Categories
Berita Semasa

Pasukan Zionis Israel membunuh dua warga Palestin di Gaza, merosakkan air perigi di Al-Khalil

Jumaat , 10/12/2010 – Dua warga Palestin terbunuh di sebelah timur kota Gaza pada Khamis pagi selepas pasukan pendudukan haram Israel (IOF) menembak mereka, lapor radio Israel.

Dia menambah, dua warga Palestin mendekati pagar keselamatan dan tentera Zionis IOF menembak dan membunuh mereka. Mereka mendakwa kononnya warga Palestine itu merancang serangan terhadap sasaran Israel.

Di Tebing Barat, pasukan Israel menyerbu sejumlah desa di daerah Al-Khalil dan menghancurkan telaga timur Yatta pada saat seluruh daerah menderita kekurangan air yang serius.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Pendatang haram Yahudi rosakkan Masjid Aqsa ditentang penduduk Muslim Jerusalem

Isnin , 06/12/2010 – Penduduk Muslim Palestin bertempur dengan kumpulan ekstremis pendatang haram Yahudi pada Khamis lepas selepas kumpulan pendatang itu merempuh perkarangan Masjid Al-Aqsa di bawah pengawasan anggota polis mereka.

Kira-kira 105 orang pendatang haram Yahudi yang diiringi oleh anggota polis rejim Zionis yang ramai jumlahnya melakukan vandalisma di perkarangan Masjid Al-Aqsa pada pukul 8 pagi. Tindakan ini adalah susulan daripada pengumuman sekumpulan pendatang haram Yahudi pada hari sebelumnya bahawa mereka akan memasuki Masjid Al-Aqsa untuk melalukan upacara keagamaan.

Para pengawal Masjid Al-Aqsa berkata bahawa beberapa orang penduduk Palestin yang tinggal di masjid itu selepas menunaikan Solat Subuh meninggikan suara mereka di hadapan para pendatang haram Yahudi dan bertempur dengan mereka. Pihak polis rejim Zionis kemudiannya campur tangan untuk melindungi keselamatan pendatang haram Yahudi dan menahan 3 orang Palestin.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

Laporan Tadamun: Kerajaan haram Israel (IOF) membunuh 3 warga Palestin dan menahan 200 orang pada November lalu

Isnin , 06/12/2010 – IOF menewaskan tiga warga Palestin di Semenanjung Gaza dan menangkap lebih dari 200 orang di Tebing Barat sejak bulan lepas, menurut laporan lembaga Tadamun.

Lembaga hak asasi manusia mengatakan bahawa pencerobohan rumah-rumah Palestin menunjukkan bahawa penduduk Yahudi terus mengganggu orang awam dan merosakkan harta benda di Tebing Barat.

Tadamun mencatatkan bahawa dua ahli parlimen Hamas di Tebing Barat termasuk di antara mereka yang ditahan pada bulan November bersama-sama dengan 30 kanak-kanak bawah umur dan tiga perempuan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : nurul

Categories
Berita Semasa

Sabri: Sejarah Palestin Bukan Untuk Dirunding

Isnin , 06/12/2010 – Sheikh Ekrema Sabri, Ketua Islam Tertinggi dan Pendakwah di Masjid Al-Aqsa, telah menegaskan bahawa tidak ada yang boleh pertikaikan fakta sejarah Palestin termasuk identiti Islam Tembok Buraq dan keseluruhan tempat suci di Masjid Al-Aqsa.

Sabri berkata kepada saluran TV Quds pada Rabu malam bahawa fakta tidak boleh diubah, dan terpahat dalam hati umat Islam di seluruh dunia.

Dia mengatakan bahawa Masjid Aqsa dan Dinding Buraq (dikenali oleh orang Yahudi sebagai Tembok Ratapan) tidak boleh dirunding pada bila-bila masa.

Jabatan luar negeri Amerika telah mengutuk penerbitan dokumen PA minggu lalu menegaskan bahawa dinding barat Masjid Aqsa (dinding Buraq) bukan milik orang Yahudi melainkan Islam, dan menggambarkannya sebagai provokatif.

PA di Ramallah telah memadamkan laporan tersebut daripada laman maklumat perkhidmatannya selepas kritikan AS dan Israel.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : ameen

Categories
Berita Semasa

Polis Israel Menahan 600 Pekerja Palestin

Isnin , 06/12/2010 – Polis Israel di kawasan Palestin yang dijajah pada 1948 menahan 600 Pekerja Palestin daripada Tebing Barat kerana bekerja di tanah itu tanpa permit.

Radio Israel menyatakan pada Rabu malam bahawa polis sempadan melancarkan kempen menahan besar-besaran dan berkata 8 daripada pekerja itu dikehendaki untuk disoal-siasat manakala yang lain ditahan kerana menduduki tanah yang dijajah pada tahun 1948, secara haram.

Beribu penduduk Palestin pergi ke kawasan yang dijajah pada 1948 untuk mencari kerja kerana kekurangan peluang pekerjaan dan keadaan ekonomi yang semakin buruk di Tebing Barat.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : redz

Categories
Berita Semasa

Pemuda Palestin Meninggal Dunia Terkena Kejutan Elektrik di Terowong

Isnin , 06/12/2010 – Seorang warga Palestin meninggal dunia akibat terkena kejutan elektrik di salah satu terowong di sempadan Mesir-Palestin Selatan Rafah (Selatan Semenanjung Gaza).

Sumber perubatan menyebutkan bahawa pemuda tersebut, Ahmad Kawari (25) berasal dari kota Khan Yunis Selatan Gaza, terkena kejutan elektrik di dalam terowong di sempadan. Sumber tersebut menyatakan bahwa Kawari sudah meninggal dunia sewaktu tiba di hospital Gaza-Eropah.

Ramai pemuda Palestin yang menerima nasib yang sama dalam mendapatkan barangan yang tiada di pasaran Palestin akibat sekatan Israel di sempadan Mesir. (qm)

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Hamdan : Fattah mesti hadapi tekanan luar terhadap rekonsiliasi.

Isnin , 06/12/2010 – Pengerusi Biro Hubungan Antarabangsa Hamas, Usamah Hamdan, menegaskan sokongan padunya terhadap usaha untuk mencapai rekonsiliasi negara Palestin, dan beliau sekali lagi memberitahu bahawa Fattah, dan presidennya, Mahmoud Abbas perlu bersama-sama menghadapi tekanan luar yang membantutkan usaha ini.

Dalam kenyataan khas untuk Pusat Informasi Palestin, Hamdan membuat kenyataan : “Semua pihak tahu bahawa Hamas telah menggandakan usaha menurut kemampuannya untuk mengatasi segala rintangan yang menghalang rekonsiliasi Palestin, dan Hamas turut menyediakan beberapa insiatif untuk digunakan, dengan harapan kita akan mencapai rekonsiliasi ini dan berjaya meyatukan semua pihak dalam meletakkan asas projek pembebasan dan pengembalian hak (Palestin).”

Pemimpin Palestin itu menambah : “Hamas pasti bahawa rekonsiliasi ini akan dicapai dalam masa terdekat selagi masing-masing bersedia untuk menghadapi tekanan yang dikenakan oleh Amerika dan Zionis, dan juga sekiranya Mahmoud Abbas dan konco-konconya berdiri dengan pendirian yang tegas, walaupun sekali, terhadap segala tekanan yang melambatkan proses rekonsiliasi ini.”

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : Azleen

Categories
Berita Semasa

PBB: Situasi di Gaza masih tidak aman

Isnin , 06/12/2010 – PBB menyatakan situasi di Semenanjung Gaza masih kacau dan 1 setengah juta rakyat termasuk 800,000 kanak-kanak sedang terseksa di Gaza oleh kerana sekatan yang dikenakan.

John Ging, pengarah operasi UNRWA mengatakan dalam satu kenyataan akhbar di New York pada Rabu bahawa 80% populasi Gaza bergantung kepada bantuan kemanusiaan sedangkan 70% daripada populasi pada masa sebelum sekatan mampu menyara diri sendiri.

“Tiada ekonomi, sesiapa yang mahu membuat sesuatu tidak mempunya cukup bahan untuk memulakan”, beliau menambah.

Ging berkata, Semenanjung Gaza memerlukan 100 sekolah baru tetapi sekatan Israel hanya membenarkan pembinaan 6 sekolah.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

2 syahid selepas serangan Zionis

Isnin , 06/12/2010 – 2 warga Palestin syahid selepas ditembak oleh tentera Zionis. Mereka berdua dikatakan mendekati halangan sempadan antara Israel dan Gaza. Walaubagaimana pun, pihak hospital tidak memberikan komen ke atas peristiwa itu.

sumber : COMES
penterjemah : Abu ‘Umair

Categories
Berita Semasa

Abu Zuhri: Kejahatan pihak berkuasa Fatah cerminkan kesetiaan kepada Israel

Isnin , 06/12/2010 – Dr Sami Abu Zuhri, jurucakap Hamas dalam sidang akhbar di Gaza pada Khamis lalu berkata kejahatan yang dilakukan oleh pihak berkuasa Fatah di Ramallah jelas menunjukkan kesetiaan mereka kepada tentera Zionis Israel.

Beliau mendesak Fatah berhenti daripada terus melakukan tangkapan dan penyeksaan dan melepaskan semua tahanan politik di penjaranya sambil menggambarkan amalan yang dilakukan terhadap para tahanan sebagai tidak beretika. Beliau memberi amaran Fatah akan bertanggung jawab atas setiap kesan yang dibuat daripada kejahatan-kejahatan yang terus berlanjutan itu.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Polis Israel mengakui menyoal siasat kira-kira 1200 kanak-kanak Palestin di OJ

Isnin , 06/12/2010 – Media Ibrani melaporkan bahwa statistik rasmi dari polis Israel di Jerusalem yang diduduki secara haram menunjukkan bahawa mereka telah menahan dan menyoal siasat seramai 1124 kanak-kanak Palestin dalam tahun 2010.

Ha’aretz berkata bahawa apa yang lebih merisaukan adalah cara bagaimana pemuda itu ditahan dan dipersoalkan.

“Kanak-kanak dan pemuda telah dilaporkan diambil dari tempat tidur mereka di tengah malam atau ditangkap oleh detektif dan pasukan khusus yang menyamar di kawasan kejiranan mereka. Mereka dibawa untuk disoal siasat tanpa pengawalan ibu bapa dan kadang-kadang tanpa boleh memberitahu keluarga mereka ketika itu. Ada juga yang diminta untuk memberi nama rakan-rakan atau saudara sebagai tebusan untuk pembebasan mereka. ”

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

PA padam artikel dari laman webnya yang menafikan hak Yahudi ke atas tembok Buraq

Isnin , 06/12/2010 – Radio Hebrew memberitahu bahawa Kementerian Informasi di bawah PA telah memadamkan dokumen yang sebelum ini dipaparkan di laman web rasminya yang mengesahkan bahawa masyarakat Yahudi tiada hak ke atas dinding Al-Buraq yang terletak di bahagian barat Masjid Al-Aqsa.

Kata radio itu lagi, kementerian PA telah memadamkan dokumen itu selepas ia menimbulkan kemarahan pegawai-pegawai rejim Zionis dan Amerika Syarikat.

Menurut radio itu lagi, kerajaan rejim Zionis telah mengeluarkan kenyataan bahawa dokumen ini menunjukkan yang pihak PA tidak benar-benar serius dengan pengumumannya untuk mencapai perjanjian damai dengan rejim Zionis serta menggesa dokumen itu dipadamkan segera.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

Hamas : Penahanan Rojoub oleh Israel adalah pencabulan undang-undang antarabangsa.

Isnin , 06/12/2010 – Hamas menentang keras tindakan Zionis menahan seorang menteri, Naif Ar-Rojoub, pada hari Rabu (1 Disember) lalu, selain menahan 10 lagi menteri lain daripada Majlis Legislatif. Hamas mengecam bahawa tindakan tersebut adalah jenayah terhadap barisan wakil rakyat Palestin, dan mencabuli undang-undang antarabangsa.

Menurut sumber rasmi Hamas yang diterima oleh Pusat Informasi Palestin, “Penahanan Naif Ar-Rojoub yang baru sahaja dibebaskan daripada penjara Zionis kurang dari 5 bulan setelah ditahan selama 4 tahun, dan larangan dari kempen “Daituniah” yang menghalangnya memberi khutbah di masjid kesemuanya membuktikan kepincangan koordinasi keselamatan Zionis yang cuba menghapuskan sesiapa sahaja yang berdiri mewakili rakyat Palestin, memperjuangkan hak mereka dan hak negara Palestin.”

Sumber itu meneruskan : “Sesungguhnya kami semua daripada Hamas, menentang penahanan Ar-Rojoub, dan kami meminta agar sistem keselamatan Abbas-Fayyad dihentikan serta merta. Kami juga menyeru kesemua organisasi yang memprjuangkan hak kemanusiaan, barisan parlimen, barisan NGO di seluruh dunia untuk segera campur tangan dan memberi tekanan terhadap Zionis untuk membeaskan kesemua wakil-wakil rakyat yang ditahan, dan menghentikan segala jenayah yang mereka lalukan terhadap barisan perwakilan suara rakyat Palestin ini.”

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : Azleen

Categories
Berita Semasa

Hamas Kutuk Penahanan Rajoub Langgar Undang-undang Antarabangsa

Jumaat , 03/12/2010 – Hamas mengecam keras tentera Zonis (IOF) dalam penahanan MP Nayef Al-Rajoub di Al-Khalil pada Rabu serta menahan 10 ahli parlimen Palestin yang lain.

Sebuah sumber yang bertanggung jawab di Hamas mengatakan dalam siaran akhbar bahawa penahanan baru ahli parlimen tersebut, yang dibebaskan dari penjara Israel hanya lima bulan lepas setelah empat tahun dipenjarakan, adalah “kejahatan yang keji”.

Akhbar itu melaporkan bahawa MP tersebut menjadi sasaran kempen keselamatan daripada militia keselamatan Ramallah untuk mencegah beliau daripada berkhutbah di masjid-masjid.

Gerakan Hamas mendesak pihak berkuasa Ramallah untuk berhenti dari bekerjasama dalam hal keselamatan dengan IOF, dan menyeru kepada kumpulan-kumpulan hak asasi manusia, parlimen, dan orang-orang merdeka di dunia untuk campur tangan dan memberi tekanan ke atas Israel dalam melepaskan ahli parlimen mereka.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : ameen

Categories
Berita Semasa

Yahudi akan serbu al-Aqsa hari ini

Jumaat , 03/12/2010 – Yayasan al Aqsa di Palestin menyatakan terdapat seruan oleh Yahudi agar menyerbu al-Aqsa hari ini. Serbuan itu juga bertepatan dengan perayaan Yahudi iaitu Hanoka atau perayaan penyucian sinagog. Yahudi turut menawarkan sejumlah wang bagi mereka yang ikut menyertai aktiviti yang bertentangan dengan hak rakyat Palestin.

sumber : COMES
penterjemah : Abu ‘Umair