Categories
Berita Semasa

Penafian Hak Asasi Manusia bagi Penggunaan Anjing Semasa Melakukan Penangkapan

Jumaat, 20-09-2013 – Persatuan Tahanan di Jenin memberi amaran peningkatan penggunaan anjing polis oleh tentera Israel semasa serbuan rumah-rumah penduduk palestin yang menyebabkan kerosakan psikologi kepada merekan dan kerosakan fizikal kepada rumah mereka.

Persatuan tersebut dalam satu kenyataan pada hari khamis (12-9) mengecam penggunaan kaedah ugutan, kemusnahan dan retakan yang berulang-ulang yang dilakukan oleh tentera Israel dan perkhidmatan perisikan semasa pelaksanaan proses penangkapan terhadap rakyat.

Persatuan itu juga mengemukakan rayuan segara kepada institusi hak asasi manusia dengan memberi tekanan kepada kerajaan Israel untuk menghentikan kehidupan banduan dan anak-anak mereka yang terdedah kepada bahaya yang boleh mencapai ke tahap hilang nyawa disebabkan penggunaan kekerasan dan keganasan semasa melakukan penangkapan.

penterjemah : nadhirah
sumber : http://www.palinfo.com

Categories
Berita Semasa

Hammad menghubungi rakan-rakan sejawat Arab meminta mereka campur tangan dengan segera.

Jumaat, 20-09-2013 – Menteri Dalaman Gaza Fathi Hammad telah menghubungi 3 rakan sejawat negara Arab menggesa mereka segera campur tangan dalam hal Mesir dan membuka laluan Rafah.

Hammad menghubungi menteri dalaman Sudan, Qatar dan Oman pada Khamis meminta mereka campur tangan dengan Mesir untuk menyelamatkan Gaza daripada situasi kemanusiaan yang semakin meruncing. Beliau berkata, penutupan laluan Rafah di sempadan Semenanjung Gaza dan Mesir telah menyebabkan ribuan terkandas di kedua belah sempadan.

penterjemah : nuridawati
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/En

Categories
Berita Semasa

Abu Marzouk: Gaza adalah tapak perjuangan, bukan keganasan

Jumaat, 20-09-2013 – Anggota biro Politik Hamas, Dr Mousa Abu Marzouk telah membidas kenyataan konsular Palestin yang menggambarkan Gaza sebagai pangkalan untuk “keganasan”.

Abu Marzouk Khamis lalu di laman Facebook mengutuk mereka yang cuba memberi gambaran Gaza sebagai pangkalan untuk keganasan atau sumber ekstremisme. Beliau berkata Gaza adalah pengkalan pertahanan dan duri dalam daging di sisi penceroboh. Beliau berkata Gaza adalah projek untuk pembebasan dan pengembalian hak.

penterjemah : hijjaz
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/En

Categories
Berita Semasa

Persidangan Antarabangsa Mengesahkan Penguasaan Agenda Zionis di Palestin

Jumaat, 13-09-2013 – Persidangan antarabangsa yang mengkaji perjanjian Oslo dan kesannya terhadap rakyat Palestin berakhir pada hari ahad (8-9). Persidangan ini dianjurkan oleh Pusat Pelarian Palestin dan Institut Pengajian Arab dan Islam di Universiti Exeter di Britain, di ibu negara Britain, London bagi membincangkan kesan-kesan Oslo kepada pendidikan, isu tawanan, pelarian, Jerusalem dan masa depan perjanjian yang berada di bawah sekatan garisan politik.

Persidangan ini berlangsung pada ulang tahun ke-20 bagi menandatangani perjanjian Oslo antara Pertubuhan Pembebasan Palestin dan pendudukan Zions pada tahun 1993 dengan disertai oleh beberapa kumpulan dari ahli akademik, ahli politik dan pakar-pakar antarabangsa dari Australia, Amerika, Norway, Sweden, Britain, Qatar, Kuwait dan negara-negara lain yang membentangkan kertas kerja meliputi perjanjian Oslo dalam semua aspek, latar belakang, aplikasi dan kesannya terhadap rakyat Palestin dan hak-hak mereka terutamanya isu pelarian, hak mereka untuk kembali ke rumah masing-masing serta isu Jerusalem, penempatan dan banyak isu-isu lain.

Persidangan ini bermula semalam, Sabtu (7-9) di mana ianya telah dirasmikan oleh Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah, Pusat Pelarian Palestin, Mohamed Hamed yang menekankan kewujudan sebahagian besar rakyat Palestin menentang perjanjian Oslo kerana mempunyai kerugian yang jelas. Beliau bersendirian mengatakan bahawa Pusat Pelarian Palestin merupakan sebahagian daripada pembangkang untuk bekerja
bagi melindungi hak-hak rakyat Palestin untuk kembali di mana ianya menjadi ancaman di bawah perjanjian Oslo.

penterjemah : nadhirah
sumber : http://www.palinfo.com

Categories
Berita Semasa

Pegawai Palestin: Gaza mengalami sekatan terburuk dan paling lama

Jumaat, 13-09-2013 – Jabatan Perdagangan Palestin di semenanjung Gaza memberi amaran tentang penutupan terowong di antara Gaza dan Mesir tanpa membuka laluan perdagangan atau membenarkan kemasukan semua jenis barangan ke Gaza, lalu semakin memburukkan sekatan.

Ia turut menyatakan bahawa penutupan terowong menyebabkan kerugian ekonomi yang besar terutamanya dalam sektor pembinaan yang bergantung sepenuhnya kepada bahan yang disalurkan menerusi terowong memandangkan kemasukan telah dihalang oleh pihak Israel.

Tentera Mesir meneruskan pemusnahan terowong yang dibina oleh rakyat Palestin untuk menyeludup masuk bahan asas ke Gaza.

penterjemah : nuridawati
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/En

Categories
Berita Semasa

Baradwil: Memperketatkan kepungan Gaza adalah sebahagian daripada perang terhadap Islam di rantau ini

Jumaat, 13-09-2013 – Pemimpin dalam pergerakan Hamas Dr Salah Bardawil menyatakan bahawa mengetatkan kepungan di Gaza bukan sahaja mensasarkan pergerakan Hamas tetapi ia mensasarkan Mesir juga.

Mengetatkan kepungan Gaza dan merobohkan terowong datang sebagai sebahagian daripada kempen hasutan sengit yang dilancarkan oleh media Mesir terhadap Hamas dan penentangan Palestin, katanya.

Malangnya media Mesir telah melancarkan kempen terhadap Hamas dan Gaza, cuba menyebar tuduhan palsu kepada pergerakan dalam usaha untuk melancarkan perang terhadap Islam di rantau ini, katanya.

penterjemah : norsyuhada
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/En

Categories
Berita Semasa

Zionis Gali Parit di Jerusalem

Jumaat, 13-09-2013 – Pusat Maklumat Wadi Hilweh di Silwan melaporkan bahawa jentolak Israel pada pagi Isnin mula menggali apa yang kelihatan seperti parit untuk memisahkan kampung Issawiyya dan penempatan haram Bukit Perancis.

Ahli Jawatankuasa Bertindak Issawiyya, Mohammed Abu Hummus, menjelaskan bahawa jentolak Perbandaran Jerusalem mula sejak pagi menggali parit untuk memisahkan kampung dan penempatan haram, atas alasan “keselamatan.”

Beliau menegaskan bahawa panjang parit mencapai lebih daripada sepuluh meter, dan menegaskan bahawa tanah itu dimiliki oleh rakyat Palestin, dan telah dirampas sejak bertahun.

penterjemah : ameen
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/En

Categories
Berita Semasa

Kerana Simbol 4 Jari, Anggota Polis Ramallah Diancam Pemecatan

Jumaat, 13-09-2013 – Sejumlah anggota polis Otoriti Palestin di Ramallah mendapat ancaman pemecatan gara-gara meletakkan simbol empat jari di laman sosial masing-masing, yang menggambarkan simpati mereka terhadap apa yang dialami pendokong Mursi di dataran Rabiah Adawiyah, Mesir, yang diserang oleh pasukan keselamatan Mesir.

Sumber-sumber Palestin kepada wartawan Pusat Informasi Palestina mengatakan, sejumlah anggota polis telah mendapatkan peringatan dari ketua mereka. Mereka diberi ancaman pemecatan jika tidak menukar simbol empat jari di akaun facebook mereka.

Seorang ketua polis telah mengingatkan kepada anggotanya, “Jika ingin terus mendapatkan rezeki, maka perlu membuang simbol-simbol tersebut dari halaman facebook masing-masing.”

penterjemah : osman
sumber : COMES

Categories
Berita Semasa

Kerajaan: Israel menggunakan rundingan untuk mengenakan keadaan yg dihadapi di Jerusalem

Jumaat, 13-09-2013 – Kerajaan Palestin di Gaza berkata pihak berkuasa regim zionis menggunakan proses rundingan untuk menutup keadaan yg dihadapi di bandar Jerusalem dan Masjid Al-Aqsa.

Unit Hal Ehwal Jerusalem di Kementerian Dalam Negeri berkata dalam satu kenyataan: “Regim zionis ini bertujuan untuk melaksanakan projek yang bertujuan untuk memindahkan orang-orang Islam Palestin dari kota suci untuk menjadikannya sebuah bandar Yahudi, merobohkan Masjid Al-Aqsa dan membina kuil di atas runtuhan masjid Al-Aqsa. ” Ia mengutuk serangan ganas sehari-harian regim Zionis ke atas tapak suci di Jerusalem, terutama Masjid Al-Aqsa.

penterjemah : norsyuhada
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/En

Categories
Berita Semasa

Berpuluh2 pokok zaitun dicabut oleh penerola di Yatta

Selasa,10-09-2013 – Para peneroka mencabut lebih daripada empat puluh pohon zaitun pada petang Ahad 8/9 di Yatta, selatan Hebron, di selatan Tebing Barat. Seorang aktivis di Pusat Berita Palestin, Ratib Jabour berkata lebih daripada 40 pokok zaitun ditebang oleh peneroka dibawah perlindungan tentera penceroboh di Khirbet Merah, timur Yatta di mana mereka menyerbu kawasan tersebut dan memulakan kegiatan tersebut.

Sementara di selatan Hebron, puluhan peneroka melancarkan serangan yang sama dan menghalan para petani daripada memasuki tanah mereka serta mengancam untuk menembak mereka. Pada masa yang sama, di Nablus, para peneroka memecahkan cermin-cermin kenderaan sebagai isyarat bagi indeks memuncak kempen mereka terhadap hak-hak Palestin.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : nurfarhana

Categories
Berita Semasa

Perpecahan Kesatuan Guru-Guru Tebing Barat Gaza Menimpa lagi

Selasa,10-09-2013 – Kesatuan Guru-Guru Tebing Barat menerima tamparan baru pada hari ahad dengan pengisytiharan perletakan jawatan kakitangan Pejabat Pendidikan Tulkarm daripada keanggotaan Perhimpunan Agung Kesatuan Guru Palestin atas alasan kecuaian hak-hak guru dengan perjanjian yang tidak adil bersama kerajaan.

Perletakan jawatan ini datang selepas gelombang besar perletakan jawatan yang menyaksikan sektor-sektor besar dari kalangan guru di tebing barat Gaza pada bulan lalu dan tuntuan mengasaskan kesatuan sekerja badan baru yang mewakili guru yang tidak dipimpin oleh nafsu-nafsu politik.

Kakitangan yang meletak jawatan berkata dalam satu kenyataan, selepas keputusan yang menyedihkan yang memaksa kesatuan Guru-Guru menandatangani perjanjian dengan kerajaan Palestin manakala pentadbir di pejabat-pejabat Pelajaran dikecualikan, Kakitangan Pejabat Pendidikan Tulkarm memutuskan “pengasingan” daripada Kesatuan Guru-Guru.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : nadirah

Categories
Berita Semasa

Reseheq menyelar seruan Kerry kepada EU agar menangguhkan sekatan bantuan kewangan kepada penempatan Yahudi

Selasa,10-09-2013 – Ahli biro politik Hamas, Ezzet Resheq menyelar sekeras-kerasnya seruan setiausaha AS John Kerry kepada EU agar menangguhkan sekatan bantuan kewangan ke atas penempatan Israel.

Resheq berkata di laman Facebook pada Ahad bahawa seruan Kerry menggambarkan sikap berat sebelah yang jelas kepada Israel.

Beliau berkata seruan itu ditolak kerana ia menggalakkan Israel untuk meneruskan jenayah dan perang ke atas rakyat, tanah dan tempat suci Palestin. Resheq berkata, kata-kata Kerry itu merupakan peringatan bahawa pentadbiran AS sememangnya memihak kepada Israel dan ternyata Israel tidak sesuai menjadi pemudahcara bagi sebarang rundingan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nuridawati

Categories
Berita Semasa

Abu Sabha: Mesir Buka Sebahagian Pintu Rafah

Selasa,10-09-2013 – Pihak berkuasa Mesir membuka sebahagian pintu sempadan Rafah pada pagi Ahad, selepas pengumuman penutupan pada hari Sabtu berikutan situasi tegang di Sinai. Maher Abu Sabha, pengarah sempadan Rafah, memberitahu PIC bahawa pihak berkuasa Mesir memberitahu mereka bahawa sempadan Rafah akan dibuka semula sejak 11 pagi.

Beliau berkata: “Kita bercakap tentang kelewatan yang menyebabkan bencana dan beribu-ribu kes-kes yang telah terlibat secara langsung dengan penutupan berterusan Rafah kepada pelajar dan pesakit.”

Pegawai Palestin juga menegaskan bahawa hubungan yang berterusan yang diadakan pada peringkat rasmi antara pihak berkuasa Mesir dan Kementerian Luar Negeri, di samping hubungan antara bidang pentadbiran sempandan dan pentadbiran am sempadan di sebelah Mesir, untuk penyelesaian krisis sempadan itu.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : ameen

Categories
Berita Semasa

Ha’aretz: Hubungan Kaherah Tel Aviv Semakin Mantap

Selasa,10-09-2013 – Sumber-sumber media Zionis menyebutkan bahawa salah satu hasil dari kudeta militan Mesir yang menumbangkan Presiden Mursi adalah semakin mantapnya hubungan antara Kaherah dan Tel Aviv. Kedua belah pihak dapat memperolehi apa yang disebutkan sebagai “pembaikan besar” dalam hubungan keduanya “di sebalik layar”.

Surat khabar Zionis Ha’aretz edisi Ahad (8/9), mengatakan bahawa hubungan antara Kaherah dan Tel Aviv tidak hanya terbatas pada perhubungan dan kerjasama keamanan saja, namun meluas mencakupi pertemuan kepentingan strategis bersama bagi kedua-dua belah pihak setelah rentetan perkembangan dramatik yang terjadi di Mesir sejak Januari 2011.

Penulis Zionis khusus berkenaan dunia Arab, Amos Hariel menambah, “Sangat sukar untuk menjangka apa yang akan terjadi kepada bulan-bulan mendatang. Namun dalam jangka pendek Israel memetik buah perubahan besar bagi kemaslahatan keamanannya di bahagian selatan dan barat.”

sumber : COMES
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Hamas menafikan tuntutan Mesir memusnahkan bot-bot tentera Qassam

Isnin,09-09-2013 – Dr Sami Abu Zuhri telah menafikan dakwaan kementerian dalaman Mesir bahawa tentera laut Mesir telah memusnahkan enam kapal perang yang dimiliki oleh Briged Qassam, sayap bersenjata Hamas, ketika cuba menyusup masuk ke perairan Mesir.

Abu Zuhri berkata dalam satu kenyataan pada hari Isnin bahawa dakwaan itu adalah “tidak masuk akal” dan tidak berasas.

Beliau menggesa rakyat di Mesir agar menjadi rasioanal dan menilai semula kedudukan mereka seperti “sandiwara” yang telah pergi terlalu jauh dalam menghasut rakyat Palestin berdasarkan rentetan pembohongan yang telah berlaku.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nor syuhada