Categories
Berita Semasa

Kempen pindaan dan pemecatan besar-besaran terhadap pengikut Dahlan dalam “Badan Pemelihara Keamanan”.

Isnin , 03/01/2011 – Sumber Palestin bagi Pusat Informasi Palestin mendedahkan bahawa Presiden Fatah, Mahmoud Abbas, mengarahkan beberapa siri pindaan dan pembubaran secara luas dan menyeluruh terhadap biro yang dikenali sebagai “Badan Pemilihara Keamanan” di Tebing Barat, atas kaitan badan itu dengan pengikut setia pengkhianat Fatah, Mohd Dahlan.

Menurut sumber terdekat Badan Penyiasatan untuk Dahlan yang dibentuk oleh Abbas, siri pindaan dan pembubaran ini ditumpukan di kawasan Ramallah dan Nablus, dengan tujuan utamanya untuk “menyekat pengaruh buruk Dahlan” dalam Badan Pemilihara Keamanan, di samping memantau juga Badan Sivil dan Badan Ketenteraan.

Sumber tersebut juga – yang enggan didedahkan namanya – memberitahu bahawa kempen ini juga mensasarkan Badan Ketenteraan lain yang dianggotai para pengikut setia Dahlan, seperti contoh, menurut sumber tersebut, adalah pemecatan serta-merta Pengerusi Badan Khidmat Perubatan Ketenteraan, Ir. Kamel Hassan, yang kini sedang disiasat di bawah tuduhan pecah amanah dan salah guna kuasa.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar
penterjemah : Azleen

Categories
Berita Semasa

16 Penduduk Gaza terbunuh, 38 Cedera Sepanjang Disember 2010

Isnin , 03/01/2011 – Rejim Israel melakukan tidak kurang daripada 105 serangan ke atas Gaza, membunuh 16 orang dan mencederakan 38 penduduknya, kata Adham Abu Salmiyya, jurucakap Penguatkuasa Kecemasan Gaza dalam satu kenyataan eksklusif kepada Pusat Info Palestin.

Tentera rejim Israel melancarkan 17 serangan udara ke atas wilayah itu, sebahagiannya ke atas penduduk awam; serta 35 serangan artileri; sepanjang kewujudan tentera (Israel) yang padat di semenanjung itu.

Dalam bentuk keagresifan Israel yang lain, nelayan Gaza menderita kehilangan sebanyak 1.5 juta dollar sejak Perang Gaza, kata penyelidik, Abdul Nasser Madi selepas dua bulan mengumpul maklumat daripada sumber rasmi.

Israel menutup terus laut di Gaza untuk nelayan selama lebih daripada 157 hari sejak pengepungan berlaku pada 2007, tambah Madi. Jumlah hasil merudum kepada separuh sejak 2007 dengan hanya 2702 tan ikan dihasilkan pada 2007, dan 1525 tan pada 2009.

Nelayan Palestin dilarang oleh rejim untuk menangkap ikan melebih 3 batu daripada pesisir pantai.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Bekas Presiden Israel didapati bersalah melakukan jenayah seksual

Isnin , 03/01/2011 – Setelah melaksanakan pertimbangan selama 4 tahun, mahkamah Israel mendapati bekas presiden Israel bersalah atas tuduhan memperkosa dan gangguan seksual terhadap dua pekerja pejabatnya.

Pendakwaraya awam mendakwa Katsav atas kesalahan memperkosa dan menyerang mangsa A yang bekerja sebagai ketua di pejabatnya semasa Katsav menjadi menteri pelancongan. Manakala kesalahan gangguan seksual pula ke atas mangsa H yang bertugas sebagai pengarah pejabat di ibu pejabat Presiden serta tindakan tidak sopan dan juga gangguan seksual ke atas mangsa L, seorang lagi wanita yang menjadi pekerjanya sewaktu menjawat jawatan Presiden.

Katsav juga dituduh mengganggu mangsa L dan menjejaskan proses keadilan. Tetapi Katsav menafikan semua tuduhan tersebut.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Bahr memuji Arab selepas kejayaan lawatan parlimen

Isnin , 03/01/2011 – Wakil jurucakap PLC Ahmed Bahr berkata orang-orang Arab melakukan dengan baik dan mengesahkan bahawa semua negara yang dikunjungi memberi tindak balas positif berhubung permintaan rakyat Palestin untuk sokongan politik, material, dan moral.

Lawatan selama sebulan di Sudan, Algeria, Libya, Syria, Yaman, dan Kuwait membuktikan kejayaan politik dengan PLC membina hak keutamaan pada peringkat kerajaan dan popular. Tujuannya adalah untuk mengadakan rapat umum untuk menyokong rakyat Palestin, menamatkan pengepungan Gaza, pembangunan semula Gaza, dan banyak lagi isu-isu utama yang memberi kesan kepada negara.
“Sebahagian besar organisasi memberi respon positif ke atas permintaan kami dalam melaksanakan projek-projek khusus dan menyokong kecekalan rakyat kita,” kata Bahrul.

sumber : http://www.palestine-info.co. uk/en/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Sebanyak 90 Peratus Tahanan Palestin Dihalang Untuk Bertemu Peguam

Jumaat, 31/12/2010 – Satu kajian yang dikeluarkan oleh Majlis Awam Israel Menentang Penderaan dan Persatuan Tahanan Palestin mendedahkan bahawa alatan keselamatan Shin Bet menghalang 70 hingga 90 peratus tahanan Palestin daripada menghubungi peguam.

Berdasarkan kajian yang dikeluarkan dalam akhbar Haaretz, daripada 11,970 tahanan Palestin yang disoal siasat Shin Bet pada 2000 hingga 2007, bilangan yang tidak dapat dan memerlukan peguam berada sekitar 8,379 hingga 10,773.

Maya Rosenfeld, penulis kajian itu menyatakan bahawa ketika masa yang panjang semasa tahanan dilarang dari bertemu peguam, Shin Bet menggunakan kaedah soal-siasat yang bertenangan dengan undang-undang antarabangsa, undang-undang Israel dan komitmen Israel sendiri yang mahu mengelakkan kaedah itu.

sumber : http://www.palestine-info.co. uk/en/
penterjemah : redz

Categories
Berita Semasa

Puluhan cedera serangan Zionis di penjara ‘Aufer

Jumaat, 31/12/2010 – Pasukan elite badan penjara Zionis atau lebih dikenali sebagai An-Nahshon menyerbu penjara tentera ‘Aufer sambil melepaskan gas pemedih mata terhadap para tahanan mengakibatkan sejumlah mereka cedera.

Sumber dalaman penjara ‘Aufer melaporkan bahawa : Lebih dari 8 tahanan cedera dengan patah-patah dan lebam semasa serangan mengejut tersebut, sementara puluhan yang lain sesak nafas terhidu gas pemedih mata.

Ia turut menambah bahawa serangan bertumpu di zon 14, selepas pemeriksaan mengejut ke atas tahanan yang dipaksa mendedahkan badan dilakukan menggunakan anjing polis.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar
penterjemah : Azleen

Categories
Berita Semasa

Israel menggantikan sebahagian tembok Kota Suci Baitulmuqaddis dengan mercu tanda Yahudi

Jumaat, 31/12/2010 – Dalam satu projek membaikpulih tembok kota suci Baitulmuqaddis, Israel telah menggantikan sebahagian struktur asal dengan batu-batu yang melambangkan ajaran Yahudi, salah satunya menunjukkan kuil, dan satu lagi menunjukkan bintang berbucu enam, demikan menurut Yayasan Warisan Aqsa di Baitulmuqaddis di dalam satu kenyataan akhbar pada Rabu.

Israel bertujuan mensabotaj monumen Arab dan Islam, Yayasan itu menegaskan. “Israel tiada hak untuk merubah monumen-monumen atau tembok bersejarah itu.”

Yayasan Aqsa menerima panggilan telefon sebelum berlangsungnya mesyuarat dengan para saksi dari kawasan Pintu Sahira, Baitulmuqaddis termasuk Salah Al Shawish and Jalal Hijazi yang mana kedua-duanya berpengetahuan tentang sejarah kawasan tersebut. Shawish dan Hijazi memberitahu yayasan bahawa Israel baru-baru ini telah menerapkan unsur Yahudi pada beberapa batu tembok yang telah dibina dan dibaikpulih oleh Sultan Sulaiman pada era awal kerajaan Uthmaniah.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Israel Ubah Pagar Kota Lama Al-Quds Dengan Simbol Kuil dan Bintang David

Jumaat, 31/12/2010 – Yayasan Al-Aqsa menyatakan, Israel meneruskan kerja jahat terhadap sejarah peradaban dan peninggalan Islam dan Arab di kota Al-Quds, Israel terus berusaha menghapus warisan ini dalam operasi pemalsuan dan Yahudinisasi.

Dalam laporan akhbar Rabu (29/12) pihak yayasan Al-Aqsa menyebutkan bahawa Israel mendakwa projeknya adalah untuk memperbaiki dan menjaga tembok kota lama Al-Quds namun telah mengubah sejumlah bebatuan dan menggantinya dengan batu yang bergambar simbol Yahudi Talmud yang membentuk kuil dan bintang David.

Yayasan Al-Aqsa menegaskan, Israel berusaha menghancurkan warisan peninggalan Islam dan Arab, mereka menyatakan Israel tidak berhak menyentuh warisan ini, apatah lagi sehingga mengubah pagar bersejarah ini.

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Penduduk Khan Younis syahid diserang Zionis

Khamis , 30/12/2010 – Sumber Perubatan Palestin melaporkan pada hari Selasa (28 Disember) bahawa seorang penduduk zon timur Khan Younis, Hassan Abu Ar-Rouk (22 tahun) syahid akibat terkena peluru rejim Zionis yang dilepaskan bersama gas pemedih mata ke arah warga Khan Younis, sementara 4 orang dilaporkan mengalami sesak nafas.

Adham Abu Salimah, jurucakap media bagi Biro Tertinggi Ambulans dan Kecemasan dalam kenyataan untuk Pusat Informasi Palestin memberitahu bahawa Hassan Abu Ar-Rouk disahkan syahid akibat kecederaan di muka dan kedua kakinya akibat tembakan peluru dan meriam ke atas penduduk awam di kawasan tersebut.

Beliau menambah : 4 orang mangsa yang mengalami kesesakan nafas, 3 daripadanya dikejarkan ke Hospital Eropah dan 1 ke Hospital Nasir berada dalam keadaan stabil.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : Azleen

Categories
Berita Semasa

Permohonan Kuwait Mengakhiri Krisis Kepulangan Delegasi PLC ke Gaza

Khamis , 30/12/2010 – Speaker Parlimen Kuwait, Jassem al-Khafari berhubung dengan pegawai Mesir untuk meyakinkan mereka supaya membenarkan delegasi ahli Parlimen Palestin (PLC) melalui kawasan Mesir ke Semenanjung Gaza.

Sumber istimewa memberitahu Pusat Info Palestin (PIC) bahawa delegasi parlimen yang diketuai oleh Dr. Ahmed Bahar, timbalan speaker PLC I, akhirnya dibenarkan pulang ke Gaza pada malam Isnin yang lepas.

Pihak berkuasa Mesir telah meletakkan syarat bahawa timbalan itu hanya boleh pergi menunaikan haji di Arab Saudi dan kemudian pulang tetapi delegasi itu membuat kunjungan ke Algeria, Libya, Syiria, Yaman, dan Kuwait yang merupakan destinasi terakhir sebelum ke Kaherah dan kemudianya pulang ke Gaza.

Ketua Perisikan Mesir, Omar Suleiman melaporkan bahawa delegasi itu pergi dan tinggal bersama Khaled Mishaal.

Delegasi yang diketuai oleh Bahar itu disertai oleh Jamila al-Shanti, Younis al-Astal, Abdul Rahman al-Jama dan Mohammed Shihab.

Delegasi itu juga berbincang dengan pegawai Arab bahawa penduduk Palestin kesusahan lebih-lebih lagi di kawasan Gaza yang dikepung serta memohon parlimen Arab untuk menyokong isu Palestin.

Mereka menghadiri banyak persidangan dan forum tentang tahanan dan solidariti Afro-Arab di samping seminar untuk menggerakkan usaha dalam menyokong penduduk dan isu Palestin.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : redz

Categories
Berita Semasa

Fatah Tunda Pelantikan Dahlan Hingga Siasatan Selesai

Khamis , 30/12/2010 – Jawatankuasa pusat gerakan Fatah, Selasa (28/12) memutuskan untuk menarik jawatan komandan kudeta, Muhammad Dahlan dari Bahagian Kebudayaan dan Informasi gerakan Fatah. Sebagai gantinya, Nabil Abu Radinah dilantik untuk meneruskan tugas Dahlan hingga proses sisatan terhadap Dahlan selesai.

Keputusan ini diambil setelah jawatankuasa pusat yang dipimpin presiden Mahmud Abbas di Ramallah membahaskan beberapa isu, di antaranya status Muhammad Dahlan.

Ia merupakan pertama kali gerakan Fatah menyiasat secara rasmi Muhammad Dahlan. Sebelum ini mereka menolak sama sekali untuk menyiasat Dahlan namun ia dilaksanakan setelah mendapat persetujuan dari Abbas untuk membentuk jawatankuasa khusus bagi memeriksa bidang keamanan, pendanaan dan politik.

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Tentera Rejim Zionis membunuh rakyat Palestin di Selatan Gaza

Khamis , 30/12/2010 – Pasukan pendudukan haram Israel (IOF) melepaskan peluru hidup dan bom gas terhadap rakyat Palestin di Timur Khan Younis, Selatan Semenanjung Gaza. Serangan itu telah membunuh seorang dan mencederakan empat yang lain.

Adham Abu Salmiya, jurucakap perkhidmatan perubatan memberitahu PIC bahawa Abul Hassan Ruk, 22, terkena serpihan peluru di wajah dan kakinya dan terbunuh di tempat kejadian.
Dia mengatakan bahawa empat yang lain dirawat kerana sesak nafas di kawasan yang sama.

Tiga hari sebelum itu tentera zionis IOF membunuh tiga lagi warga Palestin di Khan Hounis iaitu Abul Ruk dan dua ahli Briged Quds, dari sayap bersenjata Jihad Islam ketika berhadapan dengan kemaraan tentera zionis di kawasan itu.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Haneyya mahu Liga Arab halang pencerobohan Israel

Khamis , 30/12/2010 –Perdana Menteri Palestin, Ismail Haneyya menghantar mesej kepada Amer Mousa, Setiausaha Agung Liga Arab meminta untuk mengemukakan aduan ke Majlis Keselamatan PBB berikutan ancaman serius tentera Israel terhadap Semenanjung Gaza.

Mesej yang diperolehi oleh PIC mendesak Mousa memikul tanggung jawab saudara seagama untuk bergerak ke semua peringkat sehingga pendirian Arab terhasil untuk menyemak semula pencerobohan Israel terhapda rakyat Palestin yang masih menderita kesan daripada perang terdahulu.

Haneyya berkata, tidak ada yang dapat meramalkan pengkhianatan Israel terutamanya ketika mereka mengeksploitasi kecenderungan masyarakat dunia terhadap peristiwa tertentu bagi memulakan pencerobohan tersebut.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Parti Berhaluan Kiri Turki Tunjuk Perpaduan Dengan Palestin

Khamis , 30/12/2010 – Ratusan ahli parti berhaluan kiri di Turki melanda jalan-jalan pada Isnin malam di Padang Taqsim di Istanbul untuk memperingati ulang tahun kedua perang Israel di Jalur Gaza.

Para peserta mengangkat bendera Palestin dan papan tanda menyeru memboikot produk Israel dan memecah pengepungan di Gaza. Mereka melaungkan slogan anti Israel dan anti AS.

Brazil Carlos Latuff kartunis terkenal, yang dikenali untuk berdiri menyokong Palestin turut turun mengambil bahagian dalam demonstrasi tersebut.

Dia memberitahu dalam demonstrasi tersebut meminta Perdana Menteri Turki Recep Erdogan untuk memutuskan hubungan dengan Israel, dan menyeru untuk memboikot semua syarikat yang menyokong Israel seperti Star Bucks, McDonalds, Burger King dan lain-lain.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : ameen

Categories
Berita Semasa

Jawatankuasa kebangsaan: Rejim Zionis bertanggungjawab atas nyawa tahanan penjara, Asfour

Rabu , 29/12/2010 – Jawatankuasa Tinggi Kebangsaan untuk Tahanan Penjara sepakat bahawa pihak berkuasa rejim Zionis (IOA) mesti bertanggungjawab penuh nyawa pesakit yang bernama ahmed Asfour yang sebelum ini dipenjarakan di Penjara Ramon tetapi kini sedang dirawat di Hospital Penjara Ramon selepas keadaan kesihatannya merosot dengan kritikal.

Jurucakap jawatankuasa itu, Riyadh al-Ashqar berkata Asfour berada dalam keadaan kritikal selepas mengalami kecederaan teruk akibat terkena serpihan besi senjata dalam Perang Israel yang terakhir. Keadaan itu menyebabkan kesemua jari Asfour terpaksa dipotong manakala pankreas dan sebahagian besar ususnya terpaksa dibuang.

Sejak kehilangan pancreas, Asfour mengalami diabetes dan tidak boleh menguruskan diri sendiri. Dia terpaksa makan dan menukar pakaian dengan bantuan orang lain, kata Ashqar lagi.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa