Categories
Berita Semasa

Tentera Israel adakan sekatan jalan mengejut di Jenin

Selasa, 07-08-2018 – Tentera rejim zionis Israel secara tiba-tiba telah mendirikan pos sekatan di beberapa tempat di daerah Jenin, utara Tebing Barat. Sumber tempatan memberitahu Palestinian Information Center (PIC), tentera rejim membuat sekatan jalan yang dikawal tentera di bahagian barat bandar Jenin dengan menahan serta memeriksa semua kenderaan yang melaluinya.

Pos sekatan sementara itu turut diadakan di bahagian timur dan selatan bandar Jenin, demikian tambah sumber berita itu lagi. Tentera Israel kerap melakukan sekatan di jalan masuk menuju perkampungan dan bandar di Tebing Barat dengan alasan sebagai langkah-langkah keselamatan. Namun, langkah tersebut akan diikuti dengan siri tangkap rambang terhadap penduduk Palestin.

sumber : COMES
penterjemah : zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

Kapal perang Israel melepaskan tembakan terhadap nelayan Gaza

Selasa, 07-08-2018 – Kapal angkatan laut Israel pada pagi Ahad melepaskan tembakan machine gun ke atas nelayan Palestin di tepi laut Gaza. Saksi-saksi mata berkata kapal-kapal perang Israel melepaskan tembakan keras senjata api machinegun ke atas nelayan Gaza, memaksa mereka pergi ke darat kerana takut terbunuh dalam serangan itu.

Tentera Israel menyasarkan nelayan Gaza hampir setiap hari. Ini melanggar perjanjian gencatan senjata antara penjajah Israel dan kumpulan penentangan Palestin pada bulan Ogos 2014, berikutan 51 hari pencerobohan Israel berdarah di Semenanjung Gaza yang mengepung kehidupan lebih daripada 2,200 rakyat Palestin, di antaranya kanak-kanak.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor syuhada

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis mengusir aktivis kapal Freedom Flotilla yang ditahan

Selasa, 07-08-2018 – Rejim Zionis pada Ahad lepas memulakan proses pengusiran 12 orang aktivis antarabangsa yang mengikuti pelayaran di atas kapal Freedom Flotilla 5 bagi menghantar bantuan kemanusiaan ke Gaza.

Ketua Kesatuan bagi memecahkan kepungan ke atas Gaza; Zaher Birawi berkata, Tentera Laut Israel telah bertindak memintas kapal terbabit dan merampasnya semasa ia dalam perjalanan ke Gaza awal pagi Sabtu lepas.

Menurut Birawi, beberapa aktivis menolak untuk menandatangani perjanjian untuk menyatakan keengganan mereka untuk memasuki Gaza semula pada masa akan datang dan ini mungkin menyebabkan mereka didakwa.

Flotilla terbabit membawa 12 aktivis antarabangsa, kebanyakan mereka dari Sweden dan termasuk seorang krew dari stesen TV yang berpangkalan di London; Press TV. Penduduk di semenanjung Gaza telah tinggal di tinggalan runtuhan sejak 12 tahun lepas dengan semua pintu perhubungan dengan dunia luar ditutup. Urusan keluar dan masuk dari semenanjung Gaza hanya dibolehkan dengan beberapa syarat ketat yang dikenanakan rejim Zionis Israel.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : wea

Categories
Berita Semasa

Israel buka penempatan haram baharu.

Isnin, 06-08-2018 – Rejim zionis Israel giat membuka penempatan haram untuk penduduk Yahudi di atas tanah milik warga Palestin dan yang terbaharu di desa Beit Ta’mir, bandar Bethlehem timur.

Ahli Jawatankuasa Kebangsaan Menentang Pembinaan Tembok Pemisah dan Penempatan Haram, Hassan Brijiyah berkata jentolak rejim meratakan tanah kepunyaan warga Palestin yang menghubungkan antara dua petempatan haram Yahudi, Nokdim dan Kfar Eldad.

Menurut kata Brijiyah kepada agensi berita Wafa, projek itu dilaksanakan di atas tanah seluas 100 dunum (ekar) di mana jalan raya baharu turut dibina bagi menghubungkan petempatan yang baharu dengan kedua-dua petempatan tersebut, lengkap dengan tanaman pokok dan diletakkan bangku di sepanjang jalan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

Tentera Israel culik 2 penduduk Palestin.

Khamis, 02-08-2018 – Tentera rejim zionis Israel bertindak menculik dua pemuda warga Palestin. Kejadian berlaku di bandar al-Issawiah, Baitulmuqaddis. Menurut kata saksi, kedua-dua pemuda itu dikenali sebagai Said Ubaid dan Musbah Abu Sbeih. Kedua pemuda tersebut telah dibawa ke sebuah pusat tahanan Israel di Baitulmuqaddis.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

Rejim Israel rampas kapal Freedom Flotilla.

Rabu, 01-08-2018 – TV Israel, Channel 14 menyiarkan berita bahawa kapal Freedom Flotilla yang ditahan oleh tentera laut Israel semasa ia cuba menghampiri pantai Gaza, tidak akan dipulangkan kepada pemiliknya.

Menurut saluran TV berbahasa Yahudi itu, kapal tersebut telah dirampas dan diserah kepada kerajaan Israel. Pihak Jawatankuasa Antarabangsa bagi Mengatasi Kepungan ke atas Semenanjung Gaza menyatakan bahawa tentera laut rejim zionis Israel telah mengambil alih kapal Freedom Flotilla ketika ia dalam pelayaran menuju Gaza dan menahan kesemua aktivis yang berada di atas kapal tersebut.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

Haneyya menelefon menteri Qatar untuk membincangkan situasi Palestin.

Rabu, 01-08-2018 – Ketua Biro Politik Hamas Ismail Haneyya pada Ahad menghubungi Menteri Luar Qatar Mohammed bin Abdulrahman Al Thani untuk membincangkan perkembangan terbaru di kawasan Palestin.

Pegawai Hamas Ezzat al-Resheq di Twitter menyatakan yang Haneyya dan Al Thani membincangkan situasi Palestin terkini dan menyentuh pelbagai inisiatif bertujuan menghentikan kepungan ke atas Semenanjung Gaza dan usaha untuk mengembalikan keamanan. Warga Palestin di Gaza telah lama hidup dalam serba kekurangan akibat sekatan sejalk 11 tahun lalu.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nur idawati

Categories
Berita Semasa

Polis Israel Menghalang 2 Wanita Palestin Menunaikan Solat di Aqsa

Rabu, 01-08-2018 – Rejim Zionis mengharamkan dua wanita Palestin dari menunaikan solat di Masjid al-Aqsa, Baitulmaqdis yang merupakan tempat ketiga paling suci dalam Islam selama dua minggu.

Tentera Israel memutuskan bahawa Nafiseh Khweis dan Ayedah Saidawi tidak dibenarkan memasuki Masjid al-Aqsa selama dua minggu.
Beberapa hari sebelum itu, pegawai polis Israel merampas dokumen pengenalan Khweis. Ketika wanita itu muncul di sebuah
pusat tahanan Israel untuk mengambil semula dokumennya, dia diberitahu akan larangan itu.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nurul

Categories
Berita Semasa

Jihad Islami : Serangan Israel terhadap Freedom Flotilla adalah tindakan lanun

Rabu, 01-08-2018 – Gerakan Jihad Islami menegaskan serangan Israel ke atas Freedom Flotilla adalah satu bentuk jenayah lanun dan keganasan. Jurucakap Jihad Islami, Daud Shehab berkata serangan ini menunjukkan Israel tidak mempunyai niat dalam membebaskan sekatan yang dikenakan keatas semenanjung Gaza. Shehab turut berkata, Israel telah melanggar undang-undang antarabangsa dengan melakukan jenayah kemanusiaan kepada penduduk Gaza.

Tentera Laut Israel menyerang kapal Freedom Flotilla semasa kapal berkenaan menuju ke Gaza bagi memecahkan kepungan dan menahan kesemua penumpang kapal berkenaan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : wea

Categories
Berita Semasa

Ahed Tamimi bebas.

Isnin, 30-07-2018 – Remaja perempuan warga Palestin yang menjalani hukuman penjara kerana menampar seorang anggota tentera Israel yang memasuki rumah keluarganya di bandar Nabi Saleh, Tebing Barat akan dibebaskan. Demikian kata bapanya, Bassem Tamimi.

Semasa membuat kenyataan media, Bassem mengesahkan bahawa Ahed dijadualkan akan dibebaskan pada 29 Julai (Ahad) melalui pos pemeriksaan keselamatan Jabarah berdekatan bandar Tulkarem, Palestin. Turut dibebaskan ialah ibunya, Nariman yang turut sama menjalani hukuman penjara 8 bulan di penjara Israel.

“Ahed telah menghabiskan tempoh hukuman yang dikenakan terhadapnya. Kami akan menunggu pembebasannya di Jabarah dan kemudiannya akan mengadakan sidang media, seterusnya menziarahi kubur Yasser Arafat dan makam para pejuang Palestian di Nabi Saleh dan selepas itu barulah kami akan pulang bagi menemui penduduk tempatan yang menyambut pembebasannya.”

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

Menurut pakar, ekonomi Gaza akan lumpuh akibat sekatan Israel

Isnin, 30-07-2018 – Ekonomi Gaza hampir lumpuh akibat sekatan oleh rejim zionis di sempadan Karam Abu Salem, demikian menurut Ketua Persatuan Usahawan Palestin, Ali al-Hayek.

Hayek memberi amaran tentang hal ini dan menyatakan yang sejak 10 hari lalu terdapat defisit sejumlah 10 juta dollar. Beliau menambah yang jumlah eksport turut berkurangan, perjanjian kewangan terhenti dan barangan tamat tempoh akibat tindakan rejim zionis di Gaza.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Dron Israel jatuh di Gaza.

Jumaat, 27-07-2018 – Sebuah dron yang dilengkapi kamera kepunyaan rejim zionis Israel jatuh di suatu kawasan di timur Semenanjung Gaza, demikian lapor sumber berita ditempat kejadian.

Menurut sumber itu lagi, peralatan udara itu merupakan dron empat kipas dan disyaki telah jatuh akibat masalah teknikal. Pihak rejim menggunakan dron untuk tujuan pengawasan dan melancarkan serangan ke atas kedudukan pejuang Palestin.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

Tunisia menyelar undang-undang negara Israel

Jumaat, 27-07-2018 – Presiden Kongres Rakyat Tunisia Mohamed al-Nasser telah mengutuk deklarasi yang diumumkan oleh Israel minggu lepas berkenaan Israel sebagai negara Yahudi. Beliau menyifatkan undang-undang itu sebagai perkauman yang bertentangan dengan semua undang-undang dan konvensyen antarabangsa.

Nasser mengesahkan sokongan negaranya terhadap rakyat Palestin dan perjuangan mereka mendapatkan kebebasan dan hak asasi. Ini berlaku ketika penerimaan MK Arab Ahmad al-Tibi di ibu pejabat Parlimen Tunisia pada Selasa, dengan kehadiran timbalannya Sheikh Abdul Fattah Mourou dan Hisham Mustafa, kaunselor utama Kedutaan Palestin di Tunisia.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Bekalan elektrik ke Gaza dikurangkan kepada 4 jam sehari

Jumaat, 27-07-2018 – Pemotongan elektrik kepada semenanjung Gaza telah dikurangkan sebanyak 20 jam sehari akibat penutupan janakuasa utama disebabkan kekurangan bahan bakar. Ini bermakna penduduk Gaza hanya akan menerima bekalan elektrik selama 4 jam sehari.

Gaza pada masa ini hanya bergantung kepada bekalan elektrik dari Israel yang hanya mampu bertahan selama 4 jam sehari. Keseluruhan wilayah Gaza memerlukan 600 megawatts tenaga elektrik sehari dan Israel hanya mampu membekalkan 120 megawatts.

Semenanjung Gaza didiami lebih dua juta penduduk. Sekatan dan tekanan yang dilakukan rejim Israel disamping bekalan elektrik yang kian singkat menyukarkan kehidupan rakyat Palestin di kawasan berkenaan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : wea

Categories
Berita Semasa

Pihak berkuasa Palestin tahan seorang wartawan, lanjutkan tempoh tahanan 4 yang lain.

Jumaat, 27-07-2018 – Pasukan keselamatan pihak berkuasa Palestin (PA) menangkap seorang wartawan, Huthaifah Jamus dari Abu Dis, sebuah bandar berdekatan Baitulmuqaddis dan memerintahkannya untuk menjalani siasatan lanjut.

Selain itu, pejabat Perisikan PA itu juga telah mengeluarkan arahan supaya tempoh penahanan empat pelajar universiti, Abdusalam Kamil dan Bilal al-Tamimi dilanjutkan tiga hari lagi, manakala lanjutan dua hari kepada Yahya al-Hroub seorang bekas tahanan dan Mohammad Turkman yang berada dipenjara sejak Selasa lalu.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali