Categories
Berita Semasa

IOF menangkap beberapa orang warganegara di Tebing Barat

Isnin, 09-03-2014 – Regim Zionis Israel (IOF) menahan pada subuh Khamis beberapa warganegara di Tebing Barat, termasuk lima aktivis dalam pergerakan Jihad Islam semasa serbuan ke atas kem pelarian Jenin, barat bandar itu. Sumber Jihad Islam memberitahu PIC bahawa IOF menyerbu pada waktu subuh rumah pemimpin Khaled Abu Zeina, 50, selepas membuka pintu, dan menahan beliau. Tentera Israel juga telah memecah masuk rumah-rumah pasukan pergerakan Jihad Islam, dan menahan empat daripada mereka.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nor syuhada

Categories
Berita Semasa

6 Pelarian Palestin di Syria Meninggal Dunia

Isnin, 09-03-2014 – Petugas untuk pelarian Palestin di Syria menyatakan, enam pelarian Palestin meninggal dunia semalam di Syria akibat kekurangan air dalam badan, kesan sekatan dan serangan pasukan regim ke kem-kem pelarian Palestin.

Dalam pernyatannya semalam, Khamis (6/3) pihak petugas menegaskan, warga Palestin, Muhammad Daib Muhammad Zain dan Muhammad Khalid Abdullah maut akibat kekurangan air dalam badan dan berlanjutan sekatan dan serangann terhadap kem pelarian Yarmuk.

Mangsa korban lain adalah Taisir Ahmad Husain semalam di kem Yarmuk yang merupakan salah seorang ahli Front Rakyat dan anak-anak Muhammad Misri, Umar Hamadis dan Mahmud Shibli setelah kem Handarat menjadi sasaran serangan.Serangan roket dari udara pasukan regim secara agresif ke kem pelarian Handarat di Aleppo semalam telah menyebabkan kerosakan teruk sejumlah rumah di kem tersebut. Tiga orang dinyatakan meninggal dunia.

sumber : COMES
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Mahkamah Israel menjatuhkan hukuman penjara 10 bulan ke atas remaja Palestin

Isnin, 09-03-2014 – Pusat Ahrar bagi Kajian Banduan mengutuk keputusan mahkamah Israel untuk memenjarakan remaja Palestin Mahmoud al-Hotari, 17, selama 10 bulan dan denda beranggaran 6,000 shekel.

Pengarah pusat Ahrar, Fouad Khuffash menegaskan bahawa al-Hotri telah ditahan pada 26 Jun 2013 bersama abangnya yang telah dibebaskan sebulan yang lalu.

Fouad Khuffash berkata bahawa bilangan kanak-kanak Palestin yang ditahan di penjara Israel telah meningkat dengan ketara sejak permulaan tahun 2014, mereka mengalami penderitaan ketika berada di dalam tahanan dan juga soal siasatan yang sangat sukar.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : mardhiah

Categories
Berita Semasa

Israel menahan pemimpin Barisan Popular di Nablus

Isnin, 09-03-2014 – Tentera Zionis telah menahan salah seorang pemimpin Barisan Popular di Nablus, di jalan di antara bandar Nablus dan bandar Ramallah pada hari rabu (5-3).

Menurut sumber dalam Barisan Popular di Nablus kepada wartawan ”Pusat Maklumat Palestin”, tentera zionis telah menahan pemimpin, Hossam al-rizzah (55 tahun) di Pusat Pemeriksaan Tentera di jalan Ramallah, Nablus berhampiran dengan kem “Bait Eil”,
dan bergerak terus ke kem Hawara, selatan Nablus.

Sumber menambah bahawa tentera zionis telah menukar al-Rizzah ke tahanan pentadbiran bagi tempoh 6 bulan.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : nadhirah

Categories
Berita Semasa

Laporan: Israel telah mula membina sebuah taman dan teres menghadap timur Baitulmaqdis

Jumaat , 07-03-2014 – Pusat maklumat Wadi Hilwa-Silwan berkata bahawa pihak berkuasa regim zionis Israel memulakan satu projek Judaization baru di tanah Palestin di kejiranan Al-Sawana di timur Baitulmuqaddis.

Dalam satu laporan pada hari Selasa, pusat maklumat berkata projek itu termasuk penubuhan sebuah taman dan teres tempat duduk yang menghadap ke Bandar Lama Jerusalem, Masjid Aqsa dan kawasan sekitar dan kawasan kejiranan mereka.

Pusat itu berkata Moriah syarikat pembinaan telah diupah oleh majlis perbandaran Israel di Jerusalem untuk menjalankan projek ini.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nor syuhada

Categories
Berita Semasa

Kesihatan para tahanan yang mogok di Hospital Kaplan semakin teruk

Jumaat , 07-03-2014 – Peguam di kementerian hal ehwal tahanan di Tebing barat berkata, keadaan kesihatan para tahanan yang mogok di hospital Kaplan semakin teruk.

Peguam itu berkata, para tahanan muntah darah dan mereka diikat di katil hospital.Beliau menyebut dalam laporannya yang keadaan kesihatan tahanan Muammar Banat dan Akram al-Fasissi, yang sedang mogok lapar membantah penahanan mereka, semakin merosot.

Banat memberitahu peguam itu di Kementerian Tahanan Hanan al-Khatib bahawa mereka diasingkan di hospital dalam keadaan teruk dan tahanan lain melayan mereka dengan buruk.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah :  nur idawati

Categories
Berita Semasa

Tentera Rejim Zionis tahan kanak-kanak Palestin

Jumaat , 07-03-2014 –Tentera penjajahan Israel (IOF) menahan seorang kanak-kanak Palestin di rumah keluarganya di Bandar Lama Al-Khalil pada Rabu lalu.

Sumber tempatan berkata askar IOF telah memecah masuk rumah keluarga Shehde Salayma di Bandar Lama Al-Khalil dan membawanya pergi selepas melakukan keganasan terhadap anggota keluarganya dan menyelongkar rumah itu.

Kata mereka tentera tidak memberi apa-apa sebab penangkapan kanak-kanak itu dan tidak menyatakan di mana dia ditahan.

Sumber-sumber berkata tentera Israel telah menyerbu beberapa lorong di Bandar Lama sementara unit-unit lain berpecah ke kem pelarian Aroub, utara Al-Khalil, pada waktu waktu pagi dan memulakan operasi mereka.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Isteri kepada tiga tahanan Palestin ditahan

Jumaat , 07-03-2014 –Pasukan tentera Israel (IOF) mensasarkan keluarga tahanan Palestin di mana isteri kepada tiga tahanan Palestin yang berasa di penjara Israel telah ditahan, menurut sumber hak asasi manusia Palestin.

Pusat Palestin untuk kajian banduan mengesahkan bahawa IOF menangkap isteri tahanan, Mahmoud al-Suweiti di pusat pemeriksaan tentera ketika beliau datang melawat suaminya baru-baru ini yang telah dipindahkan ke hospital penjara Ramle akibat kemerosotan kesihatannya. Tahanan al-Suweiti dihukum selama 22 tahun penjara.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nurul

Categories
Berita Semasa

Laporan PBB Menjelaskan Diskriminasi Zionis Terhadap Palestin

Jumaat , 07-03-2014 –Laporan PBB menyebutkan bahawa jumlah warga Palestin yang tinggal di Tebing Barat di dalam zon “c’, yang secara administratif dan keselamatannya adalah di bawah kawalan militan Zionis, mencapai sekitar 800,000 orang. Mereka berhadapan dengan pelbagai bentuk pelanggaran dan dasar Zionis yang menyekat mereka mendapatkan hak-haknya. Statistik PBB ini menyanggah data Zionis yang menyebutkan jumlah mereka tidak lebih dari 150,000 orang.

Menurut laporan yang dikeluarkan Biro Koordinasi PBB untuk Bantuan Kemanusian di Wilayah Palestin “OCHA”, sebanyak 297,000 warga Palestin tinggal di 532 kawasan perumahan di zon “c”, 240 di antaranya adalah kawasan penempatan dan perkampungan yang keseluruhannya berada dalam zon tersebut dan jumlah penduduknya mencapai lebih dari 67,000 orang.

Laporan PBB ini menyebutkan bahwa 18% wilayah Tebing Barat merupakan zon militan tertutup yang digunakan untuk keperluan latihan ketenteraan penjajah Zionis.

sumber : COMES
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Pasukan khas Israel menculik pejuang Ayoub Qawasmi Qassam di Al-Khalil

Jumaat , 07-03-2014 – Pasukan rahsia Israel menyerbu pada hari Selasa petang rumah pejuang al-Qassam di bandar Qawasmi Ayoub al-Khalil dan menahan beliau selepas sepuluh hari beliau dibebaskan dari penjara PA.

Mengikut keluarga Qawasmi, pasukan rahsia Israel menyerbu kejiranan Jamaa ke barat laut al-Khalil, dan menceroboh rumah mereka dan menculik Ayoub Qaqasmi.

PA Perkhidmatan Keselamatan Pencegahan (PSS) telah membebaskan Qawasmi, yang dikehendaki oleh pasukan pendudukan Israel kerana hubungan beliau dengan Briged Qassam yang merupakan senjata sayap Hamas, sepuluh hari yang lepas setelah beliau ditahan di penjara selama tiga tahun dan tiga bulan tanpa tuduhan yang jelas .

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : mardhiah

Categories
Berita Semasa

Ahli Parlimen dalam tahanan dipindahkan ke hospital

Selasa , 04-03-2014 –Pihak berkuasa regim zionis Israel telah memindahkan tahanan Ahli Parlimen Palestin Hatem Qufaisha ke hospital Soroka pada Selasa selepas keadaan kesihatannya tiba-tiba merosot.

Um Anas, isterinya, memberitahu wartawan PIC pada hari Rabu bahawa suaminya telah mengalami tekanan darah tinggi, kencing manis, dan cakera tergelincir.

Beliau berkata Qufaisha, yang sedang menjalani tahanan pentadbiran selama enam bulan, memerlukan rawatan perubatan susulan disebabkan oleh penyakit beliau.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nor syuhada

Categories
Berita Semasa

Pasukan Keselamatan menahan empat daripada gerakan Hamas dan memperluaskan yang tangkapan

Selasa , 04-03-2014 –Perkhidmatan pasukan keselamatan telah menahan empat daripada gerakan Islam, Hamas di Tebing Barat memperluaskan tangkapan yang kelima. Namun gagal menangkap
anak kepada tahanan, pemimpin Sheikh Jamal Abu al-Hija’.

Di daerah Khalil, kuasa bersama telah menahan Abbas Yunus Shalaldeh, Faris Yasin Shalaldeh, dan Muhammad Ambshar Shalaldeh selepas menyerbu dan memeriksa rumah mereka.

Di Ramallah, pasukan keselamatan pencegahan telah menahan pemuda, Husin Yaakub al-Azrab, dari Kampung Qibya, barat bandar.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nadhirah

Categories
Berita Semasa

Mishaal: Tiada penyerahan walau seinci tanah bersejarah Palestin

Selasa , 04-03-2014 – Pengerusi biro politik Hamas, Khaled Mishaal, telah memperbaharui gerakannya dan penolakan seluruh rakyat Palestin untuk menyerahkan walau seinci daripada tanah bersejarah Palestin.

Mishaal, dalam satu ucapan melalui telefon semasa upacara perkabungan di perkampungan Hizma di timur laut Baitulmuqaddis pada petang Rabu lalu, mengatakan rakyat Palestin dengan semua puak-puaknya tidak akan menyerahkan walau seinci Palestin.

Pemimpin Hamas itu memberi bayangan bahawa beliau akan menolak sebarang kemungkinan keputusan daripada proses rundingan tajaan Amerika Syarikat di antara Pihak Berkuasa Palestin dengan Israel yang sedang berlangsung jika hasil rundingan menjurus ke arah penyerahan itu.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nur syarira

Categories
Berita Semasa

Bahar memuji parlimen Jordan dalam menuntut pengusiran duta Israel

Selasa , 04-03-2014 –Dr Ahmed Bahar, timbalan speaker pertama Majlis Perundangan Palestin menghargai resolusi parlimen Jordan dalam menuntut pengusiran duta Israel dari Amman.

Bahar dalam satu kenyataan akhbar pada Rabu mengatakan keputusan tersebut dibuat secara aman bersama anti-pekerjaan Arab yang popular, dalam menolak sebarang bentuk normalisasi dengan Israel.

Beliau menggesa parlimen dalam negara-negara yang mempunyai kedutaan Israel, perlu mengikut jejak langkah parlimen Jordan dalam menyokong dan prihatin terhadap keadaan rakyat Palestin.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nur syarira

Categories
Berita Semasa

Fatah: Beberapa negara Arab Bersiap Untuk Iktiraf Israel Sebagai Negara Yahudi

Selasa , 04-03-2014 – Anggota Majlis Revolusi Gerakan Fatah, Ziyad Abu Ain menyatakan tentang sikap beberapa negara Arab yang bersedia untuk mengiktiraf Israel sebagai negara Yahudi, jika pihak otoriti Palestin mengiktirafnya.

Kepada akhbar Quds Press, Khamis (27/2) Abu Ain menyatakan, ada beberapa tindakan negara-negara Arab untuk mengelak tekanan Amerika, salah satunya mereka berusaha mengiktiraf Israel sebagai negara Yahudi jika Palestin mengiktirafnya.

Menurutnya, negara-negara Arab bukannya mendokong aspirasi Palestin, sebaliknya mereka cenderung lari dari tanggungjawab dan meletakkan beban kepada pihak Palestin semata-mata.

sumber : COMES
penterjemah : Osman