yang difailkan oleh perbandaran Israel membenarkan mereka memusnahkan rumah-rumah Palestin di Wadi Yasoul atas alasan mereka terletak di kawasan semula jadi (Peace Forest).

Walau bagaimanapun, petisyen Israel itu tidak termasuk pembongkaran rumah penceroboh Yahudi di kawasan yang sama.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor syuhada
Categories
Berita Semasa

Tentera Israel tembak gas pemedih mata ke arah sekolah, pelajar di perkampungan Urif.

Selasa , 16-04-2019 – Sejumlah pelajar menderita terkena asap gas pemedih mata setelah tentera rejim Israel menyerang sebuah sekolah yang terletak di perkampungan Urif, selatan Nablus.

Ketua kampung, Mazen Shahada berkata anggota tentera rejim menembak bom asap ke arah sekolah itu menyebabkan berpuluh-puluh pelajar mengalami sesak nafas akibat terhidu gas pemedih mata.
Tambah beliau lagi, ramai pelajar terpaksa diberi rawataan kecemasan di tempat kejadian, manakala seorang telah dikejarkan ke pusat kesihatan di kampung tersebut.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis menyerbu kediaman dan menculik warga di Tebing Barat dan Baitulmuqaddis

Selasa , 16-04-2019 – Tentera rejim Israel (IOF) menyerbu di pelbagai kawasan di Tebing Barat dan Baitulmuqaddis dan menculik sekurang-kurangnya 14 orang warga Palestin.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh tentera reji,. 13 warga Palestin ditahan semalaman di Tebing Barat.

Menurut sumber tempatan, IOF menyerbu kediaman pelajar universiti wanita di Birzeit, namun tiada penangkapan dilaporkan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Keputusan pilihanraya Israel beri tamparan kepada Palestinian Authority (PA).

Selasa , 16-04-2019 – Ahli Biro Politik Hamas, Mohamed Nazzal berkata, pilihan raya parlimen negara haram Israel seakan satu tamparan hebat terhadap kepimpinan pihak berkuasa Palestin yang mengharapkan sebuah kerajaan haram Israel yang baru untuk memulihkan proses perjanjian keamanan antara kedua-dua pihak. 

“Trajektori pemerintahan dan model kepimpinan sedekad yang lalu oleh Benjamin Netanyahu seolah-olah berada dalam keadaan koma, dan semua cubaan untuk membangkitkan kembali isu tersebut adalah sia-sia” kata Nazzal semasa temuramah media Quds Press pada Khamis yang lalu.
“Kemenangan Sayap Kanan Zionis yang dipimpin oleh Netanyahu jelas membuktikan bahawa komuniti Zionis menjurus kepada fahaman ekstrim dan sifat perkauman.” beliau menambah.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : hanafi

Categories
Berita Semasa

26 warga Gaza dibenarkan melawat ahli keluarga di penjara Nafha

Jumaat , 12-04-2019 – Sejumlah warga Palestin dari Semenanjung Gaza dapat melawat ahli keluarga mereka di penjara israel pada Isnin.

Jurucakap Palang Merah Suhair Zaqqout memberitahu Pusat Maklumat Palestin yang 26 warga, termasuk lima kanak-kanak dapat melawat 17 ahli keluarga mereka di penjara Nafha di gurun Negev.Para tahanan dari Gaza yang berkaitan dengan Hamas masih tidak dibenarkan melawat ahli keluarga mereka. Terdapat 7,000 orang tahanan Palestin termasuk wanita dan kanak-kanak di dalam penjara-penjara Israel.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati