Categories
Berita Semasa

Pertelingkahan tercetus ketika pengebumian seorang warga Palestin

Khamis, 21-04-2016 – Pertelingkahan ganas tercetus pada petang Ahad di kem pelarian Aroub di utara al-Khalil ketika pengebumian Ibrahim Baradiya yang terbunuh akibat tembakan oleh Israel pada Khamis.

Ribuan warga Palestin berarak pada pengebumian bekas tahanan yang berusia 54 tahun itu, manakala puluhan lagi berkumpul di pintu masuk kem dan membaling batu ke arah tentera rejim.

Pasukan sokongan tentera rejim dikejarkan ke kawasan itu. Mereka melepaskan tembakan ke arah para pemuda yang kemudinnya membalas dengan menutup jalan menggunakan tayar-tayar yang dibakar.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Abu Zuhri: Penolakan Fatah terhadap pelabuhan Gaza menunjukkan sokongan beliau ke atas pengepungan Israel

Khamis, 21-04-2016 – Jurucakap Hamas, Sami Abu Zuhri menyifatkan dakwaan terkini Fatah mengenai perbincangan yang sedang berlangsung antara pendudukan Israel dan kumpulannya sebagai “tuduhan tidak masuk akal”.

Dalam kenyataan akhbar yang dikeluarkan petang Ahad, Abu Zuhri menafikan sekeras-kerasnya dakwaan Fatah bahawa kumpulannya telah menjalankan rundingan dengan pihak berkuasa Israel berkenaan penubuhan pelabuhan di Semenanjung Gaza.
Dakwa Abu Zuhri lagi, penolakan Fatah terhadap pelabuhan Gaza mencerminkan sokongannya terhadap pengepungan berterusan Israel ke atas Gaza.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zaina

Categories
Berita Semasa

Al Qassem: Tahanan akan bebas setelah rundingan pertukaran dibuat.

Khamis, 21-04-2016 – Brigade al- Qassem, sayap tentera Pergerakan Hamas dalam satu kenyatan yang disiaran melalui televisyen pada hari Ahad kelmarin, berikrar akan membebaskan semua tahanan warga Palestin samada yang dipenjara atau ditahan di penjara Israel.

Sempena sambutan Hari Pembebasan Tahanan, Jurucakap Brigade itu, Abu Obeida menjelaskan bahawa rundingan pertukaran tawanan yang baru dengan pihak Israel akan dijalankan. Tambah beliau lagi, ” Kami akan menunaikan apa yang telah kami janjikan pada mereka (Para tahanan) walau apa pun yang berlaku. ” Sambung beliau lagi, ” Kami harap dengan apa yang kami ada, rundingan yang lebih bermaruah akan dapat dicapai dan seterusnya akan memuaskan bangsa dan negara kami.”

Abu Obeida menegaskan bahawa, ” Pemimpin rejim Israel perlu tahu bahawa tahanan tersebut dilindungi oleh kami yang berani.” Beliau juga telah memberi amaran bahawa pihak rejim Israel akan menanggung akibat dari setiap jenayah yang mereka lakukan. Pada masa ini, 7200 warga Palestin ditahan di penjara Israel di mana 450 adalah kanak-kanak manakala 69, perempuan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainuddin

Categories
Berita Semasa

Pertempuran tercetus di kem Aroub

Khamis, 21-04-2016 – Pertempuran ganas berlaku pagi Ahad di pintu masuk ke kem pelarian Aroub utara al -Khalil untuk hari kedua berturut-turut.

Sumber tempatan berkata bahawa pemuda Palestin membaling batu juga botol kosong ke arah kenderaan tentera Israel yang ditempatkan di jalan pintas No. 60 menghubungkan bandar antara Beit Ummar dan bulatan Etzion. Sebahagian tentera Israel, melepaskan bom gas pemedih mata dan bom asap yang banyak dan secara rawak ke arah belia tempatan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor syuhada

Categories
Berita Semasa

Bahar mendesak parlimen antarabangsa menyokong Persoalan Palestin

Khamis, 21-04-2016 – Timbalan Speaker Pertama Majlis Perundangan Palestin (PLC) Ahmad Bahar meminta parlimen dunia untuk menyokong Persoalan Palestin dan memberi perlindungan kepada tempat-tempat suci Islam dan Kristian serta mencari jakan penyelesaian kepada serangan berulang peneroka Israel ke Masjid Aqsa.

Ketika menyertai forum parlimen antarabangsa yang telah diadakan pada hari Ahad di Gaza oleh blok Pertukaran dan Pembaharuan di PLC, Bahar menuntut Parlimen Eropah bersama-sama semua kesatuan parlimen untuk memberi tekanan kepada kerajaan negara mereka dalam usaha untuk menghentikan penahanan Ahli Parlimen Palestin oleh pihak Israel.
Beliau menggesa kesatuan parlimen antarabangsa untuk menamatkan keanggotaan Knesset Israel berikutan undang-undang yang bersifat perkauman yang bertentangan dengan undang-undang kemanusiaan antarabangsa.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zaina

Categories
Berita Semasa

Pelarian Palestin mendapatkan perlindungan bersama pelarian di selatan Syria

Khamis, 21-04-2016 – Pertempuran berdarah antara pengganas Daesh dan kumpulan pembangkang bersenjata memaksa beratus-ratus pelarian Palestin di selatan Syria untuk berpindah ke Wadi Yarmouk dan kawasan-kawasan lain kerana takut dibunuh, lapor kumpulan hak asasi manusia pada hari Selasa.

Menurut laporan oleh Kumpulan Tindakan untuk rakyat Palestin di Syria, pertempuran maut di selatan Syria memaksa beratus-ratus pelarian Palestin melarikan diri ke Wadi Yarmouk, al-Ajami, dan al-Muzeireeb kerana takut dibunuh.
Beberapa pelarian telah kehilanganan tempat tinggal dan manakala pelarian lain mencari tempat perlindungan selamat untuk anak-anak mereka yang kebuluran.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zaina

Categories
Berita Semasa

3 Pemuda Yang Ditangkap di Ramallah Diseksa di Penjara OP

Isnin, 18-04-2016 – Yayasan Perlindungan Tawanan dan HAM Palestin “Adh-Dahamir”, Isnin(11/4), memberitahu bahawa tiga pemuda yang hilang di Ramallah dan juga tahanan yang lain, mengalami penyeksaan saat pemeriksaan. Mereka dilarang tidur dan harus menjalani soal siasat terus-menerus, dipukul seluruh tubuh, dicaci dan dilarang mandi.

Dalam keterangan yang dikeluarkan pada hari Isnin (11/4), Yayasan Adh-Dhamir mengatakan bahawa pengadilan di Ramallah melanjutkan penahanan lima pemuda Palestin untuk melanjutkan pemeriksaan mereka.

Kelima-lima tahanan tersebut adalah Basil A’raj berusia 33 tahun, Muhammad Harab berusia 23 tahun, Haitsam Sayyaj, 19, Muhammad Salamin, 19, dan Ali Darusy Syaikh berusia 22 tahun.

sumber : COMES
penterjemah : asyraf arshad

Categories
Berita Semasa

16 orang diusir daripada Al Aqsa sejak awal April

Isnin, 18-04-2016 – Bilangan rakyat Palestin yang dibuang daripada Masjid Al-Aqsa meningkat kepada 16 orang sejak awal April ini. ‘Quds Press’ mendapati, pihak berkuasa zionis telah mencabut 16 kerakyatan orang Palestin bagi tempoh 15 hari hingga 6 bulan dan yang terbaru mengusir seorang penduduk Palestin daripada Al-Aqsa selama sebulan.

Mahkamah “perdamaian Israel” telah mengeluarkan perintah mengusir Muhammad Jabbarin (daripada penduduk bandar Umm al-Fahm dalam wilayah Palestin yang dijajah) selama sebulan daripada masjid Al-Aqsa sejurus selepas beliau dibebaskan pada hari Isnin baru-baru ini setelah ditahan hampir seminggu yang lalu.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : silmi

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis melepaskan tembakan, dan mencederakan penggembala Palestin di Gaza

Isnin, 18-04-2016 – Seorang penggembala Palestin telah ditembak dan dicederakan pada petang Isnin apabila tentera rejim Israel (IOF) menembak seorang warga Palestin di kawasan sempadan timur Juhr al-Dik di Semenanjung Gaza tengah.

Sumber tempatan mengesahkan penggembala yang cedera itu dibawa ke Hospital Shuhada di Deir al-Balah untuk rawatan.

Serangan oleh IOF ke atas para petani, nelayan dan orang awam di Gaza telah menjadi satu rutin sejak Israel menerima perjanjian gencatan senjata yang didalangi Mesir pada 2014.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Tentera rejim Israel tamatkan siasatan kes tembak mati remaja Palestin.

Isnin, 18-04-2016 – Pihak peguam bela tentera Israel, memutuskan untuk menamatkan siasatan ke atas kes pegawai kanan tenteranya yang menembak mati seorang remaja Palestin berdekatan Ramallah tahun lalu, demikian kenyatan akhbar yang dikeluarkan pihak tentera rejim Israel.

Seorang pegawai tentera Israel, Yisrael Shomer didapati telah menembak mati Muhammad Hani al- Kasbah, 17 tahun di bahagian kepala dan dada pada 3 Julai, 2015 selepas remaja tersebut membaling batu ke arah kenderaan tentera rejim berhampiran pos kawalan Qalandiya, selatan Ramallah.

Menurut kenyataan yang dibuat pada hari Ahad kelmarin, pihak peguam bela membuat kesimpulan bahawa perbuatan pegawai itu bukanlah satu kesalahan jenayah dan dengan itu, tindakan undang-undang tidak perlu dikenakan terhadapnya.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

17 Cedera dalam Pergelutan di Isawiyah al-Quds

Selasa, 12-04-2016 – Pasukan penjajah Zionis pada Selasa(5/4) malam pulang dari desa Isawiyah, setelah terjadi pergolakan yang kemuncak yang berlangsung sejak petang tersebut yang mengakibatkan 17 cedera ditembak dan berpuluh yang lain mengalami sesak nafas.

Ketua Paramedik di Isawiyah, Fuad Ubaid, menjelaskan bahawa dalam pergelutan dan pergolakan yang terjadi telah mengakibatkan kecederaan dan kesesakan nafas kerana telah menghidu gas pemedih mata oleh pasukan penjajah Zionis.

Saksi yang menyaksikan kejadian berkata bahawa pasukan penjajah Zionis telah menyerbu desa Isawiyah dari gerbang barat dan barat laut. Mereka bergerak ke penjuru desa dan melepaskan gas pemedih mata, meriam ke arah pemuda dan penduduk yang ada. Sniper-sniper yang dilepaskan mengena atap rumah-rumah penduduk. Para pemuda membalas serangan dengan melempar batu dan molotov ke arah pasukan penjajah Zionis.

sumber : COMES
penterjemah : asyraf arshad

Categories
Berita Semasa

Pasukan Israel Diserang di Ramallah, Pemuda Palestin Cedera di Nablus

Selasa, 12-04-2016 – Para pemuda intifadhah menyerang pasukan penjajah Zionis dengan molotov di Jalan Protokol berdekatan penempatan Yahudi Benjamin di kota Ramallah, wilayah tengah Tebing Barat.

Sumber-sumber Palestina menyebutkan bahawa pasukan penjajah Zionis melepaskan tembakan peluru tajam, meriam gas dan meriam bunyi di lokasi dan melakukan sekatan jalan raya. Mereka menahan kenderaan penduduk dan menghalang mereka melalui jalan menuju kota Nablus.

Sementara itu konfrontasi sengit meletus di kampung Bet Furik di timur kota Nablus, di wilayah utara Tebing Barat antara pasukan penjajah Zionis dengan para pemuda kampung. Seorang pemuda cedera di tembak di persimpangan kampung Bet Dajn dekat Bet Furik.

sumber : COMES
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis menutup kedai , menahan budak lelaki di bandar Huwara

Selasa, 12-04-2016 – Regim Zionins Israel ( IOF) pada pagi Selasa menutup perniagaan penduduk Palestin di bandar Huwara , selatan bandar Nablus, dengan alasan bahawa kereta orang Yahudi telah direjam oleh seorang budak lelaki tempatan.

Sumber tempatan memberitahu Pusat Maklumat Palestin ( PIC) bahawa sejumlah besar tentera Israel di seluruh jalan utama di bandar, telah memaksa pemilik stor untuk menutup perniagaan mereka dan menyekat jalan penempatanYitzhar dari kenderaan orang Palestin.

Sumber itu menambah bahawa tentera yang menyerang menahan seorang remaja semasa pertempuran dengan budak lelaki tempatan di dalam kawasan bandar.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor syuhada

Categories
Berita Semasa

Seorang pemuda Palestin cedera dalam pertelingkahan dekat Kampung Nablus

Selasa, 12-04-2016 – Seorang pemuda Palestin cedera di Kampung Beit Furik, timur bandar Nablus pada Selasa ketika pertelingkahan di antara rejim Israel (IOF) dan para pemuda di kampung itu.

Sumber tempatan memberitahu wartawan PIC yang Munther Khatatbe telah cedera pada tangannya akibat tembakan peluru getah dalam pertelingkahan yang berlaku di persimpangan Beit Dajan.

Mereka berkata, yang pertelingkahan itu tercetus setelah tentera rejim meninggalkan Beit Dajan di mana mereka menyerahkan pemberitahuan pemusnahan dan merampas sebuah traktor.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Rejim Israel roboh rumah milik warga Palestin di Jericho.

Selasa, 12-04-2016 – Rejim Israel bertindak meroboh 4 buah rumah milik warga Palestin di selatan bandar Jericho, timur Tebing Barat pada petang Isnin, kelmarin. Menurut kata penduduk tempatan, jentolak telah digunakan bagi meruntuhkan sederet bangunan yang terdiri dari 4 buah rumah kediaman milik Muhammad Shahdeh al-N’joum, seorang penduduk tempatan.

Gabenor Jericho, Majid al-Fetyani berkata, tindakan pihak rejim Israel merobohkan rumah milik warga Palestin itu merupakan salah satu dari polisi penghapusan etnik yang dilakukan pihak rejim dan ia menunjukkan sikap sebenar rejim yang sememangnya tidak berminat untuk berdamai.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah :zainuddin