Categories
Berita Semasa

Hamas menolak kerajaan baru yang terpisah

Rabu , 13-03-2019 – Pada Ahad, Hamas berkata yang pembentukan kerajaan baru oleh presiden pihak berkuasa Palestin (PA) tanpa persetujuan kebangsaan merupakan monopoli kuasa dan perlanggaran perjanjian rundingan yang ditandatangani sebelum ini.

Jurucakap Hamas, Fawzi Barhoum berkata dalam satu kenyataan ringkas yang kerajaan baru itu akan memisahkan Tebing Barat dari Semenanjung Gaza dan menyebabkan perpecahan dalaman.

Barhoum menekankan yang Hamas tidak mengiktiraf kerajaan baru yang terpisah kerana ia tidak mendapat persetujuan kebangsaan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati


Categories
Berita Semasa

Hamas Tidak Mengiktiraf Pemerintahan Baharu Abbas Yang Terpisah


Rabu , 13-03-2019 - Gerakan Pejuang Islam Hamas, Ahad (10/3) mengatakan bahawa struktur pemerintahan Mahmud Abbas yang baharu tanpa persetujuan nasional. Tindakan sepihak, lari dari tanggung jawab serta tidak mengikut tuntutan pemuafakatan. Jurucakap gerakan Hamas, Fauzi Barhum dalam pernyataan akhbarnya mengatakan, pemerintahan Otoriti Palestin yang baharu ini adalah bentuk pemisahan antara Tebing Barat dan Gaza yang tentu akan memperluaskan lagi jurang perpecahan selama ini.

Dengan ini Hamas menegaskan, pihaknya tidak akan menerima pemerintahan sepihak dan terpisah yang telah keluar daripada kesepakatan nasional. Sepatutnya cara yang paling baik untuk memperbaiki keadaan Palestin adalah dengan menyusun pemerintahan persatuan naional dan menyelenggarakan pilihan raya yang menyeluruh, sama ada pilihan raya presiden mahupun Parlimen dan Dewan Nasional.

Pada Ahad (10/3) Mahmud Abbas meminta Muhammad Asytaih dan anggota jawatankuasa pusat gerakan Fatah untuk menyusun setruktur pemerintahan baru. Langkah penyusunan pemerintahan baru ini akan memperluaskan lagi perpecahan antara Fatah dan Hamas yang belum sepakat berkaitan usaha pemuafakatan sejak 2007. Kali terakhir kesepakatan tahun 2017, kegagalan pemuafakatan sebelum ini adalah disebabkan oleh pertentangan dan perbezaan sejumlah isu kritikal, diantaranya sikap keras kepala Hamdallah dalam pelaksanaan kesefahaman.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : osman
Categories
Berita Semasa

Falk: Warga Palestin mangsa jenayah Israel.

Isnin , 11-03-2019 – Bekas Pelapor Khas PBB bagi Hak Asasi Kemanusiaan di Palestin, Richard Falk menyatakan bahawa warga Palestin adalah pihak yang menjadi mangsa kepada perbuatan jenayah dan amalan diskriminasi rejim zionis Israel.

Rakyat Palestin telah tersisih dan terdedah kepada dasar Apartheid di tanah air mereka sendiri, demikian jelas Falk dalam satu kenyataan medianya.

Bekas pegawai PBB itu menekankan pentingnya untuk rakyat Palestin memainkan peranan dalam mencorak masa depan negara, mempertahankan hak asasi kemanusiaan dan menghadapi hidup sukar setiap hari, sambil menambah bahawa masa depan Palestin bergantung kepada perjuangan secara aman.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin

Categories
Berita Semasa

Pesawat Israel Lancar Rangkaian Serangan di Barat Khan Yunis


Isnin , 11-03-2019 - Pesawat-pesawat tempur Israel kembali melancarkan serangkaian serangan udara berdekatan pelabuhan di pantai laut Khan Yunis di Semenanjung Gaza selatan, Khamis pagi. Menurut wakil Pusat Informasi Palestina, pesawat drone penjajah menembak peluru di sekitar pelabuhan sebelah barat Khan Yunis, sebelum pesawat tempur Zionis kembali menyerang dengan mengebom tempat itu bagi kali kedua.

Ledakan besar kedengaran, namun tiada yang terkorban. Setengah jam kemudian, pesawat tempur Israel melancarkan dua serangan baru di tempat yang sama. Serangan ini menyebabkan penduduk menjadi panik. Ini adalah hari keempat berturut-turut pesawat Israel melancarkan serangan terhadap kedudukan pejuang dan tempat awam di Semenanjung Gaza.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : osman
Categories
Berita Semasa

Pesawat Tempur Israel Kembali Melakukan Serangan

Khamis , 07-03-2019 -  Pesawat-pesawat tempur Israel terus melancarkan beberapa serangan udara di lokasi pejuang Palestin di Semenanjung Gaza pada Selasa (5/3/2019) malam. Wartawan Pusat Informasi Palestina mengatakan bahawa pesawat tempur Israel menembak sekurang-kurangnya dua bom di pos perjuangan "Badr" yang terletak di selatan Kota Gaza. 

Pesawat tempur Israel melakukan serangan dan melepaskan bom ketiga di lokasi yang sama beberapa ketika selepas itu. Wartawan Pusat Informasi Palestina menjelaskan bahawa pengemboman itu menyebabkan kerosakan teruk di lokasi serangan. Terdengar ledakan besar, namun tiada yang terkorban. Sumber-sumber Israel mendakwa bahawa serangan tersebut dilakukan sebagai respon atas jatuhnya belon peledak berdekatan sebuah rumah di kompleks penempatan Israel "Eshkol".

Ledakan belon menyebabkan kerosakan di lokasi jatuhnya belon. Ketegangan dan pertempuran antara pejuang Palestin dan penjajah Israel kembali terjadi setelah pasukan penjajah Israel mengebom sejumlah pos dan pusat-pusat pejuang Palestin dengan alasan adanya peluncuran belon peledak ke wilayah Israel di pinggir Semenanjung Gaza.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : osman
Categories
Berita Semasa

Sayap kanan Israel menyeru pembinaan kuil Yahudi di Masjid Aqsa

Khamis , 07-03-2019 – Pemimpin sayap kanan telah menyeru rejim Israel agar membina satu kuil Yahudi di dalam dataran Masjid Aqsa.

Menurut The Jerusalem Post pada Selasa, satu kumpulan besar pemimpin sayap kanan Israel menggesa kerajaan mereka agar membina satu kuil untuk upacara Yahudi.

Akhbar itu mengesahkan yang para pemimpin sayap kanan turut membincangkan ketika mesyuarat yang diadakan pada Selasa lepas tentang kemungkinan meletakkan tanda menuju ke arah kuil tersebut.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nuridawati

Categories
Berita Semasa

Pendatang Yahudi cemari kesucian Masjid al-Aqsa.

Khamis , 07-03-2019 – Sekumpulan pelampau Yahudi bertindak memasuki Masjidil al-Aqsa dengan diiringi anggota polis Israel.

Menurut kata pihak Wakaf Islam, polis rejim bersama 30 orang pendatang Yahudi telah memasuki masjid tersebut pàda awal pagi dan melakukan upacara sembahyang mengikut ajaran Talmud berhampiran lapangan Bab al-Rahmah.

Pada masa yang sama, kelihatan empat pegawai perisikan Israel turut berada kawasan itu, demikian kata pihak Wakaf itu lagi.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin

Categories
Berita Semasa

Markas pejuang di utara Gaza dibom dalam serangan udara Israel

Rabu , 06-03-2019 – Kapal terbang perang Israel pada malam Ahad mengebom markas pejuang di utara Gaza. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Sumber tempatan memberitahu wartawan Pusat Maklumat Palestin (PIC) yang satu drone Israel melepaskan sekurang-kurangnya satu peluru berpandu ke arah markas pejuang, menyebabkan kerosakan barang di kawasan itu.

Dalam satu kejadian terdahulu, 3 warga Palestin mengalami kecederaan akibat tembakan peluru ketika protes di sempadan Gaza.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Hamas seru pejuang balas jenayah Israel di Ramallah.

Rabu , 06-03-2019 – Pertubuhan Pergerakan Hamas mengutuk satu kejadian serangan maut dengan senjata api yang berlaku di barat Ramallah dan menggambarkan akan “mentaliti penjenayah yang ada pada tentera rejim zionis Israel” serta menegaskan jenayah seperti itu menjadi satu lagi bukti betapa rejim penjajah itu perlu dihalau keluar dari tanah Palestin.

Ia menjadi jawapan kepada perbuatan jenayah yang dilakukan oleh anggota tentera rejim di Kafr Ni’ma yang terletak di bahagian barat Ramallah pada awal pagi hari Isnin kelmarin. Serangan senjata api itu telah mengorbankan dua pemuda warga Palestin dan mencederakan seorang lagi, dimana mangsa telah didakwa cuba melakukan serangan dengan menggunakan kereta yang dipandu laju dan melemparkan bom Molotov Cocktail.

Hamas meminta para pejuang Palestin yang ada di Tebing Barat agar membalas balik jenayah yang telah mengorbankan dua penduduk Palestin itu dan percaya bahawa serangan balas yang bakal dilakukan akan setimpal dengan jenayah yang telah berlaku.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainuddin

Categories
Berita Semasa

Haneyya: kami akan terus berusaha menghentikan jenayah Israel di penjara

Selasa , 05-03-2019 – Ketua biro politik Hamas Ismail Haneyya telah menekankan yang gerakan itu sedang mengikuti kempen Israel yang semakin menjadi-jadi ke atas tahanan Palestin di penjara. Hamas juga mempunyai hubungan dengan Jawatankuasa Tertinggi Gerakan Tahanan.

Dalam satu kenyataan akhbar pada Isnin, Haneyya berkata yang kepimpinan Hamas akan terus berusaha menghentikan jenayah Israel ke atas tahanan Palestin dan memperakui hak serta permintaan mereka.

Pegawai Hamas memuji ketabahan dan keberanian para tahanan di penjara Israel serta menyuarakan keyakinan yang para tahanan tersebut tidak akan mengalah. 

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Polis Israel tahan pengawal keselamatan Masjidil al-Aqsa.

Selasa , 05-03-2019 – Polis rejim zionis Israel bertindak menahan seorang pegawal keselamatan yang bertugas di Masjidil al-Aqsa. Jurucakap Jabatan Wakaf Islam, Baitulmuqaddis, Feras al-Dibs berkata bahawa anggota polis rejim menahan Ali Hamad di pintu masuk al-Asbat dan membawanya ke pusat penyiasatan di Kota Lama.

Polis Israel menangkap berpuluh pegawai Wakaf dan pegawal keselamatan masjid yang terletak di Kota Lama, Baitulmuqaddis itu selepas mereka mengadakan sembahyang berjemaah sempena pembukaan semula ruang solat, Bab al-Rahman pada hari Jumaat minggu lepas setelah 16 tahun tempat itu ditutup.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainuddin

Categories
Berita Semasa

Gabenor Baitulmuqaddis antara warga Palestin yang ditahan oleh tentera Israel

Selasa , 05-03-2019 – Sejumlah warga Palestin telah ditahan dan kediaman orang awam digeledah oleh tentera rejim zionis sebelum subuh Rabu Tentera rejim mengaku bertanggungjawab menculik 8 warga Palestin dari Tebing Barat atas tuduhan terlibat dengan aktiviti anti penjajahan.

Peguam Muhammed Mahmoud berkata yang tentera rejim menahan 22 warga Palestin di bandar al -Issawiya.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Israel Lancar Rangkaian Serangan Udara di Wilayah Tengah Gaza



Selasa , 05-03-2019 - Pesawat penjajah Zionis Israel pada Rabu (27/2/2019) malam telah melancarkan serangkaian serangan udara di lokasi perlawanan Palestin di barat daya Deir Balah di wilayah tengah Semenanjung Gaza. Menurut wartawan Pusat Informasi Palestina, pesawat helikopter penjajah Zionis Israel menembak dua buah bom ke sebuah lokasi Brigade Al-Qassam di pantai barat daya Deir Balah.

Sumber ini menambah bahawa beberapa minit setelah pengeboman ke lokasi tersebut pesawat Israel meneruskan dengan melancarkan serangan empat bom berpandu dalam dua serangan berlainan. Terdengar bunyi ledakan besar dari serangan pengeboman tersebut. Penjajah Israel mendakwa bahawa serangan tersebut dilakukan setelah ada pelepasan belon api ke arah penempatan Israel di pinggir Semenanjung Gaza, salah satunya jatuh di rumah penduduk Israel dan menyebabkan kerosakan. Demikian menurut sebuah pernyataan yang dikeluarkan pihak penjajah Israel.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : osman
Categories
Berita Semasa

Tahanan warga Palestin lumpuh mulakan mogok lapar.

Khamis , 28-02-2019 – Seorang tahanan warga Palestin yang lumpuh dan berasal dari al-Khalil, Moataz Abidu memulakan mogok laparnya tanpa menyatakan sehingga bila ianya akan berakhir. Mogok dilakukan kerana membantah keputusan lanjutan tempoh penahanan di penjara tanpa bicara yang dikenakan keatasnya.

Pertubuhan Tahanan Warga Palestin (PPS) berkata, sebaik sahaja beliau mengistiharkan dirinya mogok, dia terus dihantar ke bilik kurungan berasingan.

Semasa ditahan pada 2011, dia cedera ditembak menyebabkan kaki kirinya lumpuh sementara kaki kanan menjadi lemah dan tidak boleh digerakkan, tambah pertubuhan itu lagi.


sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainuddin

Categories
Berita Semasa

50 pengawal Aqsa memasuki kawasan Bab al-Rahma

Khamis , 28-02-2019 – Kira-kira 50 pengawal Masjid Aqsa pada hari Selasa memasuki kawasan Bab al-Rahma Masjid untuk menyatakan penolakan mereka terhadap kempen penahanan dan pembuangan yang dilancarkan baru-baru ini oleh polis rejim Zionis terhadap mereka.

Polis Israel menangkap sejumlah besar pegawai Awqaf Islam dan pengawal Aqsa di Jerusalem selepas mereka mengambil bahagian dalam pembukaan kawasan sholat Bab al-Rahma Jumaat lalu.

Para pegawai Awqaf yang paling terkenal yang menerima perintah pembuangan adalah Sheikh Abdul-Adheem Salhab, ketua Awqaf Islam, dan timbalannya Najeh Bukairat.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor syuhada