Categories
Berita Semasa

Lebih 3000 pelarian Palestin meninggal di Syria

Selasa, 22-09-2015 – Satu laporan hak asasi manusia melaporkan sejumlah 3,022 orang pelarian Palestin meninggal dalam konflik berterusan di Syria sejak 5 tahun lepas.

Kumpulan tindakan untuk rakyat Palestin di Syria berkata dalam kenyataannya yang 1043 pelarian telah meninggal akibat bom, 663 meninggal kerana pertelingkahan antara tentera rejim Syria dan kumpulan penentang bersenjata, manakala 415 pelarian telah meninggal akibat penderaan di penjara rejim Syria.

Kenyataan itu turut menyatakan yang sebahagian pelarian telah meninggal akibat lemas atau dalam percubaan menyeberangi sempadan Turki atau akibat kelaparan hasil daripada sekatan yang dikenakan ke atas kem pelarian Yarmouk.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Sudan memanggil mesyuarat segera untuk melindungi al -Aqsa

Selasa, 22-09-2015 – Kementerian Luar Negeri Sudan dalam satu kenyataan, mengecam pencerobohan Israel ke atas jemaah dalam Masjid al -Aqsa.

Kementerian Sudan menyifatkan perbuatan Israel terhadap pencerobohan Aqsa yang secara terang-terangan itu mensasarkan salah satu daripada tempat-tempat suci Islam yang paling suci .

Kementerian menggesa negara-negara Arab dan Islam untuk bersatu dan bekerjasama dengan semua cara yang ada untuk menghentikan pencerobohan Israel ini yang cuba untuk memecahbelahkan Aqsa yang suci.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor syuhada

Categories
Berita Semasa

Organisasi pro-Palestin di Jerman berang rejim Israel ceroboh masjid al-Aqsa

Selasa, 22-09-2015 – Beberapa kumpulan pro-Palestin yang ditubuhkan di Jerman menganjurkan perhimpunan dan kempen menyokong agar masjid al-Aqsa di Baitulmuqaddis yang sedang diduduki Israel kekal sebagai masjid suci dan tempat beribadah milik umat Islam tanpa gangguan.

Perhimpunan dengan slogan ” al-Aqsa bukan untuk dibahagi dua ” itu, diadakan di bandar Berlin pada hari Jumaat, kelmarin oleh sekumpulan masyarakat warga Palestin yang menetap di Jerman dan turut disertai oleh sekumpulan peserta wanita dan golongan muda.

Para peserta perhimpunan, menyelar tindakan rejim Israel menceroboh masjid al-Aqsa dan menyeru supaya ikatan persaudaraan di kalangan sesama Islam dapat dipertingkatkan terutama dengan jemaah Muslimin di Baitulmuqaddis.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

Tentera Israel masuk ke dalam kem pelarian Jenin, menculik 3 Palestin

Selasa, 22-09-2015 – Tentera penceroboh Israel pada subuh Ahad bergerak ke dalam kem pelarian Jenin, di utara Tebing Barat, dan menahan tiga pemuda Palestin.

Seorang wartawan berita PIC memetik sumber tempatan menyatakan bahawa berpuluh-puluh tentera Israel yang bersenjata telah menyerbu kem Jenin pada waktu subuh dan menyerang pemuda Palestin yang tidak bersenjata dengan tembakan rawak.

Serangan tersebut berakhir dengan penculikan tiga pemuda Palestin yang dikenal pasti sebagai Mo’men Husam Tuquan yang berusia 19 tahun bersama-sama dengan Haytham Hatem Nabhan dan Qays Arkawi, kedua-dua berumur 20 tahun.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : syam

Categories
Berita Semasa

Attiyah dan Kerry membincangkan Pencerobohan Israel di Masjid Aqsa

Selasa, 22-09-2015 – Menteri Luar Qatar, Khaled al-Attiyah pada Rabu berbincang melalui telefon dengan Setiausaha Negara Amerika, John Kerry tindakan agresif Israel di Masjid Aqsa.

Sumber rasmi Qatar berkata bahawa al-Attiyah menekankan keperluan untuk campur tangan Amerika Syarikat untuk melindungi rakyat Palestin dan tempat-tempat suci mereka di Baitulmuqaddis. Attiyah dipanggil untuk menghentikan aktiviti Israel dan langkah-langkah provokatif terhadap Baitulmuqaddis dan tempat-tempat suci suci mereka.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : syam

Categories
Berita Semasa

Jawatankuasa Rakyat Maghribi menggesa orang-orang Arab, umat Islam untuk mempertahankan al-Aqsa

Selasa, 22-09-2015 – Jawatankuasa Rakyat Maghribi menggesa orang-orang Arab dan umat Islam untuk segera memilih langkah-langkah yang serius untuk mempertahankan Masjid suci al-Aqsa terhadap serangan Israel.

Dalam satu kenyataan bertajuk ” Al-Aqsa kita dalam bahaya! Apa yang kita tunggu? “Jawatankuasa Rakyat Maghribi mengecam pencerobohan dan kejahatan yang dilakukan oleh kerajaan penjajah Israel dan peneroka terhadap Masjid al-Aqsa.

Jawatankuasa itu menyuarakan dengan tegas tentang ahli-ahli kakitangan pengawasan al-Aqsa yang telah diserang secara agresif oleh fanatik Israel.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : syam

Categories
Berita Semasa

Fanatik Israel merosakkan Masjid al-Ibrahimi, melumpuhkan pergerakan jemaah Islam

Selasa, 22-09-2015 – Peneroka Israel pada pagi Ahad telah merosakkan Masjid al-Ibrahimi al-Khalil dan bertindak keras terhadap penduduk asal Palestin di seluruh Kota Lama atas alasan agama.

Sumber tempatan berkata beratus-ratus peneroka Israel telah menyerang Masjid Ibrahimi sejak awal pagi. Sementara itu, jemaah Islam telah dinafikan hak untuk memasuki tempat ibadah, di mana tentera Israel yang bersenjata telah dikerahkan ke sana.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : syam

Categories
Berita Semasa

Bahar mengalu-alukan keputusan Zanoun untuk menangguhkan mesyuarat PNC

Selasa, 22-09-2015 – Dr. Ahmad Bahar, Timbalan Speaker Pertama Majlis Perundangan Palestin (PLC) menyambut baik keputusan Salim al-Zanoun menangguhkan mesyuarat Majlis Kebangsaan Palestin (PNC). Beliau dipanggil untuk membentuk pemimpin kader PLO sementara dan untuk meneruskan kerja-kerja PLC.

Dalam satu kenyataan, Dr Bahar dipanggil untuk menerima inisiatif Khaled Mishaal untuk menyelesaikan krisis dalaman Palestin. Dalam sidang akhbar, Ketua PNC Salim al-Zanoun mengisytiharkan penangguhan konvokesyen PNC yang akan diadakan pertengahan bulan September.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : syam

Categories
Berita Semasa

Pegawai Israel berpangkat tinggi cedera dalam tembak-menembak di Jenin

Selasa, 22-09-2015 – Tentera Israel mengaku bahawa seorang pegawai di unit Yamam itu cedera semasa pertempuran antara tentera Penakluk Israel (IOF) dan Palestin di Tebing Barat Jenin lewat malam Isnin.

Wartawan berita PIC memetik saksi yang menyatakan bahawa aktivis Palestin berdiri teguh di atas tanah mereka dan berhadapan satu unit khas Israel yang merempuh Jenin. Konfrontasi membawa kepada kecederaan seorang pegawai Israel berpangkat tinggi dari unit Yamam itu. Akhbar Israel, Haaretz berkata seorang pegawai dalam Yamam (anti-keganasan) unit Polis Israel telah tercedera ketika pertempuran.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : syam

Categories
Berita Semasa

Puak Yahudi Kembali Menyerbu Al-Aqsha

Isnin, 21-09-2015 – Puak Yahudi kembali menyerbu Masjidil Aqsha, Khamis lalu(17/9) dan mengelilingi halaman Al-Aqsha dengan kawalan ketat pasukan Israel.

Sumber di tempat kejadian mengatakan, sekitar 67 penduduk yahudi menyerbus Al-Aqsha melalui pintu Maghoribah, dengan dikawal pasukan polis Israel. Mereka semua dihalang oleh para aktivis yang bersedia di Al-Aqsha, dengan laungan takbir, hingga mereka keluar semula melalui pintu Silsilah.

Antara puak tersebut, ada sejumlah anggota parti Likud, mereka mengucar-ngacirkan kaum muslimin dan melakukan kecoh di depan Masjid Qubatus Sakhra, sementara yang lain menari dan bernyanyi ketika keluar dari situ.

Beberapa orang dari puak tersebut menunaikan ritual Talmud dan menjerit kata-kata provokasi bahawa tempat ini adalah ibu kota Yahudi.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : asyraf arshad

Categories
Berita Semasa

Mahkamah Israel larang gadis warga Palestin masuki Masjid al-Aqsa.

Isnin, 21-09-2015 – Sebuah mahkamah di Israel pada Rabu kelmarin, menjatuhkan perintah larangan dari memasuki masjid al-Aqsa selama satu setengah bulan ke atas seorang gadis remaja berasal dari kawasan yang diduduki rejim Israel sejak 1948 itu.

Menurut sumber media rejim Israel, majistrate mahkamah tersebut mengeluarkan perintah kepada Madeleine Issa supaya tidak menghampiri masjid al-Aqsa selama 45 hari serta membayar denda.

Mengikut notis pertuduhan, pihak polis rejim Israel meminta mahkamah menjatuhkan hukuman larangan selama 6 bulan, tetapi hakim mengurangkannya.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

Forum Palestin Britain (PFB) Kecam Kebisuan Masyarakat AntarabangsaTerhadap Serangan Israel Ke atas Al-Aqsa

Isnin, 21-09-2015 – Forum Palestin di Britain (The Palestinian Forum in Britain, PFB) hari ini meluahkan kemarahannya terhadap kebisuan masyarakat antarabangsa terhadap serangan Israel yang berleluasa ke atas Masjid al-Aqsa.

Kenyataan Forum tersebut dikeluarkan setelah pihak berkuasa Israel membuat keputusan untuk menghalang rakyat Palestin daripada beribadat dan masuk ke Masjid al-Aqsa disamping memudahkan akses rakyat Israel untuk memasuki Masjid atas alasan untuk hari cuti kaum Yahudi.

Kebisuan dunia Islam serta tanah Arab mengejutkan dan mengecewakan serta menimbulkan tanda tanya, ulas laporan tersebut.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor syuhada

 

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis serang tanahan Palestin ketika menahannya

Isnin, 21-09-2015 – Tentera rejim Israel (IOF) memukul teruk seorang tahanan Palestin ketika menahan beliau di al-Khalil. Peguam Kesatuan Tahanan Palestin Jaclyn Fararjeh mendedahkan bahawa tentera rejim menyerang dan menahan Musab Zuhair Halayqah, 24, dari kediamannya di al-Khalil setelah tengah malam Rabu.

Beliau mendedahkan yang tentera rejim memukul seluruh badannya terutamanya di bahagian kepala dan kaki kanan di mana beliau cedera akibat peluru Israel dalam kejadian terdahulu.

Rejim Israel memindahkan tahanan Palestin tersebut ke penjara Etzion dengan bergari dan bertutup mata. Mereka terus memukul beliau ketika memindahkannya ke penjara dan menyebabkan beliau pengsan, peguamnya memberitahu.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor syuhada

Categories
Berita Semasa

Rejim Israel (IOA) menutup sempadan Tebing Barat kerana hari cuti Yahudi.

Jumaat, 18-09-2015 – (IOA) mengumumkan pada Isnin tentang penutupan sempadan yang menghubungkan Tebing Barat dan Jordan, Semenanjung Gaza dan kawasan Palestin yang dijajah sejak 1948 disebabkan oleh hari cuti Yahudi.

Sumber tempatan memberitahu wartawan PIC yang IOA telah menutup sempadan antara Semenanjung Gaza dan kawasan Palestin yang dijajah sejak 1948. Ini menyebabkan sekatan lalu lintas ke atas warga Palestin terutamanya mereka yan bekerja di wilayah jajahan Palestin 1948.

IOA turut mengumumkan penutupan laluan al-Karama yang menghubungkan Tebing Barat dan Jordan pada Selasa dan Rabu atas alasan sama. Rakyat Palestin menderita setiap tahun akibat sekatan lalu lintas, ekonomi terjejas dan ketidakselesaan melibatkan jadual perjalanan disebakan hari cuti Yahudi.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Hilang sabar atas jenayah keganasan rejim Israel, kumpulan lindungi Masjid al-Aqsa keluar amaran keras.

Jumaat, 18-09-2015 – Warga Palestin di Gaza yang membentuk kumpulan bagi melindungi Masjid Al-Àqsa, melaungkan amaran keras bahawa mereka sudah tidak mampu lagi untuk selamanya bersabar melihat jenayah dan keganasan di masjid itu serta mengingatkan rejim Israel akan bertanggungjawab penuh jika tindakan melulu itu masih berterusan.

Kenyataan bersama itu, dikeluar dan dibacakan oleh Ismail Radwan, seorang pegawai Hamas, hasil keputusan dari mesyuarat tergempar kumpulan tersebut yang diadakan di Gaza pada hari Ahad, kelmarin.

Kenyataan tersebut menegaskan, kesabaran mereka sudah sampai ke tahap tidak mampu lagi untuk membiarkan sahaja pihak rejim Israel menguasai Masjid al-Aqsa dan akan bertindak menentang rancangan jahatnya yang hanya membenarkan penduduk Islam memasuki masjid al-Aqsa pada masa solat 5 waktu dan di ruang tertentu sahaja.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali