Categories
Berita Semasa

Kumpulan Islam Palestin 48 Tolak Usul Kerry

Isnin, 20-01-2014 – Gerakan Islam di wilayah Palestin terjajah 1948 menolak tegas projek pertukaran tanah yang diusulkan Menteri Luar Amerika John Kerry dan melihat ia sebagai bencana baru yang akan menimpa orang Palestin apabila dilaksanakan”.

Pihak Gerakan Islam mengatakan bahawa Menteri Luar Amerika John Kerry tergesa-gesa untuk mencapai kesepakatan antara Otoriti Palestin dan Otoriti penjajah Zionis. “Dalam kerangka ini, projek pertukaran tanah antara Otoriti Palestin dan Zionis diusulkan dengan kuat kepada pihak yang berunding. Menteri Zionis Avigdor Lieberman, yang berhaluan kanan radikal, menyambut baik kesepakatan yang diusulkan Kerry dengan syarat mencakupi pertukaran tanah dan pertukaran penduduk, sebagai usaha Lieberman untuk melaksanakan kempen pilihanrayanya yang berasaskan prinsip pembersihan etnik.”

Gerakan Islam menilai bahawa ia hanya sekadar usul sahaja dan bererti menurunkan bencana bagi rakyat Palestin kerana projek ini akan memutuskan hubungan rakyat Palestin di Matsulats, Jalil, Nagev dan kota-kota dataran rendah.

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis lancarkan penahanan

Isnin, 20-01-2014 – Tentera Rejim Israel (IOF) telah menahan 14 rakyat Palestin termasuk 7 penduduk Jerusalem yang telah dibebaskan 24 jam yg lalu. Amjad Abu Asab, ketua tahanan Jerusalem mengesahkan IOF telah menahan Haitham al-Ja’aba di tempat kerjanya di bandar penempatan Jerusalem. Tentera IOF telah menahan empat penduduk Jerusalem yang lain dan membawa mereka ke pusat penyiasatan Maskoubiya di barat bandar , dia menambah.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/En
penterjemah : farida

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis edarkan makluman pemusnahan di Silwan

Isnin, 20-01-2014 – Rejim Israel (IOA) edarkan makluman pemusnahan di Silwan, timur Baitulmuqaddis pada Selasa.

Pusat maklumat Wadi Hilwa berkata dalam satu kenyataannya bahawa majlis perbandaran yang dikawal tentera rejim telah mengedarkan notis pemusnahan rumah, kedai, bangsal dan taman permainan di pelbagai kawasan di Silwan atas alasan tiada permit pembinaan.

Pusat itu berkata kumpulan majlis perbandaran Israel dipecahkan kepada 6 kawasan dan mengambil beberapa gambar pusat kemasukan ke kawasan-kawasan tersebut sebelum mengeluarkan notis pemusnahan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/En
penterjemah : nur idawati

Categories
Berita Semasa

Orang awam mengalami kesukaran bernafas dalam satu serbuan oleh rejim Zionis ke atas kem pelarian

Isnin, 20-01-2014 – Beberapa orang awam Palestin telah mengalami kesukaran bernafas dalam satu serbuan oleh tentera Israel ke atas kem pelarian Aroub di selatan Al-Khalil pada tengahari Isnin yang lalu.

Saksi – saksi kejadian memberitahu pergaduhan tercetus di kem pelarian tersebut apabila tentera Angkatan Bersenjata Israel (IOF) telah menyerbu masuk dengan enam kenderaan tentera lalu melepaskan gas beracun ke arah sekumpulan lelaki muda yang membaling batu dan botol terhadap tentera yang menceroboh itu.

Mereka berkata tindakan tentera Israel melepaskan gas beracun ke arah rumah –rumah orang Palestin telah mengakibatkan penduduk di situ mengalami kes sesak nafas.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/En
penterjemah : nor syarira

Categories
Berita Semasa

Peneroka Israel Merosakan Harta Benda Palestin di Nablus

Isnin, 20-01-2014 – Peneroka haram Israel menyerbu bandar Orif, selatan Nablus, pada hari Isnin dan melakukan beberapa serangan dan vandalisme terhadap harta rakyat Palestin di kawasan itu.

Ghassan Daghlas, seorang pegawai Palestin yang bertanggungjawab bagi fail penempatan di bahagian utara Tebing Barat, mengesahkan bahawa peneroka haram Israel dari penempatan Yitzhar menyerbu kawasan berhampiran sekolah tinggi Orif dan merosakkan peralatan elektrik berhampiran tangki air bandar dan merejam sekolah dengan batu.

Tentera Zionis tiba di tempat kejadian dan memberi perlindungan untuk peneroka haram. Mereka menembak gas pemedih mata ke arah penduduk Palestion. Beberapa rakyat mengalami masalah pernafasan selepas terhidu gas, katanya.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/En
penterjemah : ameen

Categories
Berita Semasa

Haneyya mengambil keputusan penting untuk mencapai perdamaian

Isnin, 20-01-2014 – Perdana Palestin Ismail Haneyya telah mengisytiharkan beberapa keputusan penting untuk mencapai perdamaian di Palestin.

Dalam sidang akhbar yang diadakan pada hari Isnin di Kementerian Dalam Negeri di Gaza, Haneyya memutuskan untuk membenarkan rakyat Palestin yang melarikan diri ke Gaza berikutan masalah dalaman untuk kembali ke Jalur Gaza, kecuali ke atas rakyat Palestin yang mempunyai fail mahkamah tidak lengkap. Beliau menambah, keputusan ini akan memberi kesan yang positif ke atas beratus-ratus keluarga di Gaza.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/En
penterjemah : mardhiah

Categories
Berita Semasa

14 Wartawan Palestin Dalam Tawanan Israel

Isnin, 20-01-2014 – Jumlah wartawan Palestin yang ditahan dalam penjara Israel telah meningkat sehingga 14 orang selepas penahanan beberapa orang wartawan pada hari Isnin yang lepas.

Pihak berkuasa Israel menahan seorang wartawan, Mohammad Omar al-Deek, 23, dari Bandar Kafr Naima dekat barat Ramallah selepas memecah masuk kedalam kediaman bapa beliau.

Persatuan wartawan Palestin melahirkan kebimbangan terhadap tindakan merbahaya jenayah pelanggaran hak Israel terhadap wartawan Palestin tanpa mengambilkira keputusan konvensyen antarabangsa dan undang-undang yang menjamin kebebasan akhbar.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/En
penterjemah : huda

Categories
Berita Semasa

Tawanan pentadbiran menegaskan mereka akan meneruskan langkah-langkah bantahan mereka

Isnin, 20-01-2014 – Pegawai pihak berkuasa penjara Israel diminta untuk bertemu dengan delegasi Banduan Palestin Jawatankuasa Tahanan Pentadbiran di percubaan baru untuk menghalang mereka daripada mengambil langkah-langkah sebagai protes terhadap tuntutan mereka yang tidak dilaksana.

Orang-orang tawanan memberitahu peguam Persatuan Banduan Palestin (PPS) Jawad Boulos bahawa pihak berkuasa penjara Israel berharap bahawa tahanan pentadbiran akan melambatkan mengumumkan langkah-langkah tambahan baru mereka.

Mereka berkata mereka memberitahu pegawai-pegawai Israel yang mereka telah menunggu beberapa bulan agar pihak berkuasa keselamatan Israel bertindak, dan “mereka telah kehabisan kesabaran.”

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/En
penterjemah : norsyuhada

Categories
Berita Semasa

Para doktor Israel mencadangkan pembedahan dilakukan untuk membuang usus tahanan Raddad

Rabu, 08-01-2014 – Tahanan Palestin Mutassim Raddad, 20, disuruh menjalani pembedahan untuk membuang usus besarnya dan diganti dengan usus plastik atau tiruan.

Peguam Raddad berkata tahanan tersebut menderita kanser usus dan pendarahan sejak 2009 dan akhir-akhir ini para doktor Israel di hospital Meir mencadangkan usus besarnya dibuang dan diganti dengan usus plastik.

Peguam itu berkata, pembedahan itu sangat bahaya dan berisiko mengancam nyawa serta menyatakan Raddan meminta beliau menangguhkan pembedahan agar beliau dapat berbincang dengan keluarga dan doktor lain. Peguam itu turut berkata, para doktor Israel memberitahu sudah tiada pilihan lain kerana keadaan kesihatan Raddad yang semakin teruk dan badannya sudah tidak mampu menerima ubatan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nuridawati

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis tahan perjalanan 22 orang penduduk dalam satu minggu

Rabu, 08-01-2014 – Tentera ZIonis Israel (IOA) minggu lepas menghalang perjalanan 22 rakyat Palestin yang melalui lintasan sempadan Karame ke Jordan atas “sebab-sebab keselamatan”.

Polis lintasan sempadan Palestin di Jericho dalam satu kenyataan pada Sabtu lalu berkata 17,000 rakyat Palestin telah melalui persimpangan di kedua-dua hala sejak minggu lalu.Ia menegaskan 22 penduduk termasuk wanita telah ditahan dan disoal siasat beberapa jam di lintasan oleh pihak perisikan Israel.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis mendakwa cubaan menumpaskan pencerobohan menyusup masuk di penempatan

Rabu, 08-01-2014 – Pasukan pendudukan Israel (IOF) telah berjaya menggagalkan satu cubaan oleh rakyat Palestin untuk menyusup masuk ke Migdal Oz di kompleks penyelesaian Gush Etzion, dipetik dari radio Israel pada hari Ahad.

Siaran itu mengatakan bahawa tentera IOF menahan empat rakyat Palestin berhampiran kompleks penyelesaian bersama dengan senjata api buatan tempatan, bahan letupan dan pisau.Sumber tempatan, bagaimanapun mengatakan bahawa tentera IOF menahan empat rakyat Palestin dari kampung Beit Fajjar berhampiran bandar Bethlehem pada jam lewat malam pada hari Sabtu ketika mereka cuba untuk menyeberangi halangan jalan IOF di pintu masuk kampung berkenaan.Menurut sumber, tentera IOF memeriksa kereta dan telah menyerang empat remaja sebelum menahan mereka ke pusat tahanan yang tidak diketahui.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : mardhiah

Categories
Berita Semasa

Tentera Rejim Zionis menyerang orang awam di Yatta

Rabu, 08-01-2014 – Satu serangan oleh Angkatan Bersenjata Israel (IOF) terhadap orang awam di kawasan kejiranan Um Al-Khair dekat bandar Yatta di selatan Al-Khalil telah berlaku pada malam Sabtu yang lalu.

Aktivis Ratib Al-Jabour memberitahu pihak PIC bahawa tentera IOF memecah masuk ke kawasan kejiranan itu lalu menyerang orang awam dengan menggunakan belakang senapang dalam usaha untuk melindungi pendatang Yahudi dari kawasan penempatan Karma’il yang berdekatan.
Beliau juga berkata bahawa tentera IOF telah cuba untuk menghalang orang awam daripada menggunakan kemudahan di kawasan kejiranan tersebut.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nor syarira

Categories
Berita Semasa

Kesatuan Pekerja UNRWA mengadakan mogok di Gaza

Rabu, 08-01-2014 – Kesatuan pekerja Palestin agensi PBB bagi pelarian Palestin (UNRWA) di Gaza mengumumkan mogok satu hari pada hari Ahad untuk membantah keengganan agensi itu untuk memenuhi permintaan mereka.

Beberapa minggu kebelakangan ini telah menyaksikan langkah-langkah bantahan oleh pekerja UNRWAlantaran agensi itu tidak pernah diberikan apa-apa jawapan kepada tuntutan mereka untuk memperbaiki kehidupan mereka serta keadaan kewangan mereka. Mereka berhenti kerja untuk beberapa jam dan memberi amaran pentadbiran agensi yang mereka akan memulakan mogok umum dan meningkatkan protes mereka.
Kesatuan itu berkata dalam satu kenyataan ringkas bahawa ia akan mengadakan sidang akhbar di Gaza City berhampiran pejabat UNRWA, bersama kehadiran pemimpin puak Palestin ‘.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : norsyuhada

Categories
Berita Semasa

Keganasan berlaku di kem pelarian Aroub berikutan serangan Israel

Isnin, 06-01-2014 – Pertempuran ganas tercetus di kem pelarian Al-Aroub, di utara bandar Al-Khalil Rabu lalu selepas tentera Zionis Israel (IOF) melepaskan gas pemedih mata ke arah rumah dan menyerang penduduk Palestin.

Para saksi memberitahu pusat informasi Palestin (PIC) sejumlah besar tentera Israel menaiki lebih daripada 15 buah kenderaan menyerbu kawasan kem dan mula melepaskan gas pemedih mata secara rambang ke arah rumah yang didiami menyebabkan ramai penduduk Palestin mengalami sesak nafas.

Mereka menambah kemarahan pemuda kem pelarian membuak dengan bertindak balas terhadap tentera dengan melemparkan kembali kanister gas pemedih mata terhadap mereka dan menyerang menara tentera Israel di pintu masuk ke kem itu dengan molotov koktail.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Warga Emas Palestin Mati Kerana Gas Beracun

Isnin, 06-01-2014 – Sejumlah sumber perubatan Palestin mengumumkan pada hari ini, Khamis (2/1) seorang warga emas Palestin, Said Jasir (85) dari perkampungan Kafr Qadum timur kota Qalqiliah akibat terhidu gas beracun yang dilepaskan oleh pasukan Zionis.

Sumber-sumber Palestin di Qalqiliah menegaskan, warga emas yang meninggal dunia tersebut dipindahkan ke Hospital Arab di kota Nablus dalam keadaan kritikal pada petang Khamis akibat terhidu gas beracun yang dilepaskan secara semberono oleh pasukan Zionis ke arah rumah-rumah penduduk di baldah Kafr Qadum.

Sumber berita menambah, pasukan Zionis menghadang kumpulan penunjuk perasaan yang dilakukan oleh aktivis gerakan Fatah di baldah tersebut dalam acara memperingati lahirnya gerakan tersebut. Pasukan Zionis melepaskan gas beracun ke arah kumpulan tersebut dan rumah-rumah warga di baldah itu. Baldah Kafr Qadum mengalami serangan dari pasukan penjajah hampir setiap hari. Oleh kerana itu, para penduduk mengadakan tunjuk perasaan dan protes.

sumber : COMES
penterjemah : Osman