Categories
Berita Semasa

Tahanan Wanita Mulakan Mogok Lapar

Selasa, 11/06/2013 – Tahanan wanita Palestin yang ditahan oleh Israel telah memulakan mogok lapar secara terbuka bagi menuntut Pihak Berkuasa Penjara Israel menyediakan rawatan perubatan untuk salah seorang tahanan, Heba Abu Rezeq. Abu Rezeq ditahan sejak tiga bulan lalu dan sehingga sekarang masih dikurung.

Beliau berhadapan dengan beberapa masalah psikologi dan memerlukan terapi rawatan dengan segera namun pentadbiran penjara mengugut untuk memindahkannya ke tempat lain dan mengasingkannya.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : izzati

Categories
Berita Semasa

Para pendatang memotong pokok-pokok milik warga Palestin dekat Hebron

Selasa, 11/06/2013 – Sejumlah pendatang Yahudi pelampau memotong lebih kurang 20 batang pohon zaitun milik seorang petani dari Beit Ummar dekat selatan Tebing Barat bandar Hebron. Mohammad Awad, penyelaras jawatankuasa popular menentang pendatang di Beit Ummar memberitahu Akhbar Quds bahawa pendatang di penempatan haram Beit Aven menceroboh kebun dan memotong pokok-pokok.

Beliau berkata, pokok-pokok itu dimiliki Hammad Jaber Sleiby dan menambah bahawa lima tahun lepas, sejumlah pendatang menyerang tanah Sleiby dan memotong puluhan pohon zaitun, badam, anggur dan beberapa jenis lain.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Menteri Palestin dibebaskan selepas Dua Tahun Dalam Tawanan

Selasa, 11/06/2013 – Israel membebaskan bekas Menteri Palestin, Wasfy Qabha, 50, selepas menahan beliau di bawah Tahanan Pentadbiran selama dua tahun tanpa sebarang tuduhan atau perbicaraan. Tentera Israel memindahkan beliau ke Jabara, timur utara bandar Tulkarem,
di mana beliau dibebaskan dan disambut oleh beratus-ratus penduduk, ahli keluarga dan wartawan.

Selepas pembebasannya, Qabha telah dipindahkan ke Hospital Thabit, di Tulkarem, untuk pemeriksaan perubatan am
sebelum pulang.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : nurul

Categories
Berita Semasa

Panggilan OIC untuk menghulurkan bantuan bantuan segera kepada pelarian yang melarikan diri ke Syria

Jumaat, 07/06/2013 – Pertubuhan Kerjasama Islam telah memanggil untuk memperluaskan bahan bantuan yang sangat diperlukan untuk keluarga Palestin yang melarikan diri dari Syria dan mencari perlindungan di Semenanjung Gaza.

Ia berkata dalam satu laporan mengenai keadaan di Gaza bahawa pelarian Palestin, yang melarikan diri dari Syria yang sedang bergolak, memerlukan segera rumah mudah alih dan bantuan bantuan lain.

Laporan oleh Jabatan hal ehwal kemanusiaan OIC berkata bahawa kira-kira 235,000 pelarian Palestin telah meninggalkan Syria dan bahawa lebih daripada 200 keluarga telah mendarat di Gaza.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Tentera Rejim Zionis musnahkan perumahan di lembah Jordan

Jumaat, 07/06/2013 – Tentera Rejim Zionis memusnahkan empat buat rumah di utara Jericho Selasa lepas dan memusnahkan empat lagi rumah kepunyaan Bedouins di kawasan yang sama.

Sumber tempatan memberitahu bahawa keempat-empat rumah yang dimusnahkan adalah milik empat bersaudara. Mereka menyatakan bahawa langkah ini diambi pleh pihak Israel untuk menjadikan Lembah Jordan sebagai tempat Yahudi.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hafizah

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis Menahan 7 Penduduk di Tebing Barat

Jumaat, 07/06/2013 – Tentera Penceroboh Israel (IOF) telah menahan tujuh rakyat tempatan dari Tebing Barat dan memindahkan mereka ke destinasi yang tidak diketahui.

Sumber tempatan mengatakan bahawa tentera Israel menyerbu beberapa buah rumah di kampung Husan dan menahan 3 orang pemuda. Seorang lagi pemuda ditahan pada lewat petang hari Isnin di kampong Asakra selepas rumah ayahnya diserang dan digeledah.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : izzati

Categories
Berita Semasa

SAVE THE DATE: 7 JUNE 2013 , JUMAAT , 8:00PM-11:30PM

gmj

Ayuh menjadi sebahagian dari jutaan umat manusia yang akan berkumpul diserata dunia untuk menunjukkan solidariti terhadap perjuangan membebaskan Masjidil Aqsa!

Jumpa anda di Dataran Kemerdekaan Shah Alam Jumaat ini!
8 mlm – 11 mlm (Isya’ bersama)

Acara akan diserikan dengan persembahan oleh Faizal Tahir, Muadz, Perkongsian oleh Dr Hafidzi dan juga LIVE GMJ dari Gaza bersama Dr Ismail Haniyeh.

Categories
Berita Semasa

Skim Israel untuk merobohkan 450 buah rumah di Jerusalem

Rabu, 05/06/2013 – Suruhanjaya Islam-Kristian untuk menyokong Jerusalem dan tempat suci memberi amaran pada hari Selasa bahawa skim Israel adalah untuk merobohkan 450 rumah di timur Baitulmaqdis.

Suruhanjaya itu berkata dalam satu kenyataan, bahawa pihak berkuasa Israel telah merobohkan lebih daripada 25 ribu rumah di wilayah-wilayah Palestin yang diduduki sejak 1967.

Ia melaporkan bahawa 40 buah rumah telah dirobohkan di Baitulmuqaddis sejak awal tahun 2013. Hampir 300 rakyat Palestin termasuk 200 kanak-kanak telah kehilangan tempat tinggal akibat peristiwa itu.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Kerry memeras Abas agar menyerahkan hak untuk kembali dengan bayaran 4 billion dollar

Rabu, 05/06/2013 – Pada Forum ekonomi antarabangsa baru-baru ini di Amman, Setiausaha Amerika Syarikat (AS), John Kerry mendedahkan bahawa AS akan menawarkan kepada pihak berkuasa Palestin (PA) sebanyak 4 billion dollar untuk membaikpulih ekonomi Palestin.

Bagaimanapun, Kerry telah menyatakan dengan jelas bahawa perlaksanaan pekej insentif itu tertakluk kepada penerusan proses damai yang tertangguh di antara rejim Israel yang disokong penuh kerajaan AS dan PA yang mana dalam keadaan kritikal bergantung pada Israel dan barat.

Sebahagian pemerhati mengalu-alukan cadangan AS itu dan memejam mata kepada ketidakadilan yang bakal berlaku kepada rakyat Palestin hasil rundingan itu. PA telah menafikan bahawa ia akan mengorbankan hak kembali untuk rakyat demi kepentingan ekonomi. Namun begitu, daripada reaksi awal rakyat Palestin ternyata majoriti rakyat Palestin ragu-ragu sama ada Abbas akan berjaya mempertahankan pendirian dari dibuli AS.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Palestin hilang 92% daripada tanah sejarah mereka

Rabu, 05/06/2013 – Pusat Penyelidikan Tanah Palestin berkata rakyat Palestin telah kehilangan 92% daripada tanah warisan mereka sejak penjajahan British pada tahun 1917.

Laporan Pusat Penyelidikan Tanah (LRD) mengenai pelanggaran Israel terhadap hak rakyat Palestin 2012 telah dikeluarkan Ahad lalu semasa sidang akhbar di Ramallah.

Jamal al-Omla, pengarah pusat itu menyatakan tahun 2012 telah menyaksikan peningkatan dalam pembinaan dan perluasan penempatan Israel dengan mengorbankan tanah dan rumah Palestin.

Dalampersidangan itu, al-Omla mengesahkannya melalui peta dan carta kawasan Palestin yang menurun kepada 8% daripada keseluruhan wilayah warisan Palestin (27,000 km persegi) sejak penjajahan British dan berturutan pula ke kerajaan Israel sehingga kini.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Israel Tangkap Pemimpin Jihad Islam di Ramallah

Rabu, 05/06/2013 – Pasukan tentera Zionis mengepung kem pelarian Jalzon, di bahagian timur laut Ramallah, Rabu (29/5) untuk menangkap salah seorang pimpinan gerakan Jihad Islam (JI) yang juga perwakilan jawatankuasa elemen nasional Palestin.

Sementara itu, dalam keterangan akhbarnya, Jihad Islam mengatakan, tentera Zionis menyerbu kem pelarian dan menangkap pimpinan JI, Syaikh Said Nakhlah (55 tahun) di rumahnya. Beliau merupakan pimpinan utama JI yang sudah dikenali ramai. Beliau juga pernah ditahan di penjara Zionis selama 17 tahun, selain ditahan di penjara otoriti Palestin selama beberapa kali.

Syaikh Said ditangkap ketika menghadiri perhimpunan sokongan terhadap tawanan mogok lapar yang diadakan oleh pihak JI sebagai perjuangan baru dalam membela hak-hak mereka. Dengan ini JI menganggap Israel bertanggungjawab penuh atas keselamatan Syaikh Said. Tahap kesihatan beliau sekarang dalam keadaan yang tidak stabil iaitu beliau mengidap penyakit jantung, tekanan darah tinggi serta diabetis.

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Rejim memindahkan Ibrahim Hamed ke destinasi yang tidak diketahui

Rabu, 29/05/2013 – Perkhidmatan Penjara Israel memindahkan tahanan Ibrahim Hamed pada Isnin secara mendadak. Ibrahim Hamed merupakan seorang pemimpin Briged Al-Qassam iaitu sayap ketenteraan Hamas, dari penjara Rimon ke satu tempat yang tidak diketahui, Kesatuan Tahanan Wa’ed melaporkan.

Wa’ed menyebut dalam kenyataan bahawa tahanan Hamed yang dijatuhkan sebanyak 54 hukuman penjara seumur hidup telah dipindahkan sebanyak 3 kali dari satu penjara ke penjara yang lain sejak dibebaskan dari tahanan pengasingan.

Tahanan Ibrahim Hamed ialah salah seorang pemimpin kanan Hamas yang dipenjarakan. Beliau menyertai mogok besar-besaran Karama pada April tahun lepas yang berlangsung selama 28 hari dan kemudiannya beliau dibebaskan dari tahanan pengasingan selama 7 tahun.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Israel tentera tangkap 2 nelayan Gaza

Rabu, 29/05/2013 – Pasukan tentera laut Israel malam Ahad lalu telah menahan dua orang nelayan Palestin di perairan Beit Lahiya, utara Gaza.

Wartawan PIC yang memetik sumber saksi dan hak asasi manusia sebagai berkata dua saudara bernama Mahmoud dan Khaled Zayed telah ditangkap semasa menangkap ikan. Mereka kemudiannya dibawa ke lokasi yang tidak diketahui manakala bot mereka dirampas.

Serangan tentera Zionis ke atas nelayan di Gaza semakin berterusan, termasuk melepaskan tembakan ke arah mereka, merampas peralatan dan menahan mereka, yang mana ia melanggar perjanjian gencatan senjata antara pejuang Palestin dan penceroboh Israel yang telah dicapai dengan perantaraan Mesir pada November tahun lepas.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Isu tahanan Palestin ‘dibincangkan di Parlimen Eropah

Rabu, 22/05/2013 – Rangkaian UFree untuk mempertahankan hak-hak tahanan Palestin membangkitkan isu tahanan Palestin di penjara Israel di luar mesyuarat yang diadakan di Parlimen Eropah di Brussels pada ulang tahun Nakba, dengan kerjasama Majlis Perhubungan Eropah Palestin .

Encik Mohammed Hamdan, ketua UFree Network, memberitahu Quds Press bahawa mesyuarat itu adalah yang pertama seumpamanya, kerana ia adalah kali pertama di mana Parlimen Eropah membincangkan Nakba Palestin (bencana) dan kesan-kesannya kepada rakyat Palestin.

Hamdan berkata bahawa sesi dibincangkan pada lawatan pertama delegasi Parlimen Eropah ke wilayah yang diduduki Palestin.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Abu Zuhri: Penutupan sempadan Rafah ialah tindakan yang tidak wajar

Rabu, 22/05/2013 – Gerakan Hamas menyeru pihak berkuasa Mesir untuk membuka semula sempadan Gaza dan Semenanjung Gaza yang ditutup untuk hari kedua.

Dr. Sami Abu Zuhri, jurucakap gerakan itu, menyatakan dalam kenyataan bertulis tentang penutupan itu sebagai tidak wajar dan memudaratkan rakyat terutamanya para pesakit. Beliau berkata, masalah dalaman Mesir mesti diselesaikan segera tanpa memberi kesan kepada rakyat Palestin.

Polis Mesir tiba-tiba menutup sempadan Rafah pada Jumaat rentetan penculikan 7 orang di Sinai Mesir oleh sekumpulan bersenjata Khamis lepas.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : idawati