Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis isytihar penempatan musnah sebagai zon ketenteraan tertutup

Rabu,02-10-2013 – Tentera rejim Israel (IOF) mengistiharkan penempatan Khirbat Makhoul yang telah musnah sebagai zon ketenteraan tertutup untuk mencegah perarakan. Aref Daraghme, penegrusi perbandaran Wadi Al-Malih, berkata IOF membuat sekatan jalan raya menuju ke penempatan itu dan sekitarnya.Beliau menyatakan IOF semakin meningkatkan keberadaan mereka untuk menghalang perarakan kesatuan para aktivis dan wartawan ke penempatan itu yang telah dimusnahkan tiga kali oleh IOF sejak beberapa minggu lalu.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nuridawati

Categories
Berita Semasa

Rayuan kerajaan Gaza terhadap Mesir agar buka lintasa Rafah bagi mengelakkan bencana kemanusiaan

Rabu,02-10-2013 – Kerajaan Palestin merayu pihak berkuasa Mesir supaya mengambil kira keadaan penduduk yang dikepung di Gaza dengan membuka semula lintasan Rafah.

Kamel Abu Madi, Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Gaza, dalam sidang akhbar yang diadakan petang Ahad lalu di Rafah menyeru Mesir membuka Rafah di kedua-dua arah.

Beliau menegaskan jumlah pelepasan telah berkurangan secara mendadak tahun ini dan memburukkan lagi keadaan kemanusiaan di Gaza, sambil menyatakan lintasan itu dibuka selama enam hari sahaja sejak awal bulan ini.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Seorang ibu merayu untuk melepaskan kedua-dua anak-anaknya

Rabu,02-10-2013 – Keluarga Houtari merayu kepada pertubuhan-pertubuhan antarabangsa yang berkenaan dengan hak-hak kanak-kanak untuk campur tangan dan menuntut pembebasan dua kanak-kanak yang berada di penjara-penjara Israel.

Ibu Ali dan Mahmoud Al-Houtari, dari Qalqilia, berkata Regim Zionis Israel (IOF) menahan anak-anaknya Jun lalu ketika sedang membuat persediaan untuk peperiksaan sekolah akhir tanpa memberi sebab penangkapan itu.

Dia berkata bahawa Ali, 18 tahun, dan Mahmoud, 16 tahun, telah ditahan selama seminggu di sebuah pusat soal siasat sebelum mereka dipindahkan ke penjara Megiddo menunggu perbicaraan mereka atas tuduhan membaling Molotov koktel dan juga batu kearah askar regim IOF.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : norsyuhada

Categories
Berita Semasa

Pihak keselamatan Mesir Tangkap Dan Paksa Penduduk Palestin Mengaku Sebagai Ahli Hamas

Rabu,02-10-2013 – Sumber yang dipercayai dari pihak keselamatan Mesir dan Palestin mengingatkan penangkapan yang dilakukan pihak keamanan Mesir terhadap sejumlah pemuda Palestin yang memiliki identiti Mesir dan Palestin di Sinai baru-baru ini merupakan bahagian dari rancangan memperketat sekatan Gaza, yang berasaskan dakwaan bahawa Hamas camputangan dalam urusan dalaman Mesir.

Sumber menyebutkan, di antara mereka yang ditangkap adalah dua orang pemuda dari keluarga Syair, Ahmad Naim Iwad Syair (15) warga Rafah Mesir, dan Hisyam Jabar Syair (16) dari Rafah Palestin, di samping dua orang dari Gaza yang dipaksa memakai baju bercetak “Brigade Al-Qassam” dan memaksa membawa senjata RPJ, serta mengancam mereka untuk mengaku sebagai anggota Al-Qassam yang dikirim untuk melakukan operasi menganggu ketenteraman Sinai.Setelah rakaman pengakuan, mereka dijanjikan pembebasan namun ternyata mereka tidak dibebaskan dan dipindahkan ke penjara Abu Za’bal.

Menurut sumber tersebutlagi, keluarga dari penduduk yang ditangkap bertekad untuk menyampaikan hal ini kepada media, untuk menjelaskan hakikat yang menimpa anak-anak mereka yang dilakukan pihak keamanan Mesir.

sumber : COMES
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Pemeriksaan di Persekitarab Ya’bad , Selatan Jenin

Selasa,01-10-2013 – Pasukan Zionis menjalankan pemeriksaan secara besar-besaran di persekitaran kota Ya’bad selatan bandar Jenin pada pagi hari Rabu. Mereka juga mendirikan sebuah halangan di pintu masuk kota itu dan memeriksa semua kenderaan.

Sumber-sumber tempatan berkata bahawa lebih 15 kenderaan tentera ditempatkan disepanjang jalan yang menghubungkan kota Ya’bad dan barat Tura, manakala pasukan tentera pula ditugaskan di kawasan ladang zaitun, utara Ya’bad untuk menjalankan pemeriksaan di kawasan tersebut.

Sumber-sumber tersebut berkata lagi, satu lagi kegiatan pemeriksaan dijalankan oleh pasukan tentera pada waktu subuh hari ini diiringi dengan melepaskan senjata api, bom serta peluru optik.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : nur farhana

Categories
Berita Semasa

Regim Zionis menghampiri pintu masuk utama ke kampung Beit Ummar, untuk menangkap pemuda

Selasa,01-10-2013 – Regim Zionis Israel (IOF) telah menutup sebuah pagar besi pintu masuk utama ke kampung Beit Ummar, utara Al-Khalil, pada malam Selasa.

Saksi memberitahu wartawan PIC bahawa tentera rejim Zionis bersama-sama dengan pegawai-pegawai perisikan dalam tiga jip tentera telah menyekat pergerakan rakyat dalam dan di luar kampung.

Mereka berkata bahawa tentera memecah masuk ke banyak rumah-rumah di kampung mencari orang-orang yang melemparkan koktel Molotov di menara tentera berhampiran kampung.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nor syuhada

Categories
Berita Semasa

Penempatan zionis dianggap melanggar perjanjian antarabangsa secara terang-terangan

Selasa,01-10-2013 – Hanna Issa, Setiausaha Agung Jawatankuasa Islam-Kristian sokongan Baitul Maqdis menganggap penempatan zionis di bumi Palestin yang diduduki termasuk Jerusalem adalah satu pelanggaran perjanjian antarabangsa secara terang-terangan.

Issa berkata dalam satu kenyataan bahawa semua penempatan zionis di Palestin berada di bawah undang-undang antarabangsa di samping pemindahan penduduk Palestin bercanggah dengan semua prinsip-prinsip antarabangsa dan Perjanjian Geneva yang keempat pada tahun 1949, di mana perjanjian ini memperincikan siri panjang larangan yang dikenakan ke atas kuasa penjajah, dan intipati perjanjian ini pada waktu ini melarang penempatan semula penduduk Israel di Palestin.

Beliau berkata lagi, apa yang saya sahkan semula oleh banyak keputusan antarabangsa yang sah yang mengesahkan penafian mana-mana status undang-undang penempatan, dan keputusan ni juga meminta pemansuhan dan pembubaran penempatan termasuklah di Jerusalem di mana pembinaan penempatan menjejaskan hak-hak penduduk Palestin di bawah undang-undang antarabangsa.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : nadhirah

Categories
Berita Semasa

Keluarga para tahanan menuntut anak lelaki mereka dibenarkan menerima pakaian musim sejuk

Selasa,01-10-2013 – Keluarga tahanan Palestin menyeru pihak berkuasa penjara Israel untuk membenarkan mereka memberikan pakaian musim sejuk kepada para anak lelaki mereka yang ditanan di dalam penjara sebelum kedatangan musim sejuk sebagai persediaan jika Israel lambat melakukannya seperti tahun-tahun terdahulu.

Bapa kepada seorang tahanan memberitahu Pusat Kajian Tahanan Palestin bahawa tahanan Palestin yang ditahan pusat tahanan Israel terutamanya di Naqab, Nafha, Raymond, Echel, dan Halikidar di Negev tidak diberikan pakaian panas dan selimut sejak 2007.
Keluaraga-keluarga tersebut menyuarakan kerisauan tentang kekurangan barangan keperluan yang semakin meruncing terutamanya untuk menghadapi malam-malam yang sejuk di gurun, serta menggesa Palang Merah menyediakan keperluan tahanan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nuridawati

Categories
Berita Semasa

Perjuang Palestin Siap Siaga Hadapi Serangan Zionis Terhadap Gaza

Selasa,01-10-2013 – Dalam keterangan akhbar, Menteri Dalam Negeri Palestin, Fathi Hamad menghadiri pameran militan yang disebut sebagai Pasukan Keamanan Nasional Palestin di Gaza, pagi tadi (25/9). Beliau mengatakan apa yang menjadi tumpuan dalam negeri adalah menjaga keamanan dalam negeri dan melindungi bangsa dan negara. Pihaknya siap siaga menghadapi segala kemungkinan yang terjadi di Gaza.

Salah satu kewajiban pihak keselamatan dalam negeri adalah memelihara sempadan dari semua bentuk pelanggaran. Semua kejadian yang berlaku di Al-Quds adalah tindakan Yahudinisasi dan pembahagian waktu ibadah di Al-Aqsa tidak akan berlangsung lama. Semua pihak memahami bahawa di sana ada bangsa Palestin bersedia melakukan apa sahaja demi melindungi wilayahnya hingga berkuburnya setiap tentera Zionis yang telah datang secara bergerombolan ke Al-Quds. Tak ada tempat bagi mereka.

sumber : COMES
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Tentera Rejim Zionis menjadikan apartment di Jalan Syuhada, Hebron sebagai berek tentera

Khamis,26-09-2013 –Kuasa besar tentera Israel menyerbu sebuah bangunan Palestin yang terletak di tengah Jalan Syuhada’, berdekatan Masjid Al-Ibrahimi di Bandar Hebron yang terletak di selatan Tebing Barat.

Sumber-sumber tempatan melaporkan bahawa rumah yang diserbu oleh pihak tentera itu kepunyaan keluarga Abu Mayaleh, yang terdiri daripada 4 pangsapuri dan 4 kompleks perniagaan.

Kumpulan “Pemuda Menentang Penjajahan” berkata bahawa ini bukanlah pertama kali bangunan-bangunan dan rumah-rumah diserbu serta para penduduknya diusir dan dihalau dari rumah mereka oleh pihak tentera di Hebron, terutamanya sewaktu perayaan Yahudi dengan alasan untuk melindungi mereka daripada para peneroka di kawasan Masjid Al-Ibrahimi serta tidak dikuasai oleh para peneroka.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : nur farhana

Categories
Berita Semasa

Kejadian Besar Menanti Palestin

Khamis,26-09-2013 – Pada kedua-dua bahagian peta keadaan Palestin pada hari ini, dua garisan strategi yang terdapat dalamnya semua peristiwa dan jangkaan peristiwa yang akan berlaku mula terlukis. Mungkin kita boleh menganggapnya sebagai satu permulaan kepada peristiwa besar yang mula jelas petandanya.. Dua garisan itu ialah (perhimpunan politik) rakyat Palestin dan ketidakupayaan kepimpinan dalam bergerak dan bertindak di luar kehendak dan pengiktirafan Israel.

Dua garisan ini merupakan satu sekatan kepada keadaan Palestin. Ianya dianggap dalam penentuan strategi sebagai permulaan penting bagi melancarkan gerakan kebangkitan ketiga yang sedang menanti yang dijangka semua kekeliruan politik yang memecahbelahkan
kepimpinan akan menguasai jalan intifadah itu.. Saya yakin ianya tidak akan kekal tanpanya – bersandarkan kepada kebangkitan sebelum ini (1987, 2000) – kecuali percikan pelancaran atau berlakunya permulaan yang mungkin menjadi musuh Mesir terhadap rintangan di Ghaza, atau tibanya pengepungan yang dasyat atau mengisytiharkan kegagalan rundingan atau kemasukan zionis ke masjid al-Aqsa atau penolakan sebahagian daripadanya atau mugkin lebih sedikit daripada itu – hanya peristiwa selamat daripada musuh.. dan semua itu amat rapat atau lebih rendah dari itu.

Untuk kita mengingati kebangkitan sebelum ini 1987 dan 2000, dan meninjau apa yang telah kita katakan tentang dua permulaan dan kejadian di situ.. pada kebangkitan pertama bermulanya (penutupan politik) sebelum 5 tahun lalu, dan khususnya pada 1982 dan
keluarnya tentera pertubuhan daripada Beirut dan perpecahannya serta kesibukannya dengan perkara yang tidak penting (kemungkinan bukan darinya) revolusi, dan menampakkan (ketidakupayaan kepimpinan Palestin) pada jarak jauh secara material dan moral dan penolakannya baru ini menyerupai rungutan dan bisikan tentang idea Persidangan Keamanan Antarabangsa.. maka Beliau datang pada peristiwa itu ketika ketua komander Israel sengaja berlari ke satu kumpula pekerja Palestin

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : nadhirah

Categories
Berita Semasa

Pusat pemeriksaan tentera Zatara belasah tiga pemuda & tahan seorang darinya

Khamis,26-09-2013 – Tentera ZIonis Israel (IOF) memukul secara fizikal tiga pemuda dan menahan salah seorang daripada mereka selepas memintas mereka di pusat pemeriksaan tentera Zatara, selatan bandar Nablus.

Persatuan tahanan Palestin berkata pusat pemeriksaan IOF di Zatara itu memukul dengan kejam Wajdi Shalabi, 21 serta dua daripada rakan-rakannya sebelum membawanya ke pusat tahanan pagi Rabu lalu.

Persatuan ini mengesahkan tentera memaksa tiga pemuda itu menanggalkan baju untuk tujuan pemeriksaan dan cuba mengganggu Shalabi sambil menambah tindakan provokatif tentera itu mendorong rakannya cuba untuk melawan penahanan mereka.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Palestin Minta Mesir Kaji Semula Hukuman Terhadap Nelayan Gaza

Khamis,26-09-2013 – Jurucakap pemerintah Palestin, Ihab Gasin dalam pernyataanya meminta pemerintah Mesir mengkaji semula hukuman terhadap lima nelayan Gaza yang ditangkap di perairan Mesir, beberapa hari yang lalu dengan alasan memasuki perairan Mesir tanpa izin.

Gasin menegaskan, Khamis (19/9) hukuman tahanan ini akan meningkatkan ketegangan dua saudara, Gaza dan Mesir. Apa yang terjadi semalam sangat berbahaya bagi pemerintah Mesir mahupun Palestin.

Oleh kerana itu, pihaknya terus berhubung dengan pihak Mesir untuk mengkaji semula keputusannya dan secara prinsip pihak Palestin merasa pelik dengan keputusan tersebut.

Rabu (18/9) kelmarin pemerintah militan Mesir menjatuhkan hukuman terhadap lima nelayan Palestin dengan penjara satu tahun dan denda 500 Junaih setiap orang, dengan dakwaan telah memasuki wilayah laut Mesir secara tidak sah.

sumber : COMES
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Mahkamah Israel mengusir Khatib dan Abu Sheikha dari Masjid Aqsa

Khamis,26-09-2013 – Majistret mahkamah Israel menghalang Sheikh Kamal Al-Khatib, timbalan ketua gerakan Islam dan penasihat Hal Ehwal Baitulmuqaddis dan Aqsa gerakan itu dari memasuki Masjid Aqsa sehingga akhir bulan ini dan mendenda mereka sebanyak 5,000 shekels.

Polis Israel berkata hakim itu menuruti permintaan mereka agar melarang dua Sheikh itu daripada mendekati lapangan Masjid Aqsa pada bulan ini dan membebaskan dengan jaminan.
Polis Israel telah mendakwa Sheikh Khatib dan Sheikh Abu Sheikha atas dakwaan mengganggu ketenteraman aam dan menganjurkan perarakan haram di Masjid Aqsa.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nur idawati

Categories
Berita Semasa

Rayuan terhadap penyingkiran Sheikh Salah dari Jurusalem

Jumaat, 20-09-2013 – Mahkamah Daerah Zionis di Jurusalem menyiasat rayuan yang dikemukakan oleh Pusat Hak Asasi Manusia Al-Mizan pada Khamis 12/9 di Nazareth yang menentang keputusan pasukan pendudukan yang melarang ketua gerakan Islam, Sheikh Raed Salah daripada memasuki Baitul Maqdis yang dijajah selama 48 tahun untuk tempoh 6 bulan.

Penasihat Gerakan Islam & Hal Ehwal Baitul Maqdis dan Al-Aqsa, Sheikh Ali Abou Sheikah meyifatkan penyingkiran Sheikh Raed Salah merupakan agenda politik Yahudi untuk menguasai Masjid Al-Aqsa. Beliau juga menafikan dakwaan Zionis yang mengatakan kehadiran Sheikh Salah secara berterusan di Jurusalem akan mencetuskan api keganasan.

Beliau menjelaskan dalam satu kenyataan untuk ” Pusat Berita Palestin” bahawa keganasan di Jurusalem tidak akan berhenti walaupun Sheikh Salah disingkirkan, serta menerangkan bahawa rayuan hari ini timbul atas keputusan pihak pendudukan yang zalim terhadap penyingkiran Sheikh Salah dari bandar Jurusalem. Beliau berkata lagi, keputusan mahkamah terhadap rayuan itu akan dikeluarkan pada hari-hari berikutnya.

penterjemah : nur farhana
sumber : http://www.palinfo.com