Categories
Berita Semasa

Berpuluh penceroboh cemari al-Aqsa

Selasa, 23-11-2021 – Sekumpulan penceroboh Yahudi diiringi pasukan polis rejim Zionis mencemari masjid al-Aqsa di Baitulmuqaddis yang diduduki pada pagi hari Khamis.

Menurut sumber tempatan, sekurang-kurangnya 82 orang penceroboh memasuki masjid berkenaan melalui pintu Maghariba dan melawat halamannya di bawah kawalan polis.

Semasa kunjungan mereka di masjid suci itu, kumpulan penceroboh tersebut mendengar ceramah daripada pendeta mereka tentang gunung kuil itu dan sebahagian mereka secara provokatif menunaikan sembahyang mengikut ajaran kitab Talmud.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Amrul Azmi Mizan

Categories
Berita Semasa

Hamas berkabung atas kematian warga Palestin yang dibunuh oleh IOF

Jumaat, 19-11-2021 – Gerakan Hamas berkabung pada Selasa atas kematian Saddam Hussein Bani Odeh yang ditembak oleh tentera rejim di Tebing Barat bandar Tubas.

“Ketika kita berkabung, kita perbaharui ikrar untuk terus menentang rejim sehingga Palestin yang tercinta bebas,” kata jurucakap kumpulan itu,, Abdel Latif al-Qanou.

Beliau turut menyeru agar mempertingkatkan segala bentuk penentangan bagi menghalang penjajahan dan mengusir penjajah bagi mengembalikan hak warga Palestin.”

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Bot Pembedil Israel Serang Nelayan Gaza

Jumaat, 19-11-2021 – Pada pagi Rabu lalu, bot pembedil Israel melepaskan tembakan mesingan ke arah bot nelayan Palestin di luar pantai Semenanjung Gaza yang dikepung.

Menurut sumber tempatan, bot pembedil melepaskan beberapa peluru meriam ke laut berhampiran bot di luar pantai kawasan as-Sudaniya, barat laut Gaza.

Bot pembedil juga melepaskan tembakan mesingan ke arah bot nelayan lain di beberapa kawasan luar pantai yang berbeza di Gaza.

Tiada kecederaan dilaporkan dalam serangan itu.

Tentera laut Israel dan bot-bot mereka berada di sekitar nelayan Gaza hampir setiap hari, mengganggu mereka, menembak mereka, merosakkan bot mereka, dan membuat penangkapan. Terdapat beberapa kejadian di mana nelayan tercedera atau terbunuh semasa serangan tembakan.

Di bawah perjanjian Oslo 1993, nelayan Palestin dibenarkan untuk menangkap ikan sehingga 20 batu nautika dari pantai Gaza, tetapi semenjak itu Israel telah terus-menerus mengurangkan kawasan penangkapan secara beransur-ansur hingga lah ke tiga batu nautika, sebagai sebahagian daripada sekatannya ke atas Gaza.

Nelayan dan kumpulan hak asasi manusia juga mengatakan bahawa sejak perang 2008-09 di Gaza, tentera Israel telah menguatkuasakan sempadan yang lebih dekat ke pantai.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Ezatul

Categories
Berita Semasa

Israel Bangunkan Perumahan Baharu Di Nof Zion, Al Quds Timur

Jumaat, 19-11-2021 – Sejumlah sumber media Israel menyiarkan rancangan pembangunan ratusan unit rumah di kawasan penempatan Nof Zion, yang terletak di kota Jabal Mukaber, Al-Quds timur terjajah.

Chanel 7 Israel menyebutkan, perusahaan Shimeney Propertiz Israel mulai memasarkan 400 unit perumahan yang akan segera dibina di penempatan “Taman Istana Al-Mufawid” di pusat kota Jabal Mukaber Palestin.Pengarah perusahaan Odey Rejones, menyatakan “Unit perumahan baharu menghadap pemandangan terbaik di kota Al-Quds, termasuk Bukit Zaitun dan Kota Tua, dan akan dibina hotel dan pusat perniagaan di lokasi terdekat.”

Menurut Chanel Israel, rancangan terbaru ini menyebabkan lonjakan besar, menjadikan kawasan elit Yahudi, dengan menggunakan nama penempatan Nof Zion, di tanah Palestin di Al-Quds timur.

Pada tahun lalu, Israel membina sekitar 90 unit baharu perumahan di penempatan Nof Zion.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Peneroka Yahudi menyerang kenderaan rakyat Palestine di timur laut Ramallah.

Jumaat, 19-11-2021 – Sekumpulan ekstremis Yahudi telah menyerang kenderaan milik rakyat Palestine yang melalui jalan yang berhampiran dengan penempatan haram Beit El di bahagian timur laut Ramallah pada petang Rabu kelmarin.

Menurut sumber tempatan, peneroka Yahudi ini telah berhimpun di kawasan lampu isyarat di pintu masuk ke Beit El dan mula membaling batu ke arah kenderaan yang melalui kawasan tersebut.

Tiada sebarang kecederaan dilaporkan namun beberapa kenderaan mengalami kerosakan dalam insiden serangan terbabit.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Shuhada Sayuti

Categories
Berita Semasa

Pelarian Palestin ditemui mati di sempadan Poland-Belarus

Jumaat, 19-11-2021 – Mayat seorang wanita pelarian Palestin telah ditemui di dalam hutan berdekatan sempadan Belarus, merupakan mangsa terbaru dalam perselisihan politik di sempadan timur Kesatuan Eropah.

Pelarian Palestin berusia 44 tahun itu telah ditahan di dalam stesen kereta api semasa dalam perjalanan ke Minsk, ibu negara Belarus, bersama sekumpulan pelarian yang lain. Walaubagaimanapun, dia ditemui mati dalam keadaan misteri. Tiada butiran lanjut didedahkan sehingga waktu laporan kematiannya ditulis.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Amrul Azmi Mizan

Categories
Berita Semasa

Pembebasan tahanan Palestin ditangguhkan ke bulan depan

Khamis, 18-11-2021 – Pihak rejim Israel (IOA) telah menangguhkan pembebasan tahanan Baitulmuqaddis Omar Abu al-Hawa hingga bulan depan.

Abu al-Hawa dijadualkan akan dibebaskan pada Ahad setelah berada selama beberapa bulan di penjara Israel.Abu al-Hawa telah ditahan pada 6 Disember 2020, setelah rumah keluarganya di bandar Al-Tur diserbu.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Puluhan Peneroka Serbu Halaman Masjid Al-Aqsa

Khamis, 18-11-2021 – Puluhan peneroka Yahudi menyerbu masuk ke Kompleks Masjid Al-Aqsa di Jerusalem pada hari Selasa. Sumber setempat mengesahkan bahawa sekumpulan besar peneroka yang dikawal oleh polis Israel memecah masuk ke dalam laman suci Islam itu.

Kebiasaannya peneroka Yahudi menyerbu tapak suci itu setiap hari pada waktu pagi dan petang melalui Pintu Al-Mughrabi, barat daya Masjid, kecuali pada hari Jumaat dan Sabtu.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Neina Mukhtar

Categories
Berita Semasa

Pemuda Palestin Syahid Dalam Pertembungan Dengan Isreal Di Thamun

Khamis, 18-11-2021 – Seorang pemuda Palestin berasal dari kota Thamun, gugur syahid dalam pertembungan melawan pasukan penjajah Israel di kota Thubas.

Pihak kementerian Kesihatan Palestin melaporkan, seorang pemuda Shadam Husain Bani Audah (26) yang berasal dari Thamun, gugur syahid setelah mengalami cedera parah terkena tembakan peluru Israel di bahagian pundak kiri dan jantung yang menembus paru-paru bahagian kiri.

Sementara itu puluhan pendatang Yahudi pada Selasa (16/11) menerobos masuk perkarangan Masjidil Aqsha, mereka menunaikan ritual Talmud secara terang-terangan di sekitar kawasan timur perkarangan Al-Aqsha.

Menurut sumber di lokasi, puluhan pendatang Yahudi menerobos masuk Al-Aqsha secara berkelompok, dikawal ketat pasukan polis Israel.

Pencerobohan masuk masih berlanjutan sejak pagi melalui pintu gerbang Maghoribah, salah satu pintu masuk Al-Aqsha, di tembok barat masjid. Pihak polis Israel bertebaran di perkarangann dan di pintu gerbang masuk.

Sumber menyebutkan bahawa para penduduk Yahudi berkeliling di perkarangan Al-Aqsha. Mereka mendengar penjelasan Talmud berkaitan kuil yahudi, setelah itu mereka menunaikan ritual Talmud di kawasan timur perkarangan Masjidil Aqsha.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis cabut 250 pokok zaitun di Salfit

Khamis, 18-11-2021 – Rejim Zionis pada petang hari Isnin meratakan tanah pertanian milik warga Palestin dan memusnahkan beratus pokok zaitun di kawasan al-Ras di Salfit di tengah Tebing Barat.

Sumber tempatan mengesahkan bahawa jentolak Israel mencabut 250 pokok zaitun berusia di antara tujuh hingga sepuluh tahun, di kawasan al-Ras dengan alasan ia terletak di kawasan C Tebing Barat, di mana ia di bawah kawalan penuh pentadbiran dan ketenteraan Israel. Rejim Zionis juga memusnahkan kawasan tanah yang besar dan merobohkan beberapa tembok penahan di kawasan itu.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Amrul Azmi Mizan

Categories
Berita Semasa

Nyawa Fasfous dan yang mogok lapar dalam bahaya

Rabu, 17-11-2021 – Walaupun nyawa mereka dalam bahaya, lima tahanan Palestin masih mogok lapar sebagai bantahan terhadap penahanan mereka tanpa bicara.

Tahanan Kayed al-Fasfous, dari bandar Dura di al-Khalil, adalah seorang yang mogok lapar paling lama selama 123 hari.

Tahanan lain adalah Alaa al-Araj, Hisham Abu Hawash, Ayyad al- Harimi dan Louay al-Ashqar. Mereka telah mogok lapar selama 99, 90, 53 dan 35 hari.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Empat rakyat Palestin Diculik Zionis di Tebing Barat

Rabu, 17-11-2021 – Rejim Zionis pada pagi Isnin lalu telah menyerbu beberapa kawasan berbeza di Tebing Barat dan menculik sejumlah rakyat Palestin semasa kempen tersebut.

Menurut sumber tempatan, rejim Zionis menculik dua belia lelaki dari bandar al-Mazra’a al-Gharbiya di utara Ramallah.Mereka dikenali sebagai Ahmed Ladadwa dan Abdul-Muti Ladadwa.

Di Bethlehem, rejim Zionis menculik dua belia lelaki dari rumah mereka yang dikenali sebagai Tamer Awwad dari kawasan Jabel al-Mawaleh dan Ibrahim Suman dari kawasan al-Fawaghra.

Sementara itu, rejim Zionis meningkatkan kehadirannya di beberapa kawasan berbeza di barat daya Jenin, tanpa sebarang tangkapan dilaporkan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Ezatul

Categories
Berita Semasa

IOA menghalang rakyat Palestin membina rumah di kampung Tebing Barat

Rabu, 17-11-2021 – Regim Zionis Israel (IOA) pada hari Ahad menyampaikan arahan pemberhentian kerja-kerja terhadap sebuah rumah yang sedang dalam pembinaan di kampung Artas, selatan Bethlehem.

Aktivis Palestin, Sameer Abu Sawi berkata, tentera Israel menyerbu kawasan timur kawasan Umm Rukba di kampung itu dan menyerahkan Ismail Awad notis mengarahkannya berhenti membina rumah dua tingkat untuk keluarganya.

Tambahnya, tentera turut merampas pam konkrit dan mesin pembancuh sebagai tindakan menghukum pemiliknya.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nor syuhada

Categories
Berita Semasa

Qatar Salurkan Bantuan Tunai Kepada 95,000 Keluarga Di Semenanjung Gaza

Rabu, 17-11-2021 – Ketua Jawatankuasa Qatar untuk Pembinaan Semula Gaza, Duta Besar Muhammad Al-Emadi, mengumumkan bahawa bantuan tunai akan disalurkan kepada keluarga miskin dan pihak yang memerlukannya di Semenanjung Gaza mulai esok Selasa melalui badan Persatuan Bangsa-Bangsa (PBB).

Duta Besar Al-Emadi mengatakan dalam keterangan bertulis Ienin (15/11) yang dimuat di web rasmi Jawatankuasa Qatar, “Proses penyaluran bantuan tunai kepada keluarga yang memerlukan di Semenanjung Gaza akan dimulai pada Selasa, bekerja sama dengan Dana Qatar untuk Pembangunan.”Beliau menjelaskan bahawa bantuan tunai akan diberikan kepada sekitar 95,000 keluarga yang memerlukan di Semenanjung Gaza sebanyak $100 per keluarga.

Duta Besar Al Emadi menjelaskan bahawa proses pengedaran akan dilakukan melalui pihak PBB dan melalui pusat pengedaran yang telah dikenalpasti di Semenanjung Gaza. Sekitar 300 pusat pengedaran akan beroperasi selama sekitar 10 hari.

Pada 19 ogos, Jawatankuasa Qatar untuk Pembinaan Semula Semenanjung Gaza menandatangani nota kesefahaman dengan PBB untuk mengedarkan hibah tunai Negara Qatar kepada 100,000 keluarga miskin di Semenanjung Gaza setiap bulan mulai September 2021.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Lebih 80 penceroboh cemari masjid al-Aqsa

Rabu, 17-11-2021 – Berpuluh penceroboh Yahudi pada pagi hari Isnin mencemari masjid al-Aqsa di bawah iringan polis. Menurut sumber tempatan, sekurang-kurangnya 85 orang penceroboh masuk ke dalam masjid tersebut di dalam beberapa kumpulan melalui pintu Maghariba dan melawat halamannya.

Di kalangan penceroboh tersebut adalah kumpulan pelampau yang digelar Wanita Untuk Kuil, di mana ahlinya menghasut pemusnahan masjid al-Aqsa.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Amrul Azmi Mizan