Categories
Berita Semasa

Puluhan tentera rejim Israel dan pendatang Yahudi menyerbu Masjid Aqsa

Khamis, 21-11-2013 – Sekumpulann 80 orang tentera rejim Israel menyerbu Masjid Aqsa pada pagi ini dengan berpakaian tentera menerusi Pintu Mughrabi, Yayasan Waqaf dan Warisan mengesahkan.

Yayasan menambah bahawa 9 pendatang Yahudi berpecah kepada 2 kumpulan untuk meyerbu Masjid Aqsa dengan kawalan tentera manakala 60 pelajar Yahudi menyerbu masuk Haram al-Sharif.

Pelajar dan pengunjung Palestin datang beramai-ramai ke masjid sejak awal pagi untuk menghadapi serbuan itu. Yayasan memperbaharui seruannya untuk mempertingkatkan kehadiran Palestin di Masjid Al-Aqsa untuk melindunginya daripada serangan yang semakin meningkat setiap hari.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nur idawati

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis memperbaharui penahanan pentadbiran ahli parlimen Palestin

Khamis, 21-11-2013 – Tentera Zionis Israel (IOA) memperbaharui penahanan pentadbiran Ahli Parlimen Palestin, Mahmoud Ramahi, 50 dan Yasser Mansour selama 6 bulan beberapa hari sebelum tarikh pembebasan mereka, menurut sumber hak asasi manusia .

Kesatuan Tahanan Palestin (PPS) Ahad lalu mengesahkan Israel menahan Ramahi pada 27 Oktober 2012 di pusat pemeriksaan Hawara , selatan Nablus manakala Mansour di rumahnya pada 24 November 2012.

Kedua-duanya telah ditahan atas alasan menghasut terhadap Israel semasa pencerobohan di Gaza pada November 2012. IOA memperbaharui penahanan pentadbiran kedua-dua Ahli Parlimen ‘buat kali kedua berturut-turut.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Enam pelarian Palestin terbunuh di Syria

Khamis, 21-11-2013 – Enam pelarian Palestin terbunuh di Syria dalam tempoh 24 jam yang lalu dalam serangan di kem-kem mereka, menurut aktivis di kem-kem mereka pada hari Isnin.

Kumpulan tindakan Palestin Syria berkata dalam siaran akhbar bahawa empat orang yang mati syahid, termasuk seorang wanita, jatuh di kem pelarian Dera yang berada di bawah serangan berat. Seorang lelaki muda terbunuh dalam kem pelarian Yarmouk, selatan Damsyik. Menurut kumpulan itu lagi lelaki muda itu telah ditembak mati oleh penembak curi ketika berjalan berhampiran sebuah sekolah menengah.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nor syuhada

Categories
Berita Semasa

UFree Tuntut Campurtangan Antarabangsa Selamatkan Pesakit Di Penjara Israel

Khamis, 21-11-2013 – Rangkaian Eropah untuk hak asasi manusia – UFree melahirkan kebimbangan yang mendalam ke atas kehidupan pesakit Palestin di penjara Israel dan mereka terdedah kepada pengabaian keperluan perubatan, mengkritik ketiadaan peranan media dalam mengetengahkan isu mereka.

Menurut UFree , terdapat 1,700 pesakit ditahan daripada 4,600 tahanan Palestin di penjara Israel , 75 daripada mereka mengalami kanser, masalah jantung , hilang upaya dan penyakit buah pinggang kronik, di samping masalah-masalah psikologi kerana keadaan penjara yang kurang memuaskan dan pengabaian perubatan yang sengaja dilakukan oleh penjara Israel.

UFree menekankan keadaan kesihatan tahanan Naim Shawamra dan Motasem Raddad yang merosot, dimana Naim mengalami distrofi otot yang menyebabkan ketidakupayaan untuk berjalan atau bercakap dan Motasem mengalami kanser kolon dan kesihatan beliau merosot secara mendadak selepas penyebaran kanser di seluruh badan beliau walaupun menjalani kemoterapi.

UFree merayu kepada Palang Merah untuk segera bekerja untuk memperbaiki keadaan pesakit Palestin di penjara-penjara Israel.

Ia juga menuntut masyarakat antarabangsa untuk semestinya memikul tanggungjawab manusia, undang-undang dan moral dan menekan rejim pendudukan Israel untuk mematuhi komitmen antarabangsa, terutamanya konvensyen keempat Geneva

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : ameen

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis melepaskan kanak-kanak Mohammed Hamid selepas mencederakan tangannya

Khamis, 21-11-2013 – Regim Zionis Israel (IOF) telah membebaskan seorang remaja lelaki Mohammed Hamid, 12, selepas dia ditangkap dan diserang, di Silwad timur Ramallah.

Rejim Zionis itu telah menculik Mohammed semasa pertempuran antara tentera Israel dan belia Palestin di bulatan Shohadaa di Silwad, selepas menuduh beliau membaling batu pada tentera Israel.Keluarganya berkata bahawa pendatang yahudi yang telah membebaskan beliau selepas tengah malam, selepas penahanan yang berlangsung selama lebih daripada tujuh jam di Ben Yamin Camp di penjara Ofer. Semasa penahanan beliau Mohammed teruk diserang oleh tentera Israel, yang menyebabkan tangannya cedera dan lebam di kepala dan seluruh badan beliau.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : norsyuhada

Categories
Berita Semasa

Langkah-langkah berjaga-jaga bagi tahanan sakit terhadap kecuaian perubatan

Khamis, 21-11-2013 – Tahanan sakit di penjara Israel mengugut supaya melakukan langkah-langkah berjaga-jaga pada masa akan datang kerana peningkatan keadaan kesihatan banduan yang ditimpa penyakit serius dan kronik termasuklah 25 kes kanser.

Ketua Jawatankuasa Popular Sokongan Tahanan Palestin di Jenin, Ragheb Abu Diak berkata dalam satu kenyataan pada hari ahad bahawa, keadaan menjadi sangat serius di kalangan tahanan terutamanya pesakit yang melakukan banyak langkah-langkah perjuangan terhadap
politik kecuaian perubatan.

Beliau menegaskan bahawa lebih satu pertiga daripada tahanan yang dijangkiti penyakit, dalam anggaran 1400 dalam keadaan yang memuaskan termasuklah 150 kes penyakit kronik dan 25 kes menghidapi kanser.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : nadhirah

Categories
Berita Semasa

Pendatang Yahudi mencemari Masjid Aqsa

Khamis, 21-11-2013 – Puluhan pendatang Yahudi memecah masuk Masjid Aqsa di Baitulmuqaddis pada pagi Ahad dengan dikawal ketat polis Israel.

Yayasan Waqaf dan Warisan Aqsa (AFEH) berkata dalam kenyataan akhbar bahawa lebih daripada 70 pendatang yang diketuai rabbi Yehudah Glick, yang merupakan salah seorang rabbi yang sangat fanatic menyeru pemusnahan Masjid Aqsa dan membina kuil atas runtuhannya telah memasuki Aqsa menerusi pintu Maghareba.

Dikatakan bahawa para pendatang memasuki masjid secara berkumpulan dan cuba menjalankan ibadat Talmudic tetapi dihalang oleh pengawal Aqsa. AFEH berkata bahawa Yehudah Glick, yang merupakan pengerusi Yayasan Warisan Kuil telah dihalang daripada memasuki Masjid Aqsa 2 minggu lalu.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nur idawati

Categories
Berita Semasa

Sumber Zionis : Peperangan akan datang Menentang Hamas akan menjadi lebih susah dan ganas

Khamis, 21-11-2013 – Laman web akhbar ‘Yedioth Ahronoth’ di internet berkata, peperangan akan datang bersama pergerakan Hamas tidak akan menjadi mudah, bahkan akan menjadi lebih susah dan ganas daripada proses ( awan jalur) tahun lepas. Laman web yang memetik daripada

sumber keselamatan Israel menjelaskan bahawa walaupun Hamas mendedahkan kesempitan pada ketika ini, akan tetapi mereka mampu bersiap sedia menghadapi mana-mana tentera bahkan persiapan Hamas melebihi berpuluh-puluh kali berbanding persediaan mereka yang lepas. Peperangan kali ini sangat berbeza. Mereka membuat sendiri senjata daripada peluru berpandu jarak sederhana buatan tempatan.
Senjata ini melebihi senjata yang dimasukkan melalui (awan jalur) roket dari Tarao M75.

Laman itu juga menyatakan bahawa, mereka berada pada tahap tentera, dan Hamas merupakan satu organisasi yang membina kekuatan dengan cara tidak membenarkan pengaruh krisis yang dikaitkan dengan mereka, tidak berundur daripada persediaan terhadap mana-mana
penentangan akan datang walaupun sekali dan strategi yang dilakukan tentera Israel terhadap Ghaza disukai Hamas. Hamas lebih menyukai peperangan kecil dalam jarak masa yang panjang seperti yang dikatakan mereka.

Sumber yang sama menjelaskan bahawa pembuatan peluru berpandu jarak sederhana model M75 dikalangan Hamas termasuklah peluru berpandu yang jaraknya sehingga 70km berkembang dan berterusan tanpa halangan. Peluru ini mampu sampai ke seluruh Tel Alviv

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : nadhirah

Categories
Berita Semasa

Protes Pelajar di Amman adalah Pakatan bersama Tahanan Jordan, Hammad pada hari Ahad

Khamis, 21-11-2013 – Kempen belia Jordan bagi menyokong tahanan di penjara Zionis dianjurkan sebagai tanda protes pelajar-pelajar di hadapan kepimpinan perdana menteri di ibu negara Jordan, Amman pada hari ahad depan. Ini adalah sebagai pakatan bersama tahanan Jordan, Alaa Hammad yang mogok lapar selama 196 hari berturut-turut.

Protes ini bermula pada pukul 4.30 petang dan disertai oleh himpunan pelajar demi tahanan, Jawatankuasa ahli keluarga dan orang-orang yang hilang, Kesatuan Pelajar Universiti Jordan dan Jawatankuasa Tahanan dan Orang-orang yang hilang di tempat
himpuanan anak-anak bani Hasan dan menggabungkan semua itu, Alaa Hammad/ Hay Nazzal.

Tahanan menghulurkan wang tunai kepada kerajaan Jordan, mereka dituduh cuai walaupun kerajaan tahu bahawa tahanan Jordan menghadapi kematian di dalam tahanan Zionis.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : nadhirah

Categories
Berita Semasa

Pertubuhan Kemanusiaan Antarabangsa menuntut Pembebasan Tahanan, Alvesasa

Khamis, 21-11-2013 – Pertubuhan Kemanusiaan Antarabangsa melahirkan kerisauan dengan keadaan tahanan Palestin yang teruk, Akram Alvesasa di penjara Israel dan menggesa pihak berkuasa Israel untuk membebaskannya dengan segera.

Pertubuhan Hak Asasi Manusia ini menjelaskan bahawa kehidupan tahanan, Akram Yusuf Mohammed Alvesasa, 30 tahun dari bandar berhampiran Hebron di Tebing Barat terdedah kepada bahaya selepas dipindahkan ke hospital di Afula dan melakukan mogok lapar
selama 45 hari bagi membantah pembaharuan tahanan pentadbiran dan tidak membawa apa-apa tuduhan kepadanya oleh pihak berkuasa Zionis.

Dinyatakan bahawa pihak berkuasa Israel mengeluarkan lebih daripada 20002 keputusan tahanan pentadbiran dengan hak tahanan palestin sejak 28 September 2000. Bilangan yang hidup di bawah tindakan ini dianggarkan pada masa kini kira-kira 150 tahanan, dibahagikan
ke penjara ‘Negev’, ‘Megiddo’, ‘Ramon’, dan ‘Ofer’.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : nadhirah

Categories
Berita Semasa

Langkah-langkah berjaga-jaga bagi tahanan sakit terhadap kecuaian perubatan

Selasa, 19-11-2013 – Tahanan sakit di penjara Israel mengugut supaya melakukan langkah-langkah berjaga-jaga pada masa akan datang kerana peningkatan keadaan kesihatan banduan yang ditimpa penyakit serius dan kronik termasuklah 25 kes kanser.

Ketua Jawatankuasa Popular Sokongan Tahanan Palestin di Jenin, Ragheb Abu Diak berkata dalam satu kenyataan pada hari ahad bahawa, keadaan menjadi sangat serius di kalangan tahanan terutamanya pesakit yang melakukan banyak langkah-langkah perjuangan terhadap
politik kecuaian perubatan.

Beliau menegaskan bahawa lebih satu pertiga daripada tahanan yang dijangkiti penyakit,dalam anggaran 1400 dalam keadaan yang memuaskan termasuklah 150 kes penyakit kronik dan 25 kes menghidapi kanser.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : nadhirah

Categories
Berita Semasa

Pendatang Yahudi mencemari Masjid Aqsa

Selasa, 19-11-2013 – Puluhan pendatang Yahudi memecah masuk Masjid Aqsa di Baitulmuqaddis pada pagi Ahad dengan dikawal ketat polis Israel.

Yayasan Waqaf dan Warisan Aqsa (AFEH) berkata dalam kenyataan akhbar bahawa lebih daripada 70 pendatang yang diketuai rabbi Yehudah Glick, yang merupakan salah seorang rabbi yang sangat fanatic menyeru pemusnahan Masjid Aqsa dan membina kuil atas runtuhannya telah memasuki Aqsa menerusi pintu Maghareba.

Dikatakan bahawa para pendatang memasuki masjid secara berkumpulan dan cuba menjalankan ibadat Talmudic tetapi dihalang oleh pengawal Aqsa. AFEH berkata bahawa Yehudah Glick, yang merupakan pengerusi Yayasan Warisan Kuil telah dihalang daripada memasuki Masjid Aqsa 2 minggu lalu.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nur idawati

Categories
Berita Semasa

Para tahanan di penjara Raymond mengugut untuk meningkatkan protes

Isnin,18-11-2013 – Satu unit khas Israel telah menyerbu bahagian 4 dan 6 penjara Raymond pada Selasa dan melancarkan kempen carian yang panjang, Kesatuan Tahanan Palestin (PPS) berkata.

PPS berkata bahawa 20 ahli unit itu menyerbu bilik nombor 59 di bahagian 4 dan bilik 21 di bahagian 6 di penjara Raymond dan menggeledah hak milik peribadi tahanan, sebahagiannya dimusnahkan untuk memprovokasi tahanan.

Jurucakap PPS Amina al-Tawil mengesahkan bahawa rejim Israel telah meningkatkan serangan ke atas tahanan Palestin yang berada di penjara Raymond rentetan protes mereka atas kesyahidan seorang tahanan Hassan al-Torabi yang sakit dan juga kerana polisi pengabaian perubatan Israel.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nur idawati

Categories
Berita Semasa

Resheq: Rundingan bersama pihak berkuasa Israel adalah jenayah yang harus dihentikan

Isnin,18-11-2013 – Ahli Biro Politik Gerakan Hamas, Ezzat Resheq menganggap bahawa rundingan berterusan dan kordinasi keselamatan dengan Israel adalah satu jenayah yang harus dihentikan.

Resheq berkata, “Pihak berkuasa sedang mengusurkan cadangan untuk membina 20 ribu unit baru di Tebing Barat
di dalam rundingannya bersama pihak Berkuasa Palestin”. Beliau menegaskan agar dihentikan dengan segera sebarang rindungan atau kawalan keselamatan bersama pihak berkuasa Israel itu.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nurul

Categories
Berita Semasa

FHI menuntut rejim Israel (IOA) membebaskan Akram Al Fosaisy dengan segera

Isnin,18-11-2013 – Kerajaan Palestin mengutuk kenyataan Pengerusi Pihak Berkuasa Palestin, Mahmoud Abbas di Kaherah baru-baru ini yang menimbulkan kebencian dan kemarahan penduduk asal dan kebanyakan rakyat Palestin.

Kerajaan berkata lagi dalam satu kenyataan pada hari Selasa 12/11 selepas mesyuarat mingguan bahawa sesiapa yang mengeluarkan kenyataan seperti ini terhadap rakyat tidak sesuai untuk kepimpinan.

Abbas mengutuk Hamas semasa sesi lawatannya ke Mesir dua hari lepas serta menegaskan bahaya Hamas selepas kejatuhan Ikhwanul Muslimin di mesir, dan beliau juga mengarahkan penutupan terowong antara Gaza dan Mesir yang menjadi sumber utama keperluan asas penduduk.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : nurfarhana