Categories
Berita Semasa

Dewan komunikasi Yaman Seru Tambah Kapal Baru ke Gaza

Rabu, 02/06/2010 – Dewan Tinggi Forum Komunikasi Antara Parti Yaman menyeru seluruh rakyat Arab, Islam dan pihak-pihak antarabangsa agar bersedia untuk meneruskan konvoi keamanan ke Gaza. Bantuan perlu di lakukan secara konsisten. Ini penting bagi meneruskan segala usaha membantu rakyat gaza sehingga ada yang terbunuh akibat kezaliman dan kebinatangan Zionis Israel.

Dewan ini turut mendesak kerajaan Mesir untuk membuka sempadan Rafah secara terus. Mereka juga memohon agar mana-mana negara yang mempunyai kedutaan Zionis agar diusir keluar.

sumber : COMES
penterjemah : Abu Awatif

Categories
Berita Semasa

Kempen antarabangsa menyiapkan armada baru ke Gaza

Rabu, 02/06/2010 – Ketua Pusat Pengembalian Semula Palestin, Majid al-Zir al-Naqqab memaklumkan kempen antarabangsa bagi memecahkan kepungan terhadap semenanjung Gaza mula menyediakan armada kapal laut baru yang akan dihantar ke gaza dalam tempoh enam minggu dari sekarang, bagi menunjukkan solidariti antarabangsa yang besar terhadap semenanjung Gaza serta mencabar ugutan dan jenayah yang dilakukan regim Zionis.

Dalam kenyataan akhbarnya pada hari Isnin (31/5) ketika penyertaannya dalam demonstrasi besar yang mengumpulkan beberapa ribu rakyat Palestin dan minoriti Islam lain di Britain, di hadapan pejabat kerajaan British di London hari ini, beliau menjelaskan: “Para penunjuk perasaan ingin menunjukkan kepada dunia bahawa tindakan ganas yang dilakukan oleh regim Zionis di hadapan kamera televisyen antarabangsa terhadap para aktivis pro Palestin yang tidak bersenjata itu, tidak bernilai apa-apa jika dibandingkan dengan tindakan keji yang dilakukan mereka di belakang kamera terhadap rakyat Palestin yang terkepung sejak sekian lama.”

Beliau juga menambah bahawa kempen antarabangsa bagi memecahkan kepungan yang dikenakan terhadap Gaza sudah membuat persiapan bagi menggerakkan armada laut yang baru untuk dihantar ke semenanjung Gaza dalam tempoh enam minggu lagi. Segala gerakan dan aktiviti massa secara aman yang memberikan sokongan kepada rakyat Palestin akan sentiasa diteruskan. Kami sentiasa berhubung dengan kerajaan-kerajaan negara Eropah yang menunjukkan keprihatinan terhadap apa yang menimpa rakyat mereka yang turut memberikan sokongan kepada rakyat Palestin. Kami adalah sebahagian daripada persepakatan antarabangsa bagi membatalkan sekatan yang dikenakan terhadap rakyat Palestin. Kami akan sentiasa mendedahkan kepada dunia jenayah yang dilakukan oleh Zionis.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar
penterjemah : muhajir

Categories
Berita Semasa

Dunia memberi respon terhadap keganasan rejim Zionis.

Rabu, 02/06/2010 – Selepas pembunuhan yang dilakukan oleh Israel ketika menyerang kapal tanpa bersenjata untuk misi aman dan kebebasan, dunia mula bertindak balas. Di antara mereka yang cedera adalah Syeikh Raed Salah, ketua erakan Islam di wilayah Palestin yang diduduki sejak 1948.

Sheikh Raed Salah yang mengalami luka parah sedang menjalani rawatan di hospital Tel-Hoshemir, Israel.Laporan di bawah mengimbas kembali respon dunia berikutan peristiwa pembunuhan berdarah ini:

Turki memanggil Duta Besar Israel dan meminta semua warga negara Israel meninggalkan Turki.

Sweden memanggil Duta Besar Israel brikutan pembunuhan sukarelawan pembebasan.

Sepanyol memanggil Duta Besar Israel untuk memprotes pembunuhan tersebut.

Greek memanggil Duta Besar Israel meminta butiran tentang pembunuhan itu.

Kesatuan Eropah mahu melakukan siasatan terhadap serangan Israel terhadap peristiwa kapal tersbut yang mengakibatkan kematian lebih daripada 16 orang dan mencederakan puluhan aktivis aman yang lain.

Ireland mengumumkan bantuan kecemasan.

Perancis menzahirkan kebencian terhadap pembunuhan beramai-ramai sukarelawan kebebasan serta menuntut siasatan dilakukan.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  hijjaz

Categories
Berita Semasa

Abbas mengisytiharkan 3 hari berkabung bagi mangsa flotilla

Rabu, 02/06/2010 – Presiden Palestin, Mahmoud Abbas telah mengisytiharkan 3 hari berkabung bagi mangsa flotilla yang dibunuh oleh tentera laut Israel, seperti yang dilaporkan oleh pihak Palestin.

Presiden Abbas menjelaskan bahawa kematian di atas kapal yang membawa bantuan kemanusiaan oleh serangan Israel adalah pembunuhan beramai – ramai.

16 aktivis dilaporkan terbunuh manakala 60 lagi cedera semasa tentera laut Israel menyerang kapal bantuan “Freedom Flotilla” yang cuba belayar ke Semenanjung Gaza.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  bob

Categories
Foto/Video/Muzik

(Video) Demonstrasi Anti Zionis di depan Rumah Putih.

Categories
Foto/Video/Muzik

(Video) Demonstrasi Anti Zionis di New York.

Categories
Foto/Video/Muzik

(Video) Rakyat Turki Berang Menyerbu Kedutaan Israel di Istanbul

Categories
Foto/Video/Muzik

(Video) Protes Serangan Rejim Zionis Terhadap Kapal Mavi Marmara di London.

Categories
Berita Semasa

Terkini dari Gaza TV oleh John Herson.

Categories
Berita Semasa

Israel Melancarkan Roket Untuk Berdepan Dengan Armada “Kebebasan”

Selasa, 01/06/2010 – “Kempen Eropah Untuk Menghapuskan Kepungan keatas Gaza” mengharapkan campurtangan kesatuan antarabangsa bagi menyekat ancaman Zionis terhadap Armada “Kebebasan”, yang ingin belayar ke Gaza, dgn membawa bantuan kemanusiaan serta penyertaan beratus-ratus aktivis dari 40 buah negara, dalam menyempurnakan tugasan kemanusiaan antarabangsa bagi menghapuskan kepungan keatas Gaza yang berlaku sejak dari empat tahun.

Jurucakap bagi kempen ini telah membuat suatu kenyataan, sebagai mengulas laporan yang mendedahkan pelancaran kapal-kapal roket oleh tentera laut Israel yang telah melepasi perairan Gaza sebagai usaha menghalang konvoi kapal-kapal antarabangsa dari terus memasuki pantai Gaza : “ Tindakan biadap yg dilakukan kerajaan penjajah Israel menggambarkan mereka memusuhi undang-undang antarabangsa dan undang-undang kemanusiaan, termasuk ketika mereka berkeras menolak pelaksanaan resolusi antarabangsa berkaitan penghapusan kepungan ke atas Gaza. ”

Walaupun Israel mendakwah bahawa mereka tidak ada kaitan lagi dengan Gaza berdasarkan pengasingan yang dibuat, tetapi ancaman yang dilakukan oleh mereka ke atas Armada “Kebebasan” mendedahkan kepada dunia bahawa mereka masih menjajah Gaza sehingga ke saat ini melalui penguasaan mereka terhadap sumber di darat dan di lautan (Gaza).

sumber : http://www.palestine-info.info/ar
penterjemah :  arif

Categories
Berita Semasa

Flotilla Kebebasan dedahkan kegagalan komuniti antarabangsa

Selasa, 01/06/2010 – Flotilla Kebebasan yang terdiri daripada 9 buah kapal yang belayar ke Semenanjung Gaza, mendedahkan respon PBB dan komuniti antarabangsa yang berat sebelah terhadap kepungan yang telah berlangsung selama 3 tahun kerajaan rejim Zionis ke atas Gaza. Kepungan yang merangkumi kawasan darat, laut dan udara itu telah menghalang impot dan ekspot barang-barang keperluan dan manusia, masuk dan keluar dari Semenanjung Gaza sejak 35 bulan lalu.

Ini mengakibatkan sebanyak 1.4 juta penduduk Palestin terpaksa hidup bersesak-sesak di dalam kawasan yang kecil. Lebih daripada separuh populasi penduduk Gaza terdiri daripada kanak-kanak dan hampir 80% daripada mereka terpaksa hidup dalam kedaifan. 90% sumber air semulajadi mereka pula tidak boleh diminum. Manakala sekolah dan khidmat kesihatan semakin buruk sejak Zionis menyerang Gaza pada 2008-2009.

PBB dan agensi bantuan antarabangsa telah menghantar sedikit sahaja bekalan makanan dan keperluan asas manusia ke Gaza, yang hanya mampu mencegah kebuluran dan penyebaran wabak. Dalam usaha untuk menjatuhkan kerajaan Hamas di Gaza, rejim Zionis telah menghalang PBB dan organisasi-organisasi kemanusiaan daripada menghantar bahan-bahan keperluan dengan kuantiti dan jenis yang sangat-sangat diperlukan oleh penduduk Gaza untuk pembangunan semula. Oleh itu, sedikit bantuan yang diterima itu tidak pernah cukup untuk menghalang keadaan hidup dan khidmat yang kritikal seperti air, kebersihan, pendidikan dan kesihatan daripada menjadi semakin buruk hari demi hari.

Prinsip utama bagi bantuan kemanusiaan adalah bantuan mestilah dihantar dengan keadaan asas dan tidak terpisah/ rosak, tidak boleh mendatangkan kemudaratan kepada manusia dan tidak boleh digunakan untuk kepentingan politik. Kesemua prinsip utama ini tidak wujud dalam operasi bantuan kemanusiaan antarabangsa ke Semenanjung Gaza.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  salwa

Categories
Berita Semasa

Israel Bom Lapangan Terbang Gaza Dua Kali Dalam 48 jam

Selasa, 01/06/2010 – Pesawat-pesawat pejuang Israel melancarkan serangan udara pada hari Ahad disasarkan ke bekas Lapangan Terbang Antarabangsa Gaza di Rafah, di Gaza selatan, tidak ada kematian dilaporkan.

Pesawat pejuang Israel itu menyerang lapangan terbang ditinggalkan wilayah Gaza di Rafah di bahagian selatan yang menembak tujuh peluru berpandu, sumber Palestin melaporkan.

Pesawat pejuang Israel menyerang Gaza untuk malam kedua berturut-turut. Pesawat Israel mengebom lapangan terbang Gaza dengan sembilan peluru berpandu yang disasarkan ke arah bangunan lapangan terbang yang terbiar.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  ameen

Categories
Berita Semasa

Israel cuba mengganggu komunikasi kapal armada

Selasa, 01/06/2010 – “Kempen Eropah untuk Akhiri Pengepungan terhadap Gaza” menyebut bahawa beberapa kapal armada sedang mengalami gangguan komunikasi sesama mereka yang difahamkan bahawa itu adalah cubaan dari rejim Zionis, sebagai sebahagian daripada gerakan yang direka untuk mencegah armada dari mencapai tujuannya.

Ameen Abu Rashid, ahli kempen, salah seorang pengasas kapal armada, mengatakan bahawa kerajaan haram Israel, sedang cuba menggangu komunikasi jaringan tanpa wayar(wireless) yang digunakan antara kapal, selama mana kapal-kapal tersebut berpisah dari tempat berkumpul. Buat masa kini, juruteknik di dalam kapal sedang berusaha untuk mengatasi masalah ini.

Ameen Abu Rashid, yang berada di dalam “Kapal 8000”, salah satu kapal “kebebasan”, mengatakan bahawa ada usaha untuk membolehkan lebih banyak ahli parlimen untuk bergabung dengan armada, namun telah dihentikan oleh pihak berkuasa Cyprus kelmarin. Beliau mengatakan bahawa kapal-kapal dijangka sampai pada tempat berkumpul pada petang Sabtu.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  nurul

Categories
Berita Semasa

Masyarakat antarabangsa diminta sokong konvoi keamanan

Selasa, 01/06/2010 – Ketua Jawatankuasa Anti Sekatan, Jamal al Khudry menyeru agar seluruh masyarakat antarabangsa menyokong dan melindungi konvoi dari kekejaman Zionis. Beliau menyatakan para aktivis akan sampai bersama bekalan yang di bawa. Beliau memberitahu dalam sati ucapan di atas bot milik rakyat Gaza yang bersedia menyambut kedatangan konvoi.

Bot-bot kecil milik penduduk Gaza yang bersedia menyambut kedatangan konvoi ini berharap agar konvoi dan bekalan di benarkan masuk ke Gaza.

sumber : COMES
penterjemah : Abu Awatif

Categories
Berita Semasa

6 Terbunuh akibat letupan di terowong.

Selasa, 01/06/2010 – Enam penduduk Palestin terbunuh dan 14 yang lain cedera apabila terowong penyeludupan runtuh selepas sebuah tong gas meletup Sabtu lalu , menurut sumber perubatan.

Petugas perubatan dan saksi mengatakan kemalangan itu berlaku ketika tong diseludup melalui terowong di bawah sempadan Mesir-Gaza. Mereka berkata terowong itu runtuh akibat letupan sambil menambah salah sorang yang cedera berada dalam keadaan kritikal.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  hijjaz