Categories
Berita Semasa

Jihad Islam seru tingkatkan Intifada, berdepan pendatang Yahudi.

Isnin, 16-10-2017 – Pergerakan Jihad Islami menyeru penjuang Palestin supaya meningkatkan Intifada (kebangkitan) dengan lebih kerap untuk Masjidil al-Aqsa bagi berdepan serangan pendatang haram Yahudi terhadap tempat suci umat Muslimin itu.

Menurut satu kenyataan media yang dikeluarkan pergerakan itu menyatakan bahawa serangan agresif pihak Israel terhadap tempat-tempat suci kaum Muslim terutamanya ke atas Masjidil al-Aqsa di Baitulmuqaddis dan Masjid al-Ibrahim di al-Khalil menuntut penduduk Palestin berusaha lebih kuat lagi dengan meningkatkan Intifada demi mempertahankan tanah air mereka dan tempat suci tersebut.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

Delgasi Doktor dari Qatar Bedah di Hospital Jenin

Isnin, 16-10-2017 – Delegasi perubatan Qatari telah mula menjalankan operasi pembedahan khas di Hospital As-Syahid Khalil Suleiman di bandar Jenin, dengan kerjasama Bulan Sabit Merah Kuwait dan Kementerian Kesihatan Palestin.

Pengarah hospital, Naji Nazzal menyatakan dalam kenyataan akhbar pada hari Isnin bahawa pada hari pertama tiga operasi penggantian sendi yang dijalankan oleh delegasi tersebut dan akan terus melakukan prosedur serupa selama enam hari.

Nazzal menambah bahawa delegasi itu juga akan memberi kuliah perubatan khas mengenai rawatan penjagaan intensif semasa lawatan sambil kerja, mereka menunjukkan telah memberikan sumbangan sebanyak $ 150,000 untuk pembelian peralatan perubatan untuk bilik pembedahan hospital. Anggota delegasi Qatar adalah doktor, Ghassan Abu Shaaban, Mohamed Hantu dan Wasfi Hamad, dan operasi pembedahan mereka dilakukan secara percuma.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ameen

Categories
Berita Semasa

Krähenbühl: Kami Sedia Untuk Berkerjasama Demi Kehidupan Rakyat Gaza

Rabu , 11-10-2017 – Jeneral Komisioner UNRWA , Pierre Krähenbühl, pada hari Isnin mengatakan bahawa UNRWA bersedia untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa Palestin (PA) untuk memperbaiki keadaan kehidupan rakyat di Gaza.

Semasa sidang akhbar yang diadakan di bandar Gaza, Krähenbühl menekankan bahawa semua pihak harus bekerjasama untuk menyediakan penyelesaian terbaik bagi krisis yang melanda Gaza dan mewujudkan peluang pekerjaan yang akan mengurangkan kadar pengangguran dan kemiskinan.

Beliau menambah bahawa adalah sangat penting untuk mencari penyelesaian bagi masalah yang berkaitan dengan elektrik, kumbahan dan sekatan khususnya. Krähenbühl menegaskan bahawa UNRWA akan terus melindungi mandat yang diberikan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk berkhidmat kepada pelarian dan akan sentiasa menawarkan perkhidmatannya kepada pelarian Palestin walaupun terdapat usaha Israel untuk menghalang badan tersebut.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Syed Ahmad Muhsin

Categories
Berita Semasa

Kecederaan dilaporkan dalam pertelingkahan yang tercetus di Baitulmuqaddis

Rabu , 11-10-2017 – Sejumlah pemuda Palestin cedera pada Isnin apabila pertelingkahan tercetus di antara polis rejim Israel dan para penduduk tempatan di kem pelarian Shufat, Baitulmuqaddis.

Saksi mata melaporkan yang pertelingkahan itu tercetus apabila polis rejim menyerbu kem pelarian dengan ganas seraya melepaskan tembakan bom pemedih mata dan peluru hidup.

Para pemuda tempatan bertindak balas dengan membaling batu dan botol kosong ke arah polis rejim. Seorang kanak-kanak mengalami kecederaan serius apabila peluru getah menujah matanya ketika pertelingkahan, manakala dua lelaki ditembak dan cedera akibat peluru hidup.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nur idawati

Categories
Berita Semasa

Minta lebih kerap kunjungi Masjidil al-Aqsa.

Rabu , 11-10-2017 – Gabungan beberapa badan pertubuhan di Baitulmuqaddis meminta umat Islam di seluruh dunia supaya lebih kerap mengunjungi Masjidil al-Aqsa dan berusaha melindunginya dari dasar dan perancangan Israel yang mahu menjadikan tapak masjid itu sebagai kuil suci agama Yahudi terutama ketika penganutnya menyambut cuti sempena festival Sukkot pada 4 hingga 13, Oktober ini.

Satu kenyataan bersama yang dibuat gabungan tersebut mendedahkan bahawa pihak berkuasa rejim Israel akan berjaga-jaga di Tebing Barat dengan mengiringi dan melindungi penganut Yahudi yang dijangka lebih ramai mahu memasuki masjid tersebut sempena sambutan itu.

Badan utama gabungan yang terdiri dari Majlis Wakaf Islam, Majlis Tertinggi Muslim, Mufti Baitulmuqaddis dan Wilayah Palestin dan Ketua Pengarah Kesejahteraan Baitulmuqaddis serta pihak-pihak berkuasa di kota itu telah memohon Raja Jordan, Raja Abdullah II agar campur tangan segera dengan menekan pihak Israel supaya menghentikan dasar menyahudikan Masjidil al-Aqsa.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

Perisik Isreal tahan 3 pemuda Palestin di utara Baitulmuqaddis.

Selasa, 03-10-2017 – Sepasukan tentera perisik rejim Israel membawa keluar tiga pemuda Palestin selepas memecah masuk sebuah rumah yang terletak di bandar Beddo, utara Baitulmuqaddis

Ketiga-tiga mereka ditahan dan kemudian dibawa pergi ke suatu tempat yang tidak diketahui. Ramai anggota tentera rejim dilihat memasuki bandar tersebut sebaik sahaja pemuda itu berjaya dikepung.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis Culik Wartawan Mohamed Awad di Ramallah

Selasa, 03-10-2017 – Pasukan Tentera Israel (IOF) telah menculik wartawan Palestin, Mohamed Awad di rumahnya di pekan Budrus, barat bandar Ramallah,Tebing Barat. Sumber-sumber tempatan melaporkan bahawa tentera Israel secara intensif telah melepaskan bom tangan di kawasan bandar tersebut sebelum mereka menyerbu rumah Awad dan menculik beliau.

Mohamed Awad bekerja sebagai jurukamera TV untuk agensi berita Wattan di Ramallah dan telah ditahan beberapa kali sebelum ini oleh pihak berkuasa keselamatan Israel dan Palestin.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nurul

Categories
Berita Semasa

Tentera rejim Israel menutup jalan di antara dua kampung di Tulkarem

Selasa, 03-10-2017 – Tentera rejim pada Khamis menutup jalan pertanian di antara perkampungan Shufa dan Kafr al-Labad, di timur Tulkarem, Tebing Barat.
Sumber tempatan memberitahu Pusat Maklumat Palestin (PIC) yang satu jentolak tentera yang dikawal oleh para tentera menutup jalan dengan longgokan tanah dan batu.

Mereka berkata yang penutupan itu akan menyebabkan penderitaan yang teruk ke atas para penduduk dan petani tempatan apabila mereka bergerak di antara Shufa dan Kafr al-Labad.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Israel akan membina 2000 unit rumah baru

Jumaat, 29-09-2017 – Jawatankuasa Perancangan Pentadbiran Awam Israel dijangka akan melaksanakan rancangannya minggu depan untuk membina 2000 unit kediaman baru di Tebing Barat, akhbar Hebrew Haaretz melaporkan.

Akhbar itu memetik seorang pegawai Israel yang tidak dikenali sebagai berkata yang Kabinet Menteri Israel telah dilaporkan tentang kelewatan mesyuarat jawatankuasa itu dua minggu lepas atas permintaan pentadbiran Amerika Syarikat (AS), untuk memastikan ia tidak menggugat Mesyuarat Agung PBB di New York.

Pegawai itu berkata yang pentadbiran AS meminta agar mesyuarat jawatankuasa perancangan penempatan itu ditangguhkan setelah mesyuarat di antara Presiden AS Donald Trump Presiden Palestin Mahmoud Abbas.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Mahkamah Israel jatuhkan hukuman penjara seumur hidup ke atas tahanan Palestin.

Jumaat, 29-09-2017 – Mahkamah tentera Ofer menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup terhadap seorang tahanan warga Palestin, Amjad al-Najjar, 37 tahun yang berasal dari bandar Silwad, utara Baitulmuqaddis selepas dituduh membunuh dengan menembak mati pendatang Yahudi semasa melakukan serangan anti penjajahan Israel pada Jun, 2015.

Selain penjara, beliau turut diarah membayar denda yang dianggarkan berjumlah 350, 000 shekels. Sementara itu, isteri dan dua anak beliau dihalang dari menghadiri sesi perbicaraan tersebut.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin

Categories
Berita Semasa

Hamas bertemu dengan pihak Palestin di Gaza

Jumaat, 29-09-2017 – Gerakan Hamas telah mengadakan satu pertemuan khas bersama pimpinan Palestin dan anggota Majlis Perundangan Palestina sebagai sebahagian daripada proses perdamaian nasional.

Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haneyya, menegaskan dalam pertemuan itu bahawa perdamaian yang dirancang oleh gerakannya
adalah merupakan keputusan yang strategik. Haneyya mendedahkan bahawa beliau telah bersetuju untuk menghantar delegasi Mesir beserta Pihak Berkuasa Palestin (PA) dalam lawatannya ke Gaza minggu depan dan memuji peranan Mesir dalam mencapai perdamaian Palestin.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nurul

Categories
Berita Semasa

Tentera rejim Israel membebaskan dua nelayan Gaza setelah ditahan berjam-jam.

Selasa, 26-09-2017 – Rejim Israel pada petang Isnin membebaskan dua nelayan Palestin setelah tentera laut rejim menculik mereka pada awal hari yang sama di luar pantai utara Semenanjung Gaza.

Sumber tempatan menyatakan yang para nelayan tersebut, Amr and Mohamed al-Sultan, tiba di Gaza melalui sempadan Beit Hanoun (Erez) di utara Gaza setelah tentera laut rejim menahan mereka selama beberapa jam. Mereka menambah yang tentera laut rejim merampas peralatan menangkap ikan dan enggan memulangkan kembali kepada mereka.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Terowong runtuh mengorbankan seorang pejuanga Al Qassam

Selasa, 26-09-2017 – Seorang pejuang pembebasan Palestin diumumkan terkorban pada pagi Selasa selepas sebuah terowong yang dibina di bahagian selatan semenanjung Gaza runtuh.

Briged Izzudin al-Qassam, sayap tentera HAMAS memberi kenyataan melalui Hani Faraj Shalouf bahawa pejuang tersebut terkorban setelah terowong yang dibina bagi tujuan pembebasan dan penentangan terhadap Israel runtuh. Al-Qassam memuji semangat pejuang yang terkorban selain berkata ianya didorong oleh cintanya kepada tanah dan penduduknya. Sayap tentera Hamas menegaskan untuk terus berjuang bagi mendapatkan kebebasan di setiap penjuru bumi Palestin yang sedang dijajah Israel.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah :  Shazwan Halim

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis Culik 16 Penduduk Palestin di Tebing Barat

Selasa, 26-09-2017 – Beberapa orang Palestin telah diculik oleh pasukan pendudukan Israel (IOF) pada hari Selasa di sekitar wilayah Tebing Barat. IOF mengaku bertanggungjawab atas penculikan 16 orang Palestin itu.

Rejim Zionis memecah masuk kediaman bekas tahanan, Sofian Jamjoum, di selatan al-Khalil, dan menyerbu nggota keluarganya untuk menyoal siasat sebelum mereka merampas kereta isterinya. Dua orang Palestin diculik oleh IOF di al-Khalil manakala seorang lagi dipanggil untuk soal siasat.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Syed Ahmad Muhsin

Categories
Berita Semasa

AS rasmi pangkalan tentera pertamanya di Israel.

Selasa, 26-09-2017 – Pegawai Israel dan Amerika Syarikat membuka secara rasmi, pangkalan tentera tetap AS yang pertama di Israel yang akan menempatkan lebih ramai anggota tentera AS serta sistem pertahanan penangkis peluru berpadu untuk kawasan tersebut.

Menurut sumber kedua-dua pihak tentera, kemudahan pertahanan yang terletak di bahagian selatan Israel itu akan menempatkan beberapa buah berek dan bangunan untuk anggota tentera AS termasuk sistem pengesan dan pemintas ruang udara. Ia akan diurus di bawah arahan tentera Israel.

Brigadier Jeneral Tentera Udara Israel, Zvika Haimovich menyatakan bahawa pangkalan itu adalah sebagai sebahagian besar dari “usaha antara pakatan Israel dan AS bagi mengekal dan meningkatkan keupayaan pertahanaan kami,” bagaimana pun ia tidak melibatkan operasi ketenteraan seperti latihan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali