Categories
Berita Semasa

Para jemaah berhadapan dengan pendatang di Masjid Al-Aqsa

Isnin , 08-10-2012 – Pada pagi Selasa, para jemaah di Masjid Al-Aqsa mengerahkan pendatang-pendatang Israel termasuk pelampau MK Feiglin untuk meninggalkan dataran Masjid Al-Aqsa, seterusnya menghalang mereka daripada melawat sekitar masjid.

Pertelingkahan tercetus antara para jemaah dan unit khas rejim Israel di mana mereka menjalankan mogok duduk di dataran Al-Aqsa setelah menghalau para pendatang. Sebahagiannya ditangkap ketika pertelingkahan. Sumber Israel mendakwa bahawa pihak berkuasa rejim Israel menahan seorang pendatang pelampau ketika dia menjalankan ritual keagamaan di Masjid Al-Aqsa kerana melanggar peraturan dan ditahan untuk soal siasat.

Salah seorang pengawal masjid memberitahu PIC bahawa polis Israel menyerang para jemaah dan menahan hampir 17 pemuda sejak awal pagi, termasuk seorang budak perempuan dan pengawal masjid. Tambahnya lagi, ketegangan telah bermula sejak awal pagi dengan kehadiran ramai tentera rejim Israel.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Duduk beramai-ramai di Ramallah sebagai sokongan menarik banduan

Isnin , 08-10-2012 – Satu tunjuk perasaan duduk beramai-ramai telah diadakan di Manara Square pada hari Selasa pada pukul 5.30 petang untuk menyokong menarik banduan dan membebaskan tahanan yang telah ditangkap semula.

Tunjuk perasaan itu yang dipanggil oleh Kempen Kebangsaan bagi Pertahanan Pembebasan Banduan yang telah ditahan, dan jawatankuasa utama susulan untuk tahanan dan keadaan tahanan yang dibebaskan, telah dihadiri oleh pemimpin-pemimpin kuasa-kuasa politik dan beberapa menteri , Ahli Parlimen dan pemimpin pertubuhan masyarakat madani dan keluarga tahanan dan banduan yang telah dibebaskan.

Kempen ini dianggap penyertaan dalam dan kehadiran untuk mogok dalam duduk sebagai sokongan untuk isu banduan dan bantahan terhadap penahanan semula regim Israel terhadap tahanan yang dibebaskan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Bayi Mati Akibat Melecur Teruk.

Isnin , 08-10-2012 – Bayi Palestin Tala al-Baghdadi meninggal dunia pada tengahari Isnin, akibat dari kecederaannya, apabila lilin yang dinyalakan ketika bekalan elektrik terputus, membakar rumah mereka, seminggu yang lalu.

Api yang tercetus pada petang Selasa di Kem pelarian Bureiji, di tengah-tengah Tebing Gaza, menyebabkan kanak-kanak, Fathi Abdel Fattal al-Baghdadi, 3 tahun, melecur hinggal mati, sementara adiknya Tala, setahun setengah, dipindahkan ke Hospital akibat melecur teruk.

Sumber perubatan Palestin menyatakan bahawa bayi tersebut, Tala telah meninggal dunia pada tengahari Isnin akibat melecur yang sangat teruk.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : huda

Categories
Berita Semasa

Regim zionis menangkap empat orang di al-Khalil dan Qalqilya, termasuk kanak-kanak

Khamis, 04-10-2012 – Regim zionis Israel (IOF) telah menangkap empat rakyat Palestin pada hari Ahad, termasuk kecil, semasa serbuan mensasarkan bandar Qalqilya dan al-Khalil dan sekitar kampung di Tebing Barat utara dan selatan.

Sumber Palestin berkata bahawa pasukan tentera Israel menyerang di waktu awal pagi Ahad, bandar Azzun timur Qalqilya, dan menangkap tiga belia, Mutassim Radwan, Ahmed Radwan dan Abdel-Latif Swedan, selepas memecah masuk ke dalam rumah mereka dan mencari mereka.

Sumber keselamatan Palestin di al-Khalil juga berkata bahawa IOF turut menangkap kanak-kanak Mohammed Ghneimat, 16, dari bandar Surif, utara al-Khalil ketika cuba untuk memasuki masjid Ibrahimi.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Mursi: Orang Mesir Tak Akan Berdiam

Khamis, 04-10-2012 – Presiden Mesir Dr. Muhammad Mursi menegaskan bahawa Mesir tidak akan berdiam diri terhadap isu Palestin. Mursi juga menegaskan sikap Mesir yang konsisten bersama rakyat Palestin. Dalam pidatonya di perhimpunan agung Parti Keadilan dan Pembangunan Turki (AKP), Mursi menyatakan dengan tegas terhadap halangan-halangan yang dikenakan terhadap rakyat Palestin di Gaza. Hal ini dengan jelas dapat dirasai bilamana sempadan Mesir-Gaza dibuka lalu memudahkan rakyat Gaza untuk mendapatkan segala bentuk bantuan termasuklah pendidikan, perubatan dan lain-lain.

sumber : COMES
penterjemah : Abu Umair

Categories
Berita Semasa

Penubuhan penempatan-penempatan baru di Tebing Barat

Khamis, 04-10-2012 – Jawatankuasa Penempatan di Tebing Barat berkeputusan untuk mengubah klasifikasi kawasan luas di Jouret Alkafteh di bandar Abu Dis daripada fungsi pertanian kepada perumahan dan kemudahan awam. Ia merupakan langkah awal bagi meluaskan penempatan “Kedar” di jajahan itu.

Keputusan itu diambil rentetan daripada rancangan penerapan unsur Yahudi di Tebing Barat dan Baitulmuqaddis, demikian menurut peguam Bassam Bahr, pengerusi jawatankuasa perlindungan tanah di Abu Dis pada Ahad.

Beliau menambah bahawa perancangan Israel itu terdedah menerusi rancangan yang diumumkan oleh Menteri Perang di mana menteri itu menyeru agar keluar dari Tebing Barat untuk menambah pos-pos utama dan penempatan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

UNRWA Bekal Alat Tulis Kepada Pelajar Gaza

Khamis, 04-10-2012 – Pengarah Operasi UNRWA, Robert Turner berkata, agensi tersebut akan membekalkan alat tulis dan kelengkapan sekolah tersebut pada sesi pagi persekolahan bermula Isnin kepada pelajar Gaza disekolah yang menghadapi masalah kewangan.

Musim persekolahan bermula kira-kira sebulan yang lepas di semua sekolah UNRWA di Gaza, dimana 225,000 murid lelaki dan perempuan mendapat pendidikan, namun disebabkan masalah dana, pelajar hanya dibekalkan dengan buku teks.

Turner melalui kenyataan akhbarnya berkata, agensi pelarian akan mengagihkan alat tulis tersebut sepenuhnya kepada semua pelajar disekolah bagi tahun ini, namun menegaskan bahawa agensi tersebut mungkin tidak akan meneruskan program ini pada tahun akan datang.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : huda

Categories
Berita Semasa

Sepanjang September Israel Tangkap 285 Warga Palestin

Khamis, 04-10-2012 – Laporan yang disiarkan Jabatan Statistik Palestin menyebutkan, sepanjang September lalu pihak Israel telah menangkap 258 warga Palestin dari Tebing Barat, Gaza dan Al-Quds, 42 dari mereka adalah kanak-kanak dan 5 orang wanita.

Pusat Pantauan Tawanan Palestin menyebutkan, Israel melakukan tindakan penangkapan warga Palestin dari segenap pelosok Tebing Barat, Al-Quds dan Gaza. Lebih dari 141 serbuan ke beberapa perkampungan, kota, kem dan penempatan di Tebing Barat. Lebih dari 285 warga ditangkap. Sementara itu 10 orang penduduk ditangkap dari Gaza, 5 dari mereka adalah penduduk cacat yang sedang berada berdekatan pagar perbatasan.

Laporan menyebutkan, penjajah Israel juga menangkap warga Jordan, Muhammad Nael Thahir dari Nablus ketika melalui jambatan Karamah untuk mengunjungi keluarganya. Di samping itu pasukan Israel menangkap Najih Bukairat, Ketua Bahagian Manuskrip Masjidil Aqsa. Jumlah terbesar yang ditangkap berasal dari Hebron iaitu mencapai 84 orang.

sumber : COMES
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Laporan PBB mengkritik kegagalan untuk mendakwa Zionis bagi jenayah mereka terhadap rakyat Palestin.

Selasa, 02-10-2012 – Laporan yang dikeluarkan oleh Pejabat Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pendudukan pihak berkuasa Zionis mengabaikan undang-undang dikuatkuasakan terhadap tentera atau peneroka Yahudi yang melakukan jenayah terhadap orang awam Palestin, merujuk kepada peningkatan serangan terhadap orang awam Palestin.

Laporan itu berkata, yang dikemukakan oleh Pesuruhjaya itu Timbalan Tinggi bagi Hak Asasi Manusia Kyung-Wha Kang sebelum Majlis Hak Asasi Manusia di Geneva, pada hari Isnin (24 | 9): Israel gagal untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap peneroka dan askar, Israel yang keganasan amalan terhadap rakyat Palestin dan harta benda mereka.

Beliau menambah: “tentera Israel “telah menunjukkan bahawa mereka dipersoalkan dalam pembunuhan wanita seorang Palestin dan anaknya, tidak terhadap dia jenayah yang setakat dikenakan, manakala bagi pembangunan 3 lelaki muda (Yahudi) untuk lima hari di bawah tahanan rumah selepas menyerang sebuah keluarga Palestin dengan bom petrol.”

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : jannatul makwa

Categories
Berita Semasa

Degan: Entiti Zionis Menuju Perang Serantau

Selasa, 02-10-2012 – Mantan ketua Perisikan Luar Negara Israel (Mossad), Meir Degan mengingatkan langkah pemerintahan Benyamin Netanyahu yang mendorong negaranya untuk menggempur Iran. Beliau menyebut menyerang Iran sebagai tindakan bodoh. Tindakan tersebut menurutnya, sama dengan melakukan perang serantau di Timur Tengah.

Menurut Degan, serangan terhadap Iran akan menjadikan kehidupan bangsa Israel dalam keadaan darurat.

Serangan terhadap Iran hanya dilakukan oleh orang-orang bodoh. Presiden Iran, Mahmud Ahmadi Nejad memiliki akal yang jauh lebih baik daripada para pemimpin Israel. oleh kerana itu, Degan meminta ada kajian khusus untuk mencari alternatif untuk menghadapi senjata nuklear Iran. Serangan terhadap Iran ketika ini bukanlah cara yang betul.

sumber : COMES
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Seorang guru yang dipecat sertai kempen mogok lapar di Nablus

Selasa, 02-10-2012 – Ahmed Mustafa Wahdan, seorang guru dari Nablus di utara Tebing Barat, melancarkan kempen mogok lapar memprotes pemecatannya dari menuntut untuk kembali bekerja.

Wahdan, seorang guru sekolah telah dipecat dari jawatannya pada 1 Disember 2011 kerana kaitan politik, beserta ratusan pekerja lain yang turut dipecat dari pekerjaan mereka oleh kerajaan Fayyad di bawah alasan hubungan mereka dengan gerakan Hamas.

Mahkamah Agung Palestin mengeluarkan resolusi perundangan pada Selasa 4 September 2012 yang menimbangkan bahawa keputusan kerajaan Fayyad untuk memecat pekerja kerana sebab politik adalah bertentangan dengan undang-undang. Mahkamah itu juga mengarahkan kerajaan membenarkan mereka kembali bekerja. Namun, kerajaan Fayyad tidak mengendahkan keputusan mahkamah.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Anggota PA menangkap 6 penyokong Hamas termasuk seorang wartawan

Selasa, 02-10-2012 – Pasukan Berkuasa Palestin telah menangkap enam penyokong Pergerakan Hamas di al-Khalil dan Nablus dan menyaman dua tahanan yang telah dibebaskan untuk soal siasat di Ramallah.

Perkhidmatan Perisikan Am PA telah menangkap wartawan Sami Radhi al-Assi di Nablus, selepas menyerbu rumahnya. Beliau adalah seorang tawanan yang dibebaskan dari penjara Israel dan pernah ditangkap beberapa kali sebelum ini oleh Pihak Berkuasa keamanan.

Perkhidmatan Keselamatan Pencegahan juga di al-Khalil telah menangkap dua bekas tawanan dari Yatta dan dua yang lain dari al-Khalil, di samping pelajar di Universiti al-Khalil dan sepupunya dari bandar Beit Kahil.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Ansar Al-Quds : Kami Bunuh Lapan Tentera Israel di Sinai

Selasa, 02-10-2012 – Kumpulan yang menggelarkan diri mereka Ansar al-Quds mengaku bertanggungjawab dalam serangan rentas sempadan yang membunuh askar Israel dan mencederakan yang lain di Sinai serta mengesahkan bahawa lapan orang tentera Israel telah terbunuh dalam operasi tersebut.

” Operasi tersebut telah berjaya mengebom peronda keselamatan Israel”, kata Ansar al-Quds dalam kenyataannya, yang bertajuk ” Operasi Celaan” sebagai membalas dendam terhadap sesiapa sahaja yang berani menghina Rasullullah (S.A.W), dan mengesahkan bahawa lapan orang tentera Israel telah terbunuh.

Kenyataan itu juga menyebut bahawa penyerang mempunyai senjata peribadi sendiri berupa Kalashnikovs, RPG dan bom tangan serta memakai tali pinggang letupan mereka.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : huda

Categories
Berita Semasa

Haniyeh: “Tiada kompromi dalam hal perlanggaran hak-hak kami”

Selasa, 25-09-2012 – Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniyeh menyatakan bahawa konvoi kesatuan bersama rakyat Palestin membuktikan isu Palestin bukan isu dalaman dan rakyat Palestin tidak sendirian dalam hal menentang pendudukan Israel.

Haniyeh menekankan ketika menerima konvoi “Fidelity 3” yang terdiri daripada bangsa Arab dan pelbagai bangsa lain bahawa rakyat Palestin akan terus menegakkan hak mereka serta menyeru dunia terus menyokong mereka.

“Semenanjung Gaza sentiasa terdedah kepada pelbagai kesusahan dan serangan, terutamanya kepungan yang bertujuan untuk menggulingkan kerajaan dan perang yang dicetuskan oleh rejim untuk membebaskan tentera zionis, Gilad Shalit. Namun begitu, usaha Israel gagal dan Shalit hanya dibebaskan setelah 1047 tahanan Palestin dibebaskan dari penjara Israel,” tambah Perdana Menteri.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Ahli Parlimen Abdel Razek dan Abdel Jawad meminta PA untuk menghentikan kempen penahanan

Selasa, 25-09-2012 – Ahli Parlimen Salfit, tawanan Dr Omar Abd al-Razek dan Dr Nasser Abd al-Jawad, mengecam penangkapan bekas banduan, wartawan Walid Khaled, oleh Pihak Berkuasa keamanan yang telah melanjutkan penahanan beliau untuk 15 hari tambahan, menuntut untuk segera melepaskan beliau dan semua tahanan politik.

2 Ahli Parlimen itu berkata dalam kenyataan akhbar pada hari Sabtu bahawa penahanan banduan bekas oleh Aparatur PA di Tebing Barat itu merupakan “menikam belakang tawanan yang berada di penjara penjajah zionis, yang mengorbankan belia untuk mempertahankan negara dan juga rakyat mereka. ”

Ahli Parlimen menganggap penerusan penahanan politik itu satu bukti “putarbelit PA dalam berurusan dengan fail tahanan, sebagaimana ketika ia mengutuk pencabulan penjajah itu terhadap banduan, ia mengejar tahanan itu baru-baru ini untuk dibebaskan dari penjara Israel dan menangkap mereka” seperti mana kes Walid Khaled.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : syuhada