Categories
Berita Semasa

Tentera Laut Israel Halang Kapal Irene Menunju Gaza

Khamis, 30/09/2010 – Sumber-sumber Palestin menyebutkan Angkatan Laut Israel menahan kapal kemanusiaan “Irene” yang menuju Semenanjung Gaza. Kapal ini membawa para aktivis Israel berserta bantuan kemanusiaan. Kapal tersebut seterusnya diiring ke pelabuhan Asdod, Israel.

Pihak “Kempen Antarabangsa Menentang Sekatan”, Selasa (28/9), sebelumnya mengatakan bahawa Angkatan Laut Israel telah meminta para aktivis yang ada di atas kapal Irene untuk mengubah arah ke pelabuhan Israel Asdod. Koordinator “Kempen Antarabangsa Menentang Sekatan”, Amjad Shawa sebelumnya juga menegaskan bahawa kapal tersebut masih bergerak menuju Semenanjung Gaza.

Jawatankuasa Rakyat Anti Sekatan dalam pernyataannya mengecam tindakan angkatan laut Israel terhadap kapal kemanusiaan “Irene”. Israel harus bertanggungjawab atas nyawa para aktivis dan wartawan tersebut. Jawatankuasa tersebut menyeru masyarakat antarabangsa, pihak berkaitan, pihak bertanggungjawab dan seluruh warga dunia yang bebas untuk campur tangan segera demi melindungi aktivis kemanusiaan serta menjamin ketibaanya di Semenanjung Gaza.”

Perbelanjaan kapal Irene ini menelan belanja lebih dari 23,500 Euro yang disumbangkan oleh pelbagai organisasi Yahudi Eropah yang menyeru perdamaian yang adil. Tedapat 10 orang aktivis perdamaian Israel di atas kapal tersebut bersama dua orang wartawan.

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Meshaal Yahudi menyeru untuk merealisasikan kesejahteraan bagi menolak projek penempatan

Khamis, 30/09/2010 – Khaled Meshaal, Ketua Biro Politik Hamas menyeru Jawatankuasa Keamanan Arab, yang akan bersidang pada 4 Oktober di Kaherah, supaya memenuhi janjinya, dengan tidak memberikan lampu hijau bagi rundingan dengan entiti Zionis dalam kegiatan penempatan secara berterusan di tanah Palestin.

Meshaal berkata: “Saya berharap pihak Jawatankuasa Keamanan Arab dapat memenuhi janjinya” sambil menegaskan bahawa” tidak ada ruang bagi saat ini secara tegas untuk memberikan kesempatan bagi menguji niat Zionisme, dan menguji usaha Amerika, kerana mereka tidak dihormati disamping Zionis “.

Pemimpin Palestin itu menegaskan lagi bahawa langkah Gerakan Hamas untuk memenuhi persetujuan kesejahteraan adalah secara benar dan serius, dan kesejahteraan adalah merupakan satu keperluan bagi gerakan Hamas dan Fatah secara bersama, dan sesiapa yang mengatakan sebaliknya mereka adalah sombong, kerana tidak ada sesiapa yang berhajat tentang kesejahteraan “.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar
penterjemah :  arif

Categories
Berita Semasa

2 rakyat Palestin cedera pada hari keempat protes di Silwan

Khamis, 30/09/2010 – Sabtu lalu memasuki hari keempat pertempuran hebat di wilayah Silwan, Jerusalem yang menyaksikan kehadiran yang luar biasa ramai tentera rejim Zionis (IOF) yang menjadikan kawasan kejiranan Batn al-Hawa sebagai zon tentera, kata sumber tempatan.

Ali al-Ruwaidi, 19, cedera pada matanya selepas beberapa anggota IOF membelasahnya dan menyembur serbuk lada tepat pada matanya selepas mereka menyerbu rumah Ali, kata sumber tersebut. Remaja itu kemudiannya dimasukkan ke hospital. Seorang lagi remaja ditembak dengan peluru getah pada kakinya.

Abu Nasir Abu Sanad yang tinggal di kawasan kejiranan Bustan berkata bahawa isterinya, Haneyya Awda Abu Sanad, 65, kini berada di ICU kerana mengalami strok selepas terkena bom kecil pada Rabu lepas di balkoni rumahnya, sejurus selepas mengetahui kematian suami kepada anak perempuan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

Abbas minta Netanyahu lanjutkan lagi 3-4 bulan tempoh pembekuan pembinaan penempatan haram baru

Khamis, 30/09/2010 – Presiden Palestin yang belum dilantik secara rasmi, Mahmoud Abbas meminta Perdana Menteri rejim Zionis, Benjamin Netanyahu melanjutkan lagi 3 atau 4 bulan aktiviti pembinaan penempatan haram Yahudi yang baru bagi memberi peluang kepada rundingan damai mencapai sedikit perkembangan memberansangkan.

Abbas berucap dalam satu sidang media yang diadakan secara bersama dengan Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy di Paris pada Isnin semalam bahawa Netanyahu telah memberi tempoh pembekuan selama 10 bulan tetapi tiada perkembangan dalam rundingan damai dan dia sepatutnya melanjutkan lagi 3 hingga 4 bulan memandangkan rundingan damai sedang berlansung.

Kepimpinan Palestin tidak akan memberi respon melulu terhadap penyambungan semula aktiviti pembinaan penempatan haram Yahudi yang baru, kata Abbas. Menurutnya lagi, keputusan hanya akan dibuat selepas berunding dengan kepimpinan PLO dan jawatankuasa susulan Arab yang akan bermesyuarat di Kaherah pada 4 Oktober.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

Serangan udara Israel mengakibatkan 3 pejuang Palestin terbunuh

Khamis, 30/09/2010 – 3 pejuang Palestin terbunuh dalam serangan udara Israel di pertengahan Semenanjung Gaza pada lewat malam hari Isnin, sumber pihak perubatan memberitahu PIC.

Adham Abu Salmiya, penyelaras media perkhidmatan perubatan mengatakan pada hari Selasa bahawa serangan Israel itu menjadikan kawasan timur kem pelarian Breij sebagai sasaran.

Pesawat peninjau Israel terlebih dahulu melancarkan roket ke kediaman Briged Qassam (sayap bersenjata Hamas) yang merupakan ahli di Kem Nusseirat yang juga terletak di pertengahan Gaza.Wartawan PIC melaporkan bahawa letupan itu menyebabkan kerosakan banyak harta benda namun tiada kemalangan jiwa.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Hamas memuji keputusan PFLP untuk membekukan keahlian PLO

Rabu ,29/09/2010 – Hamas memuji Barisan Popular untuk Kebebasan Palestin (PFLP) kerana menangguhkan penyertaannya di dalam mesyuarat jawatankuasa perundangan. Tindakan tersebut disifatkan Hamas sebagai keputusan yang bijak.

Jurucakap Hamas, Fawzi Barhoum mengatakan dalam satu kenyataan akhbar pada Isnin bahawa pendirian Barisan tersebut disebabkan oleh tindakan Abu Mazen (Mahmoud Abbas) yang telah membuat perundingan dengan musuh.

Berhoum menyeru semua kumpulan di dalam PLO untuk membuat keputusan yang sama sebagai usaha menghentikan rundingan damai yang sedang berjalan sekarang. “Abbas telah melaksanakan keputusan dan cadangan daripada organisasi yang dikuasai Fatah sebagai mengaburi polisi-polisi yang akan membawa kesan buruk kepada hak-hak warga Palestin,” Barhoum menambah.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

500 warga Switzerland mendaftar untuk menyertai Kebebasan Flotilla 2

Rabu ,29/09/2010 – Lebih dari 500 aktivis dari Switzerland mendaftar untuk mengambil bahagian dalam konvoi kemanusiaan, Kebebasan Flotilla 2 yang diharapkan dapat berlayar sebelum akhir tahun 2010 untuk memberikan bantuan ke kawasan pengepungan Gaza, menurut Kempen Eropah untuk Tamatkan Pengepungan terhadap Gaza. Merekan menambah bahawa kempen tersebut telah menerima ribuan permohonan dari seluruh dunia.

Jurucakap kempen Eropah di Switzerland dan MP Switzerland, Zisyadis Josef menyatakan dalam sebuah sidang akhbar: “Persediaan untuk menyertai kapal Switzerland dalam Kebebasan Flotilla 2 telah selesai, kerana lebih dari 500 orang mendaftar untuk menyertainya dalam memecahkan pengepungan tidak adil yang dikenakan pada Semenanjung Gaza sejak dari 5 tahun yang lalu.”

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : nurul

Categories
Berita Semasa

Militan Israel Lindungi Warga Israel Memasuki Hebron dan Menceroboh Sekolah

Rabu ,29/09/2010 – Puluhan warga Israel memasuki kota Hebron, Tebing Barat, Ahad (26/9) untuk melakukan ritual Talmud yang dikenali sebagai “Kuil Atnail.”

Saksi mengatakan bahawa pasukan Israel berkerjasama dengan tentera Abbas mengawasi jalan menuju kawasan tersebut. Mereka melarang penduduk memasuki daerah Ber Seba. Pasukan Israel juga menutup semua kedai di jalan tersebut dan memaksa pemiliknya keluar dari kawasan tersebut. Mereka memberi alasan untuk menjaga keselamatan dan keamanan perayaan “Arsy” yang disambut warga Israel di tempat itu.

Pada masa yang sama pasukan Israel menangkap seorang pelajar sekolah Al Mutanabbi di bandar Hebron. Sumber tempatan menyebutkan bahawa pasukan Israel menceroboh dan menggeledah sekolah Al Mutanabbi dan menangkap seorang pelajar, Karm Khalid Naim (13) dari kelas 7. Padahal pelajar tersebut cacat dan kakinya patah, kemudian dibawa ke penjara Aufar. Beberapa sekolah lain turut menerima nasib yang sama seperti sekolah Khodijah Binti Khuwailid (putera) yang digeledah dan menahan guru sekolah. Sekolah Faiha pula dipasang pagar tentera manakala pelajar sekolah Ibrahimiyah dipaksa oleh pasukan militan Israel untuk pulang kerana digunakan oleh tentera Israel untuk berehat.

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Tiga syahid serangan bom Zionis di Timur Buraij

Rabu ,29/09/2010 –Tiga mujahideen Briged Al-Quds, sayap ketenteraan gerakan Jihad Islami mati syahid sebelum tengah malam hari Isnin (27 September), akibat serangan udara Zionis yang dilancarkan hampir dengan kawasan “Maqbulah” di timur Kem Buraij dekat tengah Jalur Gaza.

Adham Abu Salimah, koordinator media bagi khidmat perubatan dan laporan khas “Pusat Informasi Palestin” menyatakan jasad ketiga-tiga para syahid tersebut telah tiba di Hospital Syuhada Al-Aqsa dekat bandar Deir Al-Balah, tengah Jalur Gaza selepas diserang pengganas Zionis di timur Kem Buraij.

Beliau menambah bahawa para syahid tersebut adalah Ala’ Abu Zubeidah (25 tahun), Auni Abdul Hadi (19 tahun) yang berasal dari Kem Buraij dan Muhammad Eid yang berasal dari Kem Nusairat.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : Azleen

Categories
Berita Semasa

Hamas: Perbincangan PA dengan Israel merupakan jenayah terhadap rakyat Palestin

Rabu ,29/09/2010 – Gerakan Hamas mengutuk Pihak Berkuasa Palestin ekoran perbincangan damai yang mereka lakukan dengan Israel. Menurut Hamas, ia bukan sahaja jenayah terhadap rakyat Palestin malahan bertentangan dengan konsensus kebangsaan dan akan merugikan semua.

Dalam sessi bersama media, jurucakap Hamas Fawzi Barhoum meminta Presiden Mahmoud Abbas agar segera menarik diri dari perundingan itu. Tambahnya lagi, Presiden Mahmoud Abbas sepatutnya menumpukan usahanya menamatkan pembahagian Palestin dan menguatkan lagi bahagian dalaman pentadbirannya dalam menghadapi tekanan Zio-Amerika.

Jurucakap Barhoum juga menuntut negara-negara Arab untuk turut bersuara dan menyokong rakyat Palestin dalam usaha menentang penjajahan Israel.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Warga palestin ditembak semasa perarakan aman menentang pembinaan tembok di selatan Gaza

Selasa ,28/09/2010 – Seorang lelaki warga Palestin telah ditembak oleh tentera Israel di timur Khan Younis, selatan Gaza, demikian menurut sumber pihak perubatan pada Ahad.

Pemuda berusia 20 tahun itu telah ditembak di bahagian dada oleh tentera Israel yang ditempatkan di timur Khan Younis. Pemuda tersebut ketika ditembak sedang sama-sama berarak dalam demonstrasi aman menentang pembinaan tembok pemisah di Bandar Absan, Jurucakap perkhidmatan perubatan Palestin, Adham Abu Salmiya memberitahu Pusat Maklumat Palestin.

Sumber-sumber juga mengatakan, pemuda tersebut dibawa ke hospital untuk rawatan dan keadaan beliau dilaporkan stabil. Perarakan tersebut yang dicetuskan daripada kempen menentang tembok pemisah, dianjurkan oleh wakil-wakil daripada jawatankuasa buruh kebangsaan, penyokong warga asing dan belasan lagi warga Palestin.

Pada satu kejadian berasingan, tentera Israel telah menumpaskan perarakan menentang tembok pemisah di selatan Nablus, Burin pada Ahad. Beberapa warga Palestin mengalami sesak nafas akibat serangan gas beracun.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Pegawai Israel Halang Siasatan Jenayah Seks Budak

Selasa ,28/09/2010 – The Defense for Children International (DCI) menuduh penyiasatan Israel berdiam diri dalam aduan yang diajukan oleh anak Palestin di bawah umur yang diseksa secara fizikal dan keganasan seksual oleh penyiasat Israel.

Organisasi ini mengatakan budak kecil ini membuat aduan pada bulan Ogos bahawa ia dipukul dan dipaksa untuk mengaku oleh tentera Israel yang menangkapnya atas tuduhan membaling batu, dan ia kemudian diseksa secara fizikal dan keganasan seksual ketika sedang disiasat di pejabat polis Etzion di Tebing Barat selatan.

Dia menuduh penyiasat meletakkan klip buaya dari kabel elektrik pada alat kelamin dan lagi satu klip di gari dan mengugut untuk mebuat kejutan elektrik terhadap dia.

Setelah aduan diajukan tarikh 15 Ogos, seorang pegawai Israel menghubungi mangsa dan memerintahkan dia untuk tampil di pusat penyisatan Etzion tanpa peguam untuk membincangkan aduan, dan mengancam akan menghentikan penyiasatan jika ia meminta kehadiran peguammnya, lapor DCI.

Gerakan tersebut mengatakan langkah itu adalah usaha untuk menyekat penyiasatan, dan di bawah undang-undang Israel, setiap mangsa kejahatan dan kekejaman, yang meliputi kesalahan seks, berhak untuk mendapatkan peguam, kecuali yang akan membahayakan penyiasatan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : ameen

Categories
Berita Semasa

Pimpinan Israel: Abbas Akan Menarik Balik Ancaman

Selasa ,28/09/2010 – Sejumlah pemimpin tertinggi Zionis menyokong sepenuhnya keputusan pemerintahnya untuk tidak melanjutkan masa menghentikan pembinaan penempatan di Tebing Barat. Mereka meyakini bahawa Abbas akan menarik balik ancamannya.

Menteri perlindungan lingkungan Zionis, Gilad Ardan dalam kenyataan akhbar yang disiarkan semalam, Ahad (26/9) mengatakan, masa pembekuan perluasan penempatan akan berakhir pada 26 September 2010 ini, walau apapun yang terjadi. Bahkan walaupun ledakan situasi ini berlangsung dengan ancaman pemerintah Palestin.

Namum Ardan mengatakan, saya yakin, Abbas akhirnya akan menarik balik ancamannya untuk meninggalkan perundingan. Beliau mengatakan, setiap kali masa berlalu dan tidak tercapainya perdamaian dalam isu pengiktirafan Israel sebagai negara Yahudi atau perdamaian berkenaan pelarian, maka di Palestin akan tercipta perkara baru yang tidak mungkin diubah.

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Pengganas Zionis cedera dalam operasi pertahanan Hebron

Selasa ,28/09/2010 – Pada petang Ahad (26 September), Pasukan Pertahanan Palestin melancarkan operasi pertahanan yang berani dengan mensasarkan 2 buah kereta milik pengganas Zionis di selatan bukit Hebron (selatan Tebing Barat) mengakibatkan 2 pengganas tercedera dan luka-luka. Mereka terus digegaskan ke hospital untuk rawatan. Operasi ini adalah sebagai tindak balas kepada penguguman “meneruskan pembinaan petempatan” oleh rejim Zionis malam tadi.

Menurut sumber media Ibrani, kedua-dua pengganas Zionis (masing-masing berumur 35 tahun) cedera kerana kereta mereka terkena tembakan pada petang Ahad, yang dilepaskan dekat kawasan petempatan “Tinih-Omarim”, selatan bukit Hebron.

Sumber Radio Zionis pula berkata, sebanyak dua buah kereta Zionis rosak teruk, dan dua pengganas Zionis yang cedera dikejarkan ke Hospital Soroka di Bi’ir Sabi’ (selatan Palestin) untuk menerima rawatan. Kejadian ini telah memaksa penjenayah Zionis untuk melakukan pemeriksaan besar-besaran di sekitar kawasan itu.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : Azleen

Categories
Berita Semasa

Turki Menyambut Baik Laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ke atas Serangan Armada Bantuan-Flotilla Gaza

Isnin ,27/09/2010 – Turki positif dengan laporan penyelidikan PBB yang menyatakan bahawa serangan Israel terhadap armada bantuan Gaza pada Mei lalu adalah melanggar undang-undang antarabangsa.

Menteri Luar Negeri Turki, Ahmet Davutoglu memberitahu agensi berita Anatolia pada hari Khamis bahawa penemuan dari jawatankuasa ini adalah “sangat wajar dan berdasarkan bukti kukuh.” Laporan menyatakan bahawa tindakan tentera zionis Israel terhadap armada itu adalah “tidak wajar dan amat kejam” dan ianya “menunjukkan tahap kekerasan yang melampau dan kekejaman yang tidak masuk akal”.

Pada 31 Mei lalu, angkatan laut Israel menyerang 8 kapal bantuan ketika mereka belayar di perairan antarabangsa menuju ke Gaza. Sembilan pekerja bantuan Turki dibunuh oleh bedilan tentera manakala 45 yang lain telah tercedara. Lapan tentera zionis luka ringan dalam kejadian itu.

sumber : Palestine News Network
penterjemah : syuhada