
Khamis, 12/03/2009 – Pusat kajian tahanan Palestin melaporkan tahanan Palestin telah mengalami banyak penderitaan dan pencabulan di penjara Israel dan menyatakan ramai tahanan tidak dapat berjumpa dengan keluarga mereka setelah dua tahun.
Kenyataan yang diterima oleh PIC itu memaklumkan banyak lagi penderitaan yang dialami setiap hari oleh tahanan Palestin di penjara Israel seperti dasar mengabaikan perubatan, pemindahan arbitrari, memisahkan adik beradik di penjara dari dan merampas barang peribadi mereka.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz79

Khamis, 12/03/2009 – Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniyah, telah bertemu dengan Ahli Parlimen UK, George Gallaway di Gaza. Gallaway dalam rangka konvoi bersama aktivis dari Eropah telah datang ke Gaza bagi meneruskan kempen “Arteri Kehidupan”.

Khamis, 12/03/2009 – Ra’fat Nasif, seorang pimpinan HAMAS di Tebing Barat menegaskan penangkapan politik berterusan di Tebing Barat akan mengancam segala persefahaman dan dialog yang sedang berlangsung di antara fraksi-fraksi Palestin di ibu negara Mesir, Kaherah ketika ini.

Rabu, 11/03/2009 – Hamas pada hari Selasa menolak Salam Fayyad sebagai Perdana Menteri Kerajaan Gabungan sekiranya kerajaan gabungan berjaya ditubuhkan.

Rabu, 11/03/2009 – Ketua ‘Harakah Islamiyyah’ dan ketua ‘Blok Kesatuan Perubahan Arab’, Abdullah Sarsur membayangkan keganjalannya terhadap sikap degil kerajaan Zionis sepanjang 3 tahun lalu berkenaan isu pertukaran tawanan antara regim tersebut dengan HAMAS.

Rabu, 11/03/2009 – Penggubal undang-undang British, George Galloway telah menyerahkan sumbangan berupa bantuan kewangan, perubatan serta kenderaan kepada kerajaan PA pimpinan Ismael Haneyya yang beliau sifatkan sebagai kerajaan PA yang sah di Palestin.

Rabu, 11/03/2009 – Europe Campaign merupakan kempen membebaskan sekatan terhadap Gaza yang bermula di UK. Kempen ini sudah tiba di Gaza bersama puluhan trak, kereta dan para aktivis antarabangsa. Bertemakan “Arteri Kehidupan”, kempen ini akan diteruskan oleh kumpulan-kumpulan berikutnya.

Selasa, 10/03/2009 – Pergeseran antara Ehud Olmert dan Ehud Barak semakin ketara apabila mereka saling tidak bersependat dalam isu dialog dengan Hamas. Ehud Barak yang optimis dengan dialog dengan Hamas yang mana Mesir menjadi orang tengah. Olmert pula dilihat menentang dialog dan menolak gencatan senjata.

Selasa, 10/03/2009 – Sebaik tiba di Sahat al-Katibah di Gaza pada hari Isnin (9/3), George Galloway seorang ahli Parlimen British dan ketua konvoi ‘Pembuluh Kehidupan’ yang bertujuan memecahkan sekatan yang dikenakan terhadap Gaza, menyeru semua individu yang merdeka di seluruh dunia agar menghantar konvoi serupa, delegasi dan bantuan ke Gaza melalui pintu sempadan Rafah.

Sabtu, 07/03/2009 – Badan-badan amal Baitul Maqdis yang beroperasi di Jordan mengkritik ketiadaan pendirian Arab dan Islam yang berkesan bagi memberikan tekanan terhadap pihak berkuasa Zionis agar memberhentikan perancangan mereka yang bertujuan untuk menyahudikan Baitul Maqdis dan menghalau para penduduknya dari bandar tersebut.

Sabtu, 07/03/2009 – Pemandu sebuah traktor berbangsa Palestin telah ditembak mati, Khamis petang, di pinggir bandar Malha , Baitulmuqaddis, selepas beliau menghentam sebuah kereta polis dan sebuah bas kosong.

Jumaat, 06/03/2009 – Penggubal undang-undang Palestin dan pengerusi jawatankuasa Baitulmuqaddis dalam PLC, MP Dr Ahmad Abu Halabia menyatakan pengumuman Israel untuk menggali dua terowong di bawah Masjid Aqsa merupakan “ujian untuk orang Arab dan umat Islam”.

Jumaat, 06/03/2009 – Khalid Mish’al, ketua biro politik HAMAS mengutuk arahan tangkapan yang dikeluarkan oleh Mahkamah Jenayah Antarabangsa terhadap Presiden Sudan, Umar al-Bashir. Demikian ditegaskan beliau melalui panggilan telefon kepada presiden tersebut sebaik sahaja arahan tahanan itu dikeluarkan oleh Mahkamah Jenayah Antarabangsa.