Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis mendirikan pos pemeriksaan ketenteraan di utara Salfit

Isnin , 20-08-2018 – Tentera rejim zionis (IOF) pada Rabu mendirikan pos pemeriksaan ketenteraan di kemasukan bandar Qarawat Bani Hassan di utara Salfit.

Saksi mata mengesahkan yang rejim Israel tiba-tiba menghentikan kenderaan, menggeledah mereka dan memeriksa kad pengenalan diri para penumpang tanpa sebab lalu menyebabkan kesesakan trafik. Para pemandu terpaksa mengambil jalan lain, sumber itu menambah.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Polis Israel halang 10 wanita Palestin dari memasuki Masjidil Aqsa untuk 15 hari.

Isnin , 20-08-2018 – Polis rejim Israel mengeluarkan perintah halangan ke atas sepuluh wanita warga Palestin dari memasuki Masjidil al-Aqsa, Baitulmuqaddis untuk tempoh 15 hari.

Kesepuluh wanita itu telah ditahan polis rejim di pintu masuk utama masjid tersebut sebelum mereka diheret ke pusat tahanan Qishleh dan kemudiannya mereka diberi surat perintah tersebut.

Salah seorang wanita itu, Muntaha Amara berkata bahawa dia telah ditahan bersama sembilan wanita yang lain sebelum mereka dibebaskan dengan diarahkan supaya menjauhi masjid al-Aqsa dan dikehendaki membayar denda.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

Pelampau Yahudi berarak sambil menyeru bunuh orang Arab.

Khamis, 16-08-2018 – Beratus pelampau Yahudi berarak dan kemudiannya berkumpul di hadapan Masjid Ibrahimi di al-Khalil, sebuah daerah yang terletak di selatan Tebing Barat.

Perarakan itu diadakan berikutan seruan yang dibuat oleh sebuah pertubuhan Yahudi yang mahu memastikan bandar itu menjadi apa yang mereka dakwa sebagai bandar yang beridentitikan Yahudi dan menjadi salah satu tapak suci agama Yahudi. Mereka berkumpul beramai-ramai di hadapan Masjid Ibrahimi sambil menjerit, “Pergi Mati Orang Arab!”. Tentera Israel bertindak mengisytiharkan sekitar kawasan masjid itu sebagai zon tentera dan menutupnya serta menghalang para jemaah dari memasukinya.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

Seorang kanak-kanak Palestin cedera akibat tembakan Israel di timur Gaza.

Khamis, 16-08-2018 – Seorang kanak-kanak Palestin cedera pada petang Selasa apabila tentera rejim zionis (IOF) melepaskan tembakan kea rah warga Palestin dekat sempadan timur bandar Gaza.

Satu sumber tempatan menyatakan yang seorang kanak-kanak cedera di kepala akibat serpihan peluru hidup ketika beliau berdiri dekat dengan perarakan untuk kembali di timur Gaza. Saksi mata menyatakan yang kanak-kanak itu cedera apabila IOF melepaskan tembakan ke arah sekumpulan pembantah aman dekat sempadan timur Gaza.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Kekurangan ubat kanser di Gaza ancam nyawa penghidapnya.

Rabu, 15-08-2018 – Kementerian Kesihatan Palestin di Gaza berkata, Hospital Rantisi tidak lagi mampu untuk menyediakan rawatan kimoterapi kepada pesakit kanser di hospital tersebut.

Jurucakap kementerian itu, Ashraf al-Qudra menyatakan bahawa stor ubat di kementerian kesihatan dan hospital-hospital di bawah kementerian itu telah kehabisan bekalan dadah penting yang sangat diperlukan dalam rawatan kanser.

Beliau memberi amaran bahawa kegagalan dalam menyediakan rawatan akan meletakkan nyawa beratus pesakit kanser benar-benar dalam keadaan bahaya dan menekankan satu penyelesaian segera perlu diambil bagi mengatasi krisis bekalan ubat-ubatan yang berlaku di Gaza itu.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis mendirikan pos pemeriksaan ketenteraan di bandar Nablus

Rabu, 15-08-2018 – Tentera Rejim Zionis pada Ahad mendirikan pos pemeriksaan ketenteraan di kemasukan bandar Madama, selatan Nablus, utara Tebing Barat. Saksi mata mengesahkan yang beberapa kenderaan warga Palestin telah ditahan dan digeledah di kemasukan bandar tersebut. Tentera rejim zionisturut menyerbu bandar Aqrba, selatan bandar itu di mana kenderaan-kenderaan warga Palestin dihalang daripada memasuki atau meninggalkan kawasan itu.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Rejim Israel lancar operasi geledah rumah dan culik penduduk tempatan.

Isnin, 13-08-2018 – Tentera rejim zionis Israel bertindak melancarkan operasi awal pagi dengan memecah masuk rumah dan menculik penduduk tempatan di beberapa lokasi berasingan di Tebing Barat.

Menurut sumber tempatan, anggota tentera rejim menyerbu bandar Qaffin yang terletak di Tulkarem dan dilihat telah membawa pergi lima penduduk tempatan, termasuk bekas tahanan. Mereka yang ditahan dikenali sebagai Louay Harsha, Osama Jawdat, Ali Abu Baker dan Khaled Ajouli serta adiknya Mohamed.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

Perancis dan Jerman menggesa dihentikan sekatan ke atas Gaza

Isnin, 13-08-2018 – Kementerian Luar Perancis mengeluarkan kenyataan pada Khamis menyeru kepada penyelesaian politik yang berterusan di Semenanjung Gaza. “Perancis mengutuk peningkatan keganasan di antara Israel dan Semenanjung Gaza. Ia menyelar penembakan roket ke arah Israel dan ingin supaya gencatan senjata dilakukan oleh kesemua pihak bagi mengelakkan kematian orang awam”, demikian kenyataan itu menyebut.

“Apa yang berlaku mengingatkan tentang keperluan segera untuk mencari penyelesaian yang berkekalan di Gaza dan bertindak dengan berkesan ke atas krisis kemanusiaan yang menggugat populasi Palestin.”

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Delegasi Hamas yang diketuai oleh Arouri menuju ke Kaherah

Isnin, 13-08-2018 – Delegasi Hamas berangkat dari Semenanjung Gaza pada Rabu melalui sempadan Rafah untuk lawatan enam hari. Delegasi diketuai oleh timbalan ketua biro politik Hamas, Saleh al-Arouri, yang turut disertai oleh pegawai Hamas lain, tiba di Gaza pada Khamis lepas.

Menurut ketua biro politik Hamas, Ismail Haneyya, delegasi itu akan bertemu denga para pegawai Mesir untuk menyampaikan visi Hamas tentang isu yang telah dibincangkan sejak beberapa hari di Gaza.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Penduduk Khan al-Ahmar digesa tolak tawaran berpindah.

Jumaat, 10-08-2018 – Ketua Jawatankuasa Menentang Pembinaan Tembok Pemisah dan Penempatan Haram di Palestin, Walid Assaf menjelaskan bahawa penduduk perkampungan Khan al-Ahmar tidak bersetuju untuk berpindah.

Bercakap dalam rancangan radio Voice of Palestine, beliau memberitahu bahawa peguam yang mewakili pertubuhan itu telah dimaklumkan akan keputusan penduduk dan mengarahkan supaya peguam dapat menyuarakan keputusan itu di Mahkamah Tinggi Israel kelak.

Keputusan penduduk Khan al-Ahmar itu merupakan jawapan terhadap cadangan pihak rejim zionis Israel yang mahu membawa pekara itu ke mahkamah sekiranya mereka tidak mahu berpindah atau jika mereka bersetuju untuk meninggalkan perkampungan itu dengan aman, mereka akan ditawarkan penempatan baru di Lembah Jordan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

Banduan Palestin di Bebaskan secara Bersyarat

Jumaat, 10-08-2018 – Mahkamah Israel mengarahkan pembebasan bersyarat kepada tahanan dari Baitulmaqdis, Mahmoud Jaber. Jaber, 21, telah dinafikan hak untuk masuk ke Masjid al-Aqsa selama sebulan. Pemuda itu telah ditangkap pada Selasa lalu iaitu hari yang sama pembebasannya dari penjara Israel, di mana beliau menghabiskan 12 bulan disitu.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nurul

Categories
Berita Semasa

Delegasi anggota atasan Jihad Islami tiba di Moscow.

Khamis, 09-08-2018 – Rombongan delegasi anggota Pergerakan Jihad Islami yang berpengkalan di Semenanjung Gaza, tiba di Moscow untuk sesi perbincangan rasmi dengan para pegawai kerajaan Rusia.

Lawatan itu diadakan atas jemputan pihak Kementerian Luar Rusia, demikian lapor pejabat media pergerakan tersebut. Delegasi itu diketuai oleh Timbalan Setiausaha Agung, Ziyad al-Nakhla dan dua anggota biro politik pertubuhan tersebut iaitu Mohammad al-Hindi serta Anwar Abu Taha.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

Tentera Rejim Zionis menyerbu Akreba dan menahan sebilangan warga Palestin

Khamis, 09-08-2018 – Tentera Israel menyerbu bandar Akreba pada petang Isnin lepas, tenggara Nablus. Saksi menyatakan tentera Israel menahan sejumlah warga Palestin dan menyoal siasat mereka dalam sesi yang intensif sebelum membebaskan mereka. Beberapa rumah warga Palestin turut digeledah.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : wea

Categories
Berita Semasa

Tentera Israel adakan sekatan jalan mengejut di Jenin

Selasa, 07-08-2018 – Tentera rejim zionis Israel secara tiba-tiba telah mendirikan pos sekatan di beberapa tempat di daerah Jenin, utara Tebing Barat. Sumber tempatan memberitahu Palestinian Information Center (PIC), tentera rejim membuat sekatan jalan yang dikawal tentera di bahagian barat bandar Jenin dengan menahan serta memeriksa semua kenderaan yang melaluinya.

Pos sekatan sementara itu turut diadakan di bahagian timur dan selatan bandar Jenin, demikian tambah sumber berita itu lagi. Tentera Israel kerap melakukan sekatan di jalan masuk menuju perkampungan dan bandar di Tebing Barat dengan alasan sebagai langkah-langkah keselamatan. Namun, langkah tersebut akan diikuti dengan siri tangkap rambang terhadap penduduk Palestin.

sumber : COMES
penterjemah : zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

Kapal perang Israel melepaskan tembakan terhadap nelayan Gaza

Selasa, 07-08-2018 – Kapal angkatan laut Israel pada pagi Ahad melepaskan tembakan machine gun ke atas nelayan Palestin di tepi laut Gaza. Saksi-saksi mata berkata kapal-kapal perang Israel melepaskan tembakan keras senjata api machinegun ke atas nelayan Gaza, memaksa mereka pergi ke darat kerana takut terbunuh dalam serangan itu.

Tentera Israel menyasarkan nelayan Gaza hampir setiap hari. Ini melanggar perjanjian gencatan senjata antara penjajah Israel dan kumpulan penentangan Palestin pada bulan Ogos 2014, berikutan 51 hari pencerobohan Israel berdarah di Semenanjung Gaza yang mengepung kehidupan lebih daripada 2,200 rakyat Palestin, di antaranya kanak-kanak.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor syuhada