Categories
Berita Semasa

Dweik diundang untuk menghadiri Jawatankuasa Kebangsaan Palestin pada bulan ini

Rabu, 27/07/2011 – Jurucakap Mahlis Perundangan Palestin (PLC) Aziz Dweik telah diundang oleh Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan Palestin (PNC) Salim Zanoun untuk menghadiri sesi anjuran PNC pada bulan ini, Dweik memberitahu Pusat Maklumat Palestin.

Jawatankuasa Kebangsaan Palestin tersebut merupakan badan perundangan Organisasi Pembebasan Palestin. “Saya telah membaca jemputan itu dan sedang serius menimbangkannya”,kata Dweik. Beliau berkata, terdapat beberapa isu berkenaan rundingan Palestin serta fungsi PLC yang memerlukan perincian dan penjelasan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Knesset Juara Membuat Undang-Undang Rasis

Selasa, 26/07/2011 – Persetujuan Rang Undang-Undang pemusnahan muzium-muzium Palestin di Tebing Barat oleh parlimen Israel Knesset, Rabu (21/7) lalu, ke dalam entiti Zionis Israel, bukanlah undang-undang rasis yang pertama dan terakhir dibuat oleh Israel. Demikian ditegaskan anggota Knesset dari parti radikal Israel “National Union”, Ory Ariel.

Sebelumnya juga telah disetujui undang-undang “Pemboikotan” yang menganggap sesiapa sahaja yang mengajak pemboikotan hasil dari penempatan Yahudi bertentangan dengan undang-undang Zionis dan layak untuk dikenakan tindakan. Larangan memberi dana kepada badan-badan yang bertentangan dengan undang-undang ini, di samping undang-undang pengawasan dan pemantauan terhadap badan-badan hak asasi manusia, undang-undang penempatan dan tekanan terhadap para tawanan, pengusiran wakil Arab di parlimen Hanin Zabi dari aktiviti Knesset, undang-undang Nakba dan yang lain-lain lagi.

Ory Ariel mengatakan, undang-undang tersebut bukan yang terakhir. Beliau menegaskan akan bekerjasama dengan kumpulan lain dari anggota Knesset untuk “memanfaatkan majoriti Zionis” dan akan meuluskan undang undang rasis setiap minggu “yang akan dicatat oleh sejarah”, katanya.

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Erdogan: Tiada Normal dalam Perhubungan Tanpa Permohonan Maaf Israel dan Mengangkat Sekatan Ke Atas Gaza

Selasa, 26/07/2011 – Perdana Meneri Turki, Recep Tayyop Erdogan berkata pada Sabtu bahawa hubungan negaranya dengan Israel berada dalam keadaan yang ‘tidak dapat difikirkan’ melainkan Israel meminta maaf atas kejadian serangan ke atas Flotilla 2010 dan berakhirnya kepungan ke atas Gaza.

“Selagi Israel tidak meminta maaf kepada Turki, membayar ganti rugi kepada keluarga mangsa dan mengangkat sekatan ke atas Gaza, hubungan yang normal antara Turki dan Israel tidak dapat difikirkan,” kata Erdogan ketika mesyuarat bersama duta Palestin di Istanbul.

Erdoga menuduh Israel ‘menembak belakang’ sembilan orang aktivis Turki yang tidak bersenjata yang berada dalam kapal Mavi Marmara, iaitu sebahagian daripada Flotilla Pembebasan ke Palestin paa 2010 ketika mencuba untuk memecahkan sekatan Israel. Perdana Menteri itu juga mengecam kebiadapan dan kesombongan Israel dalam melewatkan perdamaian dan mengangkat sekatan yang dikenakan ke atas Gaza.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : redz

Categories
Berita Semasa

Cadangan PBB Untuk Mengiktiraf Palestin: Menteri Luar Gaza Bimbang Itu Cuma Eksploitasi Media

Selasa, 26/07/2011 – Dr. Mohammed Awad, Menteri Luar dan Perancangan Kerajaan di Gaza menyuarakan kebimbangannya terhadap kerjasama Presiden Mahmoud Abbas dengan cadangan pengiktirafan oleh PBB hanya merupakan gimik yang tidak menghasilkan keputusan yang baik.

Awad menegaskan dalam temuramahnya dengan Agensi Berita Fars Iran bahawa sebarang rancangan untuk ke PBB untuk memohon pengiktirafan
mestilah berasaskan kesatuan rakyat Palestin. “Dengan perpaduan kami, barulah kami boleh tampil di mata dunia dengan
satu wadah supaya semua dapat memahami apa yang kami mahu,” Awad
memberitahu.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

‘Awud : Kami ragu usaha “September” Abbas hanya propaganda media

Selasa, 26/07/2011 – Menteri Perhubungan Luar dan Perancangan Kerajaan Palestin, Muhammad ‘Awud, menyatakan keraguannya terhadap determinasi Presiden PA di Ramallah, Mahmoud Abbas, yang akan dibentangkan kepada UN bulan September depan, untuk mengumumkan negara Palestin 1967, dan menganggap ia hanyalah propaganda media dan “tidak akan membuahkan sebarang hasil”.

‘Awud dalam temubual panjang bersama akhbar Hebrew, Fareetz, percaya bahawa apa-apa sahaja perancangan untuk merealisasikan apa yang akan di buat bulan September nanti mestilah selari dengan kesatuan barisan Palestin, dan berkata, “dengan kesatuan kita, kita mampu untuk menghadapi dunia dengan satu kata dan satu pendirian, untuk memahamkan mereka semua bahawa kami tidak mahu sesuatupun selain daripada sebuah negara.”

Menteri Palestin ini turut menceritakan tentang pertemuannya dengan Perdana Menteri Gaza, Ismail Haniyyeh, dan wakil Abu Mazen (Mahmoud Abbas), bersama dengan pengwal peribadinya di Gaza baru-baru ini. Beliau mendapati bahawa isu rekosiliasi dan fail Palestin yang diutarakan oleh organisasi seperti badan pembebasan sosial dan pemulihan masyarakat menjadi topik utama perbincangan mereka.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar
penterjemah : Azleen

Categories
Berita Semasa

Konfrontasi ganas selepas rejim Zionis menyerbu kem pelarian Doheisha

Selasa, 26/07/2011 – Pendudukan tentera Israel (IOF) menyerbu kem pelarian Doheisha di Bethlehem dengan enam kenderaan perisai sebelum subuh Ahad dan melepaskan bom sonik apabila mereka sampai ke pinggir.

Sumber-sumber tempatan berkata bahawa bunyi letupan-letupan yang membangunkan penduduk dan beberapa pemuda memasuki jalan-jalan untuk menghadapi tentera yang menyerang. Mereka berkata bahawa askar-askar itu bertindak balas terhadap batu yang dibaling dengan menembak peluru getah dan gas pemedih mata kanister dan mereka digambarkan sebagai konfrontasi “ganas”.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Naim: UNRWA Anggap Sebagai Pengganti dan Bukan Agensi untuk Rakyat Palestin

Ahad, 24/07/2011 – Menteri Kesihatan Gaza Bassem Naim berkata bahawa Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) (UNRWA) untuk pelarian Palestin telah mula mempertimbangkan dirinya sebagai pengganti untuk rakyat Palestin dan bukan lagi ejen bagi mereka.

Beliau berkata sebab kerana rakyat Palestin tidak membangunkan satu mekanisme untuk memantau prestasi badan tersebut. Naim, yang juga ketua kerajaan dalam jawatankuasa penyelarasan UNRWA Gaza, menambah bahawa sepanjang kerjaya agensi dalam tempoh yang enam dekad yang lalu, dengan operasi di negara-negara beberapa Arab, UNRWA tidak secara aktif dipantau oleh orang-orang Arab, tetapi hanya oleh Perhimpunan Agung PBB, yang ditugaskan dengan menyelia hal ehwal pelarian Palestin.

Kenyataan ini timbul semasa seminar yang dilakukan oleh Jabatan Hal Ehwal Pelarian Hamas untuk mencari satu mekanisme untuk memantau operasi UNRWA. Seminar itu dihadiri oleh wakil-wakil dari beberapa kumpulan Palestin dan pertubuhan masyarakat madani, serta pemikir dan intelektual Palestin.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : ameen

Categories
Berita Semasa

Kerajaan Gaza : Rejim Zionis bertindak seperti lanun ke atas Dignity

Ahad, 24/07/2011 – Kerajaan Palestin di Gaza mengutuk keras tindakan rejim Zionis yang mengepung satu-satunya kapal yang terlepas daripada tindakan pengharaman flotilla oleh kerajaan Greece dengan menyifatkannya sebagai “lanun maritim Zionis” serta meletakkan juga kesalahan di bahu PBB.

3 buah kapal tentera laut rejim Zionis telah memintas sebuah kapal yang berdaftar dengan Perancis iaitu Dignite al-Karama dan menundanya ke Pelabuhan Ashdod di Negara haram Israel. Kapal Perancis tersebut membawa 16 orang aktivis dan beberapa orang wartawan.

Tahir al-Nunu, jurucakap kerajaan Palestin-Gaza bercakap kepada media AFP bahawa PBB mesti lebih bertanggungjawab kerana sehingga kini badan dunia itu belum mengambil sebarang tindakan ke atas rejim Zionis atas serangan maut yang dilakukannya ke atas kapal Mavi Marmara yang menyertai Flotilla Kebebasan I pada tahun lepas, yang mana memberi lesen kepada rejim Zionis untuk terus melakukan tindakan “haram dan keras”.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

Tahanan Palestin Dihantar ke Hospital dalam Keadaan Teruk

Ahad, 24/07/2011 – Pengurusan Penjara Askalan Israel menghantar tahanan Palestin, Atef Wreidat ke Hospital Penjara Ramle dengan kedua tangan dan kakinya bergari selepas keadaan kesihatannya bertambah teruk.

Persatuan Tahanan Palestin menyebut dalam satu kenyataan pada Selasa bahawa Wreidat, 45, berada dalam mogok lapar sejak 12 Jun untuk memprotes keadaan perubatan yang teruk dan tekanan ke atasnya sejak dia berada dalam tahanan sepuluh tahun lepas.

Juga disebut bahawa Wreidat menderita penyakit yang serius seperti diabetes, darah tinggi dan penyakit jantung, dan perlukan pembedahan jantung sejak setahun lepas.

Persatuan itu meletakkan Perkhidmatan Penjara Israel (IPS) bertanggungjawab ke atas kesihatan Wreidat, dan menekan bahawa pegabaian kesihatan Wreidat menunjukkan polisi IPS yang mahu membunuh tahanan yang sakit.

Pengurusan Penjara Askalan melakukan banyak tindakan yang teruk ke atas tahanan termasuk meletakkannnya dalam tahanan yang berasingan, walaupun megnetahui keadaan kesihatannya yang teruk.

Wreidat, seorang kader Fatah ditangkap oleh Israel pada 1982 yang mana ketika itu berumur 16 tahun dan dhukum penjara 11 tahun. Dia dibebaskan pada 1993 dan kemudian ditahan semula ketika Intifada Aqsa selepas diburu selama dua tahun dan dihukum penjara selama 11 tahun dan 3 bulan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : redz

Categories
Berita Semasa

Barkah Desak Lebanon Hapus Darurat Militan Di Kem Nahrul Barid

Ahad, 24/07/2011 – Wakil Hamas di Lebanon, Ali Barkah menerima delegasi warga dari kem Nahrul Barid yang diketuai oleh Muhammad Sayid, salah seorang pemimpin di kem tersebut.

Pihak delegasi menjelaskan situasi penderitaan yang dialami warga kem akibat kemusnahan kem empat tahun lalu. Para penghuni kem masih terusir, sementara pemerintah Lebanon tidak memperlihatkan komitmennya sehingga kini, demikian juga UNRWA gagal melakukan pembaikan dan bantuan kemanusiaan.

Barkah menegaskan bahawa Hamas mendukung tuntutan warga kem dan berjanji akan menghubungi pemerintah Lebanon dan pihak ketenteraan untuk merealisasikan tuntutan warga kem, melakukan pembaikan dan mengembalikan warga ke kem, mengembalikan sejumlah tanah kepada pemiliknya, terutama yang telah mereka miliki sebelum diluluskan undang-undang kepemilikan tahun 2001.

Barkah turut mendesak pemerintah Lebanon menarik kembali darurat ketenteran dan memudahkan proses pembaikan semula serta menjamin bajet yang diperuntukan untuk pembangunan.

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Erdogan mengesahkan lawatannya ke Gaza

Ahad, 24/07/2011 – Perdana Menteri Turki, Recep Erdogan mengesahkan niatnya untuk mengunjungi Semenanjung Gaza pada hujung bulan ini. Media Turki menyebut Erdogan telah memberitahu pemberita sebelum meninggalkan lawatan ke Northern Cyprus dimana jika keadaan sesuai, beliau akan mempertimbangkan untuk melawat Gaza.

Beliau berkata bahawa Kementerian Luar Turki kini sedang bersiap sedia untuk lawatan itu dan lawatan itu akan bergantung kepada persediaan itu.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Jet Zionis serang sekolah di As-Syujaiyah dekat Timur Gaza

Ahad, 24/07/2011 – Jet perang Zionis lewat petang Selasa (19 Julai) melancarkan serangan udara terhadap Gaza. Saksi kejadian melaporkan bahawa jet perang Zionis dari jenis F-16 pada lewat petang Selasa membedil menggunakan bom yang dijatuhkan di kawasan berdekatan Sekolah ‘Umar bin Abdel Aziz, di Timur Hayy As-Syujaiyah dari arah timur Gaza.

Saksi tersebut turut menambah bahawa letupan yang memekakkan telinga dapat didengari dari tempat tersebut sehingga ke tempat lain yang agak jauh dari Bandar Gaza, dan menyebabkan kemusnahan sekolah dan perumahan di sekelilingnya.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : Azleen

Categories
Berita Semasa

Hamas mengutuk tindakan Israel sebagai ‘lanun antarabangsa’

Ahad, 24/07/2011 – Hamas mengutuk sekeras-kerasnya tindakan ‘lanun antarabangsa’ ke atas aktivis pro Palestin di atas bot Al-Karama yang cuba memasuki Semenanjung Gaza.

Seorang jurucakap tentera Israel mengumumkan bahawa tentera laut Israel memintas ketika bot tersebut menghampiri pantai Gaza pada Selasa. Tentera Israel mendakwa terdapat senjata di atas bot tersebut, namun
dinafikan oleh para penumpang.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Zionis berniat halang Dignity ke Gaza

Rabu, 20/07/2011 – Sumber politik Zionis mengumumkan bahawa tentera laut Zionis tidak akan membenarkan kapal Perancis, Dignitiy, untuk berlayar ke Gaza, melalui perairan Gaza, dan pada waktu yang sama menggesa rangkaian NGO Palestin untuk memberhentikan perjalanan kapal itu secepat mungkin.

Sumber itu berkata, dalam kenyataan yang disiarkan oleh radio Hebrew pada hari Isnin (18 Julai) : “ahli kapal Dignity Perancis mahu menceroboh masuk ke kawasan perairan untuk sampai ke Gaza, dan mereka ingin berhadapan dengan ketenteraan kita. Oleh itu kita, Israel, akan menghalang kapal Perancis ini daripada tiba ke Gaza.”

Kapal Dignity yang memulakan perlayaran kelmarin dari pelabuhan Greek menjangkakan bahawa kapalnya akan tiba di Gaza selepas Zohor hari Selasa, dan memuatkan beberapa sukarelawan Perancis dan bangsa lain.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : Azleen

Categories
Berita Semasa

Mahkamah Israel melanjutkan tahanan pentadbiran rakyat Palestin untuk kali ke 4

Rabu, 20/07/2011 – Sebuah mahkamah Israel melanjutkan tempoh penahanan pentadbiran banduan Palestin Ihab al-Qawasimi selama empat bulan lagi untuk kali kelima sejak dia mula-mula ditangkap.

Qawasimi ditahan ketika cuba menyeberangi sempadan ke Jordan pada bulan Ogos 2009 kerana dia mahu menghadiri pengebumian bapa saudaranya. Penangkapan dibuat ketika Israel berkempen untuk menahan rakyat Palestin selepas gagal meletak dakwaan ke atas mereka.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syuhada