Categories
Berita Semasa

Paramedik dibunuh, dan yang lain dicederakan oleh rejim Zionis di Kem Deheisheh

Selasa , 02-04-2019 – Seorang paramedik warga Palestin telah dibunuh dan 3 pemuda mengalami kecederaan pada pagi Rabu apabila tentera rejim zionis (IOF) melepaskan tembakan peluru hidup ketika pertelingkahan di kem pelarian al-Deheisheh di Bethlehem.

Sumber tempatan melaporkan yang empat pemuda termasuk seorang paramedik, cedera akibat tembakan ketika pertelingkahan antara para pemuda dan tentera rejim di kem al-Deheisheh.

Sumber perubatan dari Persatuan Bantuan Perubatan Palestin kemudiannya mengesahkan yang paramedik bernama Sajed Mezher, 17, cedera teruk akibat tembakan di abdomen ketika beliau sedang merawat warga lain yang cedera dan setelah itu meninggal di hospital tempatan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Kesihatan Ahmed Musa yang mogok lapar di penjara Israel semakin merosot.

Selasa , 02-04-2019 – Keadaan kesihatan seorang tahanan Palestin, Ahmed Musa, 41 tahun dilaporkan semakin merosot. Beliau melakukan mogok laparnya sejak 28 hari yang lalu kerana membantah dirinya ditahan tanpa bicara dan dikurungan dalam bilik berasingan.

Menurut Yayasan Muhjat al-Quds bagi Syuhadah dan Tahanan Penjara, beliau menanggung derita akibat anggota badan yang sangat lemah dan tidak mampu bergerak.

Musa yang melakukan mogok laparnya sejak 28 Februari, 2019 didapati enggan minum dan tidak mahu mengambil sebarang vitamin serta ubat-ubatan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainuddin

Categories
Berita Semasa

Tahanan penjara Negev makin tertekan.

Khamis , 28-03-2019 – Penjara Rejim Zionis telah memutuskan untuk mempertingkatkan langkah-langkah hukuman kepada tahanan Palestin ekoran kejadian yang melibatkan 2 tahanan penjara yang di tikam beberapa hari lepas di penjara Negev.

Langkah-langkah tersebut menyasarkan tahanan yang berkait rapat dengan Hamas di penjara Ramon untuk menghukum mereka kerana telah menyebabkan keadaan huru-hara dan kebakaran di sel penjara. 96 orang yang lain di penjara Negev juga menerima nasib yang sama ekoran kejadian tikam-menikam.

Kesemua tahanan tersebut akan dipaksa untuk membayar denda dan tidak dibenarkan menerima pengunjung. Mereka juga dipaksa untuk berjalan setiap hari di kawasan penjara tersebut. Sementara itu, keadaan menjadi tegang di penjara Eshel ekoran pemasangan penghalang isyarat  telefon bimbit yang boleh membawa penyakit barah di beberapa kawasan fasiliti penjara.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : hanif

Categories
Berita Semasa

Rejim Israel serang Khan Younis pula.

Khamis , 28-03-2019 – Rejim zionis Israel meneruskan gelombang siri serangan udara dan yang terbaharu, mensasarkan beberapa kawasan berbeza di Khan Younis, selatan Semenanjung Gaza. Serangan yang dilakukan pada petang Selasa (semalam) itu telah mendorong kumpulan pejuang Palestin bertindak balas dengan melancarkan peluru roket pula.

Satu laporan dari Palestinian Information Center (PIC) menyatakan bahawa sebuah pesawat tempur Israel mengebom pelabuhan baharu yang terletak di barat Khan Younis

Laporan itu juga menyatakan, jet tempur rejim melakukan beberapa siri serangan udara ke arah kubu kumpulan pejuang di barat Khan Younis terutamanya di al-Yarmuk dan tambahnya lagi serangan tersebut telah menimbulkan suasana panik kepada seluruh penduduk Gaza.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainuddin

Categories
Berita Semasa

Penjara Negev Panas: 15 Tawanan Cedera, 2 Pengawal Penjara Ditikam

Rabu , 27-03-2019 -  Seorang tawanan Palestin pada Ahad 24/3 telah menikam 2 pengawal penjara Israel di penjara Negev, pasca serbuan secara represif oleh pasukan Zionis, yang menyebabkan 15 tawanan cedera. Pusat informasi menyebutkan, sejumlah tawanan dapat menikam beberapa pengawal penjara di ruang bahagian 3 di penjara Negev padang pasir. 

Pertembungan sengit tak dapat dihindari di sejumlah ruangan penjara padang pasir Negev. Penjara ini berubah menjadi kawasan pertempuran, dan pihak Israel terpaksa menggunakan helikopter untuk membawa mangsa yang cedera. Menurut sumber dipercayai, pasukan penjara menyerbu ruang bahagian 4 di penjara Negev dan mengosongkannya dari para tawanan.

Mengenai kronologi kejadian, jurucakap pusat pemantau urusan tawanan, Riyad Ashqar menjelaskan, ketika terjadi pemindahan para tawanan dari ruang 4 ke ruang 3 dan 7, pasukan Israel melakukan tindakan represif dan provokasi terhadap para tawanan. Keadaan ini mendorong para tawanan dari Hamas memukul para pengawal penjara dan menikam 2 orang dari mereka.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Mesir pecahkan gencatan senjata

Rabu , 27-03-2019 – Mesir telah memecahkan perjanjian genjatan senjata di antara Gaza dan Rejim Zionis pada malam hari Isnin untuk memberhentikan serangan Rejim Zionis yang terbaru di Semenanjung Gaza.

Wakil media Hamas berkata, genjatan senjata tersebut berkuatkuasa pada 10 malam hari Isnin yang lepas.

Genjatan senjata tersebut termeterai selepas beberapa siri serangan udara Rejim Zionis yang dilancarkan di seluruh Gaza pada pagi Isnin yang lalu, mensasarkan kawasan peberontakan dan institusi awam.  Beberapa kecederaan di laporkan ketika serangan udara tersebut. 

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : hanafi


Categories
Berita Semasa

Jet pejuang Israel serang pejabat Haneya.

Rabu , 27-03-2019 – Rejim zionis Israel melancarkan serangan udara mensasarkan pejabat Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haneya. Serangan petang hari Isnin kelmarin itu menyebabkan bangunan tersebut musnah sama sekali.

Pesawat tentera udara Israel melepaskan 2 peluru berpandu mensasarkan bangunan pejabat Haneya. Bagaimanapun, tiada kecederaan dilaporkan berlaku dalam serangan tersebut.

Sebelum itu, pada pagi Isnin, Haneya berkata dalam satu kenyataan medianya mengatakan bahawa rakyat Palestin “tidak akan menyerah” manakala kumpulan pejuang lain “akan halang musuh yang cuba melepasi garisan merah”.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainuddin

Categories
Berita Semasa

Israel melancangkan serangan udara ke atas Gaza

Rabu , 27-03-2019 – Pesawat perang Israel pada petang Isnin mula menyasarkan pelbagai kawasan di Semenanjung Gaza, beberapa jam setelah roket mengena sebuah rumah dan mencederakan 7 warga Israel.

Tentera rejim berkata ia akan melancarkan serangan udara besar-besaran ke atas Gaza.Seorang wartawan Pusat Maklumat Palestin (PIC) berkata, bunyi letupan berturut-turut menggegarkan Gaza dan menambah yang serangan udara pertama menyasarkan pos pejuang di utara Gaza, kejiranan Abu Mu’amar di timur Rafah, dan tanah di Khan Younis dan Deir al-Balah.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

QB umumkan di laman web tentang kaedah baru untuk menyokong mereka

Rabu , 27-03-2019 – Briged Al-Qassam, sayap bersenjata Hamas, pada Selasa memperbaharui seruan kepada semua sahabat penyokong perjuangan Palestin menerusi rangkaian bayaran Bitcoin dengan menggunakan kaedah lebih selamat di laman webnya.

Antaramuka utama “alqassam.net” mengandungi dua ikon yang apabila diklik akan pergi kepada laman sumbangan.

“Oleh kerana Masjid Aqsa merupakan bahagian yang penting daripada kepercayaan kami serta dinyatakan di dalam kitab suci kami, maka adalah penting untuk setiap yang merdeka sama-sama berkongsi dalam perjuangan kami serta membebaskan yang tertindas,” demikian kenyataan pada laman web sumbangan al-Qassam (https://fund.alqassam.net/).

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Seorang wanita Palestin diculik di sekatan di Al-Khalil, selatan semenanjung Gaza.

Selasa , 26-03-2019 – Sumber tempatan berkata, Rejim Zionis telah menangkap Suzan al-Salaima, 25, selepas menahan beliau selama lebih sejam di sekatan ketenteraan berdekatan kejiranan Tal Rumeida. 

Mereka juga berkata, al-Salaima telah dibawa ke kawasan tahanan yang tidak diumumkan oleh Rejim Zionis.  Negara haram Israel setakat ini telah menahan 5,700 warganegara Palestin di penjara mereka. Jumlah tersebut adalah termasuk 48 wanita dan perempuan di bawah umur – menderita di atas laanan kejam oleh pihak penjara negara haram Israel setiap hari. 

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Hanafi

Categories
Berita Semasa

2 warga Palestin ditahan ketika sertai protes membantah rumah diroboh.


Selasa , 26-03-2019 – Sekumpulan penduduk bandar Qalansuwa yang terletak di wilayah Palestin yang dikuasai Israel bertindak menutup jalan masuk ke bandar itu sebagai tanda protes ke atas polisi meroboh rumah kediaman yang berterusan diamalkan rejim Israel.

Portal Arab 48 berkata, ramai anggota polis rejim ditempatkan di sekitar bandar itu dan dua peserta iaitu Hassan Kamal dan Diaa Tayeh telah ditahan atas alasan “menganggu tugas awam”.

Penunjuk perasaan yang membawa sepanduk turut melaungkan desakkan agar tindakan meroboh rumah milik warga Palestin yang dilakukan sewenang-wenangnya dihentikan serta mengancam akan meningkatkan lagi bantahan yang telah mereka mulakan sejak dua bulan lalu itu.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainuddin


Categories
Berita Semasa

Bantahan sambil duduk untuk keluarga Mahran Bajour yang diculik di Ghana

Isnin , 25-03-2019 – Puluhan ahli keluarga dan sahabat handai Mahran Mustafa Baajour yang diculik oleh pihak berkuasa Ghana, berkumpul di hadapan Konsulat Ghana di Beirut pada Selasa, 19 Mac 2019.

Keluarga Bajour merayu kepada pihak berkuasa Ghana agar memaklumkan keadaan anak mereka setelah mereka terputus hubungan dengan beliau apabila tiba di Lapangan Terbang Ghana.

Keluarga Baajour menyeru Palang Merah antarabangsa dan organisasi antarabangsa agar bertindak membebaskan anak mereka.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati


Categories
Berita Semasa

Dron Israel serang Gaza.

Isnin , 25-03-2019 –  Tentera rejim zionis Israel bertindak melancarkan serangan dengan mengebom tanah ladang milik penduduk Palestin di Gaza, petang Selasa kelmarin.

Menurut kata saksi, sebuah dron milik rejim dilihat melepaskan dua peluru roket ke arah ladang yang terletak di barat bandar Gaza. Bgaimanapun, tiada kecederaan yang dilaporkan. Jurucakap tentera rejim pula mengatakan bahawa serangan udara itu mensasarkan sekumpulan penduduk Palestin yang sedang menerbangkan belon api ke arah petempatan haram Yahudi berdekatan sempadan Gaza.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainuddin

Categories
Berita Semasa

Selepas Kes Pembunuhan Abu Laila, Israel Tembak Mati Dua Lagi Pemuda di Nablus

Isnin , 25-03-2019 -   Pasukan penjajah Zionis mmenembak mati dua pemuda Palestin pada tengah malam Selasa (19/3/2019), setelah menyerbu kawasan Makam Yusuf di Nablus, wilayah utara Tebing Barat. Peristiwa ini berlaku hanya beberapa jam setelah operasi pembunuhan terhadap Omar Abu Laila di Salfit dalam kejadian tembakan oleh pasukan penjajah Israel di Ramallah. Menurut sumber tempatan, pasukan penjajah Israel menembak dua pemuda Palestin yang memandu kereta berdekatan makam Yusuf dan mengakibatkan keduanya meninggal dunia. 

Ini merupakan kejahatan tindakan pembunuhan tanpa alasan yang dibenarkan. Kementerian Kesihatan Palestin mengesahkan kematian dua pemuda dalam serangan yang dilakukan pasukan penjajah Israel di Nablus tersebut. Sumber-sumber Palestin mengatakan bahawa pasukan penjajah Israel menembak peluru secara terus ke arah krew ambulans di Nablus ketika bergerak ke lokasi kejadian untuk menyelamatkan mangsa yang dibiarkan kehabisan darah hingga meninggal dunia.

Kedua-dua mangsa yang meninggal adalah Raed Hashim Mohammed Hamdan berusia 21 tahun dan Zaid Imad Mohammed Nouri berusia 20 tahun.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : osman
Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis menahan remaja perempuan berusia 17 tahun di al-Khalil

Rabu , 20-03-2019 – Tentera rejim zionis (IOF) pada petang Ahad menahan seorang remaja perempuan Palestin dekat Masjid Ibrahimi di al-Khalil.

Sumber tempatan menyatakan yang IOF menahan Walaa Ghaith, 17, atas tuduhan cuba menikam. Tahanan kemudiannya dipindahkan dalam keadaan bergari ke pusat perisikan israel yang berdekatan untuk siasatan.

Tentera IOF dari masa ke semasa akan secara rawak menahan kanak-kanak Palestin di pos pemeriksaan Tebing Barat atas pelbagai tuduhan. 

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati