Selasa, 16-02-2021 – Tentera Rejim Zionis pada Sabtu memaksa seorang warga Palestin memusnahkan khemah kediaman yang menjadi tempat teduh keluarganya di dusun Khirbet al-Tha`la, timur Yatta, selatan al-Khalil.
Sumber tempatan menyatakan yang tentera rejim zionis (IOF) menyerbu kawasan itu dan memaksa Omar Shanran memusnahkan khemah yang didiaminya bersama keluarga seramai 13 orang.Ratib al-Jabour, penyelarasa Jawatankuasa Penentangan Pembinaan Tembok dan Penempatan, berkata bahawa sekumpulan pendatang Carmiel menyerang keluarga Shanran pada Jumaat dengan perlindungan IOF.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Nor idawati
Selasa, 16-02-2021 – Rejim Zionis pada hari Sabtu lalu telah memaksa seorang rakyat Palestin untuk merobohkan kandang lembu serta telah memerintahkan sebuah keluarga untuk mengosongkan kediaman mereka di daerah Silwan, Baitulmaqdis timur.
Menurut Pusat Maklumat Wadi Hilweh, pihak perbandaran Israel memaksa Omar Siyam untuk merobohkan kandang ternakannya sendiri di Silwan dengan alasan bahawa bangunan tersebut dibina tanpa lesen.
Sebuah keluarga dari Baitulmaqdis juga telah menerima notis dari pihak perbandaran yang memerintahkan mereka untuk mengosongkan rumah kediaman mereka di kawasan Baten al-Hawa di Silwan.
Rejim Zionis sering mengancam pemilik rumah dengan kos dan denda yang melampau tinggi jika mereka datang untuk melakukan kerja-kerja perobohan, lantas memaksa pemilik rumah untuk merobohkan atau memusnahkan rumah mereka sendiri.
Penduduk Baitulmaqdis tidak mempunyai pilihan selain membina tanpa lesen kerana tidak ada pelan struktur yang selari dengan peningkatan semula jadi dalam jumlah penduduk, maka oleh sebab itu, mereka tidak diberikan permit untuk membina rumah.
Rejim Zionis juga mengenakan sekatan pembangunan bagi penduduk tempatan Palestin di Baitulmaqdis dan menyukarkan mereka untuk mendapatkan lesen pembinaan.
Perobohan kediaman Palestin secara sistematik oleh pihak Israel di Baitulmaqdis Yang Diduduki dipercayai bertujuan untuk menyerang kaum keluarga di Baitulmaqdis secara psikologi dalam usaha untuk memaksa mereka berpindah dari kota suci berkenaan.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Ezatul
Selasa, 16-02-2021 – Rejim Zionis Israel pada hari ahad lepas, merampas 19 dunums / lot tanah di kawasan perkampungan Azzun Atma di selatan Qalqilya. Muhammad Abu Al-Sheikh, pegawai penguatkuasa di kawasan penempatan di Qalqilya, berkata pihak tentera rejim Zionis Israel mengeluarkan perintah untuk merampas 19 dunums / lot tanah di kawasan barat perkampungan Qalgilya untuk membina 66 unit penempatan baru Oranit.
Pihak Rejim Zionis Israel sehingga hari ini telah merampas hampir 25 ribu dunums / lot tanah di separuh kawasan bandar Azzun.
*1 Dunums sekitar 900 meter persegi tanah atau 9600 kaki persegi
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Hairul Ahmad
Selasa, 16-02-2021 – Pasukan penjajah Israel melepaskan tembakan kea rah petani yang sedang mengusahakan tanah mereka di Timur Gaza. Sumber tempatan melaporkan pasukan tentera penjajah Israel yang di tempatkan di menara kawalan ketenteraan di perbatasan timur kota Gaza telah melepaskan tembakan peluru tajam dan bom asap kearah petani yang sedang mengusahakan ladang mereka di timur kampung Zeiton.
Serangan tembakan ini memaksa petani meninggalkan ladang yang sedang mereka usahakan dan kembali ke rumah. Tiada kecederaan di laporkan. Turut di laporkan pasukan penjajah Israel dengan sengaja setiap hari menembak peluru kearah petani, menyerbu serta merosakkan tanaman serta hasil ladang milik warga Palestine di Utara dan Timur Gaza.
sumber : https://melayu.palinfo.com/ penterjemah : Rahibah Omar
Isnin, 15-02-2021 – Aktivis hak asasi manusia Pro-Palestin, Mary Hughes Thompson, pengasas Bersama Gerakan Free Gaza meninggal pada 5 Februari, 2021 di Los Angeles, California, setelah menghabiskan kebanyakan usianya memperjuangkan keadilan untuk Palestin.
Thompson dikenali dengan peranannya menganjurkan konvoi -konvoi ke Gaza dan menyertai banyak perarakan dan acara bagi mempertahankan para petani Palestin dan harta mereka daripada keganasan oleh pendatang dan tentera.
Pada 2002, beliau mengalami patah tulang bahu apabila pendatang pelampau menyerangnya setelah beliau dan para aktivis keamanan lain berusaha menghalang mereka daripada menyerang petani Palestin ketika menuai buah zaitun.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Nor idawati
Isnin, 15-02-2021 – Pada petang Isnin yang lalu, beberapa bot nelayan telah mengalami kerosakan ketika tentera laut Israel menyerang nelayan warganegara Palestin di tepian pantai Jalur Gaza yang terkepung.
Menurut jawatan kuasa nelayan di Gaza, Kapal perang Israel menyasarkan nelayan dan perahu mereka berada dalam jarak enam batu nautika di pantai Kota Gaza.
Beberapa bot dilaporkan mengalami kerosakan dan tiada laporan kecederaan didalam serangan tersebut. Jurucakap tentera ISrael mendakwa bahawa sebuah pesawat perang mengebom sebuah kapal nelayan yang membawa senjata untuk diseludup ke luar pantai Gaza kemudian beliau menghapuskan kenyataan beliau tersebut. Dalam insiden yang lain, kenderaan tentera dan jentolak Israel pada pagi selasa telah menyusup masuk ke kawasan pertanian di Beit Lahia di utara Gaza, semasa hujan tembakan di sana.
Menurut sumber tempatan, kenderaan tentera mara berpuluh-puluh meter melepasi kawasan sempadan di barat laut Beit Lahia sebelum jentolak dikeluarkan bagi meratakan tanah dan menghasilkan kotoran dikawasan tersebut.
Askar Israel juga telah menembak rambang menggunakan peluru hidup dan membalik bom asap bagi melindungi unit mereka yang memecah masuk.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Hanafi
Isnin, 15-02-2021 – Lapan tahanan Palestin telah menderita akibat persekitaran yang teruk di dalam penjara Megiddo Israel selama beberapa bulan. Mengikut sumber Suruhanjaya Perhubungan Tahanan dan Bekas Tahanan Palestin, tahanan yang mengalami pengasingan adalah Emad al-Batran, Araft Efai’ya dari al-Khalil, Wael Na’rat dari Jenin, Wael al-Jaghoub dan Mahmoud Atta dari Nablus, Emad Sarhan dari Haifa, Musaab Alyan dari Jerusalem dan Ghaleb Gahanyem dari kawasan penaklukan 1948. Lapan tahanan telah disekat dari menerima kunjungan dari ahli keluarga mereka beberapa bulan dan ada di antara mereka.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Hairul Ahmad
Isnin, 15-02-2021 – Peneroka haram Yahudi telah menyerbu Masjid Al-Aqsa yang suci pada pagi Selasa lalu dengan diiring perlindungan polis Israel dan melakukan upacara Talmud.
Sumber tempatan melaporkan bahawa sekumpulan peneroka haram telah masuk ke pekarangan Masjid Al-Aqsa dan membawa peta-peta “Kuil” mereka.
Serangan itu dilakukan dari Pintu Maghareba ke Gerbang al-Silsila, melalui kawasan Gerbang al-Rahma.
Masjid Al-Aqsa mengalami serangan dan pencerobohan oleh peneroka haram dan polis Zionis pada waktu pagi dan petang setiap hari, kecuali pada hari Jumaat dan Sabtu.
Sementara itu, polis Israel telah memperketat prosedur mereka di gerbang Masjid Al-Aqsa dan menghalang kemasukan pemuda-pemuda Palestin.
Semua umat Islam di Palestin 1948 dan penduduk Baitulmaqdis terus-menerus diseru untuk meningkatkan kehadiran mereka di Masjid Al-Aqsa untuk menangkis serangan para peneroka haram Yahudi.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Ezatul
Isnin, 15-02-2021 – Rejim Zionis (IOF) menahan beberapa orang warga Palestin dalam serbuan di pelbagai kawasan di Tebing Barat dan Baitulmaqdis. Seorang pemimpin Gerakan Hamas ditangkap dari Jenin sementara seorang budak lelaki cedera dalam pertempuran di Bethlehem.
Di Bethlehem, IOF menahan Mustafa Damesa dan Islam Sabateen setelah menyerang rumah mereka.
IOF menyerbu kem pelarian Duheisheh dan pertempuran berlaku di pintu utama kem. Seorang budak lelaki berusia 17 tahun cedera akibat terkena peluru di kakinya dan dibawa ke hospital untuk rawatan.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Dr Nurul
Isnin, 15-02-2021 – Pasukan penjajah Israel menyerang perahu nelayan Palestine, di laut lepas Gaza. Jawatankuasa Nelayan Persekutuan dalam menyatakan kapal-kapal penjajah Israel menyerang nelayan Palestine di Barat Gaza yang berada 6mil dari pantai. Serangan ini mengakibatkan kerosakan teruk pada perahu nelayan namun tiada korban jiwa.
Jurucakap tentera penjajah menyatakan pihaknya berjaya menggagalkan usaha penyeludupan senjata. Aksi ini di lakukan oleh pesawat perang Israel yang mengebom sebuah perahu penangkap ikan. Akan tetapi tidak lama kemudian mereka memadamkan berita tersebut.
sumber : https://melayu.palinfo.com/ penterjemah : Rahibah Omar
Selasa, 09-02-2021 – Kementerian Kesihatan Palestin pada hari Khamis melaporkan lapan kes kematian baru berkaitan COVID-19, di mana 661 kes positif baru dan 419 kes sembuh di Tebing Barat, Jerusalem dan Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam. Berdasarkan laporan harian kementerian, tujuh dari mangsa kematian akibat virus adalah dari Tebing Barat dan satu dari SEmenanjung Gaza. 55 pesakit kes kritikal COVID-19 adalah penerima rawatan intensif di hospital dan 20 dari mereka telah dirawat dengan alat bantuan pernafasan.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Hairul Ahmad
Selasa, 09-02-2021 – Tentera rejim zionis (IOF) pada petang Rabu menyerbu di dusun Badwi Palestin Khirbet Himsa al-Fuqa di utara Lembah Jordan sekali lagi dan memindahkan khemah-khemah baru yang dipasang oleh para aktivis pada waktu pagi.
Pegawai tempatan Abdullah Abu Rahma berkata IOF telah memusnahkan lima khemah di dusun yang miskin itu dan merampas tujuh kereta milik aktivis.
Terdahulu, IOF memusnahkan dan merampas 20 khemah dan mengusir keluarga-keluarga di kawasan itu. IOF telah memusnahkan puluhan khemah dan struktur serta mengusir keluarga-keluarga di situ beberapa kali.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Nor idawati
Selasa, 09-02-2021 – Pada malam Rabu yang lalu, polis telah menahan beberapa orang warga Palestin yang turut serta dalam protes tunjuk perasaan di kawasan-kawasan arab yang berbeza. Ia juga termasuk bandar Tamra di Israel (tanah yang ditawan pada 1938).
Sumber tempatan berkata, sekurang-kurangnya 25 pemuda telah ditangkap setelah mereka menyertai perhimpunan tersebut yang diadakan di kawasan Arab sebagai tunjuk perasaan atas pembunuhan dan kecederaan yang dilakukan oleh polis Israel keatas orang Palestin.
Para penunjuk perasaan itu juga mendakwa polis Israel telah bersekongkol dengan kumpulan penjenayah.
Polis Israel mendakwa para tahanan melemparkan batu ke arah pegawa semasa tunjuk perasaan tersebut. Protes besar-besaran mula berlaku selasa yang lalu berikutan pengebumian Ahmed Hijazi yang di tembak sehingga mati oleh polis Israel pada isnin petang.
Sementara itu, Jawatankuasa Tindak Balas warga Arab Israel meminta rakyat Arab untuk mengambil bahagian dalam perhimpunan popular seperti itu pada sabtu depan di bandar Tamra.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Hanafi
Selasa, 09-02-2021 – Ketua bahagian Penyelidikan dan Dokumentasi Badan Urusan Tahanan dan Bekas Tahanan di Gaza, Abdun Nasher Farwanah memperingatkan berkaitan tindakan Israel melakukan percubaan vaksin Covid-19 terhadap tahanan.
Dalam keterangan akhbarnya, Farwanah mengatakan, “Saya risau tahanan Palestin di penjara Israel akan dijadikan percubaan vaksin Israel, ketika usaha Israel menutup dan menghalang pengawasan antarabangsa.”
Farwanah menambah bahawa gejala dan kesan sampingan kepada tahanan yang sudah diberi suntikan vaksin membuatkan beliau mencurigai Israel melakukan percubaan terhadap tahanan Palestin.
Farwana akhirnya meminta pihak perubatan antarabangsa yang neutral untuk memantau pemberian vaksin dan pengawasan seluruhnya.
Farwanah melanjutkan, “Kalau saya penentu keputusan, pasti akan menolak pemberian vaksin kepada tahanan Palestin tanpa ada pengawasan pihak perubatan atarabangasa yang neutral.
Keraguan dan kecurigaan sangat besar kepada mereka. Pengalaman telah membuktikan hal tersebut.
Kini tahanan Palestin di penjara Israel yang terkena Covid-19 mencapai 335 orang, kes terbanyak di penjara Raimona kemudian di Galboa dan Negev.
sumber : https://melayu.palinfo.com/ penterjemah : Osman
Selasa, 09-02-2021 – PM Israel. Benjamin Netanyahu mengumumkan menunda kunjungan ke UAE dan Bahrain yang telah di jadualkan pada minggu ini.
Netanyahu berkata penundaan tersebut lanjutan dari ‘lockdown’ di Israel. Beliau menyatakan penghargaan atas undangan putera Emeriah Arab Bersatu, Muhammad bin Zayed dan Raja Bahrain, Hmd bin Isa ke atas beliau serta menyifatkan perdamaian bersejarah antara Israel bersama Abu Dabi (UAE) dan Manama (Bahrain).
Pada pertengahan Ogos lepas, Kerajaan Amerika di bawah pimpinan Donald Trump telah mengatur perjanjian normalisasi perdamaian antara UAE dengan Israel. Tidak sampai sebulan selepas itu, Trump mengumumkan pula perdamaian Israel dengan Bahrain.
sumber : https://melayu.palinfo.com/ penterjemah : Rahibah Omar