Categories
Berita Semasa

Penganalisa: Pengiktirafan AS terhadap hak ikhwanul Muslimin untuk memerintah adalah perangkap

Isnin , 14/02/2011 – Penganalisa politik, Dr. Adel Samara menyifatkan pengumuman Amerika Syarikat bahawa pihaknya membenarkan penglibatan kumpulan ikhwanul Muslimin dalam sebarang pembentukan kerajaan baru di Mesir dalam masa terdekat ini sebagai perangkap yang merbahaya.

“AS cuba memecahkan pertahanan gerakan-gerakan perjuangan bagi menjerumuskan mereka ke kancah situasi yang sedia ada di rantau itu seperti membiasakan hubungan dengan rejim Zionis dan mengiktiraf perjanjian-perjanjian yang telah pun ditandatangani,” kata Samara dalam satu kenyataan media yang dihantar ke Pusat Informasi Palestin (PIC) pada Isnin lalu.

“Washington sedar bahawa Mesir akan kembali ke arena yang berbeza orientasi dan ini merbahaya kepada pihaknya. Justeru, Washington sedang berusaha mengelakkan ianya daripada berlaku,” tegas penganalisa itu lagi.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

Lembaga Perancangan luluskan pembinaan 16 kediaman pendatang di timur Baitulmuqaddis

Jumaat , 11/02/2011 – Majlis Perbandaran Baitulmuqaddis telah meluluskan projek pembinaan 16 kediaman untuk pendatang Yahudi di timur Baitulmuqaddis daerah Sheikh Jarrah.

Perancangan tersebut melibatkan pengusiran dua keluarga warga Palestin. Jawatankuasa Perancangan dan Pembinaan meluluskan dua rancangan untuk membina 16 kediaman di kawasan berbeza di daerah itu. Perancangan itu mencetuskan beberapa bantahan disebabkan pengusiran warga Palestin, demikian laporan Joseph Alalo, seorang ahli jawatankuasa perbandaran dari parti pembangkang Meretz kepada AFP. Alalo berkata, terdapat dua kediaman milik warga Palestin di kawasan terbabit, tetapi salah satunya tidak dihuni.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Israel menunda pengeluaran pasukan dari utara Ghajar

Jumaat , 11/02/2011 – Pendudukan haram JERUSALEM, (PIC) – Israel telah menghentikan keputusan untuk menarik pasukan dari pecahan desa Ghajar di sempadan Lubnan selepas jatuhnya kerajaan Saad Hariri, kata seorang pegawai tinggi kepada AFP profil.

“Rencana itu ditunda kerana Hizbullah telah membongkar kerajaan Lubnan,” kata pegawai Israel.

“Israel telah bersetuju untuk mengembalikan kuasa bahagian bandar ini kepada pasukan antarabangsa sementara di Lubnan (UNIFIL), tetapi diketahui keputusan itu memerlukan lampu hijau dari kerajaan Lubnan”, tambahnya lagi.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Mantan Menteri Dalam Negeri Mesir akan disiasat tentang penglibatannya dalam letupan Gereja Kristian.

Jumaat , 11/02/2011 – Perwakilan Am Mesir, Abdel Majed Mahmoud, menjalankan siasatan ke atas Habib El-Adili, Menteri Dalam Negeri dalam Kementerian Informasi melalui Badan Siasatan Keselamatan atas tuduhan terlibat dalam serangan terhadap Gereja Kristian di Iskandariah pada malam tahun baru yang lalu, di mana El-Adili dipercayai bersama Kumpulan Palestin dari Gaza bertanggungjawab merancang serangan itu.

Peguam, Mamdouh Ramzi, menyebut tuduhan Perwakilan Am tersebut ke atas penglibatan El-Adili (dalam serangan ini), yang membunuh 23 orang sementara mencederakan 97 yang lain.

El-Adili, pada 17 Januari lalu telah mengeluarkan kenyataan bahawa “Jaisyul Islam”, iaitu satu organisasi Palestin yang mempunyai keahlian daripada Gaza, menafikan penglibatan mereka dalam peristiwa serangan gereja tersebut. Sementara itu, jurucakap bagi Kerajaan Palestin bersedia membantu Kerajaan Mesir menyiasat insiden mengejut itu.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar
penterjemah : Azleen

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis tolak lagi permintaan Mesir untuk hantar lebih tentera ke Sinai

Jumaat , 11/02/2011 – Rejim Zionis telah menolak permintaan kerajaan Mesir supaya dihantar lebih ramai tentera ke Semenanjung Sinai bagi menghadapi apa yang disifatkan oleh sumber Mesir sebagai bahaya yang semakin meningkat, lapor harian Hebrew pada Isnin lepas.

Kerajaan Mesir dikatakan menyatakan sebab mereka meminta lebih ramai tentera adalah kerana untuk menghadapi bahaya-bahaya yang semain meningkat di semenanjung itu. Umpamanya adalah letupan paip gas yang berlaku baru-baru ini.

Rejim Zionis membalas dengan mengatakan mereka akan membincangkan perkara ini dengan lebih mendalam tetapi kemudiannya menolak permintaan Mesir itu, lapor akhbar tersebut.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

Azzam: Kuartet Antarabangsa Berat Sebelah Sokong Israel

Jumaat , 11/02/2011 – Ahli biro politik gerakan Jihad Islam Syeikh Nafedh Azzam telah menyatakan kenyataan jawatankuasa kuartet antarabangsa di pertemuan terakhir di Munich sebagai “tidak beretika”.

Azzam dalam kenyataan akhbar hari Isnin mengatakan bahawa kenyataan itu menyebelahi Israel dan dengan demikian itu “tidak boleh diterima”.

Dia menjelaskan bahawa panggilan kepada Palestin untuk kembali ke meja rundingan adalah tidak “bermakna” dimana Israel terang-terang laksanakan dasar pembinaan haram berterusan di tanah yang dijajah, perampasan tanah, pengetatan pengepungan, dan penyahudian Baitulmuqaddis.

“Proses rundingan adalah satu dosa dan kembali ke meja rundingan bermakna menghalalkan pendudukan (Israel) dan dasar perluasan yang agresif”, Azzam berkata.

Dia memberi amaran kepada pihak berkuasa yang dikuasai Fatah di Ramallah agar tidak merespon baik terhadap tuntutan kuartet itu.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : ameen

Categories
Berita Semasa

Haneyya: Gaza tidak akan menggugat kedaulatan Jordan

Jumaat , 11/02/2011 – Perdana Menteri Palestin di Gaza, Ismail Haneyya, menerima delegasi perubatan dari Jordan Isnin lalu, menyatakan penolakan yang tegas terhadap cadangan Israel untuk meletakkan pelarian Palestin di Jordan sebagai tanah air alternatif.

“Kami tidak akan terlibat dalam apa jua projek Israel yang akan mengurangkan kedaulatan Jordan,” kata Haneyya. “Orang Palestin adalah tetamu terhormat di Jordan sehingga mereka kembali ke tanah mereka.”

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : nurul

Categories
Berita Semasa

Revolusi Mesir… Rakyat Terus Bertahan Untuk Gulingkan Regim

Jumaat , 11/02/2011 – Warga Mesir terus bertahan melakukan tunjuk perasaan di dataran Tahrir di tengah ibu kota Kaherah memasuki hari ke 14 secara berturut-turut, mereka menuntut regim undur. Ribuan warga menghabiskan malam mereka di pinggir dataran atau di lapangan terbuka.

Para penunjuk perasaan memasuki dataran Tahrir pada hari ke 14 ketika dialog bermula antara Wakil Presiden, Umar Sulaiman dengan sejumlah parti dan para tokoh termasuk Ikhwanul Muslimin. rakyat yang berdemostrasi menganggap apa yang dilakukan pemerintah sehingga kini tidak cukup, dan dijangkakan dialog akan berlangsung lama.

Sementara itu, Ahmad Maher, Kordinator “gerakan 6 April” yang menjadi penggerak penunjuk perasaan 25 Januari lalu menyatakan kepada Aljazeera.net bahwa para pemuda yang ikut berdemonstrasi semuanya tidak percaya kepada regim, persoalannya lebih besar dari sekadar protes. Beliau menambah, kami bercakap tentang perubahan regim secara menyeluruh termasuk undang-undang baru, dewan pimpinan yang terdiri dari ahli sivil dan militan, kami membicarakan tentang pemerintahan untuk menyelamatkan bangsa supaya mempermudah langkah kerja.

Mengenai dialog yang sedang berlangsung antara Wakil presiden, Umar Sulaiman dan sejumlah parti, Maher menyatakan bahawa mereka yang berunding tidak mewakili kami, dan tidak ada ikatan apapun dengan mereka, dan mereka tidak mempunyai hubungan dengan apa yang terjadi di Tahrir. Umar Sulaiman pula tidak mendapatkan kepercayaan rakyat yang berdemonstrasi di lapangan.

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Ahli parlimen: PA disalahkan terhadap projek penempatan Sheikh Jarrah

Khamis , 10/02/2011 – Ahli-ahli parlimen yang diancam dengan pengasingan berkata, pihak berkuasa Palestin yang dipimpin oleh Mahmoud Abbas harus dipersalahkan kerana mendapatkan persetujuan Israel untuk membina rumah baru untuk penduduk Yahudi di Timur Baitulmuqaddis daerah Sheikh Jarrah.

Para ahli parlimen Baitulmuqaddis yang pernah menduduki Palang Merah Baitulmuqaddis selama tujuh bulan terakhir menuntut menamatkan keputusan Israel yang akan mengasingkan mereka dari kota suci itu. Tapi mereka terus mewakili Palestin di luar parlimen.

Mereka mengatakan dalam laporan pada hari Selasa: Rencana pembangunan tidak akan pernah berlalu tanpa kelulusan daripada para pemimpin Palestin yang telah berkompromi tentang Baitulmuqaddis sepanjang perundingan. Dokumen-dokumen rahsia yang mendedahkan konsesi PA yang belum pernah terjadi sebelumnya yang telah dibocorkan oleh Al-Jazeera TV hanyalah sebahagian kecil dari itu, kata mereka.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

10 penduduk cedera termasuk 3 wanita dan kanak-kanak dalam 3 serangan berbeza di Jalur Gaza.

Khamis , 10/02/2011 – Jet perang jenis F-16 milik Zionis pada tengah malam Rabu (9 Februari) lalu melancarkan 3 siri serangan ke atas Jalur Gaza, mencederakan 10 penduduk, dan memusnahkan gedung simpanan ubat-ubatan di samping merosakkan beberapa buah kampung dan kawasan perumahan.

Abu Adham Salimah, juru cakap Media Biro Tertinggi Ambulan dan Kecemasan dalam kenyataannya untuk Pusat Informasi Palestin berkata bahawa 8 orang penduduk cedera ringan di antara mereka adalah 2 orang kanak-kanak dan 3 wanita dan 3 lelaki yang dikejarkan ke Hospital Kamal Adwan di Utara Gaza, selepas serangan Zionis yang mensasarkan gedung simpanan ubat-ubatan di Timur Bandar Gaza.

Abu Salimah menambah bahawa Zionis sengaja mensasarkan gedung ubat-ubatan dan cecair tersebut, menyebabkan kemusnahan kawasan itu serta-merta selain turut merosakkan kawasan kilang kayu berhampiran, meskipun terdapat kekurangan bekalan ubatan dan alatan perubatan yang dialami oleh Gaza.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar
penterjemah : Azleen

Categories
Berita Semasa

Pihak pejuang Palestin: Pilihanraya tidak boleh diadakan untuk sebelah pihak sahaja

Khamis , 10/02/2011 – Pihak pejuang Palestin di Gaza berkata pada Selasa bahawa mereka tidak mengakui pilihanraya yang bertujuan untuk kepentingan tertentu.

Kenyataan tersebut dikeluarkan setelah kerajaan Palestin di Ramallah mengambil keputusan untuk mengadakan pilihanraya perbandaran pada Julai di Tebing Barat, bukan di Semenanjung Gaza.

“Walaupun kami komited terhadap prinsip mengadakan pilihanraya, tetapi kami menolak monopoli pihak Fatah kerana ini merupakan isu negara dan wajar dilaksanakan menerusi persetujuan kebangsaan,” jurucakap Hamas, Sami Abu Zuhri berkata kepada PIC.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Kementerian Wakaf: Israel Berusaha Melarang Azan di Al-Quds

Khamis , 10/02/2011 – Menteri Wakaf dan Urusan Agama Palestin, Dr. Thalib Abu Sya’r memperingatkan bahaya tindakan Yahudinisasi terhadap Al-Quds dan tempat suci Islam, ketika ini sedang berjalan projek Israel yang melarang suara azan di kota Al-Quds.

Dalam pernyataan akhbar, Selasa (8/2) Abu Sya’r menjelaskan bahawa penasihat Israel urusan Arab, Kapten Georde dan Ketua Militan Al-Quds, Jenral Aharon Vranco, akhir-akhir ini serius berusaha melarang azan dengan dalih untuk memberikan keselesaan kepada warga Yahudi yang tinggal di penempatan Bizgat Zeev dan Tel Prancis.

Menteri tersebut megecam dakwaan Israel yang menyatakan bahawa suara azan merupakan sumber kebisingan bagi warga Yahudi di kawasan penempatan mereka. Ketua Jawatankuasa Al-Quds menganggap tindakan zalim ini sangat bertentangan dengan undang-undang dan syariat Islam yang menghormati kesucian azan dan kedudukannya yang agung.

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Peres lebih suka ketiadaan demokrasi kepada pihak berkuasa agama di Mesir

Selasa , 08/02/2011 – Presiden rejim Zionis, Shimon Peres berkata bahawa beliau lebih suka ketiadaan demokrasi di Mesir dengan merujuk kepada pemerintahan Presiden Hosni Mubarak dan pihak berkuasa agama sekarang.

Dalam ulasan pertamanya berkaitan situasi di Mesir, Peres berkata pada Isnin lalu bahawa sebuah pihak berkuasa berhubung agama di Kaherah tidak akan lebih baik daripada ketiadaan demokrasi.

Peres yang baru menerima secara rasmi duta-duta baru ke Israel berkata bahawa dia mengormati Mubarak dan menghargai usaha-usahanya memastikan keselamatan Negara haram Israel terjamin.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

Kerajaan bina ikatan dengan komuniti Kristian di Gaza

Selasa , 08/02/2011 – Kementerian Hubungan Antara Agama Gaza berkata kementerian itu sedang berusaha untuk mengukuhkan lagi ikatannya dengan komuniti Kristian di Gaza.

Menterinya, Talib Abu Sha’ar telah bertemu dengan George Hernandez, pastor di Gereja Keluarga Suci dan membuat beberapa kunjungan ke Gereja Monastri Latin di Gaza dalam usahanya untuk mengukuhkan lagi kerjasama antara kerajaan dengan rakyat Palestin yang beragama Kristian.Abu Sha’ar dipetik sebagai berkata, “Sebagai rakyat Palestin, mereka juga mempunyai hak dan
tanggungjawab.”

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

Russia Today: Para pemprotes cuba rempuh kedutaan rejim Zionis di Kaherah

Selasa , 08/02/2011 – Para peserta demontrasi di Mesir cuba merempuh Kedutaan rejim Zionis pada tengahari Ahad lepas di pusat bandar Kaherah, lapor TV Russia Today. Saluran TV itu tidak memberitahu sebarang maklumat terperinci lagi.

Kakitangan di Kedutaan rejim Zionis serta keluarga masing-masing dilaporkan telah meninggalkan Kaherah pada Jumaat lepas selepas salah satu kumpulan pemprotes menghampiri bangunan mereka yang terletak berhampiran Universiti Kaherah di Giza.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa