Categories
Berita Semasa

24 Ribu Bayi Lahir di Gaza Dalam tempoh 6 Bulan Terakhir

Selasa ,09-07-2013 – Sumber rasmi pemerintah Zionis menyebutkan, lebih daripada 24 ribu bayi lahir di Gaza. Sementara jumlah kematian bayi dalam tempoh waktu tersebut sekitar 2051 kes.

Sumber rasmi, dari bahagian umum di kementerian dalam negeri Palestin menyebutkan, jumlah kelahiran baru di Gaza dalam tempoh enam bulan terakhir mencapai 24073 kelahiran.

Beliau menyatakan, 51,27 % atau sekitar 12343 adalah bayi laki-laki. Sementara 48,72 % adalah bayi perempuan atau sekitar 11730 bayi perempuan. Ini bererti dalam enam bulan terakhir purata kelahiran adalah seramai 132 bayi baru setiap hari. Sementara itu, jumlah kematian bayi selama tempoh tersebut hanya 2051 kes. 53,92% bayi laki-laki dan 46,07 % bayi perempuan.

sumber : COMES
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Khudari menuntut PBB campur tangan dalam hal sekatan Gaza

Selasa ,09-07-2013 – Ahli Parlimen Jamal Khudari mengutus surat kepada Setiausaha Agung PBB Ban Ki-moon dan ketua Parlimen Eropah Martin Schulz, menyeru mereka agar mengambil tindakan menghentikan sekatan Gaza.

Khudari, ketua Jawatankuasa Popular menentang pencerobohan, merayu kepada Ban dan Schulz agar segera campur tangan dan memberikan tekanan kepada Israel untuk membuka laluan ke Gaza secara berkala dan membenarkan kemasukan segala barangan dan keperluan untuk tujuan import eksport bagi menyelesaikan krisis di Gaza.

“Sekatan Israel di Gaza telah mencecah 7 tahun. Hampir dua juta rakyat Palestin hidup di dalam kesusahan dan semakin memburuk sejak penutupan laluan-laluan tersebut”

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Peneroka membuang dinding arkeologi di Masjid Ibrahimi

Selasa ,09-07-2013 – Pendatang Yahudi, telah memindahkan dinding di dalam koridor Masjid Ibrahimi di bandar al-Khalil di selatan Tebing Barat yang diduduki secara haram dan mencuri batu itu. Kerja –kerja itu dilakukan di bawah perlindungan tentera Israel.

Taysir Abu Sneineh, Ketua Pengarah Kementerian Wakaf di al-Khali, memberitahu Quds Press bahawa tukang cuci di Masjid Ibrahimi yang ditemui semalam mengatakan bahawa pendatang, dengan sokongan tentera pendudukan Israel, telah memindahkan dinding purba dalam masjid dan emmindahkan batunya ke destinasi yang tidak diketahui

Abu Sneineh menganggap bahawa perbuatan ini merupakan serangan terang-terangan di Masjid Ibrahimi dan bertujuan untuk menukar ciri-ciri masjid ini dan mengikut cara Yahudi itu, di bawah perlindungan dan sokongan daripada kerajaan Israel.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Bahar: IOA melakukan penculikan terhadap MP untuk mengasingkan mereka daripada umum.

Selasa ,09-07-2013 – Dr. Ahmed Bahar, Timbalan Speaker bagi Majlis Perundangan Palestin, mengutuk pihak berkuasa Israel atas penangkapan selula MP Jerusalem, Mohammed Abu Tir.

Bahar mengatakan bahawa pihak Israel sebenarnya cuba untuk mengasingkan MP-MP Palestin dari umum tanpa menghiraukan hak asasi dan immuniti mereka.

Beliau berkata pihak Israel selalu berusaha untuk mencuba menggagalkan demokrasi Palestin dan cuba membuktikan bahawa demokrasi ini akan gagal.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : hafizah

Categories
Berita Semasa

Bardawil: Seruan Fatah “oportunis murahan”

Selasa ,09-07-2013 – Dr Salah Bardawil, salah seorang pemimpin Hamas Rabu lalu berkata seruan Fatah terhadap Hamas untuk menghentikan campur tangan dalam urusan dalaman Mesir adalah “oportunis murahan”.

Bardawil memberitahu Quds Press yang pergerakan itu tidak akan campur tangan dalam urusan dalaman mana-mana negara Arab.

Beliau berkata seruan ketua Fatah dan PA, Mahmoud Abbas terhadap Hamas agar tidak campur tangan dalam hal ehwal Mesir bertujuan untuk menutup penglibatan semula mereka dalam rundingan dengan Zionis Israel.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Warga Israel serang pekerja Baitulmuqaddis di restoran McDonald’s

Khamis, 04/07/2013 – Sekumpulan penyokong pasukan bola sepak Israel Beitar Jerusalem menyerang dua warga Baitulmuqaddis di restoran McDonald, di pusat membeli belah Beit HaKerem.

Ia berlaku ketika perarakan yang dianjurkan oleh hampir 1000 orang warga Israel dari kelab penyokong bola sepak di hadapan restoran McDonald sebagai tanda protes ke atas keengganan restoran itu membuka cawangan di penempatan Ariel. Mereka membaling sampah ke arah restoran dan menyekat jalan utama yang menuju ke restoran serta menyerang pekerja warga Palestin.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : nuridawati

Categories
Berita Semasa

Hamas: Persefahaman Pihak Otoriti Dengan Amerika Tingkatkan Serangan Terhadap Pejuang Palestin

Khamis, 04/07/2013 – Jurucakap gerakan pejuang Hamas, Fauzi Barhum menegaskan, isu yang terus berkembang bersamaan dengan tindakan pihak Otoriti Palestin di Tebing Barat yang menerima kunjungan Menteri Luar Amerika, John Kerry ke Palestin baru-baru ini.

Pernyataan Barhum ini dinyataka kepadan pihak Pusat Informasi Palestina (PIP) secara khusus, Selasa (2/7). Beliau mengatakan, ada peningkatan tangkapan dan serangan di Tebing Barat. Mereka masih menangkap pejuang Palestin dan para pendukungnya di Tebing Barat. Peningkatan ini bersamaan dengan peranan media yang semakin meningkat dalam menyerang pejuang dan gerakan Hamas.

Barhum berpendapat apa yang terjadi muktakhir ini merupakan persefahaman dari tindakan pihak Otoriti Palestin kepada perundingan bersama Zionis, sebagaimana rancangan Kerry.

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Israel mengaku menculik rakyat Palestin dari Mesir

Rabu, 03/07/2013 – Mahkamah Israel memutuskan untuk menghalang sebarang penerbitan berita tentang penculikan rakyat Palestin Wael Abu Reida dari Mesir bulan lepas.

Peguam Israel memberitahu Reuters bahawa dia menerima laporan kes Abu Reida pada 22 Jun dan menugasjab peguam Kamal Al-Zaydne untuk membelanya di mahkamah.

Apabila agensi itu menghubungi Zaydne, dikatakan kes itu merupakan kes keselamatan bukan pembunuhan serta menambah dia tidak tahu bagaimana Zaydne dipindahkan ke Israel.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Israel Rancang Tambah Penempatan Haram Mevo Huron

Rabu, 03/07/2013 – Jawatankuasa Daerah bagi Perancangan dan Bangunan mendedahkan hasratnya untuk meluaskan penempatan haram Mevo Huron dibina di atas tanah Palestin di kawasan Latrun.

Dr Khalil Tufkaji, Pengerusi Jabatan Peta di Persatuan Pengajian Arab, menyatakan bahawa kawasan tersebut telah dijajah sejak tahun 1967 di mana kampung Yalu dan Emmaus telah musnah dan penduduknya telah dipindahkan sebelum gencatan senjata.

Tufkaji berkata bahawa sebahagian daripada Qalqilya dan Beit Awwa juga telah musnah dalam tempoh itu. Kuasa-kuasa penjajah telah merampas 58 kilometer persegi selepas memusnahkan dua buah kampung tersebut.

Pakar Palestin menegaskan dengan penubuhan penempatan baru di kawasan itu sebagai sebahagian daripada skim Yahudikan Israel untuk membina kejiranan Yahudi di Baitulmuqaddis.

Tufkaji berkata bahawa pihak berkuasa Israel berhasrat untuk mengekalkan kawalan ke atas semua kawasan dan menolak apa-apa rundingan mengenainya.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : ameen

Categories
Berita Semasa

Penghantaran notis perobohan Jordan Valley oleh Rejim Zionis

Rabu, 03/07/2013 – Rejim Zionis telah menghantar empat notis perobohan di perkampungan Bardala di utara Jordan Valley, Isnin lepas.

Aref Daraghme, pengerusi majlis perbandaran Malih, berkata di dalam satu sidang akhbar bahawa pihak tentera Israel menyerahkan notis tersebut kepada empat penduduk yang tinggal di pinggir perkampungan Bardala.

Beliau mengatakan bahawa IOF telah menjadikan perkampungan tersebut sasaran hampir setiap hari di mana pihak tentera Israel dan penduduk Yahudi menyerang penduduk dan harta benda mereka.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : hafizah

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis membuat penangkapan 13 rakyat Palestin di Tebing Barat dan Jerusalem

Rabu, 03/07/2013 – Pasukan pendudukan Israel (IOF) menyerbu bandar-bandar di Tebing Barat dan menahan lapan belia Palestin dari bandar-bandar al-Khalil dan Bethlehem.

Saksi memberitahu wartawan PIC bahawa Rejim Zionis menahan empat lelaki dari bandar Beit di pemeriksaan Tarqumiya Ummar, di al-Khalil, dan dipindahkan mereka ke destinasi yang tidak diketahui.

Tiga lelaki muda yang lain yang berusia dalam dua puluhan dari perkampungan Khursa Tabka, juga telah ditangkap oleh Rejim Zionis dalam serbuan dan penggeledahan di rumah mereka.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Suruhanjaya tertinggi membawa Prawer Plan kepada PBB

Selasa, 02/07/2013 – Suruhanjaya Tertinggi Arab telah memutuskan untuk membuat bantahan kepada PBB atas Pelan Prawer oleh Israel yang akan memindahkan beribu-ribu Arab Bedouins dari tanah nenek moyang mereka di Negev.

Suruhanjaya tersebut berkata di dalam satu sidang akhbar pada Ahad lepas bahawa mereka bercadang untuk membawa bantahan tersebut kepada Setiausaha Jeneral PBB, Ban Ki-moon atas kapasitinya sebagai pemimpin tertinggi Palestin pada 1948.

Suruhanjaya tersebut juga menambah bahawa mereka akan mengadakan satu khemah bantahan di hadapan premis-premis kerajaan Israel dan akan mengadakan badan penggesa sebagai salah satu usaha untuk melawan undang-undang berbentuk perkauman.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hafizah

Categories
Berita Semasa

Jawatankuasa Islam-Kristian menyelar keputusan Israel membina 930 unit kediaman

Selasa, 02/07/2013 – Setiausaha Agung Jawatankuasa Islam-Kristian Menyokong Baitulmaqdis, Hanna Issa menyelar keputusan Kementerian Perumahan dan Perbandaran untuk membina 930 unit penempatan di Jabal Abu Ghneim (Har Homa).

Dr. Issa berkata di dalam kenyataan akhbar pada Ahad bahawa keputusan untuk meneruskan pembinaan dan perluasan penempatan oleh rejim.

Beliau menegaskan bahawa kedatangan para pendatang dan penempatan di Tebing Barat dan bahagian Timur Baitulmuqaddis merupakan perlanggaran hak asasi rakyat Palestin dan perlanggaran resolusi antarabangsa yang mengutuk segala bentuk penempatan di Palestin.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : nuridawati

Categories
Berita Semasa

Israel Jadikan Isu Tawanan Sebagai Alat Tawat-Menawar

Selasa, 02/07/2013 – Pertubuhan Hak Asasi Manusia Palestin merasa sangsi dengan keseriusan janji Zionis yang akan membebaskan para tawanan yang ketika ini terperosok dalam penjara Israel. Ini kerana sehingga kini, masalah tawanan masih menjadi bahan tawar-menawar yang digunakan Zionis untuk memakasa pihak Otoriti Palestin supaya kembali ke meja perundingan.

Sementara itu, pusat kajian tawanan Palestin dalam keteranganya, Ahad (30/6) mengatakan, masalah pembebasan tawanan sudah diusulkan dalam pelbagai kesempatan sebelum ini dan tidak ada natijahnya. Ini kerana Israel hanya bercakap dan hanya menggunakan isu tersebut sebagai alat tawar-menawar sahaja dengan pihak Palestin.

Oleh kerana itu, pertubuhan ini meminta bangsa Palestin tidak terlalu optimis atau menaruh harapan terlalu besar pada slogan atau inisiatif dari pihak Zionis kerana slogan tersebut hanya digunakan untuk mengembalikan Palestin kepada meja perundingan.

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

PM Haniyah Kecam Serangan Udara Zionis ke Gaza

Isnin, 01/07/2013 – Kerajaan Palestin mengecam serangan udara yang dilancarkan oleh pesawat tempur Zionis di beberapa kawasan Gaza. Ini merupakan tindakan yang terang-terangan melanggar kesepakatan gencatan senjata. PM Ismail Haniyah turut menyatakan kerisauan dengan perkembangan beberapa kelompok Yahudi yang terus ingin membangunkan kuil Yahudi di masjid al-Aqsa.

Liga Arab juga diingatkan agar terus mengambil perhatian serius terhadap aktiviti-aktiviti Yahudisasi dan perlu cepat dalam menangani masalah itu.

sumber : COMES
penterjemah : ateed