Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis Israel merampas 20 dunum tanah Palestin di barat Ramallah. 

Isnin, 10-04-2023 – Rejim Zionis Israel telah merampas 20 dunum atau  5 ekar  tanah Palestin di Barat Ramallah pada hari Selasa.  Sumber tempatan melaporkan rejim Zionis Israel merampas 20 dunum tanah Palestin di bandar Ni’lin di barat Ramallah bagi tujuan ketenteraan.

Pada bulan Mac lepas , askar rejim zionis dan peneroka haram yahudi melancarkan lebih 436 serangan ke atas warga Palestin dan tanah milik mereka

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Hairul

Categories
Berita Semasa

Kanak-kanak Palestin cedera akibat tembakan pendatang

Isnin, 10-04-2023 – Seorang kanak-kanak Palestin cedera akibat tembakan seorang pendatang Yahudi di bandar Silwan, Baitulmuqaddis pada petang Selasa.

Sumber mengesahkan yang budak lelaki berusia 13 tahun itu cedera setelah ditembak oleh seorang pendatang Yahudi di bandar Silwan.

Polis rejim kemudiannya menutup semua kemasukan ke bandar itu bagi melindungi pendatang itu.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Polis Israel halau mereka yang beribadat di Masjid Aqsa

Rabu, 05-04-2023 – Para pengunjung Palestin diserang oleh polis rejim pada petang Isnin di dalam Masjid Aqsa.

Sumber mengesahkan yang puluhan tentera bersenjata menyerbu masjid dan mengosongkan Masjid Qibli. Ini adalah kejadian kedua dalam tempoh dua hari.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Pejuang Palestin Serang Penempatan Israel Ma’aleh Gilboa di Jenin

Rabu, 05-04-2023 – Sumber berita Ibrani Isnin (3/4/2023) malam mengumumkan berlaku kerosakan pada rumah-rumah para penduduk pendatang Yahudi akibat serangan tembakan yang mensasarkan blok penempatan Israel Ma’ale Gilboa di pinggiran Jenin.

Brigade Al-Quds dan Brigade Syuhada Al-Aqsa sebelumnya telah mengumumkan bahawa mereka bersama bertanggungjawab atas serangan yang mensasarkan blok penempatan Merav di daerah Jenin.

Penempatan Israel Merav dan Ma’ale Gilboa berdekatan satu sama lain dan terletak di kawasan Jenin. Dalam beberapa bulan terakhir, kedua blok penempatan Israel tersebut mengalami beberapa serangan tembakan.

Sumber tempatan juga melaporkan bahawa serangan tembakan mensasarkan pasukan penjajah Zionis Israel di persimpangan Beta di Nablus.

Pasukan penjajah Zionis Israel di Beita menyita kamera pengawas setelah berlaku serangan tersebut.

Aksi-aksi serangan di Tebing Barat dan al-Quds terhadap pasukan penjajah Zionis Israel dan para penduduk pendatang Yahudi terus berlangsung.

sumber : https://melayu.palinfo.com
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

437 pelanggaran Israel pada March 2023

Rabu, 05-04-2023 – Dalam sebulan terakhir terjadi peningkatan serangan oleh pendatang Yahudi dan Regim Zionis Israel (IOF) terhadap warga Palestina dan harta benda mereka di Tebing Barat.

Pada Mac 2023, 437 pelanggaran Israel dilaporkan, mengakibatkan 23 orang syahid dan banyak yang cedera. Menurut Ghassan Daghlas, seorang pegawai tempatan yang bertanggung jawab mengawasi aktiviti penjajahan Israel di Tebing Barat bahagian utara.

Tembakan, vandalisma, penebangan pohon, pembatasan pergerakan, pendirian pos pemeriksaan ketenteraan, dan kecederaan adalah beberapa pelanggaran yang dilaporkan.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Norshuhada Samudin

Categories
Berita Semasa

Hamas mengutuk lawatan rombongan Arab dan Afrika ke negara Zionis Israel

Isnin, 03-04-2023 – Pergerakan Hamas telah menyelar lawatan yang dibuat oleh tokoh tokoh Arab dan Afrika di Israel dan mesyuarat di antara ketua rejim Zionis Israel Knesset dan Majlis Keselataman dan barisan pimpinan Israel.

Hamas dengan rasa kesal ke atas penyertaan rombongan yang dianjurkan oleh pusat penyelidikan penjajahan fasis serta teguran yang tidak mengakui kewujudan warga Palestin dan menganjurkan pengusiran mereka.

Pergerakan Hamas menolak sebarang usul untuk menerima penjajahan Israel yang menentang keadilan bagi warga Palestin yang ditindas dan usaha untuk kemerdekaan dan menetapkan hala tuju sendiri.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Hairul

Categories
Berita Semasa

Hamas Sambut Baik Laporan Penempatan Israel Ketua Hak Asasi Manusia PBB

Isnin, 03-04-2023 – Gerakan Hamas menyambut baik laporan terkini Pejabat Hak Asasi Manusia PBB berkenaan penempatan Israel di wilayah Palestin yang dijajah.

Dalam satu kenyataan pada Khamis, juru cakap Hamas, Jihad Taha berkata, mereka hargai laporan tersebut, yang menekankan perkembangan pendudukan Israel dan keganasan peneroka terhadap warga Palestin.

Hamas menganggap ia dokumen undang-undang penting yang boleh digunakan untuk mendakwa aktiviti kependudukan Israel, sekaligus menawarkan tindakan berkesan bagi membendung perkembangan pendudukan Israel selain pendakwaan pemimpin mereka.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Huzaifah AJ

Categories
Berita Semasa

Warga Palestin memperingati ulang tahun ke 47 Hari Tanah Air

Isnin, 03-04-2023 – Ribuan warga Palestin pada Khamis menyertai perarakan besar-besaran bagi memperingati ulang tahun Hari Tanah Air Palestin di kota Sakhnin, Palestin.

Para peserta bergerak dari jalan Al-Shuhada’ ke perkuburan Al-Shuhada’, sambil mengibarkan bendera Palestin.Dalam ucapannya di perarakan itu, Ketua Jawatankuasa Susulan, Muhammad Baraka berkata, “Tanah Palestin ialah tunjang perjuangan kami” dalam menentang Israel.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Ramai Cedera dan Sesak Nafas, Serangan Stadium Oleh Israel Di Utara Al Quds

Isnin, 03-04-2023 – Sejumlah warga mengalami sesak nafas pada Khamis (30/3/2023) malam, dalam serangan yang dilakukan oleh pasukan penjajah Israel di Stadium Olahraga Faisal Al-Husseini di kota Al-Ram, utara al-Quds yang diduduki penjajah Israel semasa pertandingan akhir bola sepaka Piala Yasser Arafat antara “Markaz Balata” dan “Jabal Mukaber.”

Sumber-sumber tempatan mengatakan bahawa pasukan penjajah Zionis Israel menyerbu ke stadium dan menembak gas pemedih mata ke stadium yang menyebabkan sejumlah pemain dan penyokong mengalami sesak nafas, termasuk kanak-kanak.

Sumber tersebut menambah bahawa bom gas beracun memasuki ruang persalinan semasa para pemain kedua pasukan berada di situ ketika waktu rehat yang menyebabkan beberapa pemain cedera dan mengalami sesak nafas. Para penonton terpaksa meninggalkan tempat duduk penonton dan turun ke padang untuk berlindung dari bom gas yang ditembak pasukan penjajah Zionis Israel.

sumber : https://melayu.palinfo.com
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

IOF menahan dua warga Palestin di Jenin, Baitulmuqaddis

Jumaat, 31-03-2023 – Tentera rejim zionis (IOF) menahan dua pemuda Palestin di Jenin dan Baitulmuqaddis pada petang Rabu.

Sumber tempatan mengesahkan yang IOF menahan seorang pemuda di pos pemeriksaan tentera yang dinaikkan di selatan Jenin.

Tentera rejim juga menahan seorang lagi pemuda Palestin di pos pemeriksaan Al-Jib dekat Baitulmuqaddis atas dakwaan beliau memiliki pisau. Pada Rabu sebelumnya, 15 warga Palestin ditahan dalam satu kempen serbuan subuh. 

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Pasukan rejim Zionis Israel menahan dua warga Palestin di Kota Lama Jerusalem.


Khamis, 30-03-2023 – Polis Rejim Zionis Israel telah menahan dua pemuda Palestin di bandar Kafr Aqab, di utara kawasan kepungan Jerusalem pada Isnin malam Selasa.

Sumber tempatan melaporkan polis rejim Zionis menyerbu bandar tersebut dan menahan dua pemuda, Ahmed Hisham Mutair dan Walid Saqr al-Bala. Pertempuran tercetus susulan dari serbuan di kala tembakan bom pemedih mata bertalu-talu. Tiada kecederaan yang dilaporkan setakat ini.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Hairul

Categories
Berita Semasa

IOF tahan pemuda Palestin di barat daya Nablus

Khamis, 30-03-2023 – Tentera rejim zionis (IOF) pada petang Selasa menahan seorang pemuda Palestin di barat daya Tebing Barat kota Nablus.

Sumber tempatan melaporkan yang pemuda Palestin Bahaa’ Maskawi, dari Tebing Barat bandar Qalqilya, ditahan ketika melalui pos pemeriksaan tentera dekat kampung Sarra.

Dalam perkembangan berkaitan, pihak rejim mengenakan penahanan tanpa bicara terhadap pemuda itu yang bernama Bilal Halabiyya selama enam bulan.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

24 Tahanan Palestin Menderita Kanser Dalam Penjara Israel

Khamis, 30-03-2023 – Bilangan tahanan Palestin yang menderita kanser dan ketumbuhan dalam penjara Israel meningkat sejak tahun 2021.

Menurut Persatuan Banduan Palestin, 24 tahanan mengalami pelbagai jenis dan tahap kanser dan ketumbuhan.

Sesetengah daripada mereka sudah pun menjalani pembedahan. Bagaimanapun, mereka masih memerlukan rawatan perubatan yang lebih intensif.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Huzaifah AJ

Categories
Berita Semasa

Semenanjung Gaza terkesan teruk akibat keputusan bekalan peralatan perubatan

Rabu, 29-03-2023 – Pusat Hak Asasi Manusia Palestin (PCHR) melancarkan laporan baru tentang “Peralatan Perubatan dan Ubat di Semenanjung Gaza: Kekurangan Berterusan dan Kesannya.”

Laporan itu menyentuh keadaan kesihatan di Semenanjung Gaza yang semakin teruk dan menumpukan pada penderitaan pada pesakit di Semenanjung Gaza akibat system kesihatan yang lemah dan ketidakupayaannya menyediakan ubat-ubatan dan peralatan perubatan untuk fasiliti kesihatan kerajaan.

Laporan itu turut memfokus kepada sekatan rejim terhadap kemasukan peralatan perubatan, terutamanya peralatan perubatan diagnostik untuk merawat pesakit kanser serta stesen penghasilan oksigen. 

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Serbuan Israel: Warga Palestin Ditangkap, Kanak-Kanak Cedera

Rabu, 29-03-2023 – Seorang warga Palestin ditangkap pada petang Isnin dalam serbuan Pasukan Khas Israel di kem pelarian Abqat Jabr, barat daya Jericho, Tebing Barat.

Menurut laporan sumber-sumber tempatan, Wael al-Maqiti ditangkap selepas kediamannya di kejiranan Al-Maqayta dikepung.

“Mereka (Tentera Israel) menembak kediaman itu,” demikian keterangan sumber, menambah bahawa Al-Maqiti adalah bapa kepada dua syahid Palestin, Raf’at dan Ibrahim.

Sementara itu, seorang kanak-kanak Palestin cedera di kaki akibat terkena peluru hidup semasa pertempuran bersenjata tersebut.

Berdasarkan laporan tempatan, kenderaan ambulans dihalang untuk sampai ke tempat kejadian.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Huzaifah AJ