Jumaat, 27/01/2006 –Menurut keputusan awal selepas pengiraan lebih 95 % daripada kotak-kotak undian, ternyata HAMAS mengguguli pilihanraya legaslatif kali ini. HAMAS berjaya memenangi 76 kerusi daripada 132 kerusi yang dipertanding, ini bermakna HAMAS mendapat 60.5% daripada suara rakyat. Fatah, yang merupakan mantan parti memerintah hanya berjaya memenangi 43 kerusi sahaja, manakala 13 kerusi yang lain dimenangi oleh parti-parti kecil yang lain.Lebih 77.9% rakyat Palestin yang layak mengundi dilaporkan telah membuang undi mereka di dalam pilihanraya kali ini.