Categories
Berita Semasa

Abu Marzouk: Visi Hamas untuk berdamai bertentangan dengan usaha Abbas

Khamis, 14/04/2011 – Timbalan ketua biro politik Hamas, Moussa Abu Marzouk mengesahkan bahawa interaksi telah dijalankan dengan ketua Fatah, Mahmoud Abbas untuk mengakhiri perpecahan di Palestin, tetapi beliau berkata, diskriminasi terhadap Hamas di Tebing Barat mestilah dihentikan sebelum perdamaian dapat direalisasikan.

“Sehingga kini tiada persefahaman muktamad dicapai berkaitan tajuk yang dicadangkan ataupun tempat bagi mengadakan mesyuarat,” beliau memberitahu PIC. “Saya percaya, isu ini akan diselesaikan segera,” beliau menambah.

“Abu Mazen (Abbas) telah menghubungi banyak negara termasuk Syria, Turki, Mesir dan lain-lain untuk mempromosikan inisiatifnya yang mencetuskan banyak perbincangan di media,”Abu Marzouk berkata tentang pendirian Hamas terhadap inisiatif Abbas.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Zoabu: Rakyat Palestin berhak mempertahankan diri sendiri

Khamis, 14/04/2011 – Anggota Arab di dalam Parlimen Israel, Hanin Zoabi menyatakan bahawa Hamas dan rakyat Palestin yang lain berhak untuk melepaskan tembakan roket untuk mendapatkan kemerdekaan.

Harian Hebrew Maariv memetik kata-kata beliau bahawa mereka yang hidup dalam pengepungan dan dalam keadaan daif sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan pembebasan dan pihak berkuasa Israel haruslah memahami keadaan ini.

Parlimen Israel telah menarik balik pasport diplomatik Zoabi dan hak keistimewaan yang lain selepas mendakwa beliau sebagai ‘membelot Israel’ kerana menyertai rombongan Freedom Flotilla tahun lalu yang membawa bantuan kemanusiaan ke Semenanjung Gaza.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : nurul

Categories
Berita Semasa

Roket Al-Qossam Hampir Bunuh Mantan Menteri Perang Israel

Khamis, 14/04/2011 – Sumber militan Zionis menyebutkan, salah satu roket yang dilancarkan brigade izzuddin Al-Qossam, sayap militan gerakan pejuang Hamas dari Gaza, Ahad malam (10/4) ke wilayah Askelon mengena beberapa rumah dan bangunan yang dihuni puluhan pegawai tinggi tentera Zionis.

Sumber tersebut menambah, Banyamin ben Eliyazer, bekas menteri perang sebelumnya adalah salah seorang penghuni perumahan tersebut. Ketika roket Al-Qossam jenis grad meledak, Eliyazer tak mampu turun dari rumahnya untuk bersembunyi di ruang kalis peluru yang berada di bawah bangunan.

Sementara Amer Oron, jurucakap tentera Zionis Israel mengatakan, Ben Ilyazer berada pada kedudukan yang berbahaya. Oleh itu roket Hamas tidak boleh dianggap mudah. Bahkan keberadaanya menakutkan serta menimbulkan kekalutan dan mengancam keamanan Entiti Zionis, katanya.

Sementara itu, mantan menteri perang ini mengatakan kepada harian Yedeot Aharonot, saya merasa kematian sangat dekat, katanya.

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Israel Setuju Bina Bisokop di Al-Quds

Khamis, 14/04/2011 – Zionis Israel telah bersetuju untuk membina sebuah gedung kebudayaan Israel. Gedung itu akan dibina atas tanah yang telah dirampas milik rakyat Palestin. Pembangunan gedung ini juga merupakan sebahagian perancangan Yahudisasi penempatan umat Islam di Palestin. Salah seorang ahli lembaga Al Quds Ahmad Uthwan, menyatakan rancangan ini telah lama dipersetujui. Uthwan juga mempertikaikan peranan Mahmoud Abbas yang tidak membela nasib al-Quds.

Uthwan menggesa seluruh umat Islam agar membantu dengan apa cara sekalipun bagi mempertahankan al-Quds dan kemuncak rancangan Zionis ini adalah memusnahkan masjid al-Aqsa.

sumber : COMES
penterjemah : Abu ‘Umair

Categories
Berita Semasa

Himpunan di pejabat Kesatuan Eropah tuntut ditamatkan kepungan di Gaza

Khamis, 14/04/2011 – Pasukan tentera kebangsaan berkumpul pejabat Kesatuan Eropah di pinggir Jarrah Syeikh, Baitulmuqaddis Isnin lalu bagi menuntut untuk menamatkan kepungan tentera Israel di Semenanjung Gaza.

Mereka meminta Kesatuan Eropah agar campur tangan serta mengekang pencerobohan liar Israel dan meminta negara-negara anggotanya bertanggung jawab atas jenayah Israel terhadap wanita dan kanak-kanak.

Mereka menyerahkan memorandum kepada pengurus operasi di pejabat Kesatuan Eropah yang bertajuk “Hentikan pencerobohan tidak bertamadun di Gaza”, dan minta agar mendakwa Israel kerana melakukan jenayah perang dan melanggar undang-undang antarabangsa dan kemanusiaan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Netanyahu: Provokasi pembebasan armada 2

Khamis, 14/04/2011 – Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu menggambarkan armada Kebebasan yang membawa bantuan kemanusiaan ke Semenanjung Gaza hanyalah sebagai “provokasi”.

Dia berkata kepada para duta besar Kesatuan Eropah dalam sebuah pertemuan pada hari Isnin bahawa bahawa perjalanan yang dijadualkan pada pertengahan Mei ini boleh mencetuskan ketegangan di seluruh wilayah.

Netanyahu mengatakan bahawa armada itu bukanlah untuk tujuan keamanan tetapi lebih kepada satu provokasi, disamping menyangkal kewujudan pelbagai krisis di Gaza. Ia mendakwa bahawa Palestin di Gaza “tidak kekurangan apa-apa”.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Israel Melancarkan Serangan Percubaan di Gaza

Khamis, 14/04/2011 – Pesawat tempur dan pengebom Israel menjalankan siri latihan serangan di Gaza pada Isnin, mengikut Pusat Info Palestin.

Wartawan PIC berkata bahawa latihan serangan ini dilancarkan ketika keadaan di Gaza berjaga-jaga dan menyebabkan kanak-kanak dan wanit amenjadi panik. Dia mengesahkan bahawa serangan udara dilancarkan di bandar Gaza dan di utara dalam usaha untuk melakukan keganasan ke atas penduduk awam dan menghalang pejuang penentang dari bertindak balas.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : redz

Categories
Berita Semasa

Bahar Tuntut Percepatkan Keputusan Zon Larangan Terbang

Khamis, 14/04/2011 – Timbalan Speaker Pertama Majlis Perundangan Palestin Dr Ahmed Bahar telah mendesak Liga Arab untuk segera mengeluarkan resolusi Majlis Keselamatan PBB melaksanakan zon larangan terbang atas Jalur Gaza untuk melindungi orang awam Palestin dari kekejaman Israel.

Beliau menggambarkan keputusan ini sebagai langkah ke depan dan benar, mereka akan membuka jalan sebelum mengasingkan Israel di arena antarabangsa, katanya dalam siaran akhbar hari Isnin.

Ia meminta Liga Arab untuk mendapatkan sokongan antarabangsa untuk keputusan tersebut dan membincangkan cara pelaksanaannya.

Bahar menekankan pentingnya pelaksanaan resolusi Liga Arab tentang menamatkan pengepungan di Gaza, membuka sempadan Rafah secara kekal, dan mulakan pembinaan semula Gaza yang terkepung.

Dalam kenyataan sebelumnya pada hari Isnin, selain mengucap takziah kepada para syuhada Brigade Qassam, sayap bersenjata Hamas, ia menyalahkan kedudukan lemah masyarakat antarabangsa atas keganasan tentera Zionis baru-baru ini terhadap Gaza.

Bahar juga mengatakan penentangan terhadap penjajahan adalah sesuatu yang dibolehkan untuk semua bangsa di bawah penjajahan oleh undang-undang antarabangsa, menambah bahawa semua kumpulan pejuang Palestin bersatu dalam satu payung melawan pencerobohan Israel.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : ameen

Categories
Berita Semasa

Kumpulan Gabungan Freedom Flotilla: Kami Tidak Takut Ancaman Zionis

Khamis, 14/04/2011 – Kumpulan gabungan “Freedom Flotilla 2” menegaskan bahawa mereka tidak takut dengan ancaman Zionis yang akan melakukan serangan lebih hebat dari yang dilakukan terhadap armada pertama setahun lalu. Mereka menegaskan bahawa armada kebebasan 2 akan berlayar menuju Semenanjung Gaza pada waktunya yang telah ditentukan pada Mei depan.

Dalam pernyataannya sewaktu pertemuan di Athen, Greece, pihak Freedom Flotilla 2 menyatakan bahawa pemerintah Zionis Israel melakukan kempen provokatif terhadap pihak penganjur armada kebebasan dan menggunakan bahasa ancaman militan, sama seperti yang dilakukan terhadap armada kebebasan pertama yang mengakibatkan 9 sukarelawan Turki syahid dan puluhan lainnya cedera. “Kami tidak takut ancaman Israel. Kami akan meneruskan perjalanan mengikut perancangan. Pelayaran ke Semenanjung Gaza akan bermula pada pertengahan Mei depan” menurut jurucakap kumpulan gabungan dalam pernyataannya.

Mereka meminta Kesatuan Eropah dan semua pemerintah yang terlibat dengan armada kebebasan kedua ini agar memberikan perlindungan kepada mereka dari setiap serangan Israel. Terutama dalam senario ancaman yang dibuat Israel, di antaranya adalah pembunuhan para sukarelawan dan penggunaan kapal perang Israel yang membawa senjata berat untuk menyerang armada tersebut.Jumlah sukarelawan akan mencapai 1000 orang daripada lebih kurang 50 negara.

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Arabi: Perpaduan Palestin adalah keutamaan

Khamis, 14/04/2011 – Menteri Luar Negara Mesir, Dr. Nabil Al-Arabi berkata bahawa menyelesaikan isu jurang dalaman Palestin adalah menjadi keutamaan bagi Negaranya kini.

Arabi yang sebelum itu bermesyuarat dengan delegasi dari Pusat Penyelesaian Perbalahan pada Isnin lalu, berkata bahawa Mesir bersungguh-sungguh untuk menghubungi semua pihak bagi mengakhiri perbalahan tersebut.

Minha Bakhum, jurucakap bagi Kementerian Luar Negara Mesir berkata bahawa delegasi tersebut mengucapkan terima kasih kepada Kaherah atas bantuan pihaknya dalam lawatan mereka ke Gaza baru-baru ini.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

Mogok lapar di Ramallah benci Abbas mungkir janji

Khamis, 14/04/2011 – Sekumpulan pemuda telah berhimpun di Manara Square, pusat bandar Ramallah bagi menyatakan kebencian setelah Presiden de facto Palestin, Mahmoud Abbas mengingkari perjanjian untuk membebaskan tahanan politik yang dimiliki oleh pasukan keselamatan Palestin.

Para penunjuk perasaan berkata mereka akan meneruskan aksi mogok lapar mereka sehingga tuntutan mereka dipenuhi atau mereka akan menemui ajal. Tuntutan utama mereka adalah Abbas perlu memberi jaminan kebebasan tahanan seperti perintah orang bebas oleh Mahkamah Agung Palestin dan pada masa yang sama menghentikan kempen hasutan media .

Salah seorang penunjuk perasaan berkata Abbas berjanji semasa pertemuan dengan pemuda untuk membebaskan para tahanan politik dalam tempoh 48 jam, tetapi lapan hari telah berlalu sejak perjanjian itu dibuat.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Dweik menyokong penuh para pembantah di Dataran Manara

Khamis, 14/04/2011 – Jurucakap Jawatankuasa Perundangan Palestin (PLC), Dr. Aziz Dweik telah mengumumkan sokongan penuhnya terhadap para
peserta mogok lapar Dataran Manara yang menuntut agar sekatan ke atas penangkapan politik di Tebing Barat dihentikan.

Dweik yang ditemani ahli-ahli PLC Hamed Al-Beitawi dan Mohammed Abu Teir telah melawat para pemprotes pada Isnin serta menyifatkan fenomena penangkapan itu sebagai “jenayah kebangsaan ke atas rakyat Palestin yang menderita akibat penjajahan oleh Zionis.”

Beliau menyeru agar pembebasan terhadap tahanan politik di Tebing Barat dilaksanakan segera serta dalam masa yang sama mengadakan mesyuarat dengan Abbas untuk membincangkan kaedah mengatasi perpecahan politik Palestin.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

49 warga Palestin telah terbunuh di Gaza sejak awal tahun

Khamis, 14/04/2011 – Tentera rejim Zionis (IOF) telah membunuh 49 orang warga Palestin di Gaza sejak 1 Januari hingga 9 April 2011, termasuklah 7 orang kanak-kanak.

Sementara itu, berpuluh-puluh orang warga Palestin yang lain cedera dalam serangan udara dan peluru oleh rejim Zionis terutamanya pada Khamis lepas yang menyaksikan serangan udara bertubi-tubi ke atas kawasan penempatan awam di Gaza, kata Media Quds.

8 April merekodkan serangan maut paling dahsyat apabila 11 warga Palestin terbunuh dalam serangan udara yang ganas ke atas rumah-rumah mereka.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

Hamdan beri amaran jika Zionis mahu mulakan serangan baru

Selasa, 12/04/2011 – Usamah Hamdan, Pengerusi Hubungan Luar bagi Hamas, memberi amaran kepada Zionis sekiranya mereka merancang sebarang serangan baru terhadap Gaza, yang akan menyebabkan, “perkara paling buruk untuk Israel”, sebagai merujuk kepada kebangkitan besar-besaran Arab menentang Zionis.

Hamdan berkata dalam temu ramah yang dikeluarkan oleh Akhbar “Palestin” hari Ahad (10 April) : “kami dalam tempoh peperangan yang panjang dengan ZIonis, di mana ada bahagian naik dan turunnya, namun ini tidak mengubah hakikat yang kami masih terus berperang.”. Beliau menegaskan bahawa barisan pertahanan Palestin mempunyai hak untuk menentang apa sahaja kebangkitan Zionis.

Tambah beliau lagi : “antara salah satu sebab Zionis ingin meningkatkan lagi operasi serangan ke atas Gaza adalah kerana pihak Israel mula merasakan ketegangan dari segi keselamatan yang berlaku di petempatan mereka yang selama ini membolehkan mereka hidup aman selama 6 dekad lalu.”, di samping itu beliau menegaskan bahawa masaalah untuk Zionis ini datang pada waktu yang sama barisan pertahanan semakin kukuh kedudukannya.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : Azleen

Categories
Berita Semasa

IOA mula membina kilang-kilang baru di Salfit, Palestin

Selasa, 12/04/2011 – Pihak berkuasa Israel (IOA) membenarkan pembinaan kilang-kilang baru di kawasan perindustrian Burkan di atas tanah Palestin di barat kota Salfit.

Sumber kesihatan Palestin berkata, kilang-kilang tersebut menjejaskan alam sekitar, termasuk air bawah tanah, tanah dan udara. Penyebaran kanser di populasi kampung-kampung terdekat serta jenis nyamuk baru merebakkan penyakit yang tidak diketahui sebelum ini di kawasan tersebut, mereka menambah.

Sumber-sumber itu berkata, kilang dan penempatan Israel menyalurkan pembuangan sisa ke tanah Palestin. Para pekerja Palestin di kilang-kilang itu berkata, para pemiliknya tidak peduli dengan penjagaan alam sekitar serta kesihatan pekerjanya.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati