Categories
Berita Semasa

Dahlan Atur Pertemuan Sulit antara Saiful Islam Khadafi dan Pejabat Israel

Khamis , 07/04/2011 – Sumber dari Fatah menyatakan, Muhammad Dahlan telah mengaturkan dan menjadi orang tengah pertemuan sulit antara Saiful Islam Gadafi dengan Zionis-Israel. Saiful Islam merupakan anak kepada diktator Muammar Ghadafi. Tujuan pertemuan itu adalah bertujuan pembelian senjata bagi menghentikan pejuang revolusi di Libya.

Dahlan turut menerima jumlah komisen yang besar dalam proses jual beli senjata ini. Dia juga dikatakan sudah tidak berminat menyelesaikan masalah Fatah dan rakyat Palestin. Dahlan yang mempunyai hubungan erat dengan Zionis turut mendapat keuntungan besar dalam pelaburan hartanah. Mahmoud Abbas dikatakan telah menyingkirkan Dahlan untuk bersama Fatah.

sumber : COMES
penterjemah : Abu ‘Umair

Categories
Berita Semasa

Pesawat Pengintip Zionis Terus Berlegar di Ruang Udara Gaza

Khamis , 07/04/2011 – Beberapa pesawat pengintip Israel terus berlegar-legar di langit Gaza, sejak beberapa hari lalu.

Sumber keselamatan, Selasa (5/4) menjelaskan bahawa pasukan Zionis terus meningkatkan operasinya di ruang udara Gaza. Bunyi bising dari pesawat tersebut begitu memekakan telinga.

Terdapat pesawat-pesawat tersebut terbang sangat rendah, seperi dari Rafah utara hingga Baituna utara. Kehadiran pesawat tersebut mengisyaratkan bahawa kemungkinan mereka akan melakukan serangan terbaru ke Gaza dalam waktu terdekat.

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Tentera penjajah Israel mengeluarkan seorang kanak-kanak yang diserang kanser

Rabu , 06/04/2011 – Tentera penjajah Israel (IOF) melepaskan kanak-kanak Palestin yang berusia 16 tahun selepas 55 hari dalam tahanan selepas peguamnya meminta pembebasannya kerana keadaan kansernya.

Hak asasi manusia sumber Palestin mengatakan bahawa tentera penjajah Israel ini melepaskan Mustafa Abdulwahab dari desa Ramallah dari Abwin pada hari Isnin selepas dirayu oleh peguam mengutip Tarek Barghut berikutan keadaan kesihatannya yang merosot ketika dalam tahanan.

Kes kanak-kanak ini adalah salah satu dari seratus kes yang sama dalam tahanan tentera penjajah Israel yang menderita penyakit kronik dan serius, akibat kekurangan rawatan perubatan yang tepat tetapi ditahan dari pelepasan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Zionis rancang bina 942 petempatan baru di Gilo dekat Al-Quds

Rabu , 06/04/2011 – Sumber Hebrew mendedahkan bahawa Biro Organisasi dan Pembinaan Petempatan di perkampungan Zionis dekat Al-Quds akan mengadakan mesyuarat pada hari Isnin (4 April) untuk membenarkan pembinaan 942 unit petempatan baru di kawasan Gilo, selatan Al-Quds.

Menurut laman web Yehdiot Aharonot, pelan petempatan itu akan melibatkan kawasan seluas 88,000 meter persegi, di mana 1000 meter persegi dikhusukan untuk ruang perniagaan, 20,000 meter persegi untuk bangunan awam dan 3,500 meter persegi untuk kawasan sukan dan rekreasi, selain merancang untuk meluaskan lagi kawasan untuk tempat tinggal sebanyak 300 unit perumahan.

Radio Zionis melaporkan bahawa pengerusi biro ini, Coby Cahlon, berkata, “pelan ini telah diusulkan sejak bulan Januari lagi, tetapi telah ditunda untuk dibincangkan kerana beberapa perubahan ingin dilakukan terhadap pelan ini.”

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : Azleen

Categories
Berita Semasa

Abu Zuhri: Abbas hanya mahu membuat lawatan rasmi ke Gaza

Rabu , 06/04/2011 – Jurucakap Hamas, Sami Abu Zuhri berkata, presiden Mahmoud Abbas hanya mahu mengadakan lawatan rasmi ke Gaza tanpa niat untuk berdamai dengan Hamas.

Abbas telah menggariskan syarat-syarat sebelum berlepas ke Gaza untuk rundingan menyatukan kerajaan dengan Hamas setelah perdana menteri Palestin Ismail Haneyya mengundangnya menghadiri dialog berikutan protes seluruh Palestin yang menuntut agar perpecahan politik kini ditamatkan.

Abu Zuhri memberitahu Quds Press bahawa Hamas sangat berminat untuk menyediakan jaminan-jaminan yang perlu sebelum lawatan, tetapi setakat ini Abbas menolak untuk berbincang dengan parti itu di semenanjung Gaza.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Abu Zuhri: Kunjungan Abbas Sekadar Formaliti

Rabu , 06/04/2011 – Dr.Sami Abu Zuhri jurucakap Hamas menyatakan, presiden Mahmud Abbas tidak mahu kunjungannya ke Gaza sebagai pembuka jalan menuju perpaduan sebenar.

Dalam pernyataan akhbar kepada Quds Press Abu Zuhri mengatakan, Hamas sangat terbuka untuk memenuhi kunjungan Abbas, sebagai usaha menuju kesepakatan, menamatkan perpecahan dan mewujudkan perpaduan. Beliau menyatakan rasa hormat dan penghargaanya pada Mesir yang telah berperanan aktif dalam mendorong rekonsiliasi, namun hingga kini, Abbas masih menolak membincangkan berkaitan kunjunganya ke Gaza bersama Hamas.

Hamas telah berulang kali meminta Fatah untuk menghantar delegasi ke Gaza untuk menjelaskan agenda yang akan dibincangkan dalam kunjungan Abbas ke wilayah tersebut untuk dijadikan bahan kesepakatan antara dua gerakan. Namun ternyata, Abbas hanya menginginkan kunjungan tersebut sebagai formaliti saja, tidak ada hubunganya dengan usaha mencapai perpaduan sebenar. Tentu keadaan ini tidak boleh diterima. Sikap Hamas secara tegas adalah kesepakatan dahulu, setelah itu baru ucapan selamat datang semuanya.

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Israel dakwa Abu Sisi meningkatkan keupayaan pasukan bersenjata Hamas

Rabu , 06/04/2011 – Mahkamah Pusat Israel di Beer Sheba Isnin lalu mendakwa jurutera Palestin yang ditahan, Abu Sisi kerana meningkatkan keupayaan pasukan bersenjata Hamas .

Pihak pendakwaan tentera Israel membenarkan senarai dakwaan terhadap Abu Sisi dikeluarkan termasuk membantu gerakan Hamas dalam memperluaskan liputan roket buatan sendiri dan meningkatkan kemampuannya untuk menembusi kereta kebal tentera Israel.

Dakwaan itu juga termasuk keahlian dalam kumpulan pejuang Palestin dan melakukan pembunuhan serta bersekongkol untuk melakukan kejahatan dan membina senjata.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Zionis tahan Muhammad Rayyan selepas pembebasannya dari penjara Abbas.

Selasa , 05/04/2011 – IOF (Israeli Occupation Force) pada hari Khamis (31 Mac) lalu menahan seorang pemimpin Hamas di Ramallah, Muhammad Ahmed Ar-Rayyan, beberapa hari selepas beliau dibebaskan dari penjara Abbas.

Pihak Militan Abbas membebaskan beliau dengan ikat jamin sebanyak 1000 dinar Jordan, namun menghalangnya daripada keluar dari Tebing Barat.

As-Syeikh Rayyan telah menghabiskan dua bulan penuh di dalam penjara Abbas, dan telah dibicarakan lebih dari 10 kali di mahkamah sivil yang masih tidak mampu membuktikan beliau terlibat dalam segala kesalahan yang dituduh.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar
penterjemah : Azleen

Categories
Berita Semasa

IOA cadang rampas 662 dunum tanah milik Palestin di Baitulmaqdis

Selasa , 05/04/2011 – Pihak berkuasa rejim Zionis (IOA) sedang merancang untuk merampas sejumlah 662 dunum ataupun 163.58 ekar tanah milik rakyat Palestin yang terletak antara Kampung Tur dan Kampung Aissawayia di Bailtulmaqdis.

Pada Rabu lepas, Organisasi Kejuruteraan Amim Israel yang mempunyai kepakaran memantau situasi di Timur Baitulmaqdis, berkata bahawa Jawatankuasa Perancangan dan Pembinaan di bawah Dewan Bandaraya Bailtulmaqdis telah memutuskan untuk membina taman-taman dan bangunan-bangunan pelancongan di kawasan terbabit.

Menurut organisasi itu lagi, projek tersebut dijangka akan diluluskan pada Isnin depan. Sebuah “Taman Negara” akan dibina bagi menyertai taman-taman lain yang sudah pun dibina di sekitar pintu-pintu masuk ke Kota Lama.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

Brigade Al-Quds: Kami Ada Apa Yang Ditakuti Zionis

Selasa , 05/04/2011 – Abu Ahmad, jurucakap Brigade Al-Quds, sayap militan gerakan Jihad Islam Palestin menegaskan, selari dengan kesepakatan nasional pihaknya akan membalas semua tindakan jahat Zionis yang dilakukanya terhadap hak-hak rakyat Palestin. Beliau menyeru kumpulan pejuang yang lain untuk turut menggoncang Zionis.

Dalam pernyataan akhbar ketika mengadakan majlis memperingati para syuhada di Gaza, Khamis (31/3) Abu Ahmad mengatakan,“Sudah menjadi hak pejuang untuk membalas kejahatan Zionis, kerana kejahatan mereka tidak terbatas pada satu pihak saja. Maka kesempatan ini terbuka bagi semua kumpulan pejuang.”

Beliau menambah, serangan terhadap Zionis akhir-akhir ini merupakan permulaan kepada serangan yang lebih dakhsyat lagi. Sederot, Ashkelon berada di belakang mereka. Ketika ini kami memiliki apa yang ditakuti Zionis selama ini.

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Israel menyetujui larangan kunjungan peguam terhadap tahanan Palestin

Selasa , 05/04/2011 – Jawatankuasa menteri Israel telah meluluskan undang-undang yang memberi kuasa mahkamah untuk melarang kunjungan peguam terhadap tahanan Palestin selama satu tahun selepas penangkapan, amaran Persatuan Tawanan Palestin (PPS).

Israel berusaha untuk menonjolkan dasar perkauman dan tidak berperikemanusiaan dalam bentuk undang-undang, kata PPS.

Undang-undang perkauman seperti ini menunjukkan masyarakat dunia telah mengabaikan lantaran tiada pendirian yang diambil terhadap pelanggaran Israel ini, PPS menambah.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Militia Keselamatan PA Lindung Penempatan Haram Daripada Protes

Selasa , 05/04/2011 – Militia Keselamatan Palestin (PA) menumpaskan penunjuk perasaan Palestin berhampiran penempatan Beit El Israel, PA terus menawarkan perkhidmatan keselamatan untuk Israel.

Puluhan menuju keluar menuju daerah berhampiran penempatan Beit El berhampiran Ramallah, tetapi militia menghentikan mereka sebelum menyeberang ke daerah tersebut walaupun mereka berteriakan menyeru perpaduan nasional dan menekankan hak-hak Palestin.

PA berpendapat sebarang pencerobohan ke atas penempatan haram adalah pencerobohan kepentingan rakyat Palestin dan phak berkuasa Palestin, serta mereka telah meletakkan tuduhan terhadap pejuang yang menembak penduduk Yahudi beberapa hari lalu memanggil insiden tersebut pencerobohan terhadap keselamatan PA.

Dalam insiden berasingan, kaki pukul parti Fatah dengan perlindungan militia keselamatan PA telah menyerang penunjuk perasaan yang berkhemah sejak 15 Mac di Ramallah .

Para penyerang merobek khemah dan buku-buku dibakar, kata penunjuk perasaan 15 Mac itu. Segera pertengkaran pecah antara para pengunjuk rasa, para peyerang dan pihak keselamatan PA. Para kaki pukul itu menyerang mereka di bawah perlindungan polis PA yang berada di daerah tersebut. Polis tidak melakukan campur tangan sampai selepas selesai serangan dengan cara yang sama yang dilakukan oleh tentera Israel dengan serangan penduduk di Palestin, kata saksi.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : ameen

Categories
Berita Semasa

Belia Palestin terbunuh dalam kemalangan langgar lari

Selasa , 05/04/2011 – Sebuah kereta warga Israel melanggar seorang belia Palestin dengan sengaja, seterusnya mengakibatkan kematian di tempat kejadian.

Sumber tempatan mengatakan, lelaki berusia lingkungan 30 an itu dilanggar dengan sengaja dan identitinya belum dikenalpasti. Penduduk Baitulmuqaddis sering dijadikan sasaran para pendatang Yahudi fanatik, yang terbaru ialah Husam Al-Ruweidi, 24 yang dibunuh dengan pisau dalam perjalanan ke tempat kerja.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Israel menyediakan peruntukan kewangan untuk membina hotel di OJ

Selasa , 05/04/2011 – Kementerian Pelancongan Israel mengumumkan niatnya untuk memperuntukkan sejumlah besar wang untuk membina hotel baru di Baitulmuqaddis yang diduduki secara haram.

Stas Misezhnikov, menteri pelancongan Israel, berkata pada hari Rabu bahawa dia turut mengambil bahagian dalam persidangan pelancongan antarabangsa. Dia juga merancang untuk merestrukturisasi perkhidmatannya.

Dia mengatakan bahawa di antara rencananya adalah memperuntukkan sejumlah wang demi membina hotel-hotel dan untuk pembangunan laman pelancongan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Resheq: Hubungan Hamas dengan Mesir semakin baik

Selasa , 05/04/2011 – Seorang anggota Biro Politik Hamas, Izzat al-Resheq mengumumkan bahawa hubungan pergerakannya dengan kerajaan Mesir adalah baik dan terus menunjukkan tanda-tanda positif lanjutan daripada kunjungan-kunjungan
politik yang dilakukan Hamas ke Mesir.

Satu delegasi daripada Hamas yang diketuai oleh Mahmoud Zahar telah bertemu dengan Menteri Luar Mesir pada Selasa lepas dan dijangka akan bertemu pula dengan Majlis Tertinggi Tentera Bersenjata pada hari Rabu, yang telah diambil-alih kuasa selepas Hosni Mubarak dijatuhkan.

“Hubungan antara Hamas dengan Kaherah terus bertambah baik selepas berlakunya revolusi Mesir yang terkenal baru-baru ini,” kata Resheq. “..dan hari ini ini Mesir semakin hampir menguasai jalan-jalan Arab secara umumnya dan Palestin secara khususnya . Kuasa Mesir dalam dunia Arab semakin meningkat hari ini. Hubungannya pula dengan Hamas adalah baik dan terus menampakkan tanda-tanda positif.”

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa