Selasa , 26-03-2019 – Sumber tempatan berkata, Rejim Zionis telah menangkap Suzan al-Salaima, 25, selepas menahan beliau selama lebih sejam di sekatan ketenteraan berdekatan kejiranan Tal Rumeida.
Mereka juga berkata, al-Salaima telah dibawa ke kawasan tahanan yang tidak diumumkan oleh Rejim Zionis. Negara haram Israel setakat ini telah menahan 5,700 warganegara Palestin di penjara mereka. Jumlah tersebut adalah termasuk 48 wanita dan perempuan di bawah umur – menderita di atas laanan kejam oleh pihak penjara negara haram Israel setiap hari.
sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Hanafi

Selasa , 26-03-2019 – Sekumpulan penduduk bandar Qalansuwa yang terletak di wilayah Palestin yang dikuasai Israel bertindak menutup jalan masuk ke bandar itu sebagai tanda protes ke atas polisi meroboh rumah kediaman yang berterusan diamalkan rejim Israel.
Portal Arab 48 berkata, ramai anggota polis rejim ditempatkan di sekitar bandar itu dan dua peserta iaitu Hassan Kamal dan Diaa Tayeh telah ditahan atas alasan “menganggu tugas awam”.
Penunjuk perasaan yang membawa sepanduk turut melaungkan desakkan agar tindakan meroboh rumah milik warga Palestin yang dilakukan sewenang-wenangnya dihentikan serta mengancam akan meningkatkan lagi bantahan yang telah mereka mulakan sejak dua bulan lalu itu.
sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainuddin

Isnin , 25-03-2019 – Puluhan ahli keluarga dan sahabat handai Mahran Mustafa Baajour yang diculik oleh pihak berkuasa Ghana, berkumpul di hadapan Konsulat Ghana di Beirut pada Selasa, 19 Mac 2019.
Keluarga Bajour merayu kepada pihak berkuasa Ghana agar memaklumkan keadaan anak mereka setelah mereka terputus hubungan dengan beliau apabila tiba di Lapangan Terbang Ghana.
Keluarga Baajour menyeru Palang Merah antarabangsa dan organisasi antarabangsa agar bertindak membebaskan anak mereka.
sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati
Dron Israel serang Gaza.

Isnin , 25-03-2019 – Tentera rejim zionis Israel bertindak melancarkan serangan dengan mengebom tanah ladang milik penduduk Palestin di Gaza, petang Selasa kelmarin.
Menurut kata saksi, sebuah dron milik rejim dilihat melepaskan dua peluru roket ke arah ladang yang terletak di barat bandar Gaza. Bgaimanapun, tiada kecederaan yang dilaporkan. Jurucakap tentera rejim pula mengatakan bahawa serangan udara itu mensasarkan sekumpulan penduduk Palestin yang sedang menerbangkan belon api ke arah petempatan haram Yahudi berdekatan sempadan Gaza.
sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainuddin

Isnin , 25-03-2019 - Pasukan penjajah Zionis mmenembak mati dua pemuda Palestin pada tengah malam Selasa (19/3/2019), setelah menyerbu kawasan Makam Yusuf di Nablus, wilayah utara Tebing Barat. Peristiwa ini berlaku hanya beberapa jam setelah operasi pembunuhan terhadap Omar Abu Laila di Salfit dalam kejadian tembakan oleh pasukan penjajah Israel di Ramallah. Menurut sumber tempatan, pasukan penjajah Israel menembak dua pemuda Palestin yang memandu kereta berdekatan makam Yusuf dan mengakibatkan keduanya meninggal dunia.
Ini merupakan kejahatan tindakan pembunuhan tanpa alasan yang dibenarkan. Kementerian Kesihatan Palestin mengesahkan kematian dua pemuda dalam serangan yang dilakukan pasukan penjajah Israel di Nablus tersebut. Sumber-sumber Palestin mengatakan bahawa pasukan penjajah Israel menembak peluru secara terus ke arah krew ambulans di Nablus ketika bergerak ke lokasi kejadian untuk menyelamatkan mangsa yang dibiarkan kehabisan darah hingga meninggal dunia.
Kedua-dua mangsa yang meninggal adalah Raed Hashim Mohammed Hamdan berusia 21 tahun dan Zaid Imad Mohammed Nouri berusia 20 tahun.
sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : osman

Rabu , 20-03-2019 – Tentera rejim zionis (IOF) pada petang Ahad menahan seorang remaja perempuan Palestin dekat Masjid Ibrahimi di al-Khalil.
Sumber tempatan menyatakan yang IOF menahan Walaa Ghaith, 17, atas tuduhan cuba menikam. Tahanan kemudiannya dipindahkan dalam keadaan bergari ke pusat perisikan israel yang berdekatan untuk siasatan.
Tentera IOF dari masa ke semasa akan secara rawak menahan kanak-kanak Palestin di pos pemeriksaan Tebing Barat atas pelbagai tuduhan.
sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Rabu , 20-03-2019 – Menteri Wakaf dan Hal Ehwal Agama Palestin, Yusof Ad’ies berkata bahawa keputusan mahkamah Israel menutup ruang solat Bab al-Rahmah di Masjid Aqsa sebagai tidak sah dan hanya menurut kehendak pihak polis rejim semata-mata.
Menurut satu kenyataan medianya, Ad’ies menegaskan bahawa seluruh ruang, dataran dan dinding yang terdapat di dalam masjid itu adalah tapak mutlak khusus milik umat serta negara Islam.
Tambah beliau lagi, pihak rejim zionis Israel dan mahkamahnya tidak mempunyai hak dari segi perundangan ke atas Masjidil al-Aqsa dan mereka juga tidak mempunyai hak untuk membuat sebarang keputusan ke atas tapak suci itu.
sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainuddin

Rabu , 20-03-2019 – Polis Israel pada hari Ahad menahan seorang pengawal Palestin di Masjid al-Aqsa di Jerusalem yang dijajah.
Awqaf Islam berkata dalam satu kenyataan bahawa polis Israel menahan Essa Barakat ketika dia memasuki masjid al-Aqsa.
Sebelum itu, polis menahan Hamza al-Nepali, pengawal Aqsa yang lain, dan memindahkannya ke pusat tahanan Israel untuk soal siasat.
sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor syuhada


Isnin , 18-03-2019 – Suruhanjaya Tinggi Kebangsaan bagi Perarakan untuk Kembali dan Menentang Penjajahan mengumumkan persediaan bagi menganjurkan acara besar-besaran sempena ulang tahun pertamanya serta Hari Tanahair, 30 Mac
Daalam satu kenyataan akhbar di Gaza, ketua Jawatankuasa Khaled al-Batsh berkata yang ini acara ini akan berlangsung secara aman bertempat di 5 kem sempadan.
Batsh menyifatkan perarakan itu sebagai suara rakyat Palestin di semua kawasan, mengesahkan yang perarakan di sempadan akan diteruskan sehingga semua matlamat dicapai.
sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Isnin , 18-03-2019 – Kumpulan-kumpulan pejuang yang bergerak di Palestin termasuk Hamas menafikan bertanggungjawab melancarkan serangan roket ke atas Tel Aviv, malam kelmarin.
Brigade al-Qassam, Hamas dalam satu kenyataan ringkas melalui laman sesawang milik mereka mengesahkan, pihaknya tidak tahu menahu tentang serangan peluru berpandu itu dan menambah bahawa kejadian itu berlaku ketika pegawai Hamas dan kerajaan Mesir sedang bermesyuarat di Gaza.
Selain itu, jurucakap Jihad Islami, Daud Shahab turut menafikannya dan menjelaskan ia sebagai satu dakwaan palsu pihak IsraeHa masgan menuduh pertubuhan itu bertanggungjawab dalam serangan tersebut.
sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin

Jumaat , 15-03-2019 – Tentera rejim zionis Israel bertindak menahan 11 warga Palestin di Tebing Barat awal pagi Selasa, kelmarin. Satu kenyataan yang diumumkan oleh pihak tentera rejim pada waktu pagi itu menyatakan, 11 orang penduduk Palestin telah ditangkap kerana didakwa terlibat dalam satu siri serangan anti Yahudi.
Pihak tentera mendakwa telah menemui senjata di salah sebuah rumah milik warga Palestin semasa operasi mengeledah bandar Iskaka, Salfit.
sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali

Jumaat , 15-03-2019 - Seorang pemuda Palestin terkorban dan puluhan lainnya cedera pada Selasa (12/3/2019) malam akibat serangan tembakan pasukan penjajah Israel di kota Salfit di Tebing Barat utara. Dalam sebuah pernyataan singkat, Kementerian Kesihatan Palestin mengesahkan bahawa seorang pemuda bernama Mohammed Jamil Shahin berusia 23 tahun meninggal dunia ketika berlaku pertempuran dengan pasukan penjajah Israel di Salfit.
Sementara itu Pasukan Bulan Sabit Merah Palestin mengatakan bahawa pasukannya menguruskan 40 mangsa yang tercedera akibat terkena tembak peluru dan meriam gas dan air pemedih mata ketika terjadi pertempuran dengan pasukan penjajah di kota Salfit.
Disebutkan bahawa Jamil Shahin adalah korban kedua di Tebing Barat pada hari Selasa lalu. Sebelumnya pasukan penjajah Israel menahan Yasser Fawzi Shuweiki, 27 tahun, di timur Hebron, kerana didakwa cuba menikam pasukan keselamatan di sebuah pos pemeriksaan tentera. Sumber-sumber tempatan mengatakan bahawa Jamil Shahin cedera ditembak di jantung, setelah pasukan penjajah Israel menyerbu jalan-jalan kota Munawarah dan al-Quds di pusat kota Salfit. Dia mengalami luka parah dan serius sebelum akhirnya meninggal dunia.
sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : Osman
Duta Qatar lawat Semenanjung Gaza.

Rabu , 13-03-2019 – Pengerusi Jawatankuasa Usaha Pemulihaan di Gaza oleh Kerajaan Qatar yang juga dutanya ke Palestin, Mohammed al-Emadi dilaporkan telah tiba di Semenanjung Gaza pagi Ahad kelmarin melalui pintu masuk sempadan Beit Hanoun.
Tujuan lawatan Al-Emadi adalah untuk mengaktifkan semula usaha membawa pihak-pihak bertelagah iaitu kumpulan pejuang Palestin dan rejim zionis Israel ke meja rundingan serta mencari mekanisma baru dalam menyalur bantuan kewangan kerajaan Qatar bagi wilayah yang terkepung itu.
Qatar telah memutuskan untuk memperuntukkan sebanyak $150 juta kepada Semenanjung Gaza, di mana $90 juta disalurkan untuk gaji tenaga kerja sektor awam manakala $60 juta lagi untuk janakuasa elektrik.
sumber : http://english.palinfo.co
penterjemah : nor syuhada

Rabu , 13-03-2019 – Pada Ahad, Hamas berkata yang pembentukan kerajaan baru oleh presiden pihak berkuasa Palestin (PA) tanpa persetujuan kebangsaan merupakan monopoli kuasa dan perlanggaran perjanjian rundingan yang ditandatangani sebelum ini.
Jurucakap Hamas, Fawzi Barhoum berkata dalam satu kenyataan ringkas yang kerajaan baru itu akan memisahkan Tebing Barat dari Semenanjung Gaza dan menyebabkan perpecahan dalaman.
Barhoum menekankan yang Hamas tidak mengiktiraf kerajaan baru yang terpisah kerana ia tidak mendapat persetujuan kebangsaan.
sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Rabu , 13-03-2019 - Gerakan Pejuang Islam Hamas, Ahad (10/3) mengatakan bahawa struktur pemerintahan Mahmud Abbas yang baharu tanpa persetujuan nasional. Tindakan sepihak, lari dari tanggung jawab serta tidak mengikut tuntutan pemuafakatan. Jurucakap gerakan Hamas, Fauzi Barhum dalam pernyataan akhbarnya mengatakan, pemerintahan Otoriti Palestin yang baharu ini adalah bentuk pemisahan antara Tebing Barat dan Gaza yang tentu akan memperluaskan lagi jurang perpecahan selama ini.
Dengan ini Hamas menegaskan, pihaknya tidak akan menerima pemerintahan sepihak dan terpisah yang telah keluar daripada kesepakatan nasional. Sepatutnya cara yang paling baik untuk memperbaiki keadaan Palestin adalah dengan menyusun pemerintahan persatuan naional dan menyelenggarakan pilihan raya yang menyeluruh, sama ada pilihan raya presiden mahupun Parlimen dan Dewan Nasional.
Pada Ahad (10/3) Mahmud Abbas meminta Muhammad Asytaih dan anggota jawatankuasa pusat gerakan Fatah untuk menyusun setruktur pemerintahan baru. Langkah penyusunan pemerintahan baru ini akan memperluaskan lagi perpecahan antara Fatah dan Hamas yang belum sepakat berkaitan usaha pemuafakatan sejak 2007. Kali terakhir kesepakatan tahun 2017, kegagalan pemuafakatan sebelum ini adalah disebabkan oleh pertentangan dan perbezaan sejumlah isu kritikal, diantaranya sikap keras kepala Hamdallah dalam pelaksanaan kesefahaman.
sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : osman